The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Eimli, 2024-04-23 09:52:22

MODUL LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP SKUB

MODUL LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP SKUB

MODUL BUKULOGPENGAKAP KANAK-KANAKNOTA LENCANAKEAHLIANDisediakan oleh:- Cikgu Mohd Eimli bin Eddie Pemimpin Pengakap Kanak-kanak SK Ulu Beranang


MODUL NOTA BUKU LOG PKK | : LENCANAKEAHLIAN1 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA (LUKIS DAN WARNAKAN) 1) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:- Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang Pengakap. 2) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah 5 (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan semua negeri-negeri dan persekutuan dalam Malaysia. 4) Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "PengakapRemaja" 5) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna dirajabagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA (LUKIS DAN WARNAKAN) 1) Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia. 2) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yangmembawa maksud Persetiaan Pengakap. 3) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintangitu, membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap. 4) Ketiga-tiga kelopak dicantum dengan satu ikatan tali. Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. 5) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia, manakala warnaputih membawa maksud kecucian dan kebersihan.


MODUL NOTA BUKU LOG PKK | : LENCANAKEAHLIAN2 PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :- Taat kepada Tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Undang-undang pengakap ada 10:- 1) Dipercayai 2) Taat 3) Berguna 4) Bersaudara 5) Berbudi 6) Kasihkan binatang 7) Menurut perintah 8) Tabah hati 9) Berjimat 10) Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan PRINSIP RUKUN NEGARA Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. TABIK DAN HORMAT PENGAKAP (LUKISKAN) Tabik atau Hormat pengakap diberikan semasa : 1) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atauorang kenamaan. 2) Menerima anuerah, sijil atau hadiah. 3) Istiadat menaik dan menurunkan bendera. COGANKATA PENGAKAP KANAK-KANAK BUAT SEHABIS BAIK


MODUL NOTA BUKU LOG PKK | : LENCANAKEAHLIAN3 SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert StephensonSmyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden- Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Ringkasan penubuhan Pengakap di malaysia:- 1) F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2) H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3) I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4) E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5) R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7) Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8) A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10) Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12) Sarawak ( 1915 ) CERITA HUTAN Pada suatu malam seekor harimau yang lapar bernama Shere Khan ternampak sebuahkhemah. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak merekayang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyaladengan maraknya. Shere Khan terus bergerak untuk menyerang namun, malangnyaShere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Shere Khan memekikkesakitan. Pemotong kayu dan isterinya mendengar gauman Shere Khan. Merekateruslari ketakutan dan meninggalkan bayinya. Seekor ketua kawanan serigala bernama Akela menemui bayi pemotong kayu itu. Akelamenggonggong bayi itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihandantertarik hati kepada bayi itu. Akela dan Ibu serigala bersetuju menerima bayi itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lainjugasayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah, yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatanglain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana bayi pemotong kayuitupergi. Tabaqui melaporkan kepada Shere Khan. Dia berharap dapat makan sisa-sisaShere Khan jika harimau itu memakan bayi itu nanti. Shere Khan dengan garangnyamenuntut bayi itu daripada keluarga serigala. Namun Akela dan Ibu Serigala menentang dan mempertahankan bayi itu. Seekor beruang bernama Baloo dan harimau kumbang bernama Bagheera turut menghalangShere Khan daripada mengambil bayi itu. Baloo berjanji akan mengajar bayi itu undang- undang hutan agar dapat hidup di dalam hutan. Bagheera pula sanggup menebus bayi itu dengan bangkai seekor lembu yang baru diburunya. Shere Khan akhirnyameninggalkan gua dengan marah dan hampa. Shere Khan bersumpah yang suatuhari nanti bayi itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama- sama keluarga serigala itu dan belajar menjadi anak serigala di dalam hutan.


MODUL NOTA BUKU LOG PKK | : LENCANAKEAHLIAN4 ISTIADAT LAUNG AGONG (LUKISKAN) Cara melaksanakannya:- 1) Akela berteriak PEK ! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahanseterusnya dalam keadaan sedia). 2) Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahuyang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3) Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akelalalumembentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepatangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4) Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkantangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama merekalalududuk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belahpehalalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5) Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " (intonasi menyoal). PKKyangmembalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6) Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tanganmereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).


Click to View FlipBook Version