E-BULETIN
----------------Edisi September 2020
JOM AKTIF DAN HEBAT!
Ke Arah Kehidupan Yang Sihat
SAYANGI JANTUNG ANDA
COVID-19
Kes jangkitan Covid-19 semakin
meningkat di seluruh dunia
Bagaimana nak jadi Berhenti Amalan pemakanan
kurus dan sihat? merokok!! yang seimbang
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
SIDANG PENGARANG
DISEDIAKAN KEPADA :
Dr. Ahmad Fuad Bin Mat Hassan
SBLM1023 Pengantar Penulisan
INFORMASI OLEH:
Muhammad Nasir Bin Abu Hassan Mohamad Irwan Syah Bin Daud
No. Matrik : 237313 No. Matrik : 243920
Noraziah Binti Ibrahim Yantyana Binti Zainal Abdin
No. Matrik : 243965 No. Matrik : 244012
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
KES JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN
MENINGKAT DI SELURUH DUNIA
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 telah menyebabkan jangkitan virus Covid-
19 meningkat secara mendadak. Ramai penganalisis telah menduga
kelangsungan pilihan raya ini akan mengundang suatu yang negatif terhadap
pembendungan penyebaran Covid-19. Walaupun satu prosedur operasi (SOP)
bersesuaian dengan norma baharu pilihan raya telah ditetapkan, namun
pelanggaran SOP semasa proses pilihan raya tersebut dilihat cukup jelas.
Penjarakan fizikal tidak diamalkan sepenuhnya oleh individu yang hadir dalam
jarak dekat kurang dari satu meter. Kebanyakan dari mereka mengamalkan
sentuhan penumbuk antara satu sama lain seolah-olah hal tersebut tidak
melanggar SOP. Sehingga hari ini, jangkitan virus Covid-19 semakin hari semakin
meningkat ke jumlah yang tinggi. Melihatkan kepada trend peningkatan kes
positif dan terdapat 9 kluster dari tempat kerja di negeri Selangor, maka
keperluan bagi memperketatkan kawalan aktiviti pergerakan keluar masuk yang
melibatkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan,
Selangor dan Sabah perlu dilaksanakan. Pada 22 Oktober 2020, seramai 200,000
penjawat awam dan 800,000 pekerja dari sektor swasta tidak perlu hadir ke
pejabat dan hanya bekerja dari rumah (Work From Home). Semua rakyat diseru
agar mematuhi SOP kerana kita perlu putuskan rantaian Covid-19 kerana kita
masih belum menang.
CEGAH COVID-19
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
Langkah ke Arah
7 Jantung Yang Sihat
Makan Tingkatkan Kekalkan
Secara Aktiviti Berat
Sihat Fizikal
Badan Yang
Unggul
Katakan Ketahui
“TIDAK” Paras
Pada Rokok
Tekanan
Kendalikan Darah Anda
Stress
Dengan Hidup Sihat
Bijak Tanpa
Alkohol
DISEDIAKAN OLEH:
Mohamad Irwan Syah Bin Daud
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
MALAYSIA DUDUKI TEMPAT PERTAMA DI ASIA TENGGARA
– PALING RAMAI YANG OBES
7 Langkah Cara pemakanan dan gaya hidup kurang sihat
Bagi sebahagian besar masyarakat Malaysia telah
menyebabkan seramai 16.8 juta daripada 28 juta rakyat
Mengurangkan di negara ini mengalami masalah kegemukan. Lebih
Berat Badan teruk lagi, seramai 8.4 juta daripada mereka yang
gemuk itu menghidap obesiti. Maklumat yang diperolehi
daripada Kementerian Kesihatan itu adalah
merangkumi semua peringkat umur. Obesiti menjadi
punca pelbagai penyakit seperti diabetes, sakit jantung,
buah pinggang, darah tinggi dan juga kanser. Obesiti
turut memberi kesan kepada pergerakan dan ketahanan
fizikal tubuh. Mereka yang obes juga mungkin
mempunyai kurang yakin terhadap penampilan diri
sendiri.
1 Kurangkan berat badan semasa anda, sebanyak 10% dalam
masa 6 bulan
2 Amalkan pengambilan maknaan yang bersesuaian dengan
keperluan tenaga harian dan tahap aktiviti fizikal anda
3 Ubah corak pengambilan dan penyediaan makanan anda
4 Tingkatkan tahap aktiviti fizikal anda
5 Pantau dan rekod berat badan anda seminggu sekali
6 Lakukan perubahan tingkahlaku dan pemikiran anda
7 Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan anda
DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Nasir Bin Abu Hassan
JOM AKTIF DAN HEBAT! E-BULETIN
KATAKAN TIDAK!! PADA MEROKOK
Sememangnya tidak dapat disangkal lagi yang merokok itu sangat berbahaya sehingga boleh membawa
maut pada perokok. Di samping itu, asap rokok basi juga telah terbukti mengancam nyawa sesiapa yang
berada di sekitar seseorang yang sedang merokok. Ancaman rokok juga adalah pada kesan asap basi yang
tetap berlegar dalam ruangan di mana ia dihasilkan, walaupun beberapa lama selepas rokok dihisap.
Dalam tempoh itu, beribu jenis bahan toksik berupa gas dan partikel yang sebelum ini terapung, kini tiada
lagi kelihatan. Sebenarnya racun-racun ini telah melekat pada tubuh, baju dan rambut perokok. Selain itu,
ia juga telah jatuh dan kekal pula pada peralatan, perabot, kusyen serta lantai dan karpet. Menurut pakar,
penemuan ini membuktikan rokok membawa ancaman yang sangat serius terhadap golongan bukan
perokok, khususnya kanak-kanak kecil dan bayi. Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak merangkak,
bermain dan gemar memasukkan apa saja ke dalam mulut mereka. Maka dengan cara ini mudahlah racun
SAB untuk melekat pada anggota si kecil ini dan kemudian ditelannya.
HIDUNG KESAN JANGKA
MASA PENDEK
Sedikit demi sedikit
mengurangkan deria MEROKOK
TERHADAP 7
bau
ORGAN &
KULIT ANGGOTA BADAN
Merokok juga akan
memberi kesan terhadap
kulit
MATA OTAK
Rokok yang disedut dan dihembus mengeluarkan asap
Mengakibatkan mata mengandungi gas beracun. Antaranya ialah gas karbon
berair dan radang mata monoksida yang akan menyebabkan oksigen kurang
yang boleh mengganggu disalurkan ke otak lantas tidak dapat berfungsi dengan
penglihatan baik
DISEDIAKAN OLEH: TELINGA
Merokok juga boleh mengurangkan kadar pengaliran
Noraziah Binti Ibrahim
darah dan boleh menyebabkan pekak
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak
menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan
kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan
yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
KEBAIKAN Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal
DARIPADA Memberikan vitamin yang cukup kepada badan
PEMAKANAN Mampu mengawal kadar obesiti
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu
YANG
SEIMBANG
DISEDIAKAN OLEH:
Yantyana Binti Zainal Abdin
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
Ruangan Kreatif
SUKU-SUKU SEPARUH
– UPIN, IPIN & KAWAN-KAWAN
Mari amalkan gaya hidup sihat
Dengan makan-makanan yang berkhasiat
Baru tubuh badan sihat
Suku, suku, suku, suku separuh (semua)
Suku pertama, (Mei Mei)
Ada nasi, roti, mie, bijirin (Ehsan)
Suku kedua, (Susanti)
Ikan, daging, ayam, kacang (Jarjit)
Separuh buah-buahan, (Upin)
Separuh sayuran (Ipin)
Hey, hey, hey, hey (semua)
Pinggan sihat semua (Upin dan Ipin)
Hey, hey, hey, hey (semua)
Kesihatan berkualiti (Upin dan Ipin)
Hey, hey, hey, hey (semua)
Pinggan sihat semua (Upin dan Ipin)
Hey, hey, hey, hey (semua)
Mari semua ikuti, (Upin dan Ipin)
Suku, suku, separuh
Suku, suku, suku, suku, separuh (semua)
Suku, suku, separuh
Suku, suku, separuh
JOM AKTIF DAN HEBAT! E-BULETIN
BERITA SEMASA
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
KALENDAR
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENYIHATKAN TUBUH BADAN
E-BULETIN
JOM AKTIF DAN HEBAT!
RUANGAN IKLAN