Buku Skrap
WAYANG KULIT
Nama : Nur Damia Zaidon
Kelas : 6 Baiduri
Sekolah : SK Sungai Serdang
PENGENALAN
Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional
yang kuno di Malaysia.
Ia menggunakan prinsip cahaya dan bayang.Bayang-bayang
daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak
methologidan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
PERSEMBAHAN WAYANG KULIT
SELALUNYA DIIRINGI OLEH
-satu kumpulan muzikpaluan atau gamelan
-alat tiupan (serunai)
-alat bertali (rebab)
WAYANG KULIT DI MALAYSIA
1.Wayang Kelantan
-disamapikan dalam bahasa melayu loghat Kelantan
& berasaskan kepada pengaruh Patani,Kelantan.
2.Wayang Melayu (Wayang Jawa)
-disampaikan melalui B.Melayu berpengaruh Jawa.Ne
pantai Timur.
3.Wayang Kulit Jawa (Wayang Purwo)
-disampaikan dalam B.Jawa & diselit dengan B.Melayu
tempatan.Selatan Pantai Barat Semenanjung (Johor)
4.Wayang Gedek
-disampaikan dalam B.Thailand & B.Melayu loghat
tempatan.Negeri Kedah,Perlis dan beberapa negeri utara
Pantai Barat Semenanjung.
Wayang Kelantan
WAYANG KELANTAN
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai wayang kulit
Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani
di negeri Siam.Ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa
masuk ke Kelantan melalui Patani.Bahasa-bahasa pengantar dalam
teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang
mempamerkan pengaruh Patani.
Raja Seri Rama dan Tuan
Puteri Siti Dewi merupakan
watak-watak utama dalam
wayang kulit Kelantan.
CONTOH PATUNG WAYANG KELANTAN
Alat muzik Wayang Kulit Kelantan
Susunan alat muzik Wayang Kulit Kelantan
A-Tok Dalang
B&C-Penunjuk Patung
1-Serunai
2-Gendang ibu
3-Gendamg anak
4-Gedombak ibu
5-Gedombak anak
6-Kesi
7-Geduk ibu
8-Ceduk anak
9-Canang
10-Pemain Gong
WAYANG MELAYU
Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur,terutama
Kelantan dan Terengganu.Cerita Wayang Melayu berdasarkan
episod-episod dari epik Mahabharata,terutamanya cerita
Pendawa Lima.Cerita ini disampaikan dalam Bahasa Jawa di
samping diselitkan dialek Melayu tempatan.
Patung Wayang ini senang untuk dikenal pasti
mengikut kedudukan kepala.Patung berwatak baik biasanya
menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya
adalah kecik serta elok.Patung berwatak kasar dan sombong
lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.
CONTOH PATUNG WAYANG MELAYU
Alat muzik
Alat muziknya:
-sebatang rebab
-enam biji canang
-dua biji gong besar
-satu biji gong
-dua biji gendang
-sepasang kesi
WAYANG GEDEK
Tersebar di bahagian Utara Pantai Barat
Malaysia, terutamanya Kedah dan Pelis.
Dimainkan oleh orang Melayu dan Siam
tempatan.
Dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit Siam
dikenali sebagai Nong-Talung dan bahasa yang
biasanya digunakan adalah sama ada dalam loghat
Siam mahupun dialek Melayu Kedah.
Alat muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada: -
sepasang gedombak
-sepasang gong
-sepasang kerincing
-sebijik geduk
-sebatang serunai
WAYANG PURWO
Terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat,
terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk
keturunan Jawa.Cerita ini berdasarkan cerita Pendawa
Jawa yang disadur dari epik Mahabharata india.Ceritanya
tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.
Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa
namun dialek Melayu tempatan juga deselitkan
dalam dialog cerita.
Contoh jenis mata
bagi Wayang Purwo
ALAT MUZIK
ALAT MUZIK WAYANG PURWO BERBEZA
DENGAN WAYANG LAIN KERANA TERDIRI
DARI:
-SEBIJI GONG BESAR (AGONG)
-SEBIJI GONG SUWUKAN
-SATU SET GAMBANG
-LIMA BIJI KEMPUL
-LIMA BIJI KENONG
-DUA SET GONDER
-SATU SLENTEM
-SATU SET SARON
-SATU SET PEKING(SARON PENERUS)
-SATU SET KETOK/KOMPANG
-SATU BATANG REBAB DAN SATU BIJI
GENDANG
PROSES MEMBUAT WAYANG KULIT
1. Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
-Kulit lembu atau kambing yang telah
dibersihkan akan direndam ke dalam air
campuran garam,lada,lengkuas dan serai
untuk beberapa hari.
-Kemudian dijemur menggunakan pacang di
penjurunya.Setelah kulit tersebut telah benra-benar kering
dan tidak berbau,bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang
telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca
sehingga bersih.
2. Kulit ditebuk dengan menggunakan
lingkaran kertas.
-kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak
wayang kulit akan ditetapkan ke atas kulit yang telah
dibersihkan
-dari sinilah kreativiti seorang dalang untuk membentuk
patung wayang kulit mengikut watak yang ingin
dipersembahkan.
-setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk
mempunyai fungsinya tertentu dan watak-watak yang
dihasilkan mempunyai identiti yang tersendiri.
3. Buluh,tali dana berwarna buluh sebagai bahan
penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan
tali kepada kulit yang telah siap ditebuk.
-tali untuk membuat gerakan pada bibir,tangan
dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung
tersebut.Tali ini akan diikat apabila patung
tersebut setelah diwarnakan mengikut watak yang
digambarkan.
warna yang bisa digunakan ialah
- bahan dye fabrik
- cat air
- Memerlukan kreativiti,bakat dan
kesabaran yang tinggi
KESIMPULAN
Seni wayang kulit merupakan satu kesenian
melayu yang tidak ternilai harganya, keindahan
yang tersembunyi di dalam kesenian ini
sewajarnya dihargai oleh masyarakat melayu
kini.Selain itu, dapat melahirkan perasaan
cinta akan tanah air.Seni wayang kulit ini juga
seharusnya diangkat dan dipopularkan ke
peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/nadyazmie/way
ang-kulit-recovered-2