The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Christina Jie, 2024-01-23 22:47:12

Usman Awang - Sasterawan Negara

Usman Awang - Sasterawan Negara

NAMA NOMBOR MATRIK JASMINE LYN ANAK JAP (KETUA) 279839 LEE SUET YI 277967 NUR FADHILAH BINTI MOHAMAD 278189 CHIAM YEE XIEN 279975 SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN SEMESTER PERTAMA SESI A231/A232 TUGASAN 3: E-MAJALAH: PENA EMAS SASTERAWAN NEGARA: USMAN AWANG DIHANTAR KEPADA: DR.MOHD TARMIZI BIN HASRAH DISEDIAKAN OLEH: TARIKH SERAHAN: 24 JANUARI 2024


PENA EMAS MAJALAH EDISI EKSKLUSIF, JAN 2024 "TAJAM KERIS RAJA, TAJAM LAGI PENA PUJANGGA" USMAN AWANG SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA WWW.PENAEMAS.COM. MY LAYARI LAMAN WEB KAMI:


SIDANG TINTA EDITOR Selamat sejahtera, Setinggi- tinggi penghargaan dan rasa kesykuran kerana dengan izin-Nya e-majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan siding redaksi kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan e-majalah ini dan membantu serta membimbing antara satu sama lain dalam menjalankan tugas yang telah diberi. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ini diberikan kepada mereka kerana telah memberikan Kerjasama yang bain semasa proses menyiapkan e-majalah ini. Kerjasama dan kegigihan semua pihak yang terlobat merupakan berkat yang membolehkan emajalah ini akhirnya diterbitkan. Penerbitan e-majalah ini memberi tumpuan kepada sasterawan negara Malaysia iaitu Usman Awang. Sebagai seorang pencinta kepada sasterawan negara, karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau akan dipamerkan dalam majalah ini bagi tatapan pembaca. Oleh itu, majalah ini berfokus kepada perjalanan Usman Awang sebagai seorang sasterawan negara yang telah memberi impak kepada editor untuk menghasilkan e-majalah ini. Akhir kata, saya bagi pihak redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkkan proses penerbitan majalah ini. Penghargaan juga diberikan kepada ahli-ahli siding redaksi serta rakan-rakan yang telah memberikan idea yang kreatif semasa proses penghasilan e-majalah ini. Harapan saya sebagai ketua editor agar pembaca berpuas hati dengan hasil kerja ynag telah dipamerkan dalam e-majalah ini. Sekian, Terima Kasih. Oleh, Jasmine Lyn Anak Jap Ketua Editor EDITOR KETUA EDITOR KETUA ARTIKEL KETUA SASTERA KETUA ILKAN Chiam Yee Xien Lee Suet Yi Nur Fadhilah Binti Mohamad Jasmine Lyn Anak Jap KETUA SENI Jasmine Lyn Anak Jap Chiam Yee Xien Lee Suet Yi Nur Fadhilah Binti Mohamad


01 02 04 05 03 KANDUNGAN BERITA UTAMA USMAN AWANG BERITA SAMPINGAN MENOLAK PEPERANGAN, MEMBANGUNKAN KEMANUSIAAN RUANGAN KREATIF SAJAK CERPEN RUANGAN IKLAN ANUGERAH WARTAWAN MUDA 2023/24 SAYEMBARA PENULISAN SAJAK SAINS DAN TEKNOLOGI KALA MALAM TERCIPTA LILIN PESTA BUKU JELI PENCARIAN 7 MANUSKRIP - ANTOLOGI CERPEN REMAJA PENCARIAN 10 MANUSKRIP - ANTOLOGI CERPEN DEWASA KUALA LUMPUR ALTERNATIVE BOOKFEST INTERNATIONAL BOOK FAIR 2024 EKSPO BUKU MALAYSIA 2024 SAYEMBARA PIDATO JAN 2024 BERITA SAMPINGAN SASTERAWAN NEGARA DALAM KENANGAN KITA 6 7-9 10 11 11 12 13 13 14 14 15 16 4 2 1


BERITA UTAMA USMAN AWANG “TAPI, ANAKKU, HIDUP SENANTIASA MENGEMBARA” USMAN AWANG sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Pendidikan yang diterimanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985. Usman Awang pernah menjadi `budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, Jepun menyerah kalah. BERITA UTAMA 01 Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, dan “Salam Benua.” Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang sehingga kadangkadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis. Usman menerima anugerah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


BERITA SAMPINGAN SASTERAWAN NEGARA DALAM KENANGAN KITA Kewujudan tanah air kita sudah bersejarah lama, kemerdekaan negara sudah kita nikmati berpuluh puluh tahun, pejuang-pejuang yang bertumpah darah, siapa mampu mengingati kesemua nama mereka. 23 tahun sudah berlalu, nama Wan Osman bin Wan Awang, jarang dikenali oleh anak-anak Malaysia tanpa mengira tua atau muda tetapi jika nama penanya, Usman Awang disebut, ingatan tentang beliau yang semakin pudar akan kembali bahawa beliau adalah sasterawan negara kita dan juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. 02 BERITA SAMPINGAN KUALA LUMPUR, JAN 2024 Tanpa disedari, Dato’ Usman Awang telah meninggalkan keluarganya dan kita semua pada 23 tahun yang lalu. Walaupun beliau sudah lama meninggal, namun hasil karya seumur hidupnya sudah menjadi khazanah yang unggul dan berharga serta luas tersebar dalam semua lapisan masyarakat bukan sahaja dalam Malaysia, malahan turut melayang ke luar negara tanpa mengira kaum dan bangsa. Dengan bersyukurnya, hasrat akhir beliau untuk memperkenalkan hasil seni, karya serta penulis dan pelukis tempatan ditunaikan pada 20 Julai 2013


S A S T E RA WN N E G A RA DALAMKENANGANKITA“Suara seorang penulis adalah suara kemanusiaan yang mengatasi batas-batas dan dasar politik berparti. Seseorang penulis akan terikat suara dan tulisan-tulisannya bila ia menjadi anggota sesebuah parti politik.” USMAN AWANG dengan satu manifestasi seni. Usman Awang sehingga hari ini masih idola ataupun dikatakan sasterawan yang terpendam dalam hati anak-anak Malaysia dan peminatnya dari seluruh dunia. Bagi meneruskan semangat perjuangan dalam bidang kesusasteraan, generasi-generasi muda kini digalakkan supaya rajin menulis agar semangat pejuang sastera tidak terputus setelah dua dekad berlalu. Selain dari menulis, penelitian terhadap karya-karya Usman Awang juga dapat memberi inspirasi serta menyemarakan api sastera dalam jiwa bakal penulis pada masa akan datang. Antara karya yang popular serta sering dirujuk adalah seperti berikut: Ke Makam Bonda Nasib Buruh Bunga Popi Salam Benua Tulang-Tulang Berserakan Matinya Seorang Pahlawan - Jebat Malam Kemerdekaan BERITA SAMPINGAN 03 KUALA LUMPUR, JAN 2024 Sifat ketokohan beliau bukan sahaja menjadi kebanggan kita, tetapi juga perlu sentiasa dicontohi dan disemai dalam jiwa kita sebagai salah seorang rakyat dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa. Dengan ini, semangat sasterawan negara sentiasa wujud dalam kehidupan seharian kita di samping hidup dalam kenangan kita sahaja.


BERITA SAMPINGAN Apabila meneliti secara mendalam ke akar peperangan ini, terdapat beberapa faktor utama yang mencetuskan konflik ini. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti: Sejarah Politik Agama Hak Asasi Manusia Kezaliman Hati Manusia Kekurangan Pengetahuan 04 BERITA SAMPINGAN MMEENNOOLLAAKKPPEEPPEERRAANNGGAANN MMEEMMBBAANNGGUUNNKKAANN KKEEMMAANNUUSSIIAAAANN SELANGOR, JAN 2024 Sejak kebelakangan ini, perang Israel dengan Palestina semakin hari semakin sengit, walaupun konflik antara kedua-dua buah negara ini tidak pernah diselesaikan. Konflik ini merupakan konflik yang paling rumit dan bersejarah lama setelah keamanan dan kemakmuran dunia dicapai. Walaupun begitu, konflik antara Israel dan Palestina sepanjang beberapa dekad tidak dapat terjawab dan mencapai kesepakatan sejak tercetusnya konflik ini pada masa pembentukan negara Israel. Berpunca dari faktor-faktor sebegini, perang Israel dengan Palestina selama ini tidak pernah reda. Disebabkan juga sel-sel keganasan yang mengalir dalam darah dan pemikiran yang licik serta tidak berpemanusiaan, usaha perdamaian seperti perjanjian Oslo juga dilakukan tetapi gencatan senjata antara dua pihak ini tidak didatangi kerana kesukaran Israel dan Palestina untuk mencapai persetujuan. Akibat dari perang yang berterusan sejak abad ke-19 sehingga kini, ramai rakyat yang lemah menjadi mangsa kepada perang ini.


Kesimpulan: Peperangan bersenjata tidak membawa sebarang manfaat malah mendatangkan trauma, seksaan, kesengsaraan kepada rakyat jelata. Sifat perikemanusiaan wajar ditanam dalam hati dan jiwa sejak kecil bagi mengukuhkan iman supaya dapat membina benteng yang kuat dalam minda seseorang insan yang hidup dalam bumi ini untuk menentang pemikiran yang agresif dan ekstrem. BERITA SAMPINGAN 05 Antara kesan yang memudaratkan dari perang Israel dan Palestina ialah: Ketenteraman negara terjejas Kebinasaan tempat perlindungan Kelaparan Kemiskinan Kesengsaraan dalam kehidupan Pengorbanan mangsa yang tidak berdosa Dan sebagainya SELANGOR, JAN 2024 Peperangan tidak pernah mendatangkan manfaat yang bernilai dan sah dari sudut agama, sebagai penghuni di atas bumi ini, kita semua perlu menolak peperangan dan memupuk sifat kemanusiaan dalam jiwa kita seperti Sasterawan Negara Malaysia yang terkenal, Usman Awang. Beliau merupakan seorang penulis pada abad ke-19 yang mesra dan lemah-lembut. Dalam karya penulisan Usman Awang, ternyatalah rasa berperikemanusiaan seorang insan dan simpati terhadap golongan yang miskin, malang dan tidak berdosa di samping membawa kesegaran dan keindahan dalam karya yang dikarang. MENOLAKPEPERANGANMENOLAKPEPERANGANMEMBANGUNKANKEMANUSIAANMEMBANGUNKANKEMANUSIAAN


RUANGAN KREATIF SAJAK Ketika senja menggoda langit, Nama Usman Awang menyerlah. Penanya yang bijak menganyam katakata, Di hati orang ramai, dia adalah cahaya. Dalam rimba kata-kata, dia memilih kebijaksanaan, Mengukir pantun madu yang indah. Tinta kehidupan menjelma di atas kertas, Menyambut jiwa, merangkul mimpi. Usman, pahlawan kata dan budaya, Meluahkan perasaan, menggerakkan hati. Puisimu, irama sejarah, Sulam benang cinta dalam setiap baitnya. Dalam perjalanan hidup yang panjang, Usman Awang, nama yang memberi inspirasi. Berkilauan seperti bintang di langit malam, Membimbing generasi dengan hikmah. Bawa kami ke alam kata-katamu, Di sana, kita temui erti kehidupan. Usman, kekal dalam jejak puisi, Terima kasih atas warisan hebat anda. 06 RUANGAN KREATIF JEJAK CAHAYA: ODE UNTUK USMAN AWANG


RUANGAN KREATIF CERPEN Di sebuah kampung kecil yang diselimuti oleh kesunyian senja, terdapat seorang tokoh yang bijak bernama Usman Awang. Wajahnya yang berkedut telah menyatakan satu bukti perjalanan panjang di dunia sastera. Setiap kata yang dituliskan oleh Tokoh Usman Awang dan setiap baris puisi yang diciptakan telah menjadi seperti cahaya yang menerangi malam. Dalam sebuah perayaan kecil di kampung itu, penduduk-penduduk berkumpul untuk memberikan penghargaan dan hormat kepada Usman Awang. Terdapat seorang remaja yang bernama Amir adalah seorang yang baru menemukan kecintaannya pada sastera. Dia dengan penuh kekaguman sambil mendekati Usman Awang. Wajahnya yang berkilauan menunjukkan semangatnya yang tidak dapat dibendung. "Selamat malam, Pak Usman." Amir menyapa sambil merendahkan kepalanya sebagai tanda penghormatan. Usman Awang senyum dengan ramah, "Selamat malam, anak muda. Apa yang membawa kamu ke sini?" Amir bercerita dengan penuh sukacita tentang bagaimana Tokoh Usman Awang telah memberi inspirasi kepadanya untuk mendalami dunia sastera. Bagi Amir, ia bukan sekadar rangkaian surat sahaja tetapi RUANGAN KREATIF 07 CAHAYA DALAM KATA: PENGHARGAAN UNTUK USMAN AWANG


RUANGAN KREATIF CERPEN jendela yang membawanya adalah meneroka perasaan, pemikiran dan juga keindahan hidup. Usman Awang mengangguk dengan tanda faham. "Terima kasih, Amir. Sastera adalah bidang yang luas, dan saya gembira melihat keghairahan anda untuk menerokainya." Pada malam tersebut, seorang demi seorang penduduk kampung datang untuk memberikan penghargaan dan terima kasih kepada Usman Awang. Dalam suasana yang penuh kemesraan dan kebersamaan, satu anugerah yang besar telah diberikan oleh ketua kampung bagi menghargai sumbangan besar Usman Awang dalam melestarikan budaya dan sastera. Selepas selesai, Usman Awang duduk di bawah pokok yang tua di pinggir kampung. Amir menemaninya sambil membawa buku puisi Usman Awang yang disimpannya dengan berhati-hati. "Pak Usman, bolehkah anda menandatangani buku itu untuk saya?" Amir bertanya dengan malu. Usman Awang mengambil pen dan menandatangani buku itu dengan gembira. 08 RUANGAN KREATIF


RUANGAN KREATIF CERPEN "Semoga kata-kata di dalamnya boleh membawa awak ke pengembaraan yang mendalam, Amir. Teruskan mengejar impian awak." Dengan hati yang berbunga-bunga, Amir meninggalkan pertemuan dengan lebih hormat dan inspirasi. Di bawah langit malam yang cerah, kisah penghayatan dan penghormatan terhadap Usman Awang di kampung kecil ini menjadi antara kisah yang akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, ibarat peninggalan kata-kata indah sang maestro sastera. RUANGAN KREATIF 09


RUANGAN IKLAN: Kompilasi aktiviti pertandingan pada tahun 2024 10 RUANGAN IKLAN


RUANGAN IKLAN: Kompilasi aktiviti pertandingan pada tahun 2024 RUANGAN IKLAN 11


RUANGAN IKLAN: PESTA BUKU 2024 Kompilasi Pesta buku pada tahun 2024 12 RUANGAN IKLAN


RUANGAN IKLAN: Kompilasi aktiviti pertandingan pada tahun 2024 RUANGAN IKLAN 13


RUANGAN IKLAN: PESTA BUKU 2024 Kompilasi Pesta buku pada tahun 2024 14 RUANGAN IKLAN


RUANGAN IKLAN: PESTA BUKU 2024 Kompilasi Pesta buku pada tahun 2024 RUANGAN IKLAN 15


RUANGAN IKLAN: Kompilasi aktiviti pertandingan pada tahun 2024 16 RUANGAN IKLAN


ALAMAT: Universiti Utara Malaysia, Jalan Sintok 06010 Changlun, Kedah. 04-928 4000


Click to View FlipBook Version