Nama: Nur Aisyah Binti Muhammad Dahalan
Kelas: 6 Aspirasi
Nama Cikgu: Nor Hanani Binti Saaid
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Langkawi
BIL. PERKARA
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. BIODATA DATO’ MOHD AZIZULHASNI BIN AWANG
4. SEJARAH PENDIDIKAN
5. SEJARAH AWAL PENGLIBATAN
6. THE POCKET ROCKETMAN
7. PENCAPAIAN
8. CORETAN KEMALANGAN SEMASA PERTANDINGAN
9. PENGHARGAAN YANG DITERIMA
10. PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN
11. KEISTIMEWAAN
12. PENUTUP
... ميحرلا نمحرلا الله مسب
Alhamdullilah, dengan izin Allah S.W.T., saya dapat menyiapkan buku skrap
Tokoh Sukan dengan jayanya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
banyak membantu sepanjang proses pembuatan buku skrap ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nor Hanani binti
Saaid kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembuatan buku skrap ini.
Terima kasih.
• Tujuan buku skrap dihasikan adalah untuk mengenali tokoh sukan negara
dalam sukan berbasikal trek iaitu Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang.
Dengan penghasilan buku skrap ini, saya dapat mengetahui kepentingan
sesuatu sukan dalam memupuk semangat kesukanan dan cintakan negara
kita yang tercinta MALAYSIA.
• Nama penuh: Mohd Azizulhasni bin Awang
• Nama panggilan: Jijoe
• Nama samaran: The Pocket Rocketman
• Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
• Adik beradik: Anak ke-8 daripada 9 adik beradik
• Tempat Lahir: Kuala Dungun, Terengganu
• Nama Isteri: Athiah Ilyana Abd Samat
• Anak: Amna Maryam dan Amna Khadeeja
• Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun,Terengganu.
• Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun
dan Sekolah Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
• Universiti: Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan,
pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.
• Azizulhasni Awang memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan
abangnya.
• Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki
Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang
memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat
7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
• Azizulhasni Awang menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan
Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil
keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
• Beliau diberi jolokan Azizul The Pocketrocketman kerana tubuh
badannya yang kecil dan keupayaan beliau mencelah dan
memecut di saat akhir menuju ke garisan penamat pelumbaan
• Track Cycling World Ranking
2008/09 – Keirin pertama
2010/11 – Keirin pertama
• Kejohanan Dunia
2009 – Pingat Perak (Acara Sprint)
2010 – Pingat Perak (Acara Keirin)
2015 – Pingat Gangsa (Acara Keirin)
2016 – Pingat Perak(Acara Keirin)
2017 – Pingat Emas Jersey rainbow (Acara Keirin)
• Sukan Komanwel
2010 – Pingat Gangsa (Acara Team sprint) (bersama Josiah Ng dan
Mohd Rizal Tisin)
2014 – Pingat Gangsa (Acara Keirin)
• Sukan Olimpik
2016 – Pingat Gangsa (Acara Keirin)
2020 – Pingat Perak (Acara Keirin)
• Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di
Manchester, England (2011)
Dalam kemalangan yang berlaku pada 19 Februari 2011 itu, betis kirinya
tertusuk serpihan kayu kira-kira 20 cm ketika bertanding acara keirin pada Siri
Piala Dunia Klasik UCI di Manchester. Namun beliau tetap meneruskan kayuhan
dan berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga
• Kemalangan Piala Dunia di Poland (2017)
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang terjatuh dalam acara keirin di selekoh terakhir
berlanggar dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.
• Kemalangan di kejohanan Piala Dunia di Brisbane, Australia
(2019)
Azizulhasni menjalani rawatan selepas kemalangan dalam acara keirin
pada siri Piala Dunia di Brisbane, Australia
• Anugerah Sukan Negara
- Olahragawan Kebangsaan: 2009, 2010, 2017
• Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
- Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017, 2019
• Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
- Ahli Mangku Negara (AMN) (2016)
• Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
- Kesatria Mangku Negara (KMN)
• Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) (2021) –
membawa gelaran Dato'
• Azizulhasni Awang ataupun The Rocket Pocketman
sememangnya amat layak untuk dijadikan sebagai contoh
teladan kepada semua, tidak hanya kepada atlet-atlet
negara. Beliau membuktikan yang bahawa keperitan hidup
bukanlah suatu penghalang untuk seseorang insan itu berjaya.
Kehebatan dan kecekalan beliau wajar dicontohi oleh setiap
orang dalam setiap lapisan masyarakat di negara kita dalam
usaha kita untuk sama-sama membangunkan negara.
• Penghasilan buku skrap ini telah memberi inpirasi kepada saya
untuk berusaha lebih gigih dalam mengejar cita-cita seperti
Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang bertekad untuk
menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam Sukan Olimpik di
Paris, Perancis pada tahun 2024.