The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzikpm, 2019-01-10 02:04:39

MANUAL BAHAS PPM 2019

MANUAL BAHAS PPM 2019

MANUAL KERJA
PERTANDINGAN BAHAS
PIALA PERDANA MENTERI

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

2

KANDUNGAN

PENGENALAN _____________________________________________________ 3
PAUTAN MUAT TURUN _______________________________________________ 4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI _______ 5

1.0 Pengenalan______________________________________________________________ 5
2.0 Objektif _________________________________________________________________ 5
3.0 Rasional ________________________________________________________________ 6
4.0 Nama __________________________________________________________________ 6
5.0 Kategori ________________________________________________________________ 6
6.0 Format Pertandingan ______________________________________________________ 6
7.0 Larangan________________________________________________________________ 7
8.0 Struktur Pertandingan______________________________________________________ 7
9.0 Pakaian________________________________________________________________ 13
10.0 Peserta Bahas _________________________________________________________ 14
11.0 Guru Pengiring _________________________________________________________ 15
12.0 Hakim ________________________________________________________________ 16
13.0 Urus Setia Bahas _______________________________________________________ 18
14.0 Pegawai Teknikal dan Jurulatih Utama Pertandingan ___________________________ 19
15.0 Sijil Anugerah dan Hadiah ________________________________________________ 19
16.0 Tab Pertandingan _______________________________________________________ 20
17.0 Peranan dan Bidang Tugas _______________________________________________ 21
18.0 Bantahan dan Aduan ____________________________________________________ 28
19.0 Panduan Penentuan Kedudukan Pasukan ____________________________________ 29
20.0 Panduan Penskoran Markah ______________________________________________ 31
21.0 Panduan Pemarkahan ___________________________________________________ 34
22.0 Panduan Pemilihan Pembahas Terbaik ______________________________________ 35

RUJUKAN DAN PANDUAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA
MENTERI __________________________________________________________ 37

1.0 Carta Alir Pertandingan Bahas PIala Perdana Menteri____________________________ 37
2.0 Borang-Borang Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (BM)___________________ 38
3.0 Borang-Borang Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (BI)____________________ 52
4.0 Cadangan Senarai Sijil ____________________________________________________ 63
4.0 Cadangan Carta Organisai dan Bidang Tugas Urus Setia _________________________ 65
6.0 Cadangan Susun Atur Bilik-Bilik Pertandingan__________________________________ 68
7.0 Cadangan Peralatan dan Logistik Bahas ______________________________________ 72
8.0 Cadangan Jadual Pertandingan _____________________________________________ 76
9.0 Pendokumentasian dan Pelupusan __________________________________________ 84
10.0 Panel ___________________________________________________________ 86

3

PENGENALAN

Manual Kerja Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri

 Manual Kerja Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu;
o Kertas Konsep Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, dan
o Rujukan dan Panduan Pelaksanaan Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri

 Kertas Konsep Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri adalah kertas konsep
pertandingan yang sudah dikemas kini mulai tahun 2017.

 Manual kerja ini juga diguna pakai bersama-sama manual-manual Tab Bahas
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, iaitu;
o Manual Tab Jana Bahas
o Manual Tab Jana Hakim
o Manual Tab Pembahas

 Manual kerja ini hanya merujuk versi yang berikut sahaja;
o Tab Jana Bahas PPM Bahasa Melayu Versi 2019
o Tab Jana Bahas PPM Bahasa Inggeris Versi 2019
o Tab Jana Hakim PPM Bahasa Melayu Versi 2019
o Tab Jana Hakim PPM Bahasa Inggeris Versi 2019
o Tab Pembahas PPM Bahasa Melayu Versi 2019
o Tab Pembahas PPM Bahasa Inggeris Versi 2019

4

PAUTAN MUAT TURUN

Muat turun dokumen berkaitan menggunakan pautan atau kod QR berikut

Dokumen Teknikal

Untuk mendapatkan Peraturan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri dan borang-
borang berkaitan, klik pautan bit.ly/TeknikalHKSBP atau imbas kod QR berikut

Sistem Tab Bahas

Untuk mendapatkan Sistem Tab Bahas PPM, Contoh Markah untuk simulasi, Sistem Tab
Pembahas dan Sistem Tab JanaHakim, klik pautan bit.ly/TabBahasPPM atau imbas kod
QR berikut

5

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BAHAS
PIALA PERDANA MENTERI

1.0 Pengenalan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan institusi pendidikan yang berupaya

melahirkan pemimpin masa depan. Sebagai institusi yang berjasa melahirkan bakal
pemimpin negara, pertandingan bahas atau debat merupakan wahana terbaik untuk
merealisasikannya. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK) sentiasa menambah baik kualiti penganjuran pertandingan
bahas yang menjadi pertandingan berprestij dan ditunggu-tunggu oleh warga SBP sejak
mula dianjurkan pada tahun 1972. Penggunaan Sistem Power Match (kaedah Swiss
Bracket) dalam pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) mulai 2017 membuktikan
pihak BPSBPSK sentiasa berusaha mencari model terbaik dalam penganjuran
pertandingan bahas. Sistem ini sebenarnya menjadikan penganjuran pertandingan ini tidak
terlalu bersifat menang kalah atau mencari siapa hebat atau siapa yang merudum
prestasinya, sebaliknya merupakan proses latihan berterusan dalam pembinaan karakter
pemimpin. Penganugerahan peringkat pencapaian pasukan dengan pemberian anugerah
Gangsa, Perak dan Emas sebenarnya menggambarkan pihak BPSBP menghargai usaha
guru-guru dan pelajar-pelajar SBP memilih bidang perbahasan sebagai medium pembinaan
karakter seorang pemimpin. Kemahiran berbahas sepatutnya menjadi kemahiran yang
hidup dan tidak wajar dimatikan oleh “peristiwa” kekalahan dalam pertandingan bahas. Oleh
itu, kertas konsep ini bertujuan menjadi dokumen tuntas sebagai rujukan pegawai-pegawai
BPSBPSK, pegawai-pegawai teknikal dan pihak penganjur serta pengelola pertandingan
Bahas PPM setiap tahun. Dokumen ini juga tidak bersifat jumud, malah akan sentiasa
ditambah baik dengan mengambil kira perkembangan kemahiran berbahas semasa dan
terkini.

2.0 Objektif

2.1 Memperkenalkan satu format perbahasan (Bahas Ala Parlimen dan Sistem Power
Match) bercirikan SBP yang mengambil kira proses indoktrinasi “roh dan semangat
SBP” kepada guru-guru dan murid-murid SBP supaya proses membentuk karakter
pemimpin dalam kalangan murid SBP dapat direalisasikan.

2.2 Melahirkan pembahas berkualiti tinggi yang mempunyai karakter pemimpin
berkelas dunia seperti berilmu, berdaya saing, berdaya juang, Kecerdasan Emosi
(EQ) yang tinggi, mempunyai nilai dan kemuncaknya adalah menjadi pemimpin
yang sentiasa berpaksikan sifat ihsan tinggi.

2.3 Melahirkan pembahas-pembahas yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan disokong bukti-bukti konkrit secara berhemah, bahasa terpilih dan
sopan serta nada berbahas yang bersahaja.

3.0 Rasional

3.1 Kemenjadian pelajar SBP tidak dapat dinafikan lagi. Persoalannya, mampukah
keluaran SBP ini menjadi pemimpin yang mampu bersaing di pentas persaingan
sebenar di peringkat tempatan dan global?

6

3.2 Penguasaan kemahiran berbahas sudah diakui oleh pelbagai pihak. Kemahiran
berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih
sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar
dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara
aktif, kreatif, dan kritis.

4.0 Nama
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) .

5.0 Kategori

5.1 Pertandingan ini dijalankan dalam dua kategori iaitu
a. Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Kategori Bahasa Melayu,
dan
b. Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Kategori Bahasa Inggeris

6.0 Format Pertandingan

6.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh 4 orang pembahas
dari sekolah yang sama. Hanya 3 orang pembahas akan berbahas dalam satu-
satu pertandingan.

6.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan
bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut Yang Amat
Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas
dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai Yang Berhormat (YB) Menteri
Kedua, YB Menteri Ketiga. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang
akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala 2 orang lagi
pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang
Kedua dan YB Pembangkang Ketiga.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti
berikut :

GILIRAN KERAJAAN GILIRAN PEMBANGKANG MASA
1 Pertama 2 Pertama 8 minit
3 Kedua 4 Kedua 8 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 8 minit
8 Ucapan 7 Ucapan penggulungan 4 minit
penggulungan Pertama/Kedua
Pertama/Kedua

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan
satu hujah, pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan juga akan
mengutarakan satu hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak
mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk
membidas hujah pasukan lawan.

7

6.6 Pihak lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau
menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua izin
laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas
kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

7.0 Larangan
7.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi

seseorang adalah dilarang. Pembahas juga dilarang menampilkan tingkah laku
yang menyentuh sensitiviti orang lain dan bahasa kasar yang bertentangan
dengan etika seseorang pembahas berhemah.
7.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah
dilarang sama sekali.
7.3 Unsur provokasi dan prejudis yang menyentuh pelbagai pihak dalam
pertandingan atau di luar pertandingan juga dilarang sama sekali.
7.4 Penggunaan perkataan yang membawa konotasi negatif dan menghina
seseorang daripada aspek fizikal, warna kulit, rupa paras, keturunan, agama
dan gender juga dilarang.
7.5 Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk video atau digital yang lain adalah
tidak dibenarkan kecuali telah mendapat kebenaran daripada BPSBPSK dan
dapat menunjukkan bukti apabila diminta berbuat demikian.

8.0 Struktur Pertandingan
8.1 Sistem Pertandingan
a. Sistem yang digunakan untuk menjana Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri ialah Sistem Power Match (Kaedah Swiss Bracket) bercirikan SBP
yang dibina khas untuk pertandingan ini.
b. Pertandingan dijalankan berdasarkan peringkat berikut:
i. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
ii. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
iii. Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
c. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri akan
dijalankan lebih awal dan pasukan yang mendapat kedudukan 1-8 dalam
kumpulan 16 pasukan dan 1-9 dalam kumpulan 18 pasukan layak ke
Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
d. Sekolah tuan rumah pengelola Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri pada tahun tersebut secara automatik dipilih ke Pusingan
Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri bagi kedua-dua kategori.

8

e. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri terdiri daripada
36 pasukan dan akan bertanding dalam dua pusingan iaitu
i. Pusingan Awal
ii. Pusingan Menang Mara

f. Pusingan Awal dalam Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri akan dijalankan dalam 5 sesi perbahasan yang dikenali sebagai Sesi
1, Sesi 2, Sesi 3, Sesi 4 dan Sesi 5, manakala bagi Pusingan Menang Mara
dalam Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, akan
dijalankan dalam tiga sesi yang dikenali sebagai pusingan Octo-final, Suku
Akhir dan Separuh Akhir.

g. Hanya 16 pasukan yang layak sahaja akan bertandingan dalam Pusingan
Menang Mara bagi tujuan mencari dua pasukan yang layak ke Pertandingan
Akhir Bahas Piala Perdana Menteri.

h. Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri dijalankan selepas berakhir
Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

8.2 Tema, Skop Bahas dan Usul
a. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas PPM
i. Tema dan Skop (dua minggu sebelum pertandingan)
ii. Usul dan Undian peranan (sebelum kuarantin setiap sesi)
b. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas PPM
i. Tema dan Skop (dua minggu sebelum pertandingan)
ii. Usul dan Undian Peranan (sebelum kuarantin setiap sesi)
c. Pertandingan Akhir Bahas PPM
i. Tema dan Skop dan Usul (Satu minggu sebelum pertandingan)
ii. Undian Peranan (sehari sebelum pertandingan)

8.3 Undian Peranan Pembahas dan Penggiliran Hakim
a. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.
i. Undian peranan dan penentuan lawan bertanding, bilik bertanding
akan ditentukan menggunakan Tab Jana Bahas Pertandingan Bahas
Piala Perdana Menteri iaitu sistem Power Match (kaedah Swiss
Bracket) bercirikan SBP yang dibina oleh BPSBPSK.
ii. Penggiliran hakim bertugas dijalankan menggunakan Tab Jana Hakim
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang dibina oleh
BPSBPSK.

9

b. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

i. Bagi Pusingan Awal, undian peranan dan penentuan lawan bertanding,
bilik bertanding akan ditentukan menggunakan Tab Jana Bahas
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri iaitu sistem Power Match
(kaedah Swiss Bracket) bercirikan SBP yang dibina oleh BPSBPSK,

ii. Penggiliran hakim bertugas dijalankan menggunakan Tab Jana Hakim
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang dibina oleh
BPSBPSK.

iii. Untuk Pusingan Menang Mara iaitu pusingan Octo-Final, Suku Akhir
dan Separuh Akhir, undian peranan dan penentuan lawan bertanding,
bilik bertanding ditentukan secara manual.

iv. Penggiliran hakim bertugas bagi Pusingan Menang Mara pula
ditentukan mengikut budi bicara BPSPSK.

c. Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri.

i. Undian peranan bagi Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
akan dijalankan sehari sebelum pertandingan berlangsung.

ii. Hakim pertandingan peringkat akhir akan ditentukan oleh BPSBPSK.

8.4 Pusingan Pertandingan

a. Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri akan dijalankan dalam dua
pusingan iaitu

i. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri, dan

ii. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

b. Kumpulan bagi Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas PPM

UTARA (18)

1. SM Sains Syed Putra 10. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
2. SM Sains Sultan Abdul Halim 11. SBPI Gopeng
3. SBPI Kubang Pasu 12. SM Sains Bagan Datoh
4. SM Sains Kubang Pasu 13. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
5. SM Sains Pokok Sena 14. SM Sains Tapah
6. SM Sains Sultan Muhammad Jiwa 15. SM Sains Teluk Intan
7. SM Sains Kepala Batas 16. SM Sains Labuan
8. SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin 17. SM Sains Kuching Utara
9. The Malay College Kuala Kangsar 18. SM Sains Lahad Datu

10

TENGAH (16)

1. Sekolah Sultan Alam Shah 9. SM Sains Banting
2. Sekolah Seri Puteri 10. SM Sains Kuala Selangor
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 11. SM Sains Seri Puteri
4. SM Sains Selangor 12. SBPI Gombak
5. SM Sains Hulu Selangor 13. SM Sains Alam Shah
6. SBPI Rawang 14. Maktab Tentera Diraja
7. SBPI Sabak Bernam 15. SM Sains Sabah
8. SMAP Kajang 16. SM Sains Kuching

TIMUR (18)

1. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah 10. SM Sains Tunku Mahmud
2. SBPI Integrasi Kuantan 11. SM Sains Hulu Terengganu
3. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah 12. SBPI Batu Rakit
4. SBPI Tun Abdul Razak 13. SM Sains Setiu
5. SBPI Temerloh 14. SM Sains Gua Musang
6. SMAP Bentong 15. SM Sains Jeli
7. SM Sains Tengku Abdullah 16. SM Sains Tunku Muhammad Faris
8. SM Sains Dungun
9. SM Sains Terengganu Petra
17. SM Sains Machang
18. SM Sains Pasir Puteh

SELATAN (18)

1. Kolej Tunku Kurshiah 10. SM Sains Sultan Muzaffar Shah
2. Sekolah Dato’ Abdul Razak 11. Sekolah Tun Fatimah
3. SBPI Jempol 12. SM Sains Batu Pahat
4. SMAP Labu 13. SM Sains Johor
5. SM Sains Perempuan 14. SM Sains Kota Tinggi
6. SM Sains Rembau 15. SM Sains Muar
7. SM Sains Tuanku Ja’afar 16. SM Sains Sembrong
8. SM Sains Tuanku Munawir 17. SM Sains Sultan Iskandar
9. SBPI Selandar 18. SM Sains Miri

11

c. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
i. Tiada pusingan menang mara dalam Pusingan Kelayakan Pertandingan
Bahas Piala Perdana Menteri
ii. Pasukan bahas kedua-dua kategori daripada pasukan bahas tuan rumah
Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri layak ke
Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri secara
automatik.
iii. Pasukan berkedudukan 1 hingga 8 bagi kumpulan 16 pasukan atau 1
hingga 9 bagi pasukan 18 kumpulan sahaja layak ke Pusingan Akhir
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

d. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
i. Pusingan ini mengandungi dua bahagian iaitu
 Pusingan Awal
 Pusingan Menang Mara
ii. 36 pasukan yang layak akan bertanding iaitu
 1 pasukan dari pasukan tuan rumah / pengelola pusingan akhir
Bahas PPM
 35 pasukan dari Pusingan Kelayakan
iii. Pertandingan akan dijalankan sebanyak 5 sesi perbahasan dalam
Pusingan Awal.
iv. Pasukan berkedudukan 1 hingga 16 akan layak untuk bertanding dalam
Pusingan Menang Mara.
v. Pusingan Menang Mara terdiri daripada pusingan Octo-final, Suku Akhir
dan Separuh Akhir.
vi. Bagi Pusingan Menang Mara penentuan peranan pasukan akan
ditentukan secara undian.

e. Carta Pusingan Menang Mara bermula pada Pusingan ‘Octo-final’
berpandukan carta yang ditetapkan.

CARTA PENENTUAN PASUKAN BAGI PUSINGAN MENANG MARA (16 PASUKAN)

12

(BERMULA DARI PUSINGAN ‘OKTO-FINAL’)

9.0 Pakaian

13

9.1 Pakaian Hakim

a. Memakai pakaian mengikut pekeliling perkhidmatan awam Surat Pekeling
Ikhtisas. Bil. 2 Tahun 1985 ( Etika Pemakaian Penjawat Awam).

b. Pemakaian tanda nama mengikut pekeliling perkhidmatan awam Surat
Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983

9.2 Pakaian Guru Pengiring

a. Memakai pakaian mengikut pekeliling perkhidmatan awam Surat
Pekeliling Ikhtisas. Bil. 2 Tahun 1985 ( Etika Pemakaian Penjawat Awam )

b. Pemakaian tanda nama mengikut pekeliling perkhidmatan awam Surat
Pekeliling Am Bil 8 Tahun 1983

9.3 Pakaian Pembahas
a. Pembahas hendaklah memakai Uniform Persekolahan dan memakai
tanda nama serta lencana sekolah masing-masing.
b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 bertarikh 14 Mac 1992 adalah dirujuk.

c. Pemakaian blazer sekolah adalah digalakkan kerana bersesuaian dengan
etika pakaian ketika persidangan parlimen.

d. Pemakaian baju batik, baju korporat atau kemeja T sepanjang sidang
perbahasan adalah tidak dibenarkan.

9.4 Pakaian Petugas

a. Pegawai Teknikal dan Jurulatih Utama Bahas dan Petugas Guru
i. Memakai pakaian mengikut pekeliling perkhidmatan awam Surat
Pekeliling Ikhtisas. Bil. 2 Tahun 1985 ( Etika Pemakaian Penjawat
Awam)

ii. Pemakaian tanda nama mengikut pekeliling perkhidmatan awam
Surat Pekeliling Am Bil 8 Tahun 1983

b. Petugas Murid
i. Petugas Murid hendaklah memakai pakaian Uniform Sekolah
sebagaimana yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1992 bertarikh 14 Mac 1992 adalah dirujuk.
ii. Pemakaian blazer sekolah bagi Speaker Dewan amat digalakkan.

10.0 Peserta Bahas
10.1 Pencalonan Peserta Bahas

14

a. Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah Berasrama Penuh,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah jemputan.

b. Setiap sekolah yang bertanding hanya dibenarkan menghantar satu pasukan
sahaja bagi setiap kategori.

c. Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah tersebut.

d. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat orang pembahas dan hanya
tiga orang pembahas sahaja bertanding dalam satu-satu sesi perbahasan.

e. Peserta boleh terdiri daripada murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan lima.
Umur peserta / pembahas tidak boleh melebihi 18 tahun pada 1 Januari tahun
pertandingan.

f. Hanya seorang murid bukan bumiputera dibenarkan dalam suatu pasukan
bagi setiap kategori.

10.2 Penggantian Peserta Bahas
a. Penggantian peserta bahas bermaksud seorang atau lebih daripada peserta
bahas yang telah didaftarkan tidak dapat hadir dalam Pertandingan Bahas
Piala Perdana Menteri.
b. Penggantian peserta bahas adalah dibenarkan sebelum pertandingan
Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri bermula.
c. Peserta bahas yang didaftarkan dan sudah bertanding pada Pusingan
Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri mestilah ahli yang
sama bertanding di Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri dan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri.
d. Penggantian Peserta adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran
daripada pihak BPSBPSK atas sebab-sebab yang munasabah setelah
dimaklumkan oleh pengetua sekolah tersebut.
e. Sekiranya berlaku penggantian peserta, peserta yang digantikan tidak
dibenarkan menyertai pasukan itu semula.
10.3 Etika Peserta Bahas
a. Setiap pembahas wajib dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti peraturan disiplin,
peraturan masuk asrama, peraturan pemakaian pakaian sekolah, peraturan
penggunaan gajet dan peraturan-peraturan lain dari semasa ke semasa.
b. Peserta Bahas yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh
diberikan amaran dan digugurkan daripada menyertai pertandingan ini jika
sabit kesalahan.

15

10.4 Tugas Peserta Bahas
a. Setelah mengetahui kedudukan masing-masing, pasukan-pasukan yang

terlibat akan dikuarantin selama 30 minit.
b. Hanya para peserta dalam pasukan itu yang dibenarkan berada di dalam bilik

kuarantin. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga /
penyokong dilarang berada di bilik kuarantin semasa pasukan dikuarantinkan.
c. Hanya bahan cetak dan bahan bertulis sahaja dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik kuarantin.
d. Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima
minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan
dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan
dibatalkan penyertaannya.
e. Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar dari
tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.

11.0 Guru Pengiring
11.1 Pencalonan Guru Pengiring
a. Guru pengiring mestilah dalam kalangan guru tetap yang mengajar di semua
Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah
jemputan.
b. Hanya seorang guru pengiring sahaja dibenarkan bagi setiap kategori.

c. Guru Pengiring boleh terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dan guru-guru yang ditugaskan oleh pengetua sekolah masing-
masing.

d. Guru pengiring hendaklah bertugas menguruskan pasukan bahas sekolahnya
dan sentiasa peka dengan peraturan-peraturan dan makluman-makluman
semasa oleh pihak pengelola pertandingan dari semasa ke semasa.

e. Guru pengiring wajib menghadiri taklimat yang diberikan kepada guru-guru
pengiring dan memahami semua perjalanan pertandingan.

f. Guru pengiring juga hendaklah menjaga kebajikan, memantau disiplin dan
menguruskan hal-hal kecemasan seperti sakit, kecederaan, kemalangan, dan
sebagainya yang dialami oleh peserta bahas.

g. Guru pengiring hendaklah memastikan keselamatan peserta bahas diberikan
keutamaan dan sentiasa kemas kini dengan maklumat pasukannya.

16

h. Guru pengiring hendaklah pada setiap masa berada bersama-sama pasukan
bahasnya dan dapat melaporkan dengan tepat tentang maklumat pasukan
bahasnya.

i. Sekiranya peserta bahas terdiri daripada satu jantina sahaja, sebaik-baiknya
guru pengiring adalah terdiri daripada kalangan guru berjantina yang sama
dengan murid.

j. Sekiranya pasukan bahas sekolahnya terdiri daripada jantina yang berlainan,
sebaik-baiknya guru pengiring adalah terdiri daripada guru perempuan.

k. Guru pengiring tertakluk kepada peraturan-peraturan Kementerian
Pendidikan Malaysia yang sedia ada termasuk peraturan berpakaian,
peraturan bertugas rasmi dan sebagainya.

11.2 Penggantian Guru Pengiring (Ketika Pertandingan)
a. Penggantian guru pengiring dibenarkan setelah pengetua sekolah
memaklumkan dan mendapat kebenaran daripada pihak BPSBPSK.
b. Guru pengiring pengganti hendaklah tiba di tempat pertandingan terlebih
dahulu, baharulah guru pengiring yang digantikan itu menamatkan tugas.
c. Guru pengiring yang digantikan perlulah melaporkan diri di sekolah dan
bertugas semula seperti biasa.
d. Guru pengiring pengganti tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sama.

12.0 Hakim

12.1 Pencalonan Hakim

a. Semua hakim adalah terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris yang sedang berkhidmat di SBP sahaja dan telah dilantik dalam
perkhidmatan oleh SPP dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah
jemputan tidak perlu menghantar hakim.

b. Pelantikan hakim adalah seperti berikut:

i. Pusingan Kelayakan Bahas Piala Perdana Menteri
Setiap SBP perlu menghantar dua (2) orang hakim terdiri daripada
dua orang guru bahasa Melayu dan dua orang guru bahasa Inggeris
sekolah masing-masing kecuali dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

ii. Pusingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
Bagi sekolah yang layak bertanding ke Pusingan Akhir Bahas Piala
Perdana Menteri, setiap SBP perlu menghantar dua (2) orang hakim
yang terdiri daripada dua orang guru bahasa Melayu dan dua orang
guru bahasa Inggeris sekolah masing-masing kecuali Sabah,
Sarawak dan Labuan. Hakim tambahan akan ditentukan oleh Pihak
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

17

Setiap SBP yang dipilih perlu menghantar hakim sebagaimana yang
ditetapkan.
iii. Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
Hakim akan dipilih oleh pihak BPSBPK.
c. Semua hakim perlu mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai guru
sekurang-kurangnya satu tahun dan sudah dilantik oleh SPP dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sudah disahkan dalam jawatan.
d. Guru yang baharu mendaftar dan berkhidmat kurang dari satu tahun (12
bulan) di SBP dan belum disahkan jawatan tidak dibenarkan menjadi hakim.

12.2 Penggantian Hakim (Ketika Pertandingan)

a. Sekiranya seseorang hakim tidak dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan atas sebab-sebab munasabah, maka hakim tersebut wajib;
i. memaklumkan kepada pengetua sekolah masing-masing dengan
kadar SEGERA,
ii. memaklumkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Bahas secara
bertulis dengan kadar SEGERA.
iii. Mendapatkan hakim gantian dan memaklumkan kepada
jawatankuasa Pertandingan Bahas PPM dengan SEGERA.

b. Hakim berkenaan juga perlu mengemukakan bahan bukti bertulis seperti sijil
sakit dan / atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Kegagalan mematuhi
klausa ini akan menyebabkan hakim tersebut diminta memberi surat tunjuk
sebab kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(BPSBPSK).

c. Hakim gantian perlulah dalam kalangan guru dari sekolah yang sama.

d. Hakim berkenaan juga wajib melaporkan diri di sekolah masing-masing dan
berkhidmat seperti biasa selepas tugasnya diganti oleh hakim gantian.

12.3 Etika Hakim

a. Kehadiran hakim untuk giliran bertugas adalah wajib. Kehadiran hakim akan
direkodkan dan akan dipaparkan di papan kenyataan kehadiran hakim di
Bilik Urus Setia Bahas. Salinan rekod kehadiran tersebut juga akan
diedarkan ke sekolah-sekolah selepas pertandingan berakhir.

b. Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan
sekolahnya sendiri.

c. Penggiliran hakim bertugas akan menggunakan Sistem Tab Jana Hakim
atau kaedah yang akan ditentukan oleh BPSBPSK.

18

d. Setiap sesi pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada
tiga atau lima orang hakim (bilangan ganjil). Lima orang hakim atau lebih
(bilangan ganjil) akan ditetapkan oleh BPSBPSK.

e. Semua hakim wajib menghadiri Taklimat Teknik Penghakim Pertandingan
Bahas Piala Perdana Menteri.

f. Semua hakim wajib menghadiri Taklimat Prabahas Hakim sebelum setiap
sesi perbahasan dijalankan.

g. Para hakim tidak dibenarkan berbincang atau merujuk dalam kalangan
mereka berhubung dengan keputusan yang telah dibuat.

h. Para hakim juga dilarang membuat sebarang kenyataan media atau
membuat ulasan di media massa atas sebarang keputusan yang telah
diambil.

i. Para hakim juga tidak digalakkan memberikan ulasan atau komen selepas
keluar dari bilik pertandingan.

j. Para hakim perlu menjaga integriti dan profesionalisme dengan tidak
membuat sebarang ulasan atau komen tentang rakan sejawat dan
penghakiman.

k. Para hakim perlu hadir setiap hari di tempat pertandingan dan
menandatangani dokumen kehadiran sebagai bukti bertugas secara rasmi.

l. Para hakim wajib berada di tempat pertandingan pada tarikh dan masa yang
sama dengan tempoh bertugas berdasarkan surat lantikan.

m. Semua hakim adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Kementerian
Pendidikan Malaysia yang sedia ada termasuk peraturan berpakaian,
peraturan bertugas rasmi dan sebagainya.

13.0 Urus Setia Bahas
13.1 BPSBPSK akan melantik pengelola Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri;
a. Sebuah sekolah bagi setiap kumpulan bagi Pusingan Kelayakan
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, dan
b. Sebuah sekolah bagi Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri.

13.2 Sekolah yang dilantik menjadi pengelola akan mengelolakan pertandingan
mengikut pusingan yang dimuktamadkan.

13.3 Sekolah yang dilantik perlu menubuhkan urus setia bahas yang terdiri
daripada jawatankuasa yang akan mengendalikan pertandingan tersebut.

19

14.0 Pegawai Teknikal dan Jurulatih Utama Pertandingan
14.1 BPSBPSK akan melantik Pegawai Teknikal dan Jurulatih Utama dalam
kalangan guru SBP atas kepakaran dalam bidang perbahasan dan kepakaran
dalam penjanaan Tab Jana Hakim, Tab Jana Bahas serta Tab Jana Pembahas
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.
14.2 Pegawai Teknikal membantu dari aspek pengurusan teknikal penghakiman,
logistik dan Tab Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri di peringkat
Pusingan Kelayakan, Pusingan Akhir dan Pertandingan Akhir Bahas Piala
Perdana Menteri.
14.3 Jurulatih Utama Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri membantu
Pegawai Teknikal di peringkat Pusingan Kelayakan dan Pusingan Akhir
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri.

15.0 Sijil Anugerah dan Hadiah
15.1 Sijil Anugerah diberikan kepada pemenang dan pembahas dalam kategori
berikut:
a. Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
i. Sijil Penyertaan kepada pasukan yang sifar menang dalam setiap
kumpulan bagi setiap kategori atau atas budi bicara BPSBPSK.
ii. Sijil Anugerah Gangsa kepada pasukan yang berkedudukan ke-9
atau ke-10 hingga kedudukan ke-16 atau ke-18 atau menang sekali
dalam setiap kumpulan bagi setiap kategori.
iii. Sijil Pencapaian bagi pasukan yang berkedudukan pertama hingga
kedudukan ke-8 atau ke-9 dalam kumpulan bagi setiap kategori.
iv. Sijil Pembahas Terbaik Keseluruhan kepada sepuluh pembahas
terbaik bagi setiap kategori.
b. Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri

i. Sijil Anugerah Perak kepada pasukan yang berkedudukan ke-17
hingga kedudukan ke-36 bagi setiap kategori.

ii. Sijil Anugerah Emas kepada pasukan yang berkedudukan pertama
hingga kedudukan ke-16 bagi setiap kategori.

iii. Sijil Pencapaian kepada dua pasukan yang layak ke Pertandingan
Akhir Bahas Piala Perdana Menteri.

iv. Sijil Pembahas Terbaik Keseluruhan kepada sepuluh pembahas
terbaik bagi setiap kategori.

c. Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri

20

i. Sijil Pencapaian kepada pasukan yang layak ke Pertandingan Akhir
Bahas Piala Perdana Menteri.

ii. Sijil Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana
Menteri kepada pembahas terbaik bagi setiap kategori.

15.2 Hadiah diberikan kepada pemenang dan pembahas dalam Pertandingan
Akhir Bahas Piala Perdana Menteri.
a. Johan setiap kategori
b. Naib Johan setiap kategori
c. Pembahas Terbaik setiap kategori

16.0 Tab Pertandingan
16.1 Tab Pertandingan yang digunakan ialah hanya Tab Pertandingan Bahas Piala

Perdana Menteri berdasarkan Sistem Power Match (Kaedah Swiss Bracket)
bercirikan SBP yang dibina khas oleh BPSBPSK untuk pertandingan ini iaitu;

a. Sistem Tab Jana Bahas Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
Versi 2019 yang digunakan untuk menjana pertandingan bahas di
peringkat Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri dan Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri.

b. Sistem Tab Jana Hakim Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
Versi 2019 yang digunakan untuk menjana penggiliran hakim bertugas
sebagai juri di peringkat Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas
Piala Perdana Menteri dan Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri.

c. Sistem Tab Pembahas Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
Versi 2019 yang digunakan untuk menjana pemilihan Pembahas
Terbaik di peringkat Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri dan Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala
Perdana Menteri.

16.2 Bagi Pusingan Menang Mara dalam Peringkat Pusingan Akhir Bahas Piala
Perdana Menteri, penjanaan pertandingan bahas dan penggiliran hakim
dibuat secara manual.

16.3 Bagi Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri, pertandingan
dijalankan secara kalah mati dan pemilihan hakim dikendalikan dan diuruskan
oleh BPSBPSK.

17.0 Peranan dan Bidang Tugas

21

17.1 Peranan Hakim
a. Semasa menjalankan penghakiman, seseorang hakim perlu
melakukan dua (2) perkara iaitu :
i. Memerhatikan bahawa setiap pembahas itu menjalankan tugas /
peranan masing- masing.
ii. Menghakimi dan memberi markah kepada setiap pembahas.
b. Setiap kali pembahas berhujah, hakim perlu mengisikan markah pada ruang
yang disediakan dalam Borang Pemarkahan.
c. Setiap hakim dikehendaki mengisi Borang Catatan Hakim dan borang
tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama borang yang lain.
d. Tugas Setiap Hakim
i. Lengkapkan semua maklumat dalam borang markah
ii. Tentukan markah setiap pembahas
iii. Tentukan markah keseluruhan (kerajaan / pembangkang)
iv. Tentukan pemenang perbahasan
v. Tentukan margin perbahasan
vi. Tentukan pembahas terbaik
vii. Berikan ulasan / komen (kekuatan dan kelemahan)
e. Tugas Ketua Hakim:
i. Lengkapkan semua maklumat dalam borang markah
ii. Isi borang Rumusan Hakim
iii. Tuntukan pemenang perbahasan
iv. Tentukan keputusan juri (5-0/ 4-1 /3-2/ 3-0 / 2-1)
v. Tentukan margin keseluruhan
vi. Tentukan skor markah keseluruhan
vii. Tentukan pembahas terbaik pertandingan
viii. Berikan ulasan / komen (kekuatan dan kelemahan)
ix. Umumkan keputusan
f. Setiap hakim diminta untuk mencadangkan seorang pembahas terbaik.
Ketua hakim akan membacakan nama calon-calon dan mengumumkan
pembahas terbaik pada setiap sesi.
g. Setiap hakim diminta untuk mencadangkan margin perbahasan. Margin
perbahasan adalah antara 0 hingga 12 sahaja.
h. Semua hakim dikehendaki membuat ulasan selepas perbahasan berakhir.
Hanya satu (1) minit diperuntukkan untuk setiap hakim membuat ulasan.
i. Ulasan mesti berdasarkan kekuatan dan kelemahan aspek perbahasan yang
meliputi isi, strategi, gaya dan bahasa. Ulasan perlu bersifat umum dan tidak
menjurus kepada mana-mana pasukan.

j. Ketua hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang
bertanding mengikut turutan begini;

22

i. pembahas terbaik sesi
ii. jumlah juri,
iii. jumlah margin dan
iv. mengumumkan pasukan yang menang,
k. Keputusan secara sebulat suara atau keputusan majoriti diterima pakai bagi
menentukan pemenang. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan
dibenarkan selepas keputusan diumumkan.
l. Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan
bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri) dipilih
sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih
pasukan yang menang.
m. Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan
merumuskan borang keputusan dan mengumumkannya di dalam bilik bahas
kecuali untuk beberapa sesi perbahasan yang dimaklumkan dari semasa ke
semasa.
n. Ketua Hakim perlu mengumpulkan semua fail yang mengandungi borang
pemarkahan, borang catatan hakim, borang rumusan ketua hakim dan borang
keputusan perbahasan dan diserahkan kepada Speaker Dewan untuk
dihantar kepada Pegawai Teknikal dan didokumentasikan.
o. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

17.2 Peranan Speaker Dewan
a. Speaker Dewan akan membacakan ringkasan peraturan perbahasan dan
memperkenalkan penjaga masa, panel hakim, dan pembahas-pembahas.
b. Speaker Dewan tidak dibenarkan membuat komen tentang usul perbahasan
ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding.
c. Speaker Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum
menjemput pembahas untuk berucap.
d. Speaker Dewan berhak menegur dan mengingatkan para pembahas
mahupun penonton supaya tidak melakukan perkara-perkara yang
menyalahi peraturan seperti penonton berbuat bising, memberi bantuan
kepada pembahas dan membuat rakaman sehingga mengganggu
perbahasan yang sedang berlangsung.
e. Speaker Dewan dibenarkan menangguhkan perbahasan sekiranya berlaku
kecemasan setelah dibenarkan oleh ketua hakim.

17.3 Peranan Penjaga Masa
a. Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan
untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan.
Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah.
b. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali selepas minit pertama
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin

23

laluan. Pada minit ketujuh loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan
sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.
c. Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa
kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan
sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.
d. Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan
sekali loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali
menandakan masa telah tamat untuk pembahas.
17.4 Peranan Pengimbas Kad Nombor
a. Pengimbas Kad Nombor perlu mengimbas nombor mengikut urutan
menurun.
b. Bagi ucap utama, urutan nombor bermula dengan Kad Nombor 8 dan
berakhir dengan Kad Nombor 1.

c. Bagi sesi penggulungan, urutan nombor bermula dengan Kad Nombor 4 dan
berakhir dengan Kad Nombor 1.

d. Pengimbas Kad Nombor perlu mengimbas kad nombor yang dipegangnya
ke arah pihak kerajaan, pihak pembangkang, hakim dan juga penonton.

e. Pengimbas Kad Nombor perlu mengangkat Kad Nombor untuk diimbas
seawal saat pertama pembahas berucap.

17.5 Peranan Pembahas
a. Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 8 Minit
i. Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan
tersebut.
ii. Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan
berhubung dengan usul yang dibentangkan.
iii. Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak
Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-menteri yang
lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.
iv. Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu
hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.
v. Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian
pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
vi. Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.

24

b. Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 8 Minit
i. Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima
definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi
tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan
mereka.
ii. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama
Kerajaan).
iii. Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian
pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan
dalam perbahasan tersebut.
iv. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh
pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian
pihak pembangkang.
v. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu
hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak
pembangkang.
vi. Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

vii. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.

c. Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 8 Minit
i. Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian
pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang
telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi
tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak
pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang
definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
ii. Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang.
iii. Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi
huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak kerajaan.

iv. Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

25

v. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.

d. Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 8 Minit
i. Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.
ii. Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

iii. Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan satu
hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak pembangkang.

iv. Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

v. Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.

e. Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 8 Minit
i. Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.
ii. Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
iii. Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak kerajaan
bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
iv. Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.

f. Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 8 Minit
i. Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
penghujahan yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.
ii. Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.
iii. Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
iv. Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul
berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

26

v. Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.

17.6 Peranan Penggulung
a. Penggulung Pihak Pembangkang (Pembahas Pertama / Kedua) - 4 Minit
i. Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk
membidas dua hujah / usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan / kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.
ii. Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung
perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk
menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

b. Penggulung Pihak Kerajaan (Pembahas Pertama / Kedua) - 4 Minit
i. Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas
dua hujah / usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam
membahaskan usul tersebut.
ii. Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung
perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah
dibentangkan.

17.7 Peranan Peserta Simpanan
a. Peserta Simpanan kedua-dua pasukan tidak dibenarkan berada di barisan
pembahas utama ketika perbahasan sedang berlangsung.
b. Peserta Simpanan perlu duduk di sebelah guru pengiring masing-masing.
c. Peserta Simpanan dilarang membuat sebarang rakaman sepanjang
perbahasan berlangsung.
d. Peserta Simpanan dilarang memberikan segala bentuk bantuan kepada
barisan pembahas pasukannya yang sedang bertanding dari tempat
duduknya. Bantuan yang diberikan adalah seperti memberikan isyarat-
isyarat tertentu, isyarat tanda masa, sepanduk gegantung dan sebagainya.
e. Peserta Simpanan juga tertakluk kepada semua peraturan dan undang-
undang yang dikenakan kepada ahli pasukannya yang lain.

17.8 Izin Laluan

27

a. Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan
memohon izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:

i. Soalan
ii. Kenyataan
iii. Fakta
iv. Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isu yang sedang diutarakan

oleh pembahas.

b. Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
lanjut tentang sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh
membetulkan fakta yang dianggap terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

c. Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan ketika seseorang pembahas
menyatakan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin
laluan itu. Jikalau izin laluan itu diterima, pihak lawan itu boleh membetulkan
maklumat pembahas itu atau menyatakan soalan tentang isu yang
dinyatakan dalam perbahasan tersebut, khususnya yang baru diutarakan
oleh pembahas.

d. Dengan adanya izin laluan bermakna setiap pembahas akan mengambil
bahagian dari awal hingga akhir perbahasan yang dijalankan dan bukan
hanya ketika menyatakan hujah masing-masing.

e. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat dan bernas.

f. Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi akan
dikurangkan sekiranya melanggar etika ini.

17.9 Etika Izin Laluan:

a. Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ke-2
hingga minit ke-7 ucapan semua pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan
pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap.
Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penamat masa
yang ditetapkan untuk izin laluan.

b. Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.

c. Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak
hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan
biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-
lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk
tujuan mengganggu pihak lawan akan mengurangkan markah strategi.

d. Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan dan berbudi
bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi. Menjerit,
marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

28

e. Izin laluan dipohon dengan pembahas-pembahas berdiri dan menyebut izin
Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak semestinya menerima setiap
izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas boleh:

i. Meminta pihak lawannya untuk duduk
ii. Habiskan ayatnya dan terima izin laluan tersebut
iii. Menerima izin laluan ketika itu

17.10 Memohon Dan Menerima Izin Laluan:

b. Sepanjang perbahasan seseorang pembahas diwajibkan memohon
sekurang- kurangnya dua (2) kali izin laluan. Pembahas juga mesti
menerima sekurang – kurangnya dua (2) kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.

c. Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali akan
mempengaruhi aspek strategi.

d. Izin laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan oleh penyoal
terlebih dahulu sebelum dijawab oleh penerima.

e. Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan
mempengaruhi aspek isi dan strategi.

i. Aspek isi menurun kerana gagal mengambil peluang keemasan.

ii. Aspek strategi menurun kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

f. Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak
lawan juga menyebabkan aspek isi dan strategi menurun.

i. Penurunan aspek isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi
peluang kepada pihak lawan.

ii. Penurunan aspek strategi adalah disebabkan pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi
cabaran.

iii. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

18.0 Bantahan Dan Aduan

18.1 Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap keputusan para hakim,
bantahan bertulis boleh dibuat dalam tempoh 30 minit selepas
pengumuman keputusan pertandingan kepada Jawatankuasa Teknikal
Bahas Piala Perdana Menteri.

18.2 Bayaran sebanyak RM200.00 akan dikenakan bagi setiap bantahan yang
dibuat. Wang tersebut tidak akan dikembalikan dan disalurkan kepada
pengelola pertandingan.

29

18.3 Bantahan hanya berkaitan keputusan para hakim dari segi teknikal
penghakiman sahaja.

18.4 Bantahan hanya boleh dibuat oleh guru pengiring sahaja yang berada
sepenuh masa dalam bilik pertandingan semasa perbahasan berlangsung.

18.5 Bantahan yang bukan berkaitan dengan keputusan hakim dan teknikal
penghakiman dianggap sebagai ADUAN.

19 Panduan Penentuan Kedudukan Pasukan
19.1 Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan
adalah seperti berikut:
a. Menang / Kalah
b. Juri
c. Margin
d. Markah

19.2 Menang atau Kalah
a. Setiap hakim mesti menentukan pasukan yang sedang dihakimi itu sama
ada KERAJAAN atau PEMBANGKANG yang menang atau kalah.
b. Menang bermaksud salah satu pihak telah dipilih untuk memenangi
perbahasan tersebut manakala Kalah bermaksud satu pihak yang lain tidak
dipilih sebagai pemenang perbahasan tersebut.
c. Pihak yang dipilih untuk menang biasanya mempunyai kelebihan jumlah juri
yang memilih pasukan tersebut lebih daripada pihak lawan.
d. Ketua Hakim perlu membuat keputusan sama ada Kerajaan ATAU
Pembangkang yang memenangi sesi perbahasan tersebut. Maklumat yang
diterima daripada hakim-hakim lain dijadikan asas keputusan.

19.3 Juri
a. Keputusan juri ialah jumlah hakim yang memilih pasukan yang menang atau
yang kalah.
b. Semua hakim yang memihak kepada pasukan yang menang (3-0) atau (5-0)
dikira sebagai keputusan Juri SEBULAT SUARA.

c. Jika jumlah juri adalah dua pertiga dan lebih hakim memihak kepada pasukan
yang menang (2-1), (3-2) atau (4-1) dikira sebagai keputusan Juri MAJORITI

d. Ketua Hakim akan menyemak dan mengklasifikasikan keputusan juri melalui
maklumat daripada hakim-hakim yang lain.

19.4 Margin
a. Margin terbahagi kepada dua iaitu

30

i. Margin perbahasan
ii. Margin perbahasan keseluruhan

b. Margin Perbahasan ialah Margin yang diberikan oleh seorang hakim untuk
menilai persaingan kedua-dua pasukan bahas yang sedang diadili.

i. Setiap hakim akan memberikan tahap perbahasan kedua-dua pasukan
yang sedang diadili.

ii. Kedua-dua pasukan dinilai dari segi kehebatan mereka membuat
persembahan sama ada memenuhi semua kriteria perbahasan atau
sebaliknya.

iii. Tahap persaingan kedua-dua pasukan diberikan satu label iaitu sama ada
perbahasan yang sedang berlangsung itu hebat, sederhana atau sangat
hebat persaingannya.

iv. Markah Margin tersebut dicatat dalam borang pemarkahan ucap utama dan
kemudian diserahkan kepada Ketua Hakim.

c. Huraian tentang margin adalah sebagaimana berikut;

i. Margin Tipis (1-4)
- Perbahasan sangat sengit iaitu sama-sama hebat ATAU sama-sama
lemah.
- Perbezaan kemenangan adalah sangat tipis.
- Perbezaan markah setiap pasukan sangat tipis.
- Kedua-dua pasukan menunjukkan mutu perbahasan sangat setara
- Isi-isi yang dikemukakan sangat baik dan sangat tepat
- Strategi yang digunakan setara.
- Ketiga-tiga orang pembahas menunjukkan prestasi yang setara dan
konsisten.

ii. Margin Selesa (5-9)
- Perbahasan agak sengit iaitu satu pasukan hebat dan satu pasukan
sederhana.
- Perbezaan kemenangan agak jelas.
- Perbezaan markah agak jelas.
- Kedua-dua pasukan masih menunjukkan mutu perbahasan yang
setara.
- Isi-isi yang dikemukakan dan bidasan masih baik dan tepat.
- Strategi masih baik tetapi kurang berkesan.
- Prestasi ketiga-tiga orang pembahas tidak konsisten.

iii. Margin Besar (10-12)
- Perbahasan berat sebelah iaitu satu pasukan sangat hebat dan satu
pasukan lagi sangat lemah.
- Perbezaan kemenangan sangat jelas.
- Perbezaan markah sangat jelas.
- Pasukan yang kalah tidak memenuhi aspek perbahasan utama.
- Isi dan strategi pasukan yang kalah tidak ampuh.
- Strategi pasukan yang kalah adalah lemah dan tidak berkesan.
- Prestasi pembahas yang kalah sangat tidak konsisten dan sebaliknya.

31

d. Margin Perbahasan Keseluruhan ialah gabungan margin yang diberikan oleh
beberapa orang hakim kepada kedua-dua pasukan bahas yang sedang diadili.
i. Margin-margin perbahasan yang diberikan oleh setiap hakim akan
dikumpulkan oleh ketua hakim.
ii. Ketua hakim akan mencatat kesemua margin perbahasan dalam
borang rumusan yang disediakan.

e. Keputusan tentang margin perbahasan adalah berdasarkan kaedah pengiraan
berikut:
i. Sebulat suara (3-0 atau 5-0)
Untuk margin sebulat suara, jumlah margin setiap hakim dibahagikan
dengan jumlah semua hakim.

Contoh:

Hakim 1 (Margin -2) + Hakim 2 (Margin -3) + Hakim 3 = 2+3+4 = 3
(Margin – 4) (Bilangan Hakim yang memilih Pasukan 3

Kerajaan – 3) ii. Majoriti

(2-1 / 3-2 / 4-1)
Untuk margin majoriti, jumlah margin setiap hakim yang memihak
kepada pemenang perbahasan dibahagikan dengan jumlah bilangan

hakim tersebut.

Contoh:

= Hakim 1 (Margin -2) + Hakim 2 (Margin -3) + Hakim 3 2+3 2.5
(Margin – 4) (Bilangan Hakim yang memilih Pasukan 2
Kerajaan – 2)
(Hakim 1 dan hakim 2)

20 Panduan Penskoran Markah

20.1 Ucapan Utama: 8 Minit
a. Pemarkahan bagi ucap utama hendaklah dibuat secara holistik dengan
mengambil kira aspek-aspek berikut:

i. Isi = 40%
ii. Gaya = 20%
iii. Strategi = 20%
iv. Bahasa = 20%

b. Panduan Penskoran Markah Ucap Utama adalah sebagaimana berikut:

SKALA Isi HURAIAN
MARKAH Gaya
CEMERLANG Bidasan Isi Cukup. Huraian isi sangat tepat dan mantap.
Gaya bersahaja, bebas nota, Bahasa gerak badan yang
(83-86) sangat meyakinkan.
Bidasan sangat tepat. Huraian bidasan sangat mantap.

32

Strategi sangat kemas, mempunyai pendahuluan, huraian
Strategi dan penutup yang sangat jelas, logik dan
berkesinambungan.

Masa Tempoh masa berhujah tepat.

Gaya Gaya Bahasa yang sangat mantap, Laras Bahasa yang
Bahasa tepat, struktur ayat yang gramatis, tiada kesalahan
tatabahasa dan kosa kata yang kaya.

Sebutan Sebutan dan intonasi yang betul, nada yang pelbagai dan

dan sangat lancar
Intonasi

Izin Meminta dan menerima izin laluan dengan tepat dan betul
Laluan dan berhemah.

Isi Isi Cukup. Huraian isi masih tepat dan masih mantap.

Gaya Gaya masih bersahaja, Sesekali membaca nota, Bahasa
gerak badan yang masih meyakinkan.

Bidasan Bidasan masih tepat. Huraian bidasan masih mantap.

Strategi masih kemas, mempunyai pendahuluan, huraian
Strategi dan penutup yang masih jelas, logik dan

BAIK berkesinambungan.

(79-82) Masa Tempoh masa berhujah masih tepat.

Gaya Bahasa yang masih mantap, Laras Bahasa yang
Gaya masih tepat, struktur ayat yang masih gramatis, satu atau
Bahasa dua kesalahan tatabahasa yang tidak mempengaruhi dan

kosa kata yang masih kaya.

Sebutan Sebutan dan intonasi masih betul, nada yang masih
dan pelbagai dan masih lancar.

Intonasi

Izin Meminta dan menerima izin laluan dengan masih tepat
Laluan dan betul secara berhemah.

Isi Isi Cukup. Huraian isi kurang tepat dan kurang mantap.

Gaya Gaya kaku, Membaca nota, dan Bahasa gerak badan
yang kurang meyakinkan.

Bidasan Bidasan kurang tepat. Huraian bidasan kurang mantap.

Strategi kurang kemas, mempunyai pendahuluan, huraian
Strategi dan penutup yang bercampur-campur, kurang logik dan
tidak berkesinambungan.
SEDERHANA
(75-78) Masa Tempoh masa berhujah tidak mencukupi / terlebih.
Gaya Bahasa yang kurang mantap, Laras Bahasa yang
Gaya kurang tepat, struktur ayat yang kurang gramatis, banyak
Bahasa kesalahan tatabahasa dan kosa kata yang terhad.

Sebutan Sebutan dan intonasi yang kurang tepat, senada sahaja
dan dan kurang lancar.

Intonasi

Izin Meminta dan menerima izin laluan dengan hampir tepat
Laluan dan betul dan sedikit kurang berhemah.

20.2 Ucapan Penggulungan: 4 Minit

a. Pemarkahan bagi Ucapan Penggulungan hendaklah dibuat secara
holistik dengan mengambil kira aspek-aspek berikut:;

i. Bidasan = 25%
ii. Rumusan = 25%
Jumlah = 50%

33

b. Pembahas pertama atau kedua akan menyampaikan Ucapan
Penggulungan. Pihak pembangkang akan memulakan Ucapan
Penggulungan dan diikuti oleh pihak kerajaan.

c. Setiap pembahas diberikan 4 minit untuk berucap.
d. Panduan Penskoran Markah Penggulungan adalah sebagaimana

berikut:

SKALA Bidasan HURAIAN
MARKAH Rumusan
CEMERLANG Bidasan - Bidasan kedua-dua hujah sangat tepat.
Rumusan - Huraian kedua-dua bidasan terhadap hujah sangat
(41-44) Bidasan
BAIK mantap.
(37-40) - Strategi bidasan sangat kemas dan

SEDERHANA berkesinambungan.
(33-36) - Tempoh masa membidas sangat tepat.
- Rumusan terhadap isu-isu yang dikemukakan

sangat jelas.
- Huraian rumusan terhadap hujah sangat mantap.
- Strategi merumus sangat kemas dan

berkesinambungan.
- Tempoh masa merumus sangat tepat.
-
- Bidasan kedua-dua hujah masih tepat.
- Huraian kedua-dua bidasan terhadap hujah masih

mantap.
- Strategi bidasan masih kemas dan

berkesinambungan.
- Tempoh masa membidas masih tepat.
- Rumusan terhadap isu-isu yang dikemukakan

masih jelas.
- Huraian rumusan terhadap hujan masih mantap.
- Strategi merumus masih kemas dan

berkesinambungan.
- Tempoh masa merumus masih tepat.
- Bidasan kedua-dua hujah kurang tepat.
- Huraian kedua-dua bidasan terhadap hujah kurang

mantap.
- Strategi bidasan kurang kemas dan kurang

berkesinambungan.
- Tempoh masa membidas kurang tepat / terlebih

atau terkurang.

Rumusan - Rumusan terhadap isu-isu yang dikemukakan
kurang jelas.

- Huraian rumusan terhadap hujan kurang mantap.
- Strategi merumus kurang kemas dan kurang

berkesinambungan.
- Tempoh masa merumus kurang tepat / terlebih

atau terkurang.

34

21 Panduan Pemarkahan

21.1 Isi

a. Hakim harus menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukan dari gaya

menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan
kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-
kata.

b. Penilaian isi juga termasuk penilaian dari segi ketepatan dan kemantapan

bidasan.

c. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan dan ketepatan hujah
d. Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan

isi dan hujah itu tidak dibidas oleh pihak lawan, maka pihak yang tidak
membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius
berbanding pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak
mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitu,
bidasan yang dibuat harus berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan
contoh dan analogi.
21.2 Gaya:
a. Hakim seharusnya tidak terpengaruh dengan gaya pembahas yang
keterlaluan.
b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan dan bahasa gerak
badan.
c. Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda
kecuali pembahas ternyata membaca nota.
d. Hakim dinasihati bertoleransi dengan gaya bertutur dan kepantasan
menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas
melampaui batas.
21.3 Strategi
a. Strategi meliputi dua (2) konsep utama iaitu

i. struktur dan peruntukan masa penghujahan, dan
ii. pembahas memahami usul bahas.
b. Struktur – Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan
penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi
sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan
menunjukkan kesinambungan.
c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua (2) aspek yang
berkaitan dalam hal ini iaitu berhujah dalam masa yang dibenarkan dan
memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu perhujahan.
d. Pembahas perlu membidas hujah lawan sebelum menyatakan isi / hujah.
e. Hakim tidak harus menghakimi kemantapan dan ketepatan penghujahan
sahaja tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

35

f. Hakim mesti memahami antara strategi dengan isi. Bayangkan dalam situasi
seorang pembahas cuba membidas suatu isi yang penting tetapi tidak
membidas dengan baik, bermakna pembahas itu akan mendapat markah
yang rendah bagi isi kerana bidasannya. Namun pembahas itu akan
mendapat markah yang agak baik untuk strategi kerana dapat membidas
hujah yang sepatutnya.

21.4 Bahasa
a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
i. gaya bahasa / laras bahasa
ii. struktur ayat
iii. tatabahasa
iv. kosa kata
b. Aspek bahasa lain yang turut dinilai ialah:
i. sebutan
ii. kelancaran
iii. nada
iv. intonasi

22 Panduan Pemilihan Pembahas Terbaik
22.1 Pembahas Terbaik bermaksud pembahas yang memperoleh jumlah undian dan
pilihan yang lebih daripada hakim.
22.2 Pembahas Terbaik Pusingan Kelayakan Pertandingan Bahas Piala Perdana
Menteri
a. Pembahas Terbaik setiap sesi dan setiap sidang perbahasan hendaklah
dipilih dan diumumkan selepas tamat perbahasan sidang / sesi tersebut bagi
setiap kategori.
b. Sepuluh orang pembahas terbaik keseluruhan hendaklah dipilih dan
diumumkan selepas berakhir semua lima sesi berdasarkan pemberian mata
individu bagi setiap kategori.
c. Pengiraan mata bagi pembahas terbaik adalah sebagaimana berikut:
i. 3 mata - Tiga orang hakim yang memilihnya (3-0)
ii. 2 mata - Dua orang hakim yang memilihnya (2-1)
iii. Sekiranya setiap hakim memilih pembahas terbaik yang berlainan,
perbincangan perlu dibuat oleh kesemua hakim untuk kata sepakat.

22.3 Pembahas Terbaik Pusingan Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
a. Pembahas terbaik setiap sidang / sesi perbahasan hendaklah dipilih dan
diumumkan bagi setiap kategori.
b. Sepuluh orang pembahas terbaik keseluruhan hendaklah dipilih selepas
Pusingan Separuh Akhir bagi setiap kategori.

36

c. Pengiraan mata bagi pembahas terbaik pusingan awal adalah sebagaimana
berikut:
i. 3 mata - Tiga orang hakim yang memilihnya (3-0)
ii. 2 mata - Dua orang hakim yang memilihnya (2-1)
iii. Sekiranya setiap hakim memilih pembahas terbaik yang berlainan,
perbincangan perlu dibuat oleh kesemua hakim untuk kata sepakat.

d. Pengiraan mata bagi pembahas terbaik pusingan menang mara adalah
sebagaimana berikut:
i. Sekiranya perlawanan tersebut dihakimi oleh 3 orang hakim
 5 mata - Tiga orang hakim yang memilihnya (3-0)
 4 mata - Dua orang hakim yang memilihnya (2-1)
 Sekiranya setiap hakim memilih pembahas terbaik yang berlainan,
perbincangan perlu dibuat oleh kesemua hakim untuk kata sepakat.
ii. Sekiranya perlawanan tersebut dihakimi oleh 5 orang hakim
- 7 mata - Lima orang hakim yang memilihnya (5-0)
- 6 mata - Empat orang hakim yang memilihnya (4-1)
- 5 mata - Tiga orang hakim yang memilihnya (3-2)
- 4 mata - Dua orang hakim yang memilihnya (2-3)
- Sekiranya setiap hakim memilih pembahas terbaik yang berlainan,
perbincangan perlu dibuat oleh kesemua hakim untuk kata sepakat.

22.4 Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri
a. Seorang pembahas terbaik hendaklah dipilih dan diumumkan selepas berakhir
pertandingan tersebut bagi setiap kategori.
b. Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik setiap sesi adalah berdasarkan
keputusan majoriti. Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim
akan menentukan pembahas terbaik.

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) YANG DISEDIAKAN ADALAH MENGIKUT
TAHUN SEMASA. SEBARANG PERUBAHAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN
MESYUARAT BPSBP KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA..
SEKIAN, TERIMA KASIH.

RUJUKAN DAN PANDUAN PELAKSANAAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI

1.0 CARTA ALIR PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI
1.1 Pusingan Kelayakan / Akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri

37

Betulkan 3 Semua Pembahas Berkumpul di
Data Ada 1 Dewan (10 minit)

2 Semakan Data
Tiada

4 Jana Powermatch untuk
Ketahui Peranan (5 minit)

5 Pengumuman Usul (5 minit)

Taklimat Hakim 6 Pergerakan ke Bilik Kuarantin
(5 minit)

7 Kuarantin (30 minit)

Hakim 12 8 Pergerakan ke Bilik Bahas
dipanggil (5 minit)
Rujuk Juri Tidak 9 Pertandingan Dijalankan
Lengkap 10 (50 minit)
Ulasan Hakim (2 minit)
14 11 Pengumuman Keputusan oleh
Ada Lengkap Ketua Hakim (2 minit)
bantahan Speaker Dewan membawa
13 Keputusan ke Bilik Urus Setia
Tiada (5 minit)
Tempoh Bantahan Keputusan
15 (30 minit)
Memasukkan Data
16 Pamer Markah (Kecuali
Pusingan Awal Sesi Akhir)
Tamat

2 BORANG-BORANG PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI (BM)
2.1 GARIS PANDUAN PEMBAHAS

38

2.2 PENSKORAN MARKAH UCAP UTAMA

39

2.3 PENSKORAN MARKAH PENGGULUNGAN DAN MARGIN PERBAHASAN

40

41

2.4 MARGIN PERBAHASAN

2.5 BORANG MARKAH HAKIM

42

2.6 BORANG CATATAN HAKIM

43

2.7 BORANG RUMUSAN KETUA HAKIM

44

2.8 BORANG PENGUMUMAN HAKIM

45

2.9 BORANG KEPUTUSAN UNDIAN

46

2.10 BORANG MAKLUMAT SIDANG

47

2.11 SKRIP SPEAKER DEWAN

48

49

50


Click to View FlipBook Version