The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nafisa.adyda, 2021-10-26 21:53:33

ALAT-ALAT YANG DAPAT MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

TUGASAN SAINS SMKA JERLUN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JERLUN

NAMA AHLI KUMPULAN:
NURIN IMTIAZ BINTI BURHANUDDIN
NAFISA ADYDA BINTI NAFIZUL SHAHRIL

KELAS: 3 ITQAN

TAJUK:
ALAT-ALAT YANG DAPAT MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN

DAN PENDENGARAN

TEMA:
PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

STANDARD KANDUNGAN:
RANSANGAN DAN GERAK BALAS MANUSIA

STANDARD PEMBELAJARAN:
MEWAJARKAN BAGAIMANA INOVASI DAN TEKNOLOGI BOLEH

MENIGKATKAN KEUPAYAAN ORGAN DERIA

TARIKH PELAKSANAAN: 04 0KTOBER 2021

MASA DIPERUNTUKKAN: 2 MINGGU

KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Objektif Kajian 1

3.0 Definisi Had Deria Penglihatan Dan Pendengaran 2

4.0 Alat Yang Dapat Mengatasi Had Deria Penglihatan 2
4.1 Mikroskop 2-3
4.2 Teleskop 3-4

5.0 Alat Yang Dapat Mengatasi Had Deria Pendengaran 5
5.1 Stetoskop 5-6
5.2 Megafon 7-8

6.0 Rumusan 9

7.0 Rujukan 10

1.0 PENDAHULUAN

Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu deria rasa, deria
sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing
menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya.
Sebagai contohnya deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan
deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria
penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya mata kita tidak dapat
melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak
dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini
dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-x,
periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had
kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara,
stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had
deria pendengaran.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Mengumpulkan maklumat tentang alat yang boleh digunakan untuk
mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran manusia.

 Mengenal pasti fungsi alat-alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had
deria penglihatan dan pendengaran manusia.

 Mencadangkan alat-alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had deria
penglihatan dan pendengaran manusia.

 Menghuraikan keterangan serta penjelasan mengenai alat-alat yang dapat
mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran manusia.

1

3.0 DEFINISI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN

Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang
disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata. Sebagai contohnya,ahli
sains akan menggunakan mikroskop kerana manusia tidak dapat melihat objek yang
terlalu kecil dan seni dengan mata kasar, manakala ahli astronomi pula akan
menggunakan teleskop untuk melihat benda-benda di langit kerana manusia tidak
dapat melihat objek yang terlalu jauh.

Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang
disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga. Sebagai contohnya,
penjual akan menggunakan megafon untuk menguatkan dan dapat diperdengarkan
suara mereka dari jauh kerana manusia tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu
kecil, manakala doktor pula akan menggunakan stetoskop untuk kegunan
pemeriksaan kerana manusia tidak dapat mendengar bunyi jantung.

4.0 ALAT YANG DAPAT MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN

4.1 Mikroskop
Mikroskop adalah peralatan makmal yang digunakan untuk melihat objek
yang terlalu kecil bagi mata kasar. Bidang sains yang menyiasat objek kecil
menggunakan alat sedemikian dikenali sebagai mikroskopi. Mikroskopik
bermakna tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dengan bantuan
mikroskop. Terdapat banyak jenis mikroskop. Yang paling biasa (dan yang
pertama dicipta) adalah mikroskop optik, yang menggunakan cahaya pada
imej sampel. Jenis utama mikroskop lain adalah mikroskop elektron (kedua-
dua mikroskop pemancar elektron dan mikroskop pengimbasan elektron),
ultramikroskop, dan pelbagai jenis mikroskop prob imbasan.Keupayaan
mikroskop cahaya bergantung kebanyakannya bergantung pada bagaimana
sampel diterangi dan juga bagaimana ia dipantau. Peralatan awal terhad
sehingga prinsip ini dihargai sepenuhnya dan berkembang serta wujudnya
lampu elektrik yang boleh dipergunakan kuasa lebih tingginya sebagai
sumber cahaya.

2

Pelbagai kegunaan yang dapat dilaksanakan dan dilihat melalui mikroskop
seperti menganalisis organisma asing dalam kepingan nipis sesuatu
makanan, menggunakannya untuk kajian sel dan virus, dan membantu
melihat apa yang berlakapabila bahan kimia larut. Terdapat 3 struktur
bahagian dari mikroskop, iaitu:

 Kepala – bahagian ini juga dikenal sebagai tubuh, yang membawa
bahagian optik pada bahagian atas mikroskop.

 Lengan – bahagian ini adalah bahagian yang menghubungkan
bahagian dasar dengan kepala dan tiub kanta mata ke alas mikroskop.
Bahagian ini juga turut memberikan sokongan ke kepala mikroskop dan
juga digunakan ketika seseorang membawa, mengangkat, atau
memindahkan mikroskop.

 Dasar – bahagian ini berfungsi sebagai alas dari mikroskop agar
mikroskop tetap berdiri stabil. Bagian ini juga membawa pencahayaan
pada mikroskop.

Contoh Terperinci Alat Yang Terdapat Pada Mikroskop

4.2 Teleskop
Teleskop adalah sejenis alat optikal yang digunakan untuk memerhatikan
benda-benda yang jauh jaraknya dengan menumpukan kesemua sinaran
elektromagnetik, seperti cahaya misalnya. Istilah ini biasanya merujuk kepada
teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk

3

kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain
seorang ahli nujum dari Itali iaitu Galileo Galilei turut mencipta teleskopnya
dengan sedikit penambahbaikan reka bentuknya. Galileo umumnya diberikan
penghargaan sebagai orang pertama untuk menggunakan teleskop bagi
tujuan-tujuan astronomi. Teleskopnya terdiri daripada sebuah kanca objek
kembung dan sebuah kanca mata cekung (digunakan sebagai pemidang tilik
untuk banyak kamera mudah, dan umumnya dipanggil "teleskop Galileo").
Melalui penciptaan inilah juga Galileo dapat menemukan bulan-bulan
planet Musytari, fasa-fasa peredaran planet Zuhrah serta bentuk permukaan
Bulan. Alat yang dihasilkan Galileo diberikan nama "teleskop" buat pertama
kalinya pada tahun 1611.

Teleskop-teleskop boleh dikenalpasti berdasarkan lokasi mereka tidak kiralah
ia berpangkalan di tanah (teleskop tanah), di angkasa (teleskop angkasa)
mahupun dipasangkan pada kenderaan yang terbang seperti belon
atau kapal terbang (teleskop terbang). Mereka juga boleh dikenalpasti melalui
pengendaliannya sama ada oleh ahli nujum yang profesional mahupun yang
amatur. Terdapat lima (5) jenis teleskop iaitu:

 Teleskop optik - berfungsi dengan mengumpul serta menumpukan
cahaya dalam lingkungan spektrum elektromagnet yang boleh
dilihat kepada suatu titik tumpu yang boleh dikesan dengan mata
kasar menggunakan binaan optik yang ada seperti kanta dan cermin.
Prinsip yang sama turut dipakai pada teropong dan lensa kamera.

 Teleskop biasan - menggunakan kanta untuk menghasilkan imej.
 Teleskop pantulan - menggunakan cermin untuk menghasilkan imej.
 Teleskop katadioptrik - menggunakan gabungan kedua-dua

komponen di atas untuk menghasilkan imej.
 Teleskop radio - sebentuk antena terarah radio yang digunakan

dalam bidang astronomi radio. Antena jenis yang sama juga
digunakan untuk menjejak satelit dan mengutip data daripada kuar
angkasa lepas. Dalam astronomi teleskop radio berfungsi berbeza
daripada teleskop optik kerana teleskop radio beroperasi terhadap
bahagian frekuensi radio spektrum elektromagnet.

4

5.0 ALAT YANG DAPAT MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN

5.1 Stetoskop
Stetoskop adalah alat perubatan akustik untuk mendengar "bunyi" dalaman
haiwan atau badan manusia. Perkataan stetoskop ini berasal dari gabungan 2
perkataan bahasa Yunani iaitu stethos (dada) dan scopos (pemeriksaan).
Maka, secara bahasa mudahnya stetoskop adalah alatan perubatan untuk
melakukan pemeriksaan pada dada manusia untuk memeriksa kadar
pernafasan dan degupan gantung. Ianya membantu para doktor untuk
membuat diagnosis awal keadaan pesakit sebelum membuat pemeriksaan
lanjut. Stetoskop yang biasa kita lihat pada zaman sekarang biasanya
mempunyai resonator berbentuk cakera kulit yang akan diletakkan atau
ditekapkan pada kulit pesakit dimana ianya mempunyai tiub yang akan
bersambung dengan earpiece yang akan dimasukkan ke dalam telinga doktor
yang membuat pemeriksaan.

Stetoskop pertama dicipta di Perancis pada tahun 1816 oleh seorang doktor
bernama René Laennec di Hospital Necker Enfants Malades di mana rekaan
awal yang dihasilkan oleh beliau terdiri dari sebatang tiub kayu berongga
dengan hanya satu hujung telinga. Laennec mendapat ilham menciptakan
alat ini daripada pengalamannya yang tidak selesa hendak meletakkan
telinganya di hadapan dada pesakit wanitanya untuk mencari simptom
penyakit.

Pada tahun 1851 pula, seorang doktor Ireland bernama Arthur Leared
mencipta versi stetoskop binaural (dua telinga). Kemudian disempurnakan
tahun 1852 oleh George Cammann bagi tujuan penghasilan komersial dan
dimasukkan ke dalam pengeluaran besar-besaran. Terdapat empat jenis
steteskop yang berlainan, antaranya ialah:

 Akustik - Stetoskop jensi ini merupakan jenis yang paling dikenali
orang ramai. Ia berfungsi melalui peredaran suara daripada hujung
dadanya melalui tiub berongga hingga ke hujung telinga alat yang
dicerap telinga pendengar. Hujung dada alat ini terdiri daripada dua
sisi yang boleh dilekapkan pada dada pesakit bagi mengesan bunyi,

5

iaitu sisi diafragma (cakera plastik) atau sisi leloceng (bekas cekung).
Jika sisi diafragma diletakkan pada dada pesakit, bunyi-bunyi dari
dada akan menggetarkan diafragma menghasilkan gelombang
tekanan akustik yang bergerak melalui tiub kepada telinga pencerap.
Jika sisi leloceng dilekapkan kepada dada pesakit, getaran pada
permukaan kulit menghasilkan gelombang tekanan akustik secara
terus, yang kemudiannya bergerak ke telinga pencerap. Sisi leloceng
mengalirkan bunyi berfrekuensi rendah manakala sisi diafragma
mengalirkan bunyi berfrekuensi tinggi.
 Elektronik - Stetoskop elektronik mengurangkan bunyi rendah
dengan meninggikan bunyi-bunyi badan secara elektronik.
 Doppler - Stetoskop jenis ini pula mengukur kesan Doppler
gelombang ultrabunyi yang dipantulkan daripada organ-organ dalam
badan. Pergerakan dikesan melalui perubahan frekuensi gelombang
yang dipantulkan akibat kesan Doppler. Oleh itu, stetoskop jenis ini
amat bersesuaian untuk mengesan objek yang bergerak, misalnya
jantung manusia yang berdegup
 Janin - Stestoskop janin, fetoskop atau corong Pinard, Pinard horn,
sempena penciptanya Adolphe Pinard, ialah sejenis stetoskop akustik
yang berbentuk seperti terompet yang dipakaikan pada abdomen
wanita hamil bagi mendengar degupan jantung janin.

Stetoskop Akustik

Stetoskop Elektronik

Stetoskop Doppler

Stetoskop Janin

6

5.2 Megafon
Megafon adalah sejenis corong akustik mudah-alih berbentuk kon yang
digunakan untuk menguatkan suara seseorang atau bunyi lain dan
menghalakannya ke arah yang diingini. Bunyi memasuki hujung sempit
megafon yang dipegang pada aras muka. Pengguna bercakap melaluinya, di
mana gelombang suara akan terpanncar keluar hujung megafon yang luas di
hadapan. Sebuah megafon meningkatkan kepadatan bunyi dengan
meningkatkan galangan akustik yang dirasai oleh peti suara lalu
menyamakan nilainya dengan galangan pita suara untuk udara agar kuasa
bunyi lebih terpancar.

Alat ini juga berfungsi menghalakan gelombang suara ke arah yang ditunjuk
corong tersebut. Bunyi suara yang terhasil dicerap seakan keherotan kerana
tindak balas frekuensi megafon lebih besar pada frekuensi bunyi yang lebih
tinggi. Megafon akustik janaan suara kini telah digantikan dalam kebanyakan
kegunaan oleh megafon jenis elektrik sejak tahun 1960-an. Megafon jenis ini
lebih menggunakan tenaga elektrik dan corong yang dilipat bagi menguatkan
suara.

Megafon jenis elektrik pula merupakan suatu sistem siar raya mudah alih,
yakni, sejenis alat elektronik yang menguatkan suara manusia seumpama
megafon akustik menggunakan kuasa elektrik. Alat ini terdiri dari mikrofon
yang menukarkan gelombang suara menjadi isyarat audio elektrik, penguat
janaan bateri untuk meningkatkan kekuatan isyarat audio, serta pembesar
suara untuk menukarkan semula isyarat audio kepada gelombang suara.
Walaupun megafon jenis ini lebih berat daripada megafon akustik megafon, ia
mampu menguatkan suara kepada tahap yang lebih tinggi sehingga lebih 90
desibel. Alat ini telah menggantikan megafon akustik dalam banyak
kegunaan, dan ia umumnya digunakan untuk menghebahkan kepada orang
ramai dalam situasi di mana pergerakan awam tidak membolehkan adanya
sistem siar raya yang tetap seperti acara sukan luar, set perfileman,
perhimpunan politik, dan demonstrasi jalanan.

7

Rekaan mudah alih alat ini biasanya berbentuk seperti corong megafon
akustik lama, dengan mikrofon pada satu hujung dan corong pembesar pada
satu hujung yang lain, dan cengkaman pistol di sebelah, dengan suis picu
untuk menghidupkannya. Untuk menggunakan alat ini, peranti ini dihalakan
pada paras mulut, dan picu ditekan untuk menghidupkannya sambil
pengguna bercakap melaluinya.
Megafon yang bersaiz lebih besar tergantung dari bahu dengan tali serta
mempunyai mikrofon berasingan yang terhubung agar pengguna bercakap ke
dalamnya tanpa alat tersebut menyembunyikan wajah mereka. Megafon
elektrik moden boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan spesifikasi kuasa,
berat, harga serta adanya penggera dan tali bahu bergantung kepada
citarasa pengguna sendiri.

Contoh Megafon

8

6.0 RUMUSAN
Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti
hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar-X dan juga Alat Bantu Dengar,
ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan
hidup yang maksimum.
Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita,
namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik.
Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna
dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala
kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani
kehidupan dengan sebaik mungkin.

9

7.0 RUJUKAN
Penglihatan

 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Teleskop
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mikroskop
 https://ms.aclevante.com/que-objetos-en-general-verias-con-un-microscopio-

optico-compuesto
Pendengaran

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Stetoskop
 https://en.wikipedia.org/wiki/MegaFon
 https://iluminasi.com/bm/sejarah-stetoskop.html

10


Click to View FlipBook Version