MUHAMMAD NAJWAN BIN ZULKIFLI BERUANG YANG TAMAK BERUANG YANG TAMAK
Pada pagi yang indah, seekor beruang yang nakal sedang berjalan-jalan di dalam hutan. Beruang merupakan pembuli di kawasan rimba. 1
Dia membuli haiwan-haiwan yang lemah di kawasan rimba. Beliau pernah menakutkan tikus dengan muka yang garang. 2
Ketika asyik berjalan, beruang kelaparan. Dia ingin memburu ikan di sungai. Dalam fikirannya hanya terbayang ikan sahaja. 3
Akhirnya, dia bergerak menuju ke sungai sambil memegang perut yang kelaparan. Dia berjalan dengan muka yang ganas. 4
Ketika berjalan, beruang terserempak dengan monyet. Monyet pelik melihat muka beruang yang garang itu. Monyet: “ Beruang kenapa dengan kamu?”. Beruang: “ Aku tengah lapar, kamu nak jadi mangsa aku?”. Monyet: “ Jangan beruang, aku tidak mahu mati”., Akhirnya, monyet berlari dengan kencang kerana takut dimakan oleh beruang. 5
Beruang meneruskan perjalanannya ke sungai. Akhirnya, dia tiba di sungai. Beruang nampak ikan sedang berenang di dalam air. Ikan tengah berseronok kerana cuaca sungguh indah. Ikan berenang sambil menyanyi. Ikan kekek mak iloi iloi Ikan gelama mak ilai ilai 6
Tiba-tiba awan yang indah berubah menjadi mendung. Beruang gelisah melihat keadaan itu. Tanpa fikir panjang, dia terus masuk ke dalam sungai. 7
Ikan ketakutan melihat tindakan beruang. Ikan berenang jauh ke tengah sungai. Beruang mengejar ikan hingga ke tengah sungai. Tiba-tiba beruang lemas. Beruang meraung meminta tolong. 8
Tolong! Tolong! Tolong! Tolong aku ikan. 9
Ikan juga cemas dengan keadaan ini. Ikan berenang ketepian sungai untuk meminta tolong. Warga rimba yang terdengar jeritan itu datang ke tepi sungai. 10
Ikan meminta pertolongan buaya untuk menyelamatkan beruang yang lemas itu. Buaya terus berenang laju kearah beruang tersebut. Buaya mengangkat beruang ke belakang badannya. 11
Akhirnya, beruang diselamatkan oleh buaya tersebut. Beruang itu terus terbaring di tepian sungai kerana penat. Haiwan lain lega melihat beruang dapat diselamatkan. 12
Beruang dengan rendah diri memohon maaf kepada seluruh warga rimba. Beruang menyesal atas sikapnya yang sombong dan berjanji tidak akan membuli lagi. 13
Akhirnya, beruang berubah menjadi warga rimba yang baik. Hidupnya menjadi tenang dan berkawan dengan haiwan yang lain. 14
Pengajaran Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling kita. Kita tidak seharusnya sombong dengan masyarakat. Sifat jahat dan tamak akan memakan diri sendiri.
BERUANG YANG TAMAK Cerita ini mengisahkan tentang seekor beruang yang nakal. Kehidupannya sering membuli haiwan-haiwan yang lemah. Disebabkan itu, beruang tidak mempunyai ramai kawan. Akhirnya, dia ditimpa musibah yang berat. Namun, haiwan lain tetap menolongnya walaupun beruang tidak disukai oleh haiwan di kawasan rimba.