DEFINISI LAGU RAKYAT
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu
kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di
negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di
Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut.
Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan
ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa
bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-
majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh
anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.
Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:
1. Ala Canggung
2. Ambil Madu Lebah
3. Anak Ayam (lagu rakyat)
4. Anak Itik Tok Wi
5. Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
6. Ayam den lapeh
7. Bapaku Pulang dari Kota
8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
9. Can Mali Can
10. Dadong
11. Geylang Si Paku Geylang
12. Hello Hello (lagu rakyat)
13. Hijau (lagu rakyat)
14. Inang rodat
15. Ikan Kekek (lagu rakyat)
16. Jambatan Tamparuli
17. Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
18. Jong Jong Inai
19. Kenek Kenek Odeng
20. Ketipong Payung
21. Kurik Kundi
22. Lemak manis (lagu rakyat)
23. Lenggang Kangkung
24. Londeh Mak Londeh
25. Menghilir di Sungai Pahang
26. Pak Ketipak Ketipung (joget 106)
27. Pak Pung Pak Mustafe
28. Puteri Santubong
29. Rasa Sayang
30. Tepuk Amai-Amai
31. Trek Tek Tek
32. Tualang Tiga
33. Ulek mayang
34. Enjit-enjit Semut
35. Bangau Oh Bangau
36. Wau Bulan
37. Tambak Johor
38. Lagu Tiga Kupang