ISI KANDUNGAN Muka Surat
3-4
Bil Perkara 5-6
1 1.0 Pengenalan 7
2 2.0 Produk Teknologi Hijau yang terpilih 8
9
2.1 Ciri dan Fungsi Turbin Angin Terapung 10
2.2 Kebaikan Turbin Angin Terapung 11
2.3 Kekurangan Turbin Angin Terapung
3 3.0 Kesimpulan
4 Rujukan
Penghargaan
Salam sejahtera,saya bersyukur dapat meyiapkan kerja kursus ini.Ucapkan
terima kasih saya tujukan untuk pensyarah kursus ini Dr Shuhari bin Abdul Razak kerana
banyak membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.Tunjuk ajar serta bimbingan
daripada beliau amat saya hargai.
Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas dan keluarga saya kerana telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama serta
memberi sokongan kepada saya sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.Saya amat
menghargai bantuan rakan-rakan semasa perbincangan tentang kehendak soalan tugasan
khususnya.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu
saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus ini.Jasa
baik kalian semua tidak akan saya lupakan.Tanpa anda semua,saya menyiapkan kerja kursus
ini tentulah sukar.Terima kasih semua.
2
1.0 Pengenalan
Menurut Hazlan (2019), tekonolgi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk kepada produk,
peralatan, atau sistem yang memenuhi ciri-ciri seperti meminimumkan degrasi kualiti persekitaran,
mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, ia adalah selamat untuk
digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan serta penjimatan
tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Teknologi hijau merupakan aplikasi sains alam sekitar bagi memelihara sumber dan alam
semulajadi untuk menangani impak negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau adalah teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan tekonolgi yang sedia ada. Aplikasi Teknologi
Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan di mana pembangunan yang dilaksanakan
perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Matlamat
teknologi hijau adalah untuk melindungi ekosistem semula jadi, meningkatkan tahap kesihatan dan
kehidupan, mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia serta menjadi alternatif untuk
menggalakkan perkembangan ekonomi.
Kepentingan teknologi hijau adalah mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang
menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Proses perubahan cuaca global
adalah tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, kita dapat melambatkan proses ini dengan usaha
3
kita seperti aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan kita. Kita sebagai pengguna merupakan salah
satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan
pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta yang bertenaga elektrik, penggunaan
bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebaginya. Produk teknologi hijau seperti Aplikasi
tekonologi dan amalan seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan
awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air murupakan perkara-perkara yang dapat
melaksanakan dalam aktiviti harian kita.
4
2.0 Produk Teknologi Hijau yang terpilih
Tugasan ini adalah untuk membuat analisis berkaitan sesuatu produk teknologi hijau. Produk
teknologi hijau yang telah saya pilih untuk membuat analisis dalam tugasan ini adalah turbin angin
terapung. Turbin angin terapung juga dikenali sebagai turbin angin laut atau turbin angin lepas pantai.
Turbin angin terapung adalah turbin angin lepas pantai yang dipasang dia atas struktur yang
terapaung, dan tanpa struktur ini turbin penghasil listrik tidak bisa didirikan di atas peraiaran yang
dalam. Kegunaanya mendirikan turbin angin di lepas pantai adalah untuk mengurangi polusi mata dan
menjangkau angin yang lebih kuat dan konsisten.
Turbin angin merupakan kincir angin yang digunakan untuk membangkitkan tenaga listrik.
Pada masa kini, turbin angin lebih banyak digunakan untuk mengakomodasi kebutuhan listrik
masyarakat dengna melalui prinsip konversi energi dan menggunakan sumber daya alam yang dapat
diperbaharui iaitu angin. Menurut Portillo (2021), turbin angin adalah seperti penjana elektrik yang
berfungsi menukarkan tenaga kinetik angin dalam tenaga mekanikal dengan melalui turbin angin
dalam tenaga elektrik. Tenaga turbin angin terapung mengacu pada pembangunan ladang angin di
badan air untuk menghasilkan listrik dari angin. Kecepatan angin di lepas pantai adalah leibh baik
berbanding daripada kecepatan angin di darat. Oleh itu, kontribusi tenaga turbin angin terapung telah
menyediakan tenaga listrik jauh lebih tinggi. Turbin angin memiliki tinggi hingga 180meter dan memiliki
bilah sepanjang 80 meter (dw, 2021). Turbin angin sesuai pasang di laut di mana angin bertiup dengan
kekuatan yang lebih besar. Turbin angin terapung memiliki keluaran hingga 10.000 kilowatt, dan
diharapkan mencapai 15.000 kilowatt dalam waktu beberapa tahun mendatang. Turbin angin terapung
dapat memenuhi kebutuhan listrik swasta sekitar 40.000 orang di Jerman atau untuk 370.000 orang
di India jika turbin angin terapung tunggal di lokasi yang strategik. Turbin angin terapung terkini
dipasang pada ponton dipelabuhan, kemudian ditarik ke laut dan dipasang ke dasar laut dengan rantai
panjang.
Turbin angin terapung pertama di dunia dipasang di lepas pantai Skotlandia pada tahun 2017,
dan kemudian di lepas pantai Jepang, Perancis, dan Portugal. Menurut Yusupandi (2018),
perusahaan minyak asal Norwegia, Statoil, bekerja sama dengan Masdar telah membangun
pembangkit listrik tenaga angin terapung pertama di dunia. Pembangkit listrik tersebut berada di laut
5
utara Skotlandia yang berjarak 15 mil dari pantai Petershead. Projek pembangunan turbin angin ini
disebut Hywind Scotland. Hywind Scotland memiliki 5 buah turbin dengan kapasitas masing-masing
turbin sebesar 6MW sehingga kapasitas terpasang sebesar 30MW dengan tegangan transmisi 30kV.
Hywind Scotland mampu menerangi lebih dari 20,000 rumah.
6
2.1 Ciri dan Fungsi Turbin Angin Terapung
Turbin angin terapung adalah turbin angin luar pesisir yang dipasang pada struktur terapung.
Ini telah menunjukkan turbin angin terapung boleh menjana elektrik di laut dalam manakala turbin
biasa tidak mampu lakukannya. Di ladang angin luar pesisir, turbin angin terapung dinaikkan ke paras
laut dengan pelbagai jenis dasar, bergantung pada kedalamannya. Projek kuasa angin luar pesesir
digunakan untuk mengeksploit potensi angin di laut terbuka di mana angin bertiup lebih kuat daripada
di darat. Terdapat beberapa jenis pemasangan dasar turbin angin yang berbeza mengikut kedalaman
laut, antaranya ialah monopiles, gravity dan jacket.
Menurut Kimia (2021), fungsi turbin angin terapung adalah menghasilkan listrik. Turbin angin
terapung dicirikan oleh desain tiga rotor raksana. Turbin angin terapung jenis ini digunakan untuk
menghasilkan tenaga mekanik dan listrik, dengan cara menukar tenaga kinetik angin menjadi tenaga
mekanikal dan melalui turbin angin terapung. Tenaga mekanik tersebut terhubung ke generator, yang
kemudian diubah menjadi tenaga listrik. Kebanyakan turbin angin adalah tiga mata pisau, dan
beroperasi menghadap angin. Menara-menara yang tinggi mencapai aliran udara kuat yang malar.
Angin bertukar mata pisau yang mana memutarkan sebuah lubang yang dihubungkan kepada sebuah
penjana dan menghasilkan bekalan elektrik. Turbin cekap boleh menjana sehingga 3.6 megawatt.
Turbin angin terapung mempunyai tinggi 253 meter, 78 meter di bawah permukaan laut dan
175 meter di atas permukaan laut dengan diameter kipas sampai 154 meter. Berat turbin angin
terapung mencapai 12 ton. Turbin angin terapung tetap bisa mengapung dan tidak terbawa arus, ia
dipasangkan beberapa jangkar yang terbuat dari kabel fleksible yang tersambung ke dasar laut. Setiap
kable fleksible memiliki diameter lima meter dan panjang 16 meter. Turbin angin terapaung dapat
menggandakan bekalan tenaga dihasilkan angin antara 10 hingga 40 gigawatt.
7
2.2 Kelebihan Turbin Angin Terapung
Turbin angin terapung merupakan alat yang mampu memanfaatkan kekuatan angin untuk
diubah menjadi kekuatan mekanik. Dengan melalui proses tersebut, dapat memenuhi kebutuhan
manusia, seperti pembangkit listrik. Pembangkit ini dapat mengonversikan energi angin menjadi listrik
dengan menggunakan turbin angin terapung. Pembangkit listrik ini telah menggunakan angin sebagai
sumber tenaga. Angin merupakan salah satu sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui.
Dengan ini, turbin angin terapung dapat menggurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak
boleh diperbaharui seperti bahan api fosil. Pendek kata, turbin angin terapung juga dapat
meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar dan dapat memelihara alam sekitar. Contohnya,
berdasarkan Portillo (2018), pembakaran bahan api fosil akan mempunyai akibat langsung terhadap
kesan rumah hijau. Oleh sebab itu, turbin angin terapung dianggap sebagai produk teknologi hijau
yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Selain daripada itu, berdasarkan Panggabean (2019), pengembangan pembangkit listrik
tenaga bayu (PLTB) akan dapat banyak keuntungan bagi para investor. Bahkan turbin angin terapung
yang membutuhkan teknologi andal dan banggunan yang kokoh tetap lebih murah berbanding dengan
megawatt/jam yang dihasilkan pembangkit listrik nuklir (Baraniuk, 2017a). Di sini telah menunjukkan
struktur pembinaan turbin angin terapung adalah selamat dan tahan lama kerana dalam proses
pembinaannya adalah perlu teknologi andal dan banggunan yang kokoh. Selain itu, kelebihan
pembangkit listrik turbin angin terapung adalah lebih murah berbanding daripada pembangkit listrik
nuklir. Tambahan pula, turbin bisa berdiri di tempat-tempat yang terpencil selama 25 tahun tanpa perlu
pemeliharaan secara rutin. Dengan ini, telah menunjukkan turbin angin terapung adalah mudah dijaga
dan tidak perlu memelihara dengan luar biasa. Bukan itu sahaja, tanpa perlu pemeliharaan secara
rutin telah menjimatkan kos pemeliharaan. Turbin angin terapung bukan menghasilkan tenaga pada
waktu siang sahaja, ia juga boleh menghasilkan tenaga pada waktu malam, sepanjag ada angin yang
bertiup. Oleh sebab itu, turbin angin terapung akan menghasilkan tenaga yang lebih banyak
berbanding dengan panel solar iaitu dengan penjana elektrik yang telah menggunakan teknologi
tenaga suria yang hanya dapat menjana elektrik pada waktu siang sahaja. Satu lagi kelebihan ialah
pemasangan turbin angin terapung adalah tidak memerlukan penjelasan tanah yang besar
berbanding dengan loji kuasa lain.
8
2.3 Kekurangan Turbin Angin Terapung
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan kepada turbin angin terapung iaitu kos pembinaan
dan pembaikan turbin angin terapung adalah mahal. Selain daripada itu, turbin mungkin mempunyai
kesan negatif terhadap hidupan liar (Baraniuk, 2017b). Ini dikatakan kerana, para pengkritik telah
mengata bahawa turbin angin terapung telah mengganggu koloni burung laut, seperti gannet dan
kittiwake, dan akhinya menyebabkan rancangan untuk mengembangkan London Array tertahan di
mahkamah kerana ancaman yang ditimbulkan kepada burung laut. London Array adalah ladang angin
lepas pantau di delta sungai Thames, Britania Raya. London Array merupakan ladang angin lepas
pantai yang terbesar di dunia. Ini dikatakan kerana, kapasitas nominal mencapai 1000MW. Bukan itu
sahaja, juga ada yang mengatakan getaran turbin boleh menyebabkan ikan paus hilang arah. Ini telah
memberi kesan kepada hidupan liar. Lebih-lebih lagi, bunyi yang dihasilkan semasa membina asas
yang menempatkan turbin adalah jelas dan sangat kuat tetapi Impak bunyi yang dihasilkan oleh mesin
turbin angin terapung ini semasa beroperasi secara rutin masih tidak diketahui.
Selain daripada itu, kekurangan salah satu adalah kita tidak boleh bergantung tenaga angin
dengan sepebunhnya kerana angin tidak boleh disimpan untuk kegunaan masa depan. Jadi, kita tidak
boleh hanya bergantung kepada turbin angin terapung untuk menjana elektrik kepada keperluan
harian elektrik kita. Walaupun angin adalah bertiup pada waktu siang dan malam, tetapi bukan
selalunya mempunyai angin. Oleh itu, elektrik yang boleh dijana oleh turbin angin terapung adalah
terhad dan kurang berbanding daripada penjana elektrik yang mengguna bahan api fosil. Seterunya,
turbin angin terapung mesti dipasangkan di tempat angin yang tepat dan di kawasan yang jauh
dariapda bandar. Ini dikatakan kerana, turbin angin terapung adalah menjana elektrik dengan
bergantung kepada kecepatan angin di persekitarannya. Oleh itu, lokasi-lokasi terpencil ini biasanya
tidak mempunyai permintaan yang tinggi untuk kuasa dan mengangkut bentuk tenaga ke bandar-
bandar utama. Salah satu kekuranga turbin angin terapung ialah ia mempunyai risiko keselamatan
kepada marin.
9
3.0 Kesimpulan
Turbin angin terapung adalah satu produk teknologi hijau yang mesra alam. Turbin angin
terapung merupakan produk teknologi hijau yang menggalakkan penggunaan sumber bahan yang
boleh diperbaharui. Ini dikatakan kerana turbin angin terapung adalah menggunakan angin sebagai
sumber tenaga untuk menjana elektrik dan ia tidak membebaskan sebarang yang akan menyebabkan
pencemaran. Sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim dan air adalah
satu Langkah alternatif yang digunakan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ini telah
menunjukkan turbin angin terapung telah menjana elektrik tanpa menjejaskan alam sekitar dan dapat
memelihara alam sekitar. Oleh itu, turbin angin terapung dianggap sebagai produk teknologi hijau.
Bukan itu sahaja, turbin angin terapung juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil, bahan radioaktif, tenaga nuklear dan gas
asli. Oleh itu, dapat menjimatkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Di sini telah
menunjukkan pengurangan penggunaan sumber bahan api akan dapat mengurangkan pencemaran
udara. Sebagai contohnya, pemasangan turbin angin terapung mampu mengurangkan jumlah
penggunaan bahan api fosil yang akan menyebabkan pencemaran udara. Ini dikatakan kerana bahan
api fosil mempunyai kandungan karbon tinggi yang menyumbang kepada pencemaran udara dan
pemanasan global. Oleh sebab itu, kita adalah digalakkan untuk menggunakan sumber tenaga yang
boleh diperbaharui untuk menjana elektrik berbanding dengan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
(1825pp)
10
Rujukan
Baraniuk, C. (2017a, June 27). Pertanian besar yang menghasilkan kekuatan tak terlihat. BBC News
Indonesia. https://www.bbc.com/indonesia/vert-fut-40255249
Baraniuk, C. (2017b, July 27). Pertanian besar yang menghasilkan kekuatan tak terlihat. BBC News
Indonesia. https://www.bbc.com/indonesia/vert-fut-40255249
dw. (2021, December 14). Seberapa Besar Potensi Energi Angin di Masa Depan? Tempo;
TEMPO.CO. https://www.tempo.co/dw/6164/seberapa-besar-potensi-energi-angin-di-masa-
depan
hazlan. (2019, March 25). Apa itu teknologi hijau? Inovasi, Motivasi Dan Teknologi.
https://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/
Kimia, I. (2021, January 6). Pengertian Kincir Angin, Macam, dan Fungsinya. Pakar Kimia.
https://www.pakarkimia.com/kincir-angin/
Panggabean, L. (2019). Upaya Menjala Potensi Besar Energi Bayu di Lautan | GE News.
Www.ge.com. https://www.ge.com/news/reports/upaya-menjala-potensi-besar-energi-bayu-
di-lautan
Portillo, G. (2018, July 29). Bahan bakar fosil: apa itu, contoh dan kelebihan dan kekurangan.
Renovables Verdes. https://www.renovablesverdes.com/ms/bahan-api-
fosil/#Ventajas_y_desventajas
Portillo, G. (2021, May 1). Turbin angin paksi menegak dan mendatar, bagaimana ia berfungsi?
Renovables Verdes. https://www.renovablesverdes.com/ms/turbin-angin-
menegak/?fbclid=IwAR09hkqQEUO9FOlBbIshnHLDYpJohLJljxgefDNTCP3h6dTSacvwoYna
7QE#Uso_de_los_aerogeneradores_e_historia
Syah, F. (2020, January 29). 5 Teknologi Hijau Dalam Penjanaan Tenaga. Biz Impulse.
https://bizimpulse.me/aplikasi-teknologi-hijau-dalam-penjanaan-
tenaga/?fbclid=IwAR3NHXpFY6cN3vNshTmP6VOeDd0168BHMgvy3vuSwmH7Q6wW0eDM
VgZh_Jg#4-bagaimana-turbin-angin-boleh-terapung
Yusupandi, F. (2018, January 24). Hywind Scotland : Pembangkit Listrik Tenaga Angin Terapung
Pertama. Warung Sains Teknologi. https://warstek.com/hywind/
11