The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perayaan Malaysia adalah mengenai tiga orang sahabat iaitu Fatimah, Chee Mei dan Sharvini meraikan perayaan masing-masing dengan harmoni.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idoradarwina, 2022-05-25 10:54:52

Perayaan Malaysia Oleh Zahra Zulaikha

Perayaan Malaysia adalah mengenai tiga orang sahabat iaitu Fatimah, Chee Mei dan Sharvini meraikan perayaan masing-masing dengan harmoni.

Perayaan
Malaysia

Oleh : Zahra Zulaikha

Perayaan Malaysia

Fatimah, Chee Mei dan Sharvini bersahabat baik. Walaupun

berlainan bangsa dan agama, namun hubungan mereka bertiga
sungguh akrab. Mereka juga belajar di kelas yang sama.

Pada suatu hari, ketika Fatimah berjalan menuju ke
kelasnya iaitu kelas 4 Berlian, dia ditegur oleh kawan baiknya,
Chee Mei di pintu masuk kelas tersebut.

“Ni hao!”
“Ni hao Chee Mei,” kata Fatimah sambil meletakkan beg
di tempat duduknya. Matanya melilau mencari seseorang.
“Sharvini belum datang lagikah?” Tanya Fatimah.
“Hmm... Itu dia! Dah sampai pun,” kata Chee Mei.
“Hai Sharvini!” Kata mereka berdua.
“Hai!” Balas Sharvini. Dia duduk bersebelahan dengan
Fatimah dan berhadapan dengan Chee Mei.

1

Zahra Zulaikha

Rakan sekelas mereka yang lain juga sudah tiba seorang
demi seorang. Fatimah, Chee Mei dan Sharvini mengalu-
alukan kehadiran mereka dengan begitu ceria sekali.

“Bangun! Selamat pagi cikgu.” Laung ketua kelas diikuti
pelajar yang lain sebaik sahaja cikgu masuk ke kelas.

Ketiga-tiga sahabat itu kemudiannya belajar dengan
sangat tekun.

“KRINGGG...!!!!” Loceng dibunyikan menandakan
masuknya waktu rehat. Murid-murid tahap dua berpusu-pusu
keluar menuju ke kantin setelah diberikan kebenaran oleh
guru masing-masing.

“Esok, kamu berdua jangan lupa untuk datang ke rumah
saya, tau?” Pesan Chee Mei.

“Kami tak akan lupa!” Kata Fatimah dan Sharvini
serentak sambil menabik tangan. Mereka bertiga ketawa
serentak.

2

Perayaan Malaysia

Sebelum dibenarkan pulang, guru mereka memberikan
sedikit pesanan.

“Seperti yang dimaklumkan, esok dan lusa sekolah akan
bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Jangan datang
pula esok. Kalau ada yang datang juga esok, belajarlah dia
dengan hantu.”

Seisi kelas bergema dengan gelak tawa pelajar.

kSambutan Tahun Baru Cinak

“Selamat pagi Chee Mei! Awak ada di rumah?” Laung

Fatimah dan Sharvini di depan rumah Chee Mei.
Beberapa saat selepas itu, Chee Mei menyelak daun

pintu dan membuka pagar bagi membenarkan sahabatnya itu
masuk.

3

Zahra Zulaikha

“Selamat pagi! Masuklah!” Pelawa Chee Mei. “Duduklah
dahulu. Sebentar lagi persembahan akan bermula.”

“Terima kasih.”
Tidak lama selepas itu, manusia berkostum singa
datang bersama beberapa orang pembantu yang menyusun
palang bagi melancarkan persembahan tersebut. Setelah
beberapa ketika, mercun mula dinyalakan dan persembahan
pun bermula. Walaupun sedikit bising, persembahan itu amat
menyeronokkan. Mereka bertiga bergembira sepanjang hari.
Fatimah dan Sharvini dihidangkan dengan air minuman
kotak berperisa laici dan juga sekotak limau mandarin yang
rasanya amat manis dan lazat. Fatimah dan Sharvini begitu
seronok dapat meraikan perayaan Tahun baru Cina itu
bersama sahabat baik mereka iaitu Chee Mei.
Matahari sudah tegak di atas kepala. Fatimah dan
Sharvini meminta diri untuk pulang ke rumah.

4

Perayaan Malaysia

~Sambutan Hari Raya Aidilfitri~

“Selamat pagi! Kami datang nak raya!” kedengaran

beberapa suara dari depan rumah Fatimah.
“Oh, Chee Mei dan Sharvini rupanya! Masuklah.” kata

Fatimah.
Semasa berjalan masuk, Sharvini terpandang sesuatu

yang tidak pernah dilihatnya.
“Kuih apa itu Fatimah?” Tanya Sharvini.
“Oh, itu ketupat. Ketupat bukannya kuih. Tetapi,

ketupat adalah beras yang dimasukkan ke dalam daun kelapa
dan direbus bersama daun pandan bagi menaikkan aromanya

5

Zahra Zulaikha

yang sungguh wangi. Rasanya juga amat sedap jika dimakan
bersama rendang dan kuah kacang,” jawab Fatimah.

Chee Mei dan Sharvini makan dengan penuh berselera.
Matahari sudah terbenam. Tetamu juga sudah pulang.
Fatimah tidak sabar untuk merayakan perayaan seterusnya
pula. Dia menghitung hari sehingga tibanya perayaan
Deepavali.

kSambutan Deepavalik

Sharvini bersila di hadapan pintu. Dia menanti kedatangan

sahabat baiknya. Dia meneliti jam di tangan. ‘Ada lagi 10 minit
sebelum mereka datang. Baik saya bancuh air dahulu.’ Getus
Sharvini lalu masuk ke dalam rumah untuk membancuh air.
Selesai membancuh air, dia kembali menunggu di luar.

6

Perayaan Malaysia

Beberapa saat selepas itu, dia ternampak sahabatnya sedang
rancak berbual sampai hampir terpijak Kolam Ranggoli yang
mengambil masa semalaman untuk dia menyiapkannya.

“Hati-hati! Kamu berdua hampir terpijak Kolam
Ranggoli saya!” Katanya.

“Oh, maaf. Kami tak perasan.” Ujar Fatimah.
“Wah, cantiknya! Awak membuatnya sendirian ke
Sharvini?” Puji Chee Mei.
“Ya. Sungguh berwarna-warni!” Fatimah mengiyakan.
“Terima kasih. Saya tidak membuatnya sendiri. Saya
dibantu ayah dan ibu saya.” Jawab Sharvini. “Masuklah! Ibu
saya ada sediakan tose untuk kamu berdua,” pelawa Sharvini.
“Saya sungguh bersyukur kerana dapat mengenali kamu
berdua. Saya dapat pelajari pelbagai budaya yang berbeza dan
mengenali makanan tradisi kaum Cina dan India. Saya harap
kita akan terus berkawan sampai bila-bila,” ucap Fatimah.

7

Zahra Zulaikha

“Kami juga.” Chee Mei dan Sharvini mengiyakan.
Fatimah, Chee Mei dan Sharvini tersenyum sambil
saling berpelukan. Mereka berharap persahabatan mereka
akan terus utuh sehingga ke dewasa. Mereka yakin, jika
mereka terus bersatu, banyak perkara yang boleh mereka
lakukan demi negara yang amat mereka cintai ini.

Tamat

8


Click to View FlipBook Version