ebook
NUMISMATIK
#hobibukantekanan
1
MAKSUD
NUMISMATIK
Numismatik (bahasa Latin: numisma, nomisma, "coin"; dari
bahasa Yunani: νομίζειν nomízein, "menggunakan sesuai
hukum") adalah sebuah kajian atau kegiatan mengumpul
matawang, termasuk syiling, token, wang kertas dan benda-
benda berkaitan dengannya. Koleksi numismatik terdiri dari
benda-benda lama seperti wang kertas lama, syiling lama dan
token yang pernah beredar dan digunakan oleh masyarakat.
Numismatik mempelajari antara lain, sejarah matawang itu
sendiri, cara pembuatannya, ciri-cirinya, variasi yang
ditemukan, pemalsuannya, sejarah politik terbentuknya
matawang tersebut dan sebagainya. Sejarah wang
merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui
tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik
mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.
2
MAKSUD WANG
Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media
perantaraan pertukaran.
Ciri-ciri wang terbahagi kepada 6 iaitu:-
1. Diterima umum - penerimaan dan keyakinan orang ramai terhadap komoditi yang
dijadikan wang
2. Penawaran terhad - apabila penawarannya terhad, ini akan menjamin kestabilan nilainya
dan mendapat kepercayaan oleh orang ramai
3. Kestabilan nilai - merupakan barang yang mempunyai nilai yang tidak mudah berubah atau
tidak mudah susut nilainya
4. Tahan lama - komoditi yang tidak mudah rosak
5. Mudah dibawa - ringan dan bersaiz kecil memudahkan pengguna membawanya
6. Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil - lebih memudahkan urus niaga
JENIS-JENIS WANG
Terbahagi kepada 3 iaitu:-
1. Duit Syiling - Diperbuat daripada logam iaitu nikel dan gangsa. Merupakan wang tanda
dan wang sah yang terhad. Contohnya 50 sen
2. Wang Kertas - Wang dicetak bersandarkan kepada rizab antarabangsa. Merupakan wang
Tanda dan wang sah yang tidak terhad. Contohnya RM50
3. Deposit Semasa - Merupakan wang yang disimpan dalam akaun semasa di bank
perdagangan
*Wang ini tidak diterima sebagai wang sah
3
Fungsi-fungsi wang
Terbahagi kepada empat iaitu:-
1. Perantaraan Pertukaran - perlu membuat bayaran untuk mendapatkan barangan atau
perkhidmatan
2. Unit Ukuran Nilai - sesuatu barang / perkhidmatan dinilai dalam bentuk harga
3. Simpanan Nilai - menggalakkan orang ramai membuat tabungan dan pelaburan
4. Bayaran Tertunda - membolehkan pembayaran dilakukan secara ansuran
Kebaikan Sistem Wang Berbanding dengan Sistem Barter
1. Perantaraan Pertukaran
2. Ukuran Nilai
3. Simpanan Nilai
4. Bayaran Tertunda
4
CABANG NUMISMATIK
Menjadi Ahli MD (Metal Detector) – Berminat mencari matawang peninggalan dahulu kala
menggunakan alat pengesan logam. [Arkeologi]
Menjadi Pengumpul / Penjual :
Matawang purba
1. Matawang berbentuk haiwan - Animal Tin Money
2. Tampang
3. Ingot
4. Pohon Pitis
Duit Syiling
1. Penang Dollar (Prince of Wales) [1786-1828]
2. Matawang Kesultanan
3. Straits Settlements [1826 -1901] – Queen Victoria
4. Straits Settlements [1901 -1910] – King Edward
5. Straits Settlements [1910 -1936] – King George V
6. Commisioners of Currency Malaya) [1936 -1952] – King George VI
7. Malaya and British Borneo [1952 -1962] – Queen Elizabeth II
8. BNB (British North Borneo) [1865-1946]
9. BTD (British Trade Dollars) [1903]
10. Sarawak [1841-1946]
11. Token
12. Medal
13. Duit Syiling Malaysia (Siri 1,1967-1988 ; Siri 2, 1989-2011 ; Siri 3, 2012 - sekarang)
14. Syiling Peringatan (Commemorative)
15. Syiling Proof
16. Bullion [Kijang Emas]
17. Syiling Ralat (Error)
18. Syiling yang digred (PCGS, NGC)
Wang Kertas
1. Staraits Settlements [1898-1939]
2. BNB (British North Borneo) [1882-1942]
3. JIM – Japanese Invasion Money / Japanese Occupation Currency [1942-1945]
4. BOCOC – Board of Commissioners for Currency (Malayan dollar)
5. Straits Settlements
6. Malaya & British Borneo
7. Sarawak Dollar
8. Matawang Kupon Estate
5
9. Wang Kertas Sekarang (Siri 1- 14)
10. Wang Kertas Peringatan (Commemorative)
11. Wang Specimen
12. Wang Kertas Ralat (Error)
13. Wang yang digred (PMG, PCGS)
Counterfeit
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_currency_genuine&pg=en_currency_genuine_note&lan
g=bm
Info mengenai duit baru Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=ubTR8kxvyzY&feature=youtu.be
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_circulation_currency&pg=en_circulation_banknotes&la
ng=bm
https://youtu.be/ubTR8kxvyzY
WANG KERTAS MALAYSIA
Siri 1
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_historical_background&pg=en_banknotes_issued&ac=6
26&lang=bm
Siri 2
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=en_historical_background&pg=en_ban
knotes_issued&ac=616&lang=bm
6
Siri 3
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=en_historical_background&pg=en_ban
knotes_issued&ac=617&lang=bm
Siri 4
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?lang=en&ch=en_circulation_currency&pg=
en_circulation_banknotes&lang=bm
DUIT SYILING MALAYSIA
Siri 1
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=en_historical_background&pg=en_ban
knotes_issued&ac=618&lang=bm
Siri 2
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=en_historical_background&pg=en_ban
knotes_issued&ac=619&lang=bm
Siri 3
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=en_circulation_currency&pg=en_circul
ation_coin&lang=bm
TUKAR DUIT ROSAK
http://103.6.236.167/websites/w2bnmgovmy/index.php?ch=bm_banknotes_handling&pg=bm_ban
knotes_handling&lang=bm
7
8
Perkembangan numismatik sekarang:
https://says.com/my/lifestyle/how-to-know-if-your-old-malaysian-banknotes-and-coins-are-worth-
a-lot-nowadays
RM2 note
https://says.com/my/news/malaysians-are-selling-old-rm2-notes-for-thousands-of-ringgit-online
Wang Kertas Malaysia dulu – sekarang
https://says.com/my/fun/how-malaysian-banknotes-have-changed-over-the-years
Tulisan micro nama agong pada tengkolok
https://says.com/my/lifestyle/did-you-know-the-agong-s-name-can-be-found-on-your-ringgit-notes
LAZADA pun ada jual duit kertas
https://www.lazada.com.my/catalog/?q=Malaysia+banknote&_keyori=ss&from=input&spm=a2o4k.
pdp.search.go.19ed18afFk2czy
LAZADA pun ada jual duit syiling
https://www.lazada.com.my/catalog/?q=Malaysia+coin&_keyori=ss&from=input&spm=a2o4k.searc
hlist.search.go.53c57571buHSjb
Siap ada instalment lagi…
Lelong
https://www.lelong.com.my/kx/malaysia+banknote.htm
https://www.lelong.com.my/catalog/all/list?TheKeyword=malaysia+coin
eBay
https://www.ebay.com.my/sch/Coins-Currency/11116/i.html?_sop=10&_nkw=malaysia+banknote
https://www.ebay.com.my/sch/i.html?_odkw=malaysia+banknote&_sop=10&_osacat=11116&_fro
m=R40&_trksid=m570.l1313&_nkw=malaysia+cion&_sacat=11116
9
Mudah.My
https://www.mudah.my/Malaysia/Hobby-Collectibles-5040/banknotes-for-sale
https://www.mudah.my/Malaysia/Hobby-Collectibles-5040/syiling-for-
sale?lst=0&fs=1&w=3&cg=5040&q=syiling&so=1&st=s
AliExpress
https://www.aliexpress.com/premium/ringgit-
malaysia.html?SearchText=ringgit+malaysia&d=y&initiative_id=SB_20190223070532&origin=y&catI
d=0&isViewCP=y
https://www.aliexpress.com/wholesale?catId=0&initiative_id=SB_20190223070711&isPremium=y&
SearchText=coin+malaysia
Carousell
https://my.carousell.com/search/products/?query=malaysia%20banknote
https://my.carousell.com/search/products/?query=malaysia%20coin
Where can I sell my old Malaysian money?
There are several ways you can sell your old money (both coins and notes):
1. The fastest way is to approach dealers specializing in collectors’ items, in this case
old money. They will assess the quality of your money and the rarity of it and make
you an offer. There are several dealers in KL and Penang but I am not sure about
other places.
2. Sell them online like through ebay, facebook, etc.
3. Attend numismatic exhibitions/fest that may be held from time to time in the major
cities in the country. Usually, there will be dealers selling old money in the
exhibition/fest who may be willing to buy your old money if it is in good condition.
4. Join your local Numismatic Clubs. These clubs have regular auctions which you can
take part either as a seller or buyer.
5. Finally, if you intend to be serious in this hobby, I suggest you buy a catalogue on this
because it will give you a guide on how much the items are worth.
10
8 SISTEM MATAWANG LAMA YANG PERNAH DIGUNAKAN DI NEGARA KITA
Membaca mengenai sejarah matawang di negara kita, memang banyak sebenarnya
fakta-fakta sejarah yang menarik untuk kita pelajari. Sejarah matawang mampu menjelaskan
banyak perkara tentang salasilah ekonomi serta pembentukan negara atau kerajaan tersebut.
Selain daripada penggunaan matawang ringgit yang kita gunakan sekarang, negara
kita juga tidak terlepas daripada melalui proses bertukar-tukar matawang yang mempunyai
pelbagai cerita sebelum kita sampai pada tahap sekarang ini iaitu eWallet.
Berikut adalah jenis-jenis wang kertas yang pernah wujud di negara kita suatu masa
dulu serta sedikit sejarah ringkas berkenaan penggunaannya.
11
1. Wang kertas Estet Constantinopole
Wang kertas ini diperkenalkan oleh Tuan Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff pada
tahun 1878 untuk digunakan secara terhad di dalam sebuah kawasan estet di Kukup, Johore
sahaja. Wang kertas itu dicetak di Singapura dan ditandatangani dengan tangan, bukan
dengan cetakan. Sistem keselamatan yang ada adalah cetakan nombor siri pada wang tersebut
disamping cetakan bulatan emboss 'SMA SAGOFF'. Wang kertas ini amat jarang dijumpai
dan dianggarkan mampu mencapai nilai melebihi RM29,000 sekiranya dibuka untuk
lelongan.
12
2. Wang Kertas Jepun (JIM)
Matawang ini diperkenalkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1942 untuk digunakan di
Malaya, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Lebih dikenali dengan nama 'duit
pokok pisang' ekoran perasaan benci masyarakat ketika itu pada penaklukan Jepun.
Dipercayai telah dicetak sebanyak $385 juta untuk edaran sebelum diisytiharkan tidak
bernilai, matawang ini mampu mencecah harga RM23 sekeping sekiranya dijumpai dalam
keadaan baik. Jika mempunyai nombor siri, iaitu siri 1, harganya lebih tinggi mencecah ratus.
13
3. Duit Pitis Keping Kelantan
Digunakan di Kelantan sehingga tahun 1909 sebelum digantikan dengan matawang
penjajah, ekoran terlalu banyak keluaran palsu oleh individu yang mahir dalam pemprosesan
timah. Direka agar dapat diceraikan daripada 'tangkainya' nya, setiap satu syiling mempunyai
nilai 1 pitis. Selain itu, Kelantan juga menjadi antara negeri paling awal mempunyai sistem
perbankan dengan pengenalan sistem Bank Pitis yang ditubuhkan pada tahun 1889.
4. Wang kertas negeri-negeri Selat dan Malayan Dollar
Wang negeri-negeri Selat atau Straits Dollar digunakan pada tahun 1898 sehinggalah
tahun 1939 kemudian digantikan dengan Malayan Dollar.
14
Bagi Malayan Dollar, kisahnya mempunyai sejarah yang agak unik. Malayan Dollar
hanya dicetak di United Kingdom dan dibawa ke Malaya melalui kapal. Sebanyak 27 juta
wang 1 dollar dan 5.6 juta duit 5 dollar dicetak keseluruhannya, namun hanya 25.8 juta dan 5
juta sampai ke Malaya. 700 ribu wang 1 dollar dan 500 ribu wang 5 dollar tenggelam selepas
kapal yang membawanya dikaramkan tentera Jerman tidak jauh dari Sumatera.
Dalam keadaan baik, harga sekeping wang ini mampu mencecah RM200 ke RM400 lebih.
4. Duit Kertas Malaya dan Borneo Utara
Digunakan secara meluas di Malaya, Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan
kepulauan Riau dari tahun 1953 hingga 1967 sebelum ditamatkan penggunaannya pada 16
Januari 1969. Sekiranya anda berminat untuk memiliki wang kertas dari zaman ini, agak
mudah untuk anda mendapatkannya kerana koleksi banyak dilelong dengan harganya
bergantung kepada kondisi dan statusnya.
15
5. Wang Borneo Utara
Sebelum digantikan dengan matawang Malaya dan Borneo Utara, matawang yang
digunakan di kawasan Borneo Utara adalah matawang British Borneo Utara. Agak lama juga
matawang ini digunakan daripada 1882 hingga 1953. Memaparkan gambar Gunung Kinabalu
sebagai penghias, wang kertas ini mampu mencapai RM1084 dalam keadaan baik.
16
6. Dollar Sarawak
Sama seperti Borneo Utara, Sarawak juga mempunyai matawang sendiri yang
dinamakan Sarawak Dollar. Diguna dari tahun 1858 hingga tahun 1953, wang ini dikeluarkan
sendiri oleh kerajaan Sarawak ketika itu dengan menggunakan cetakan tangan buat kali
pertama dan ini menyebabkan kualitinya kurang baik berbanding matawang lain yang ada
ketika itu. Untuk memilikinya ketika ini memerlukan pelaburan yang besar dengan harga
sekeping mampu mencecah RM3000 ke RM5000, dengan wang yang dikeluarkan sebelum
tahun 1922 menjadi buruan peminat wang lama.
17
7. Penang Dollar
Pulau Pinang juga satu masa dulu menggunakan sistem matawang sendiri di antara
tahun 1786 hinggalah 1826. Diperkenalkan selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Syarikat
India Timur, kebanyakan wang yang digunakan ketika itu dibuat di Calcutta, India. Wang
syiling yang diperkenalkan mempunyai tulisan Arab yang betulis Jezirah Perrinsa ab-Wailis
yang membawa makna Prince of Wales Island.
18
8. Keping Terengganu
Sama seperti di Kelantan, pada tahun 1909 penggunaan wang keping Terengganu
dihentikan dan digantikan dengan matawang negeri Selat. Diperbuat daripada timah, hanya
satu bahagian pada wang keping Terengganu ini dicetak dengan tulisan "Kali Malik al Adil"
yang membawa maksud "Pemerintah yang baik adalah pemerintah yang adil."
19