Wang Kertas Peringatan
WANG KERTAS PERINGATAN
KENANG-KENANGAN
(COMMEMORATIVE)
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Sukan Komanwel XVI 1998 ………………………………………. 2
2. Jubli Emas 50 Tahun Merdeka …………………………………….. 13
3. Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu …….. 21
Nota kaki:
Watermark yang digunakan dalam e-book ini ialah gambar STALLION
Kemaskini Disember 2018
1
Wang Kertas Peringatan
1998 – RM50 SUKOM
Wang Polimer RM50 sempena Kuala Lumpur '98 Sukan
Komanwel XVI
Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Berhad
mengeluarkan wang polimer RM50 sempena Kuala Lumpur '98 Sukan Komanwel XVI.
Ianya merupakan wang polimer pertama di Malaysia.
Reka bentuk bahagian hadapan wang ini mempamerkan
potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama di
sebelah kanandan bangunan latar langit Kuala Lumpur dengan
beberapa mercu tanda utama di bahagian tengah. Satu alat variable
optik Optical Variable Device (OVD) berwarna keemasan dengan
potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama
dengan tingkap pandang telus dipamerkan di sebelah kiri. Logo Bank
Negara Malaysia kelihatan pada tingkap pandang telus yang
sebaliknya. Di sebelah kanan dipamerkan bayangan artis mengenai
reka bentuk latar belakang Koridor Raya Multimedia yang
menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Rekabentuk bahagian belakang mempamerkan Stadium Utama Bukit Jalil di tengah-
tengah. Logo Kuala Lumpur '98 - Sukan Komanwel XVI kelihatan di sebelah kiri wang ini.
Ciri-ciri keselamatan utama wang polimer RM50 ini menggabungkan ciri
keselamatan konvensional yang kebiasaannya terdapat pada wang kertas serta ciri
keselamatan terbaru yang unik pada wang polimer. Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini,
dapat melindungi daripada dipalsukan dengan pencetak berwarna digital resolusi tinggi.
Orang ramai dinasihati supaya meneliti betul-betul ciri keselamatan untuk membezakan wang
asli (genuine) dengan wang palsu (counterfeit).
Kuala Lumpur 98 - XVI Commonwealth Games RM50 Commemorative
Polymer Banknote
Bank Negara Malaysia issued a RM50 denomination polymer commemorative banknote for
the first time to commemorate the Kuala Lumpur 98 - XVI Commonwealth Games on 1 June
1998.
New Design
This RM50 commemorative polymer banknote has a different design compared to the RM50
denomination circulation note. The banknote measures 152mm X 76mm. It is yellowish blue
in colour and carries design motifs which depict Malaysia's economic development, and also
the XVI Commonwealth Games. The front side features the portrait of the first Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong on the right and the Kuala Lumpur city skyline with
prominent landmarks in the centre. The Commonwealth Games "Look Programme" which
features the stylised butterfly symbol, and the gold-coloured Optical Variable Device (OVD)
with the portrait of the first Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong in the clear
2
Wang Kertas Peringatan
window, appear on the left. The logo of Bank Negara Malaysia appears in the other clear
window on the right of the note. The Kuala Lumpur International Airport is featured as the
central backdrop. To the right, the background design shows the artist's impression of the
Multimedia Super Corridor connecting Kuala Lumpur City to Putrajaya, Cyberjaya and the
new Kuala Lumpur International Airport. The back design shows the Stadium Utama Bukit
Jalil in the centre. The logo of Kuala Lumpur 98-XVI Commonwealth Games appears on the
left of the note.
Security Features
New security features are incorporated in this RM50 polymer banknote. It combines
conventional security features commonly found in paper banknote and innovative security
features which are unique to polymer banknotes. These features provide protection against
the use of contemporary high resolution digital colour copiers and scanners. The security
features of this RM50 Polymer banknote include the following:-
Clear Security Windows - visible from both sides of the note, they are readily
identifiable features, including under low light conditions
Optical Variable Device - positioned in the larger clear window and visible from both
sides, a bright golden-coloured diffractive Optical Variable Device features the
portrait of the first Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Clearly visible
optical shifts are generated when the note is tilted to the light
Security Vignette - Bank Negara Malaysia's logo appears, printed in white in the
smaller clear window and visible from both sides of the note.
Intaglio Micro-Lettering - part of the background behind the portrait and the ring
shape around the stadium contains micro-lettering of the words "KL 98 Games"
which can be viewed under a magnifying glass.
Visible and Invisible Fluorescing Printing - elements of the background designs, the
Games logo and the two serial numbers will fluoresce when seen under ultra violet
light. Invisible under normal conditions, the denomination will also appear when
exposed to ultra violet light.
Anti Scanner / Copier Patterns - the note features certain areas, designed such that
these will change appearance when copied.
Overcoating - the special protective coating of the polymer notes will make the
security features in the polymer notes stay in a good condition over the entire life of
the note. The numbers are positioned in two rectangles, which have not been
overcoated, and these can be seen when the note is tilted at an angle.
This RM50 commemorative polymer banknote is a collector's item produced in a
limited quantity, that is 500,000 sets. The note is legal tender. The RM50 note is priced at
RM80 per set and the note is packaged in a folder. This commemorative note was available
at all commercial banks from 1 June 1998.
3
Wang Kertas Peringatan
Sampul
4
Wang Kertas Peringatan
SINGLE NOTE
(Actual size 152 x 76 mm)
5
Wang Kertas Peringatan
RM50 SUKOM GRADING PMG 66 EPQ
6
Wang Kertas Peringatan
Sampul wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM50 SUKOM
7
Wang Kertas Peringatan
UNCUT 3 IN 1
8
Wang Kertas Peringatan
Wang Polimer RM50 Sempena Sukan Komanwel XVI di Kuala Lumpur
Gambar Hadapan
Gambar Belakang
9
Wang Kertas Peringatan
Set wang polimer ini ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-5, iaitu
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
FAKTA MENARIK MENGENAI WANG POLIMER INI
1. Merupakan wang polimer yang pertama di Malaysia dan yang ke-10 di dunia.
2. Saiznya lebih besar berbanding wang RM50 sekarang.
3. Berlaku kesilapan pada penggunaan perkataan „WANG KERTAS INI SAH
DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI' - yang sebetulnya ialah 'WANG INI SAH
DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI' kerana ia bukan diperbuat daripada KERTAS,
sebaliknya POLIMER.
4. Watermark (Tera Air) tiadak terdapat pada duit ini berbanding dengan duit yang ada
dalam edaran sebaliknya menggunakan tingkap pandang telus yang ada gambar agong
pertama.
'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI'
Single RM50 SUKOM
Harga Jualan BNM (1998) : RM80 termasuk folder
Harga Pasaran (2018) : RM100 - RM120 per set
Nombor Siri : KL/98 000001 - KL/98 500000
Jumlah Keluaran: 500,000 keping sahaja [tidak termasuk set 'Duit Bercantum' (Uncut
Banknotes)]
Uncut 3 in 1 RM50 SUKOM
Harga Pasaran (2018) : RM1,900 - per set
10
Wang Kertas Peringatan
Ciri Keselamatan: Potret Hologram dengan Warna Berubah-ubah
Mercu Tanda di Kuala Lumpur
11
Wang Kertas Peringatan
Stadium Utama Bukit Jalil
50 Ringgit
Dikeluarkan pada:1.6.1998
Saiz:152 x 76 mm
Substrat: Polimer
Pencetak: Percetakan Nota Australia, Melbourne (Australia) - NPA
Nilai muka: RM50 - Ringgit Malaysia
Huraian:
XVI Commonwealth Games, Kuala Lumpur 1998. Polymer plastic. Pencetak: NPA
Australia.
Prefix KL/98 000001 - KL/98 500000.
12
Wang Kertas Peringatan
2007 – Logo Merdeka
Pada penghujung tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan
wang kertas peringatan sempena sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia yang
mempunyai logo 50 tahun merdeka pada bahagian belakang. Wang kertas RM50 edisi khas
ini dikeluarkan sebanyak 50,000,000 keping (lima puluh juta keping). Ia telah dibahagikan
kepada 2 bahagian - iaitu untuk dijual dengan folder dan untuk edaran biasa.
26 Disember 2007 - BNM telah mengeluarkan wang kertas RM50 edisi khas (Gold
Line) yang mempunyai jalur keemasan di kedua-dua sisi. Ia merupakan denominasi mata
wang siri baharu yang pertama dikeluarkan. Ia hanya dicetak sebanyak 20,000 keping (dua
puluh ribu) sahaja bermula dengan nombor siri (Prefix) AA 0000001 sehingga AA
0020000. Harga jualan rasmi BNM ialah RM60 per set. Harga Gold Line pada tahun 2018
boleh mencecah RM900 untuk yang belum digred dengan kondisi UNC beserta sampul.
RM50 GOLD LINE
13
Wang Kertas Peringatan
Apa yang membezakan wang ini dengan wang edaran biasa ialah warna keemasan
pada bahagian kiri dan kanan wang kertas. Disebabkan rupa dan warnanya yang sedemikian
rupa, ahli numis menggelarnya sebagai GOLD LINE.
Bagi nombor sisi yang melebihi AA 0020001 ke atas, ianya bukan Gold Line tetapi
masih mempunyai logo 50 tahun merdeka dengan prefix AA, AB, AC, AD dan AE. Prefix
wang gantian (Replacement) bagi duit RM50 Logo Merdeka ini pula ialah ZA. Mulai prefix
AF dan seterusnya, sudah tiada lagi Logo 50 Tahun Merdeka.
RM50 GOLD LINE PMG 66 EPQ
14
Wang Kertas Peringatan
RM50 ADA LOGO MERDEKA, PREFIX AA, TETAPI BUKAN GOLD LINE
15
Wang Kertas Peringatan
SAMPUL
16
Wang Kertas Peringatan
28 Januari 2008 - Wang kertas RM50 edisi khas untuk edaran biasa telah dicetak dan
dikeluarkan sebanyak 49,980,000 keping (empat puluh sembilan juta sembilan ratus
lapan puluh ribu keping). Ia bermula dari prefx AA 0020001 sehingga AE 10000000.
Jumlah tersebut termasuk prefix wang gantian ZA.
Wang Kertas Peringatan yang mempunyai Logo Merdeka - Edaran Biasa
17
Wang Kertas Peringatan
Malangnya, wang ini 'tidak bertahan lama' pada awal pengeluarannya. Bank Negara
Malaysia (BNM) terpaksa menarik balik wang ini dari edaran buat sementara waktu. Hal ini
demikian kerana timbul beberapa masalah kepada orang ramai.
Antara masalah yang timbul pada waktu itu ialah kebanyakkan mesin deposit wang
kertas (Cash Deposit Machine - CDM) tidak dapat mengenalpasti wang kertas tersebut lantas
telah menyukarkan masyarakat.
Namun begitu, masalah ini telah dapat diatasi beberapa bulan kemudian dan wang
kertas ini telah diletakkan semula dalam edaran.
15 Julai 2009 - BNM telah mengeluarkan wang kertas RM50 dengan ciri-ciri
keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mencegah sindeket pemalsuan mata wang. Ia
bermula dengan nonbor siri AF 0000001 dan akan diteruskan sehingga semua prefix telah
diguna pakai. Prefix wang gantian pula bermula dari prefix ZB 0000001.
Wang Kertas RM50 Tanpa Logo Merdeka Jubli Emas - Edaran Biasa
Antara ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan ialah benang keselamatan
dengan warna ubah-ubah (dari merah kepada hijau) dan unsur cahaya berpendarfluor dua
warna (sila rujuk gambar di bawah).
18
Wang Kertas Peringatan
Selain itu, antara perbezaan yang agak ketara ialah tiada lagi logo 'Jubli Emas 50
Tahun Kemerdekaan' dan angka '1957-2007'. Tandatangan gabenor BNM yang lebih besar,
potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perkataan 'BANK NEGARA
MALAYSIA' dan 'RINGGIT MALAYSIA' yang lebih kecil.
Logo Jubli Emas 50 Tahun Merdeka Angka ‘1957 – 2007’
Jalur hologram keselamatan Longlasting Economical Anti-Copy Device (LEAD) dan
JENIS KERTAS YANG DIGUNAKAN juga agak berbeza berbanding dengan wang edisi
khas (bagi prefix AF sehingga CZ).
50 Ringgit
Siri : Keluaran Komemoratif 2007
Keluaran pada : 1.12.2007
Saiz : 145 x 69 mm
Substrat : Kertas
Pencetak : Giesecke & Devrient (Germany) - G&D
Nilai muka : RM50 - Ringgit Malaysia
Penerangan : Ada logo 50 tahun merdeka
Tandatangan : Tan Sri Dato‟ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
19
Wang Kertas Peringatan
50 Ringgit Contoh (Specimen)
Saiz : 145 x 69 mm
Substrat : Kertas
Pencetak : Giesecke & Devrient (Germany) - G&D
Nilai muka : RM50 - Ringgit Malaysia
Penerangan :
Specimen (Contoh)
Obverse: Chinese hibiscus (Hibiscus rosa-sinensis) the national flower of Malaysia.
Reverse: 50th Anniversary logo. African oil palm or macaw-fat (Elaeis guineensis).
On the right side, the image of Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (1903-1990), who
was the first head of government of Malaysia after the country's independence.
50 Ringgit Edaran
Keluaran pada : 15.7.2009
Saiz : 145 x 69 mm
Substrat : Kertas
Pencetak : Giesecke & Devrient (Germany) - G&D
Nilai muka : RM50 - Ringgit Malaysia
Tandatangan : Tan Sri Dato‟ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Depan : Potret Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman, Bunga Raya.
Belakang : Pokok kelapa sawit, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, (Perdana Menteri
Malaysia pertama) sewaktu melaungkan Merdeka.
20
Wang Kertas Peringatan
2017 – MRR60 & MRR600
Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun
Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan
Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas
peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia,
Kuala Lumpur.
Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas
peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya
dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan
kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang
mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu
telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu
dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan
Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah
Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang
bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
MRR60 GRADING PMG 69 EPQ
21
Wang Kertas Peringatan
Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:
1. Wang Kertas Sekeping RM600
Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700
sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
2. Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500
sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
3. Wang Kertas Sekeping RM60
Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120
sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.
Reka Bentuk Wang Kertas
Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan
Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara
Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas
yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih
panjang. Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut.
Reka Bentuk Hadapan
Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari
tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia
sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada
lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.
Reka Bentuk Belakang
Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret
sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan
gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian
kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar
belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana
Kehakiman yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi
Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Tandatangan: Tan Sri Muhammad bin Ibrahim (Mei 2016 - Jun 2018)
Reka bentuk terperinci wang kertas peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.
22
Wang Kertas Peringatan
23
Wang Kertas Peringatan
Lampiran I
24
Wang Kertas Peringatan
RM60
Keluaran : 2017
Saiz : 162 x 81 mm
Substrat : Substrat Hibrid
Nilai muka : RM60 - Ringgit Malaysia
Pengeluaran : 60,000
Penerangan :
Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Commemorates the 60th Anniversary of the Signing of the Federation of Malaysia
Independence
RM600
Keluaran : Penghujung tahun 2017
Saiz : 370 x 220 mm
Merupakan wang kertas paling besar di dunia (2018). Saiznya lebih besar dari kertas A4.
Kandungan : Substrat Hibrid
Nilai muka : RM600 - Ringgit Malaysia
Harga BNM : RM1,700
Harga semasa : RM4500
Pengeluaran : 6,000
Penerangan :
Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Commemorates the 60th Anniversary of the Signing of the Federation of Malaysia
Independence
25