The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliah09-401, 2022-05-15 10:21:02

F7 ALIAH ATHIRAH- EDUP3073

LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR ALIAH ATHIRAH BINTI ZAKI MOHAMAD

ANGKA GILIRAN 2020192340125
NO.KAD PENGENALAN 010909-01-1350
KUMPULAN / UNIT PISMP SEM 5 / F7

KOD / NAMA KURSUS BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN/
EDUP3073
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PUAN SHARIZAN ABD HAMID
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS 20 MAC 2022

i

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya saya
dapat menyempurnakan tugasan Pentaksiran Berterusan yang terakhir bagi kursus Budaya Dan
Pembelajaran iaitu EDUP3073. Sekalung penghargaan saya berikan kepada ibu bapa yang
menyokong dan memberikan ruang kepada saya sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga saya zahirkan kepada pensyarah, Puan Sharizan Abd Hamid yang
banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk saya melaksanakan tugasan
ini. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang turut memberikan
bantuan dari pelbagai aspek. Diharapkan semoga tugasan Pentaksiran Berterusan ini dapat
memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada saya berkaitan kursus ini. Sekian, terima
kasih.

ii

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN .................................................................................................................................. i
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 1
2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA........................................................................ 1
3.0 LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA........................................ 1

3.1 Persekitaran Fizikal............................................................................................................. 2
3.2 Emosi..................................................................................................................................... 2
3.3 Sosial ..................................................................................................................................... 3
3.4 Sosiolinguistik ..................................................................................................................... 3
4.0 KESIMPULAN........................................................................................................................... 4
RUJUKAN ............................................................................................................................................. 5

1

1.0 PENGENALAN
Konsep pengurusan bilik darjah boleh dilihat sebagai tugas guru sebagai pengurus yang
mengawal disiplin dan tingkah laku murid di samping menyediakan kemudahan-kemudahan
fizikal kepada murid-murid sebagai satu usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif menggunakan strategi dan kaedah-kaedah tertentu (Solarte, 2011). Di dalam bilik
darjah, guru merupakan ketua dan mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan dan menentukan
perjalanan serta suasana kelas. Bukan sahaja perlu memastikan bilik darjah tersebut selesa, guru
juga perlu memastikan bahawa bilik darjah mereka mesra budaya. Hal ini kerana, seperti yang
diketahui, Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama,
bangsa, etnik dan budaya. Bangsa-bangsa tersebut bebas untuk mengamalkan agama dan
budaya mereka. Justeru, bilik darjah mesra budaya perlu diwujudkan di sekolah agar suasana
bilik darjah sesuai dengan semua murid.

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Bilik darjah mesra budaya merupakan suatu susunan atau suasana bilik darjah yang diwujudkan
bersesuaian dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Pembentukan suatu bilik darjah mesra budaya ini dapat memastikan murid-murid dapat
mengetahui tentang budaya-budaya lain agar mereka dapat menghormati kepelbagaian ini.
Noriati A. Rashid et al., (2017) berpendapat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting
dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang dapat menyokong pembelajaran semua murid,
selesa untuk mereka belajar dan berinteraksi agar mereka dapat saling menerima dan
menghormati kepelbagaian budaya yang dibawa oleh murid-murid lain. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (2017) menyatakan
bahawa sekolah merupakan institusi yang paling sesuai dan terbaik untuk memberikan
pendidikan dan pendedahan awal kepada murid-murid tentang kebudayaan dalam masyarakat
Malaysia. Pendedahan awal tentang kepelbagaian budaya ini akan membolehkan mereka untuk
saling memahami antara satu sama lain dan mewujudkan sebuah identiti nasional. Oleh hal yang
demikian, bilik darjah mesra budaya perlu diwujudkan khususnya di kelas-kelas yang memiliki
murid pelbagai bangsa.

3.0 LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam membina bilik darjah mesra budaya sangat besar.
Guru perlu mewujudkan suatu persekitaran mesra budaya yang meliputi segenap aspek iaitu
persekitaran fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik. Terdapat beberapa langkah yang yang
boleh dilaksanakan oleh guru.

2

3.1 Persekitaran Fizikal
Persekitaran fikal merujuk kepada ruang lingkup sesuatu bilik atau kawasan. Dalam hal
ini, ruang lingkup yang dimaksudkan adalah bilik darjah. Bagi mewujudkan suasana bilik
darjah mesra budaya yang selesa, guru perlulah memastikan bahwa bilik darjah tersebut
mempunyai susun atur, peralatan, ruang dan hiasan-hiasan yang bersesuaian. Dalam hal
ini, guru bolehlah mewujudkan sebuah ruang pameran yang mempamerkan gambar-
gambar dan barang-barang yang melambangkan sesuatu etnik. Sebagai contoh, terdapat
tepak sirih dan kacip bagi melambangkan kaum Melayu, replika kepala Singa bagi
melambangkan kaum Cina dan barangan perhiaasan kaum India. Sudut ruangan ini
diwujudkan untuk memberikan pengetahuan secara tidak langsung kepada murid tentang
budaya-budaya di samping merupakan cara guru meraikan kepelbagaian yang terdapat
di dalam kelas.

Selain itu, dari segi susun atur kelas, guru boleh menyusun tempat duduk murid-
murid dengan membentuk kumpulan. Susunan tempat duduk murid perlulah bercampur
antara kaum supaya dapat mengelakkan wujudnya kumpulan yang dibentuk berdasarkan
kaum. Pembentukan kumpulan seperti ini dapat memastikan tiada murid yang
dipinggirkan hanya kerana berbeza etnik atau agama berbanding rakan-rakan yang lain.
Aspek persekitaran fizikal ini penting kerana ia akan mempengaruhi murid-murid dari segi
penerimaan pengajaran dan pembelajaran dan turut memberikan kesan positif kepada
sosial murid iaitu dapat mewujudkan perhubungan mesra antara murid-murid di dalam
kelas (Ainun Rahmah et al., 2017). Hal ini kerana, apabila dalam sesebuah kumpulan,
murid akan sering bertanya dan berbincang dengan rakan kumpulan sewaktu
menyelesaikan tugasan. Lantas dapat mewujudkan suasana mesra dalam kalangan
murid di kelas tersebut.

3.2 Emosi
Emosi merujuk kepada perasaan yang dirasai oleh manusia dan merupakan komponen
kepada tingkah laku manusia (Azhar Wahid dan Nordiana Hamzah, 2013). Emosi ini boleh
ditunjukkan melalui ekspresi muka, gerak tubuh, perbuatan dan penulisan. Dalam usaha
mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru perlu memastikan emosi murid-murid
sentiasa terjaga dengan memberikan layan yang adil kepada semua murid. Sikap pilih
kasih tidak boleh ditunjukkan oleh seseorang guru kepada anak muridnya. Guru perlu
memberikan peluang, layanan dan penghargaan yang adil kepada semua murid-
muridnya. Sebagai contoh, di sebuah sekolah vernakular iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan, terdapat 20 murid berbangsa Cina dan dua murid berbangsa Melayu. Guru

3

sering memarahi murid-murid berbangsa Melayu itu sekiranya mereka membuat
kesilapan semasa menjawab soalan yang diajukan guru. Namun situasi tersebut tidak
berlaku jika murid Cina yang membuat kesilapan. Kesan daripada layanan guru ini akan
membuatkan murid yang menerima layanan tidak adil itu berasa rendah diri dan sentiasa
takut sewaktu sesi pengajaran guru tersebut berlangsung. Kesan jangka masa
panjangnya ialah murid tersebut akan membesar menjadi seorang yang sentiasa prejudis
kepada kaum lain kerana pengalaman yang dialaminya sewaktu di sekolah.

Bilik darjah yang mesra budaya hendaklah mampu memberikan keseimbangan
emosi kepada murid-murid kerana emosi ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka.
Kajian yang dibuat oleh Nor Yuzie, Rosain dan Aida Suraya (2014) menunjukkan bahawa
emosi merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan seorang
murid. Oleh hal yang demikian, guru perlulah mewujudkan bilik darjah mesra budaya yang
mengambilkira kestabilan emosi murid-murid supaya murid dapat melaui sesi
pembelajaran dengan emosi yang positif dan stabil.

3.3 Sosial
Sosial merujuk kepada apa sahaja berkaitan perhubungan dalam masyarakat.
Masyarakat di sekolah terdiri daripada murid-murid, guru, staf pejabat dan kakitangan
pekerja upahan yang lain. Aspek sosial perlu diberikan perhatian oleh guru semasa
merancang dan membina bilik darjah mesra budaya. Bagi memastikan perhubungan
antara murd di dalam kelas berlangsung dalam keadaan yang harmoni, guru perlu
menetapkan peraturan ketika berkomunikasi antara murid. Contohnya, murid-murid
dilarang untuk berkata buruk dan mentertawakan amalan atau kepercayaan murid lain.
Murid juga dilarang untuk berbicara tentang isu-isu sensitif seperti kepercayaan, warna
kulit dan fizikal seseorang. Sekiranya murid-murid melanggar peraturan bilik darjah yang
telah ditetapkan ini, mereka akan dikenakan denda seperti menulis permohonan maaf dan
membayar denda. Guru perlulah menerangkan kepada murid-murid rasional peraturan-
peraturan tersebut dibuat supaya mereka cakna akan perkara-perkara seperti ini.

Penetapan peraturan dibuat oleh guru supaya murid-murid dapat bersosial
dengan rakan-rakan tanpa melampaui batas dan menjaga perasaan murid-murid supaya
tidak berlaku pertelingkahan, pergaduhan dan salah faham.

3.4 Sosiolinguistik
Sosiolinguistik merupakan bidang bahasa pertuturan yang digunakan semasa bersosial.
Pengunaan bahasa pertuturan dalam komunikasi harian merupakan salah satu daripada

4

komponen yang terdapat dalam sesebuah kebudayaan kerana bahasa melambangkan
sesebuah budaya. Di Malaysia terdapat tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Ketiga-tiga kaum ini mempunyai bahasa berbeza dan pelbagai dialek. Bagi kaum CIna
dan India, sebahagian daripada mereka mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Hal ini menjadikan bahasa Melayu mereka kurang fasih berbanding murid
berbangsa Melayu yang sememangnya penutur natif bahasa Melayu. Bagi mewujudkan
bilik darjah yang mesra budaya, penggunaan bahasa di dalam bilik darjah perlulah
diselaraskan iaitu guru hendaklah menetapkan supaya murid-murid menggunakan
bahasa Melayu standard sahaja sebagai bahasa komunikasi utama sewaktu di dalam bilik
darjah. Hal ini bermaksud, penggunaan bahasa ibunda mereka seperti Mandarin, Tamil
dan dialek yang lain tidak dibenarkan. Penggunaan tatabahasa yang betul tidak menjadi
keutamaan kerana fokus utama adalah untuk membina keyakinan murid-murid untuk
bertutur dalam bahasa Melayu. Rasional penetapan penggunaan bahasa tersebut adalah
untuk melatih murid untuk bertutur dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan. Dengan ini, wujudlah titik kebersamaan antara murid-
murid pelbagai kaum di sekolah iaitu bahasa Melayu.

4.0 KESIMPULAN
Maka dapatlah disimpulkan bahawa, guru memainan peranan penting dalam membntuk sebuah
bilik darjaah yang mesra budaya. Di samping dapat, memberikan peluang untuk murid-murid
mengetahui dan mempelajari berkaitan budaya-budaya lain secara tidak langsung, kewujudan
bilik darjah mesra budaya ini dapat memupuk nila-nilai murid seperti hormat-menghormati antara
kaum, toleransi, semangat perpaduan dan tolak ansur. Nilai-nilai tersebut akan menjadikan
mereka warganegara yang baik. Dengan ini, jelaslah bahawa, bilik darjah mesra budaya
merupakan salah satu daripada langkah awal dan langkah utama yang boleh dilaksanakan untuk
memastikan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tugas ini perlu
diglas oleh guru sebaik mungkin dengan membina bilik darjah mesara budaya yang mesra untuk
murid-murid yang pelbagai latar belakang.

5

RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian
Bahasa Melayu pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol.7,
Bil.2.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2017). Pedagogi responsive budaya dalam pengajaran Sejarah untuk perekitaran
pembelajaran bilik darjah pelbagai budaya: Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18, 1-12.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nor Yuzie, Y., Rosin, i. A., & Aida Suraya, M. Y. (2014). Tingkah Laku, Emosi Dan Kognitif Murid
Sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik. Journal Of Human Capital Development,
1-20.

Solarte, A.C.S. (2011). The importance of classroom management for novice teachers. University
of Narino.


Click to View FlipBook Version