The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Meraikan Kepelbagaian Kaum dan Kebudayaan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by issabellaaffendiayu, 2022-12-26 04:49:47

Perpaduan

Meraikan Kepelbagaian Kaum dan Kebudayaan di Malaysia

PERPADUAN

Meraikan Kepelbagaian Kaum dan
Kebudayaan di Malaysia

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah.

Definisi Perpaduan

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.

Dalam erti kata lain, perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan bangga akan negara.

Latar Belakang Perpaduan

Perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia ialah kunci
kedamaian, kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara. Tanpa perpaduan,
negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak, kemajuan dan keamanan yang berterusan.
Semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini dipupuk dengan adanya komunikasi serta
hubungan yang erat antara rakyat walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.

Terdapat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia, iaitu Melanau, Melayu, Cina, India,
Bugis, dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai perayaan yang melambangkan kebudayaan kaum
tersebut. Selain itu, setiap kaum juga mempunyai pelbagai agama yang dianuti. Misalnya, kaum
Melanau tidak hanya beragama Kristian sahaja, malah terdapat juga kaum Melanau yang menganuti
agama Islam.

Perpaduan di sesebuah negara juga kunci kepada kemajuan sesebuah negara. Hal ini
demikian kerana perpaduan mewujudkan komunikasi yang sihat dan kerjasama antara masyarakat
dalam menyokong pemimpin untuk memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial. Semua rakyat
Malaysia yang cintakan negara perlu terus membudayakan perpaduan sebagai amalan hidup yang
berterusan.

Tiga Teras Utama Perpaduan Malaysia

Patriotisme dan Identiti Nasional Ekosistem
Demokrasi Perpaduan
Matlamat membina sesebuah
Patriotisme merujuk kepada bangsa yang berjaya perlu seiring Ekosistem perpaduan
dengan usaha memperkukuh
perasaan cinta akan negara yang perpaduan, penyatupaduan dan menyediakan persekitaran dan
kesepaduan sosial dalam
bercirikan ketaatan kepada kepelbagaian etnik dan agama ruang yang kondusif bagi
serta kerencaman budaya dan adat
undang-undang dan kesetiaan resam yang kita miliki. menggalakkan dan
Malaysia mempraktikkan cara
yang tidak berbelah bagi mengikut acuannya yang tersendiri mencambahkan benih perpaduan
dalam membina dan merekayasa
berasaskan prinsip inginkan yang identiti nasional dalam masyarakat dengan

terbaik untuk negara. mengambil kira cabaran,

Demokrasi matang bermaksud persekitaran dan pengaruh global.

mempunyai semangat cintakan Setiap komponen dalam ekosistem

negara serta memahami dan saling berkait dan memerlukan

menghayati Perlembagaan kerjasama pelbagai pihak dalam

Persekutuan dalam mengamalkan mewujudkan persekitaran yang

sistem demokrasi negara. membudayakan perpaduan.

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

Kaum di Malaysia

02

Melanau India

Kaum di Malaysia

02

Iban Cina

Kaum di Malaysia

02

Melayu Kenyah

Kepentingan Perpaduan kepada Negara

Menjadikan Malaysia Mengekalkan
sebagai Sebuah Negara yang keharmonian dan

Maju kedamaian

• Perpaduan rakyat adalah Malaysia • Malaysia yang aman dan damai
merupakan cabaran pertama dalam dapat menjamin kebahagiaan dan
membentuk sebuah negara yang keselamatan rakyatnya.
utuh.
• Kedamaian dan kesejahteraan
• Perpaduan hanya tercapai jika dalam kalangan masyarakat
rakyat yang terdiri daripada Malaysia dapat mengelakkan
berbilang kaum dan agama daripada berlakunya
mempunyai perasaan kekitaan pertelingkahan dan perselisihan
sebagai warga Malaysia. faham antara satu sama lain
terutamanya masyarakat yang
• Tanpa perpaduan kaum, negara berbeza kaum dan budaya.
tidak dapat mencapai kemajuan
pada tahap yang optimum.

Langkah Memupuk Perpaduan

Peranan Kerajaan:

● Bersikap adil dan saksama.
● Melibatkan semua kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, rukun tetangga dan

persatuan peringkat daerah sehinggalah kebangsaan demi mewujudkan hubungan yang erat
sesama masyarakat berbilang kaum.
● Melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada perpaduan seperti Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara dan sebagainya.

Peranan Masyarakat:

● Kebebasan bersuara dan penerbitan perlu dikawal.
● Isu – isu yang mengancam perpaduan tidak dibangkitkan sama ada peringkat tempatan atau

kebangsaan.
● Tidak mendiskriminasikan kaum berlainan sama ada dalam perucapan, perbuatan atau

pemikiran.
● Parti-parti politik perlu menekankan perpaduan, iaitu tidak terus-menerus membangkitkan isu-

isu yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan penduduk.

Rujukan Utama

● https://theinspirasi.my/perpaduan-rakyat-
Malaysia-

● https://www.scribd.com/doc/57585043/Kepe
ntingan-Perpaduan


Click to View FlipBook Version