The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-majalah Nationhood Etnik KADAZANDUSUN _20231217_225406_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maziyatul310, 2023-12-17 10:00:43

E-majalah Nationhood Etnik KADAZANDUSUN _20231217_225406_0000

E-majalah Nationhood Etnik KADAZANDUSUN _20231217_225406_0000

MO N T H YEAR • ISSU E N UM EB KEUN • R IKAN ETNIK BUMIPUTERA KADAZAN Kadazan-Dusun terbentuk dari kumpulan etnik terbesar di Borneo Utara (Sabah). PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK KADAZAN-DUSUN| ADAT RESAM | MAKANAN TRADISIONAL KEPERCAYAAN ETNIK | CERITA RAKYAT E-MAJALAH EDISI 2023 MPU 1042 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES


PAKAIAN TRADISIONAL ISI KANDUNGAN 4 Kaum lelaki dan Kaum perempuan 1 6 PERMAINAN 8 TRADISIONAL ALATAN MUZIK 10 TRADISIONAL ADAT RESAM 1 ASAL USUL Kadazan-dusun,Sabah 2 KEPERCAYAAN ETNIK Kepercayaan Anisme 3 BAHASA KADAZANDUSUN Bahasa Malayo-Polinesia 5 TARIAN TRADISIONAL 7 Tarian Sumazau 9 MAKANAN TRADISIONAL 11 PERAYAAN KADAZAN Pesta Kaamatan CERITA RAKYAT Huminodun Dan Batu Yang Bernyawa Perkahwinan 1 5-6 7-8 91011-14 15-17 1819-20 21-22 23-24 25-28 12 RUJUKAN 29


AHLI KUMPULAN 2 NUR NASEIHA ELLYSYA BINTI FAZLI 300731 MUHAMMAD AMAR MUHSIN BIN OMAR 300763 ALYA ATIQAH BINTI ZAIDI 300788 MUHAMMAD IZZUDIN BIN MAHMOD 300838 ANIS IZZATI BINTI ISMAIL 300861 MUHAMMAD ALIFF DANIAL BIN MOHAMAD YASMI 300890 MAZIYATUL NABILAH BINTI MOHAMAD HASMIMIE 300977 NG MOI YIN 301010 SAYIDATUL YASHIQAH BINTI SURIANSAR 301054 NOR SALINA BINTI ADBUL MUTALIB 301098


3 PENGHARGAAN SEGALA PUJIAN DAN KESYUKURAN KAMI UCAPKAN KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA, ALLAH YANG MENGIZINKAN MAJALAH INI BERJAYA DITERBITKAN DENGAN PENUH JAYANYA. TERIMA KASIH BUAT IBU BAPA, KELUARGA DAN RAKANRAKAN SEPERJUANGAN YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM PENERBITAN E-MAJALAH. SESUNGGUHNYA BANTUAN DAN DORONGAN DARIPADA KALIAN, TUGAS INI MUNGKIN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENSYARAH KURSUS MPU 1042 NATIONHOOD STUDIES IAITU ENCIK MOHAMAD ISMANDI BIN WASLI DIATAS KESUDIAN MEMBERI PANDANGAN, BIMBINGAN, PANDUAN, TUNJUK AJAR KEPADA KAMI BAGI MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN. HAK CIPTA TERPERLIHARA.TIDAK DIBENARKAN MENGELUAR ULANG MANA-MANA BAHAGIAN ARTIKEL, ILUSTRASI DAN ISI KANDUNGAN BUKU INI DALAM APAAPA BENTUK CARA SEKALIPUN, SAMA ADA SECARA ELEKTRONIK,MEKANIKAL,RAKAMAN ATAU CARA-CARA LAIN TANPA IZIN. HAK CIPTA TERPERLIHARA (C) 2022


Feel Sabah, . NorthBorneo SABAH MAJU JAYA WELCOME TO SABAH 4


PENGENALAN : Asal Usul KADAZAN, Sabah 5 5 KADAZAN-DUSUN terbentuk dari kumpulan etnik terbesar di Borneo Utara (Sabah). Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Kadazan dan juga kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Kadazan & Dusun yang tinggal di Pantai Barat dan juga Pantai Barat Utara seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit seperti di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman Sabah, Malaysia


Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. 6


AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM KADAZAN 7 KEPERCAYAAN ANIMISME


8 sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian di Sabah, kaum Kadazan mengamalkan kepercayaan Animisme. Kepercayaan Animisme adalah mereka percaya kepada kewujudan Tuhan bernama Kinorohingan. Kinorohingan ini berkuasa mencipta manusia. Namun, nama Tuhan ini berbeza mengikut suku kaum dan lokasi mereka. Namun begitu, pada masa sekarang ramai daripada mereka yang menganut agama Islam dan Kristian, sebilangan kecil tiada agama dan ada yang menganut agama Hindu serta Buddha


Bahasa Kadazandusun ialah bahasa Malayo-Polinesia yang digunakan oleh penduduk Sabah. Pada dasarnya, bahasa Kadazan juga dianggap sebagai sebahagian daripada bahasa Kadazan-Dusun. Terdapat banyak gaya percakapan subetnik Dusun dalam bahasa Dusun. Sebutan dan penggunaan vokal dan konsonan adalah satu-satunya perbezaan. Dalam pertuturan seharian mereka, kaum Kadazan lebih kerap menggunakan konsonan V, Z dan L, manakala kaum Dusun lain, seperti Liwan dan Bundu, lebih kerap menggunakan konsonan W, Y dan R. 9 Bahasa Kadazandusun Siapa nama kamu? - Iisai ngaan nu? Terima kasih - Kotohuadan Berapa harganya? - Pio hoogo dino? Saya tidak faham - Au zou kalati Sebagai contoh, perkataan Dusun " naawi" dan " naavi" , yang masing-masing bermaksud "habis " , Berikut adalah beberapa contoh ayat Kadazan:


10 Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau " merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon " iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. PERAYAAN KAUM KADAZAN Pesta Kaamatan - Menuai Padi


ADAT R KAUM E KADA S ZAND A USUN M 7 Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian 11


M Sebelum E sesua R tu upa I car S a perk I ahw K inan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. 12


Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. MEMINANG Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. 13


Jenis makanan ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber- pakaian tradisional berwarna hitam. MAJLIS PERKAHWINAN 14


PAKAIAN TRADISIONAL SABAH PAKAIAN TRADISIONAL. KADAZAN-DUSUN Masyarakat kadazan-dusun mempunyai pakaian tradisional tersendiri. 15


Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan dan Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah Pemakaian baju 'dalam' yang berwarna putih atau ‘blaus putih’ pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum ini. Kaum Kadazan Papar juga memakai sarung atau dipanggil ‘gonob’ berbeza dengan kaum Rungus. Bagi kaum wanita topi atau ‘siung’ digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berbulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin. Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan ‘kubamban’ sebanyak lapan pasang di dada dan ‘siling’ dan labuci yang dijahit di lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil ‘rinanakit’ bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop). Ciri-ciri pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun dipanggil ‘siya’ oleh penduduk tempatan. 16


Bagi kaum lelaki pula gaung merupakan baju lengan panjang tanpa sulaman. Kini, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. Souva pula merupakan seluar panjang hitam dengan ikat pinggang. Toogot adalah bengkung pinggang yang berwarna hitam. Siga ialah penutup kepala yang diperbuat daripada kain dastard dan dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa. Sinikat merupakan topi bulat yang diperbuat daripada tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan diikat untuk mengukuhkan siga. 17


Tarian Tradisional 18 Tarian Sumazau adalah tarian rakyat Sabah yang sangat terkenal di Sabah. Ia adalah tarian adat Kadazandusun yang sering dilakukan pada Tadau Kaamatan, atau perayaan lain yang merujuk kepada Hari Penuaian, yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Secara tradisinya, hujung bulan Mei dipilih untuk penanaman padi hanya sekali setahun. Selalunya sebelum penghujung bulan Mei, menuai padi selesai. Penari Sumazau yang terdiri daripada lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam dengan benang berwarna emas yang dihiasi dengan corak yang menarik. Penari perempuan memakai selendang dan tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling perak dan set tangkong tembaga. Penari lelaki biasanya memakai tanjak dengan pakaian serba hitam dan menyangkut daun silad kering di pinggang mereka sebagai pengganti padi. Tarian Sumazau kini dimainkan dalam banyak majlis keramaian, seperti majlis perkahwinan dan keraian, di mana ia juga dimainkan oleh semua suku kaum dan peringkat umur untuk memeriahkan majlis tanpa memakai pakaian tradisional hitam.


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN 19 2 Aktiviti berkaitan penanaman padi itu yang dikenali sebagai tumutu, manungkava kalabau dan mamagandal dalam bahasa Kadazan adalah antara acara sukan tradisi yang dipertandingkan pada hari kemuncak Pesta Kaamatan yang berlangsung semalam dan hari ini. Pertandingan menumbuk padi, Permainan ini biasanya menggunakan dahan pohon sagu, kayu keras dan dua batang buluh yang berukuran kira-kira tiga meter hingga 10 meter yang direka khas sebagai kasut tinggi. Dahan pohon sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki. Buluh ditebuk untuk membuat lubang yang berukuran kira-kira lapan sentimeter hingga lima sentimeter. Untuk bermain pemain mestilah berjalan atau berlari menggunakan alat 'rampanau' ini. Pemain yang jatuh dikira kalah. Rampanau 1


3 20 Dalam bahasa KadazanDusun Migogo bermaksud 'memeluk badan seseorang atau lawan dan menjatuhkannya dengan tangan'. Permainan tradisional ini adalah kegiatan kaum KadazanDusun yang biasa dimainkan di bendang selepas musim menanam atau menuai padi. Pemain lelaki beradu kekuatan dan kemahiran bagi menarik perhatian gadis-gadis kampung untuk dijadikan isteri. MIGOGO 4 Momolisitik atau melastik adalah aktiviti anak-anak remaja kaum KadazanDusun di Sabah, seperti lastik yang popular di Semenanjung Malaysia. Lastik adalah sejenis senjata untuk lontaran kecil menggunakan dua jalur tali getah disambungkan ke dua bahagian atas kerangka batang berbentuk "Y". Terdapat kantung tempat menyimpan bahan lontaran (batu kerikil, tanah liat, biji getah) yang disambungkan ke kedua-dua jalur tali getah tersebut. MOMOLISITIK Permainan ini merupakan satu tradisi yang akan diadakan semasa keraian. Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh. Di samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna- warni akan digantung pada titik tertinggi buluh tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh pengantin lelaki. Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh peserta untuk mencapai sasaran, iaitu kotak berwarna- warni itu. SEPAK MANGGIS 5


MAKANAN TRADISIONAL Hinava merupakan hidangan tradisional bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia membawa maksud hidangan yang dimasak tanpa menggunakan api. Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut. Selain itu, bahan lain seperti cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam juga dicampurkan. Ia juga turut dikenali dengan nama Hinava Ginapan. Isi ikan yang digunakan adalah mentah dan tidak perlu dimasak kerana ia akan dimasak secara semulajadi menggunakan perahan jus limau. Ikan yang boleh dijadikan hidangan ini biasanya ikan tenggiri ataupun isi ikan yu. Selain ikan, ia juga boleh digantikan dengan udang atau sotong bagi menyediakan hidangan ini. BUTOD Butod merupakan sejenis ulat yang hidup dan tinggal di dalam pokok rumbia yang reput. Ia turut dikenali dengan nama Rhynchophorus Ferrugineus dan merupakan makanan istimewa di kalangan masyarakat tempatan. Setelah dewasa, butod turut dikenali sebagai kumbang sagu atau kumbang kelapa, kerana ia juga boleh ditemui di pokok kelapa. Ulat ini berwarna putih kekuningan dengan kerutan di sekitar badannya. Ulat sagu ini tidak mempunyai kaki dan hanya menggerakkan perutnya untuk bergerak atau melompat. Butod mengandungi gizi yang tinggi dan bebas kolesterol. Malah, mempunyai lemak baik dan protein yang bagus untuk tubuh. Biasanya butod ini memakan batang rumbia yang reput sebagai makanan. Kaum Kadazan menikmati butod ini secara mentah mahupun digoreng bersama bawang sehingga garing. Butod yang telah digoreng boleh dimakan bersama nasi panas. Butod ini rasanya lemak seperti keju. Biasanya butod ini biasanya dijadikan sebagai “ pusas ” semasa upacara keramaian. Proses untuk mendapatkan butod ini agak sukar kerana pokok rumbia perlu ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai tempat bertelur butod. HINAVA 21


Umbut tepus atau Tuhau dalam Bahasa Kadazan merupakan sejenis sayur beraroma yang berasal dari keluarga Zingiberaceae. Ia mempunyai bau serta rasa yang agak masam dan seakan – akan halia. Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai hidangan tradisional masyarakat Kadazan. Tuhau juga dikenali dengan nama saintifiknya E.coccinea. Ia banyak terdapat di kawasan Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah. Kebiasaannya batang tuhau yang baru akan diambil, dihiris atau dihancurkan. Tuhau juga boleh dijerukkan dengan mencampurkannya dengan cili, cuka serta perahan jus limau, garam dan gula. Ia boleh dimakan bersama ikan bakar, ikan goreng serta ikan masin. Tuhau ini boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila masa sahaja. Malah, ia juga dimakan bersama sup ikan, atau dimasak bersama ayam ataupun daging. Ambuyat merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan jua. Ia terhasil daripada pokok rumbia yang telah diproses menjadi sagu rumbia. Biasanya ambuyat ini dimakan bersama sayur – sayuran, sup ikan serta lauk pauk lain yang bersesuaian mengikut selera masing – masing. Sagu tersebut perlu dicampurkan dengan air suam dan garam terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan air panas. Air panas perlu dicampur dengan kuantiti yang betul supaya ia tidak terlalu cair ataupun terlalu pekat. Ambuyat ini boleh dicampurkan dengan cili padi kisar atau ditumbuk serta perahan limau nipis bagi membangkitkan. Isi ikan yang dicampurkan juga perlu dibuang tulangnya terlebih dahulu. Makanan ini sebaiknya dimakan menggunakan kayu penyepit supaya lebih mudah untuk menikmatinya kerana ambuyat ini agak melekit TUHAU AMBUYAT Nasi linopot merupakan nasi yang dibungkus di dalam daun. Lopot bermaksud bungkus atau lipat. Daun yang biasanya digunakan untuk membungkus nasi adalah daun punti (pisang), timadang (tarap), kobu, tangaq, longkobung, tarabak dab tooropoi. Untuk membuat nasi ini, beras yang digunakan adalah jenis padi huma. Beras padi huma ini mempunyai warna seperti merah, ungu perang dan putih. Nasi linopot ini memiliki aromanya yang tersendiri hasil penggunaan daun. Hidangan ini biasanya disajikan semasa majlis – majlis perayaan seperti Pesta Keamatan dan juga majlis perkahwinan. Sekiranya terdapat kematian, linopot ini akan dibungkus menggunakan daun tarap. Nasi ini boleh dimakan bersama pelbagai lauk pauk atau boleh dimakan bersama tuhau, bosau, jeruk bambangan, daun ubi, ikan bilis, ikan goreng dan sebagainya. NASI LINOPOT 22


Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Kulintangan biasanya dimainkan semasa majlismajlis keramaian atau majlis rasmi. Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Kulintangan banyak digunakan dan dimainkan oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika menyambut majlis keramaian, perayaan atau majlis-majlis rasmi. Kulintangan mempunyai lapan hingga sembilan buah gong-gong kecil yang disusun sebaris dan apabila ia dimainkan akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain. Kulintangan akan dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang kecil. Beberapa alat muzik tradisional yang lain juga turut dimainkan bersama dengan kulintangan ketika membuat sesuatu persembahan. Untuk membuat dan memainkan alat muzik kulintangan, ianya adalah sama seperti cara-cara membuat dan memainkan alat muzik gong namun yang membezakan adalah dari segi saiznya yang lebih kecil. Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Gendang biasanya dimainkan semasa majlismajlis keramaian atau majlis rasmi. Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah yang mana ianya digunakan untuk muzik iringan bersama dengan alat tradisional yang lain seperti Kulintangan. Selain daripada menggunakan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu, gendang juga digunakan oleh sesetengah masyarakat ketika membuat upacara pengobatan orang sakit. Biasanya gendang ini dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, batang pokok, rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atasnya dibuat daripada kulit haiwan, maka kayu pemukul yang dihasilkan juga mestilah dibuat dengan betul agar kulit tersebut tidak mudah koyak. Paluan gendang yang dipalu adalah berbeza mengikut daerah dari segi irama dan rentaknya. ALAT MUZIK TRADISIONAL KULINTANGAN GENDANG 23


Gong atau Tagung merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Gendang biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi. Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Gong yang juga dikenali dengan nama Tagung merupakan antara alat tradisional bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Gong ini diperbuat daripada bahan yang keras seperti besi dan juga tembaga. Besi tersebut akan diketuk menggunakan tukul khas untuk menghasilkan bentuk manakala tembaga pula akan dipanaskan dan dicairkan kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas atau acuan gong dan dibiarkan ianya mengeras atau membeku. Gong atau Tagung digunakan ketika menyambut majlis tertentu seperti majlis keramaian, perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Jumlah Gong yang biasanya digunakan dan dimainkan ketika keramaian adalah terdiri daripada 7 buah. Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Sompoton juga biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.Sompoton adalah alat muzik tradisional di Sabah yang paling popular di kalangan masyarakat Sabah terutamanya di sebelah pantai barat negeri Sabah. Sompoton juga merupakan antara alat muzik paling disukai oleh suku kaum Kadazan-Dusun. Sompoton banyak digunakan dan dimainkan ketika menyambut satu-satu majlis keramaian, perayaan ataupun majlis-majlis rasmi. Sompoton akan dimainkan oleh orang telah telah mahir menggunakannya agar bunyi atau rentak yang dihasilkan tidak rosak atau sumbang.Untuk menghasilkan bunyi, Sompoton akan dimainkan dengan menggunakan jari yang dialihkan dari satu lubang ke lubang yang lain di paip sompoton tersebut. Paip sompoton biasanya bersaiz 34 cm di sebelah kiri, manakala di sebelah kanan pula 24 cm. SOMPOTOM GONG 24


CERITA RAKYAT Huminodun (berarti “yang berkorban”) merujuk kepada anak perempuan Dewa Kinoingan serta istrinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya kepada roh bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang berlimpah untuk umat manusia. Suatu ketika dulu, kaum Kadazandusun mengalami bencana kelaparan kerana sumber makanan tak lagi tersedia. Kinoingan merasa kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun, lalu mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sejenis tumbuhan yaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan. Dipercayai juga jelmaan roh Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaamatan, setelah tujuh hari dia dikorbankan. Jasa Huminodun dikenang dalam perayaan Tadau Kaamatan yang diadakan setiap tahun guna merayakan musim menuai. PESTA KAAMATAN LAGENDA HUMINODUN Kadazan-Dusun 25


Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai merupakan salah satu pesta tradisional di Sabah. Pesta Kaamatan merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) yang juga disebut sebagai Tadau Kaamatan merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah bagi menghormati 'Bambazon' iaitu menghormati 'Semangat Padi', oleh itu pesta ini juga dikenali dengan nama Pesta Menuai Padi. Pesta ini merupakan pesta paling popular dikalangan penduduk negeri Sabah. Terdapat pelbagai acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan iaitu seperti pertandingan tarian sumazau, pertandingan nanyian yang disebut Sugandoi, sukan rakyat, pertandingan memukul gong dan banyak lagi. Kemuncak bagi pertandingan ini dan yang paling dinantikan adalah pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau. Selain daripada pertandingan-pertandingan seperti diatas, terdapat juga acara lain seperti persembahan kebudayaan dan pameran keseian dan kraftangan Sabah. Pameran ini menonjolkan kraftangan tradisional yang merupakan hasil tangan daripada penduduk tempatan Sabah yang sudah pasti dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. Disamping itu ketika sambutan Pesta Kaamatan disambut, terutama sekali ketika tarikh kemuncak iaitu pada 30 dan 31 Mei terdapat banyak hidangan tradisional daripada pelbagai etnik yang ada di Sabah yang bukan saja dari suku kaum Kadazan-Dusun malah terdapat juga hidangan dari suku kaum yang lain. Dengan ini ianya dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk merasa masakan tradisional di Sabah. Sambutan Pesta Kaamatan adalah sepanjang bulan Mei dan kemuncaknya adalah pada 30 Mei dan 31 Mei sekaligus menjadikan tarikh tersebut sebagai cuti umum bagi Negeri Sabah. 26


Menurut hikayat lama, masyarakat Dusun pada masa lalu bermukim di sebuah lembah yang sangat subur, campaklah apa sahaja tanaman ke tanah ini, padi sawah, padi huma, jagung, timun semuanya akan memberikan hasil tuaian yang baik. Satu hari, dikatakan tiba-tiba ‘tumbuh’ sebiji batu di satu kawasan dalam lembah berkenaan. Semakin hari batu itu semakin membesar. Seiring berjalannya waktu, batu yang membesar itu juga seakan-akan menyedut kesuburan tanah di lembah itu dan mengakibatkan cuaca semakin panas. Bencana pun tiba, yang ditakuti akan berlaku akhirnya terjadi juga, cuaca yang panas menyengat mengakibatkan tanah kering-kontang, tidak ada satu pun tanaman yang menjadi, bahkan haiwan ternakan seperti ayam, kerbau dan babi turut mati. Etnik Dusun di lembah ini mula mengalami kebuluran. Disaat getir seperti ini,satu-persatu orang kampung di lembah berkenaan didatangi mimpi tatkala tidur di malam hari, bahawa bencana yang menimpa bakal berakhir andai seorang gadis rupawan dikorbankan. Bencana pun tiba, yang ditakuti akan berlaku akhirnya terjadi juga, cuaca yang panas menyengat mengakibatkan tanah kering-kontang, tidak ada satu pun tanaman yang menjadi, bahkan haiwan ternakan seperti ayam, kerbau dan babi turut mati. Etnik Dusun di lembah ini mula mengalami kebuluran. Disaat getir seperti ini,satu-persatu orang kampung di lembah berkenaan didatangi mimpi tatkala tidur di malam hari, bahawa bencana yang menimpa bakal berakhir andai seorang gadis rupawan dikorbankan. Orang-orang kampung mulalah heboh, insiden ini mendapat perhatian ketua suku pada masa itu, akhirnya satu permuafakatan dibuat, ketua suku mengajak semua anak-anak buah beliau berkumpul di sebuah balai, mereka berbincang mengenai tindakan yang wajar diambil berkenaan mimpi yang mendatangi mereka saban malam. Namun tiada kata putus daripada setiap yang hadir, masing-masing tidak bersetuju dengan langkah yang dianggap gila itu. Keputusan hasil musyawarah orang kampung sampai ke telinga si Kinomulok, anak kepada ketua suku. Secara senyap-senyap dia menyusup keluar menuju ke arah ‘tumbuh’nya batu itu, dia terserempak dengan beberapa orang Bobolian yang sedang berusaha mencari jalan keluar keatas permasalahan yang dihadapi mereka. Kimunolok bertanyakan hal berkenaan kepada para Bobolian yang berada di situ, perihal mimpi yang dialami setiap penduduk kampung, apakah ia benar atau sebaliknya. KISAH SEBIJI BATU BERNYAWA Padi Huma 27


TIBA-TIBA TERDENGAR DENTUMAN GURUH DI LANGIT DIIKUTI KILAT SABUNG-MENYABUNG. TIDAK SEMENA-MENA PETIR DARI LANGIT MENYAMBAR KIMUNOLOK YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BATU PUAKA ITU MENGAKIBATKAN TUBUHNYA BERKECAI TERCERAI-BERAI, KONON MENURUT CERITA DARAHNYA BERTUKAR MENJADI BENIH PADI, GIGINYA MENJADI BENIH JAGUNG MANAKALA ISI-ISINYA MENJADI BENIH TIMUN. Gambar Hanya Hiasan Semata-mata Pada waktu malam selepas kejadian yang tragik itu, para penduduk kampung serentak didatangi mimpi, kali ini Kimunolok, si gadis rupawan berpesan bahawa setiap kali selesai musim menuai maka para penduduk kampung haruslah menghadiahkan tujuh tangkai padi untuknya. Dia juga meminta agar benih jagung dan timun ditanam di bendang yang telah dikeringkan airnya. Setelah si Kimunolok disambar petir, batu yang semakin membesar itu akhirnya berhenti dari tumbuh, itu lah konon Gunung Kinabalu yang megah berdiri menjadi tulang belakang kepada negeri di Bawah Bayu sehingga ke hari ini. Bahkan lembah yang tadinya kering-kontang akibat kemarau kembali subur. Etnik Dusun juga percaya bahawa roh Kimunolok telah berubah menjadi semangat padi yang dikenali sebagai Bambarayon, iaitu dalam bentuk burung layang-layang. Burung layang-layang tidak pernah memakan walau sebutir padi pun, melainkan hanya serangga sahaja. Para Bobolian mengiakan apa yang ditanya oleh Kimunolok. Hal itu membuatkan gadis berhati mulia itu mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya bagi mengelakkan penduduk kampung semakin menderita. Apabila berita itu tiba ke pengetahuan orangorang kampung mereka membantah namun Kimunolok tetap berkeras dengan keputusannya. 28


RUJUKAN website https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusunn https://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html https://udakwah.com/kaum-kadazandusun/ https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/450 https://orangsabahan.blogspot.com/p/tarian-sumazau.html http://rolandanthonypereira.blogspot.com/2017/07/alat-alat-muzik-tradisional-sabah.html https://saji.my/makanan-tradisional-kadazan/?expand_article=1 https://perayaankadazan.blogspot.com/ https://www.facebook.com/photo/?fbid=140199401237346&set=pcb.140199571237329 https://thepatriots.asia/tarian-sumazau-lambang-falsafah-etnik-kadazandusun-di-masasilam/ internet artikel https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2647/2017/05/287956/sukan-tradisimeriahkan-kaamatan https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2647/2017/05/287956/sukan-tradisimeriahkan-kaamatan https://youtu.be/iTv51TFuhBU?si=lJsQY3vvJgWIG_ob https://youtu.be/pV3ksiBuwSs?si=Guxxb18APRZlV-Fz


Click to View FlipBook Version