The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alumnipsis2020, 2022-08-23 01:23:48

Permainan Tradisional Di Malaysia (3)

Permainan Tradisional Di Malaysia (3)

PERMAINAN
TRADISIONAL
DI MALAYSIA

Disediakan Oleh : Amirah Amni Binti Bakery

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

CONGKAK :

Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering
dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.
Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di
atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji

getah atau guli. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan

mental.Dalam permainan Congkak, terdapat dua bahan iaitu
Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan Congkak berbentuk
sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan
terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai
'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang

dikenali sebagai 'rumah'.

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

WAU :

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika
dahulu lebih popular di kawasan pedalaman iaitu di kawasan pantai dan

kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini
permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai
kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Permainan
ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada
bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.Nama lain
bagi wau adalah layang-layang. Perkataan “wau” ini dikatakan berasal
dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Kaum
yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang
ramai tinggal di negeri tersebut.Selain itu, kemunculan nama wau juga
dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.

Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

BALING SELIPAR :

Permainan tuju selipar atau susun selipar merupakan sejenis
permainan tradisional kanak-kanak Malaysia.Ia sama seperti
permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar
diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan
dibaling untuk menjatuhkan.Ia sering dilihat menjadi aktiviti
menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan.

Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan
hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di
Malaysia. Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di

pelbagai majlis sukan rakyat.

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

GALAH PANJANG :

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan
yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan
pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini

dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan
dan bilangannya seramai sepuluh orang (boleh
berubah-ubah).

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

BATU SEREMBAN :

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban.Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau
secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.Permainan
selambut cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji
getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk
bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu,
karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan

sebagainya juga digunakan.

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

GASING :

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada
paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan
permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan
antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning,
merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-
takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat
daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang

tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa
digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing.

Permainan Tradisional kaum Di
Malaysia :-

GULI :

Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di
merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli, yang

juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan
permainan tradisional melayu yang digemari oleh
kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya
dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara
tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain
di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada

musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain
mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan

digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak
seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.


Click to View FlipBook Version