PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI
SMK SERI TANJONG, MELAKA
KERTAS KERJA
KEM SATU TEKAD 2019
KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ”
KERTAS KERJA
KEM SATU TEKAD 2019
KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN,MELAKA
1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan
pertimbangan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran Program
Persediaan Universiti (PPU), SMK Seri Tanjong, Melaka dan seterusnya
meluluskan permohonan dan peruntukan untuk mengadakan program Kem
Satu Tekad 2019 di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka
2.0 Matlamat
Program ini diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan
oleh pelajar PPU semester 2. Program ini menanggapi pelajar PPU dari
segenap aspek kehidupan sebagai pelajar iaitu kepentingan akademik dan
ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan
rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar
PPU. Program seperti ini amat penting bagi pelajar PPU kerana di sinilah
pelbagai menu mental dan jasad dinikmati secara intensif. Program ini juga
dirancang dan diyakini dapat memberi kebaikan dan memacu kearah
kejayaan akademik dan sahsiah pelajar PPU.
3.0 Objektif
3.1 Meningkatkan Keyakinan Diri
Peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila
berhadapan dengan apa jua yang mereka akan temui.
3.2 Meningkatkan Kemahiran dan Kreativiti
Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan
menggunakan bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan
(thinking out of box).
3.3 Menambah Nilai Jati Diri
Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka
sendiri. Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat
semulajadi diri.
3.4 Pembentukan Nilai Peribadi yang Mulia
2
Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari
dalam mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan
melaksanakan tanggungjawab
3.5 Membentuk Sikap Bertanggungjawab
Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap
amanah dan arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan
berakhlak mulia.
4.0 Rasional
Masalah kekangan masa untuk mempersiapkan diri pelajar PPU dari
segi mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan STPM semerter 2 perlu
diberikan keutamaan dan diselesaikan segera. Program Kem Satu Tekad
2019 ini dilaksanakan sebagai salah satu penyelarasan aktiviti yang
mengabungkan tiga unit utama dalam PPU iaitu Unit Kurikulum, Unit Hal-
Ehwal Pelajar dan Unit Kokurikulum yang mempunyai matlamat dan objektif
yang sama iaitu ingin membangunkan potensi individu dalam aspek yang
berkaitan.
5.0 Cadangan Tarikh dan Tempat
Kem ini akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 15, 16 dan 17 Mac 2019
Tempat : Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka
Masa : 3 Hari 2 Malam.
6.0 Penyertaan
Kem ini akan disertai 109 orang pelajar dari PPU Semester 2 dan 20 orang
guru PPU.
7.0 Jawatankuasa Program
( Rujuk Lampiran 1 )
8.0 Tentatif Program
( Rujuk Lampiran 2 )
9.0 Implikasi Kewangan
( Rujuk Lampiran 3 )
3
10.0 Penutup
Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang
terlibat.. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
______________________ ______________________
(Pn Hjh Rafidah binti Rahmat) (Pn Zunita binti Zulkifli Stork)
Setiausaha 1 Program Satu Tekad GPK PPU SMK Seri Tanjong,
Tanjung Kling, Melaka
Diluluskan oleh :
______________________
(Tn Hj Borhan bin Md Nor)
Pemangku Pengetua,
SMK Seri Tanjong,
Tanjung Kling, Melaka
4
Lampiran 1 :
JAWATANKUASA PROGRAM
KEM SATU TEKAD
Pengerusi Pengetua
Timbalan Pengerusi Pn. Zunita bt. Zulkifli Stork
Naib Pengerusi 1 Tn. Haji Borhan b. Md. Nor
Naib Pengerusi 2 En. Khalid b. Bujang
Naib Pengerusi 3 Pn. Hajah Sahreah bt. Md. Zain
Naib Pengerusi 4 Tn. Haji Aziz b. Ismail
Penyelaras En. Jumali b. Rasikun
Setiausaha Pn. Hajah Rafidah bt. Rahmat
Penolong Setiausaha Pn. Siti Nordiana bt. Mohd Maidin
Bendahari Pn Hajah Norihan bt. Bakar
Jawatankuasa :
AJK Fasilitator / LDK Semua Guru PPU
Pn. Tian Chwee Siang
AJK Pendaftaran Pn. Dahlia Udin Niah bt. Bahari
Pn. Noor Asiah bt. Dolah
AJK Kain Rentang
En. Isbahudin b. Awang Halim
AJK Kem Komandan Cik Hajah Amiliah bt. Mohamed Yasin
AJK Pengangkutan : Pn. Raisah bt. Brahim
AJK Keselamatan & Pertolongan En. Saad b. Ishak
Cemas : Pn. Amilia bt. Shafie
AJK Dokumentasi : Biro Fotografi MPP
En. Mohd. Amiruddin b. Md. Nor
AJK Sukaneka/Riadah/Permainan : En. Hishamudin b. Haron
Biro Kerohanian MPP
AJK Kerohanian Pn. Noreenmayaeeranna bt. Kamaruddin
Pn. Normah bt. Zainal
AJK Jamuan / Makan : Biro Sukan dan Rekreasi MPP
Pn. Syarimah bt. Samsudin
AJK Senamrobik : Pn. Chin Li Ling
AJK Cenderamata,Hadiah dan Sijil Ketua Unit Mata Pelajaran
Teknik menjawab MUET dan mata
pelajaran Elektif Kelab Muet
Talentime
5
Lampiran 2
TENTATIF PROGRAM
KEM SATU TEKAD
Hari Pertama : JUMAAT ( 15 MAC 2019 )
Masa : Aktiviti :
2.45 petang Pendaftaran di SMKST
2.45 – 3.45 petang Pejalanan dari SMKST ke Kompleks MSN Asahan,Melaka
3.45 – 4.00 petang Taklimat dan check in
4.00 – 7.00 petang Jungle Tracking
7.00 - 8.30 malam Solat dan Makan Malam
8.30 - 11.00 malam Motivasi Diri –Team Building
11-00 malam Minum malam dan urus diri
Hari Kedua : SABTU ( 16 MAC 2019 )
Masa : Aktiviti :
5.30 - 7.00 pagi Solat Subuh / Bacaan Mathurat / Tazkirah
7.00 - 8.00 pagi Sarapan
8.00 - 10.00 pagi Teknik Menjawab MUET( Writing)
10.00 - 10.30 pagi Minum Pagi
10.30 – 12.30 tgh Teknik Menjawab Muet (Listening)
12.30 - 2.00 petang Makan dan Solat
2.00 - 5.00 petang Flying Fox dan Abselling
5.00 - 6.00 petang Minum Petang dan Solat
6.00 - 7.00 petang Sukaneka / Riadah / Permainan
7.00 - 8.30 malam Rehat dan Solat
8.30 - 11.00 malam Talent Show ( Kelab MUET )
11.00 malam Urus Diri
6
Hari Ketiga : AHAD ( 17 MAC 2019 )
Masa : Aktiviti :
5.30 - 6.30 pagi Solat Subuh / Bacaan Mathurat
6.30 – 7.30 pagi Senamrobik
7.30 - 8.00 pagi Sarapan
8.00 - 11.00 pagi Slot untuk Mata pelajaran Elektif
11.00 - 11.30 pagi Minum Pagi
11.30 – 12.30 tgh Majlis Penutupan Program
12.30 tengahari Bertolak balik ke SMKST
7