PROPOSAL PENAJAAN KARNIVAL RAGBI 7s SABAH (KARAS 7s) EDISI KEDUA 2023 -THE MOST KARAS GRASSROOTS RUGBY-
PENGENALAN Karnival Ragbi 7s Sabah (KARAS 7s) merupakan usaha penggiat-penggiat ragbi khususnya di daerah Sandakan untuk menyediakan platform untuk pemain-pemain menyerlahkan bakat terutamanya yang berumur 16 tahun ke bawah. Penganjuran kali ini adalah kesinambungan penganjuran KARA7S pada edisi pertama. Pihak penganjur bersepakat untuk meningkatkan penganjuran ke peringkat kebangsaan yang akan melibatkan pasukan dari luar daerah Sandakan. Penganjuran kali ini alan melibatkan kerjasama antara sk tinusa, Sandakan dan mrsm tmfs, Sandakan. Kami mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada kegemilangan penganjuran karnival ragbi kali ini.
PENGENALAN Tarikh: 27 hingga 29 Oktober 2023 Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad Tempat: - Padang SK Tinusa, Sandakan - Padang MRSM TMFS, sandakan
FAEDAH PENAJAAN Resit bayaran akan dikeluarkan kepada penaja bagi menuntut pengecualian cukai . Logo penaja/syarikat akan disiarkan bersama-sama logo penganjur di bahagian penaja. Logo penaja/syarikat akan disiarkan semasa siaran promosi di saluran sosial media Nama serta logo penaja/syarikat akan dipaparkan pada laman rasmi, bunting, montaj dan banner rasmi untuk kejohanan ini. Kebenaran mengedarkan risalah,brosur dan segala bentuk promosi keluaran penaja/syarikat sepanjang kejohanan berlangsung.
SASARAN PESERTA DAN PENGUNJUNG Sasaran sebanyak 72 pasukan yang akan menyertai karnival dan akan melibatkan seramai 864 orang pemain. 70 orang AJK & 30 orang pengadil ragbi bertauliah Penganjuran karnival pada hujung minggu akan dapat menarik kehadiran pengunjung sehingga seramai 500 orang yang terdiri daripada ibubapa dan ahli keluarga serta peminat sukan ragbi.
Pakej A (GOLD) Selaku Penaja Utama (RM 15,000 X 1) Nama penaja digunakan sebagai KATEGORI KEJOHANAN. Paparan nama dan logo penaja pada bahan promosi kejohanan secara bercetak ataupun digital seperti banner,bunting, digital banner dan lain-lain. Penaja atau wakil penaja akan menjadi jemputan VIP di kejohanan ini. Penaja atau wakil penaja akan dijemput sebagai perasmi kejohanan. Diberikan ruang iklan khas di facebook Kelab Ragbi The Bos Javanicus dan selama 24 jam untuk setiap posting (15 kali). Cenderamata dan sijil penghargaan untuk penaja.
Pakej B (SILVER) Selaku Penaja Bersama (RM 2,500 X 2) Paparan nama dan logo penaja pada bahan promosi kejohanan secara bercetak ataupun digital seperti banner,bunting, digital banner dan lain-lain. Penaja atau wakil penaja akan menjadi jemputan VIP di kejohanan ini. Penaja atau wakil penaja akan dijemput sebagai penyampai hadiah Diberikan ruang iklan khas di facebook Kelab Ragbi The Bos Javanicus dan di selama 24 jam untuk setiap posting (8 kali). Cenderamata dan sijil penghargaan untuk penaja.
Pakej C (BRONZE) (RM 500 X 10) Paparan nama dan logo penaja pada bahan promosi kejohanan secara bercetak ataupun digital seperti banner,bunting, digital banner dan lain-lain. Penaja atau wakil penaja akan menjadi jemputan di kejohanan ini. Diberikan ruang iklan khas di facebook Kelab Ragbi The Bos Javanicus dan selama 24 jam untuk setiap posting (5 kali). Cenderamata dan sijil penghargaan untuk penaja.
Pakej ALL IN (PLATINUM) (RM 25,000) Kami juga amatlah berbesar hati menjemput mana-mana badan kerajaan,separa kerajaan, pihak swasta atau orang perseorangan untuk bersama-sama menjayakan Karnival Ragbi Sandakan (KARAS) dengan menaja penuh melalui Pakej ALL IN. Dengan pakej ini, pihak anda boleh memilih dan mencampurkan sebarang pakej tajaan yang difikirkan sesuai bagi mendapatkan faedah penajaan yang maksimum. Pakej ini juga menawarkan untuk penaja menaja kejohanan ini secara keseluruhan dan berhak untuk memberi idea dan pendapat untuk meningkatkan kualiti penganjuran kejohanan sesuai dengan matlamat penganjur. NAMA PENAJA SEBAGAI PIALA KEJOHANAN.
KAEDAH PENAJAAN 1) Cek / Tunai / Pemindahan Akaun Nama Akaun : KELAB RAGBI THE BOS JAVANICUS SANDAKAN No. Akaun : 560027509445 Nama Bank : MAYBANK Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pihak tuan/puan boleh hubungi: - Encik Ghouse Raqib Ibrahim Bin Awang Idnin (Pengarah Kejohanan 1) – 0198723767 - Encik Muhamad Khusyairi Bin Mohd Daud (Pengarah Kejohanan 2)- 0135926029 - Encik Mustamin Bin Lacatta (Bendahari Kelab) - 0198723767 - Encik Mohd Dzulfikha Bin Zulkanain (Setiausaha Kelab) - 01133861769
TERMA & SYARAT Segala pakej penajaan hanya tertakluk pada Karnival Ragbi 7s Sandakan Edisi Pertama Tahun 2023 Semasa penempahan pakej, semua butiran yang diberikan merupakan maklumat yang akan digunakan bagi menyempurnakan pakej yang dilanggani. Penaja dikehendaki menyemak semua butiran maklumat sebelum melakukan pembayaran. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul kerana kesilapan maklumat yang diberi selepas semakan dilakukan.
CONTOH HEBAHAN BANNER LAMAN MEDIA SOSIAL
Media KARA7S 2022
Untuk lebih lanjut boleh ke: Laman sesawang rasmi kejohanan: https://kara7s.wixsite.com/kara7s-sdk2022 Laman sosial media (facebook): Kelab ragbi the bos javanicus: https://www.facebook.com/thebosjavanicus/ Sk tinusa (sketsa): https://www.facebook.com/SKTJHebat
TERIMA KASIH