The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dzulfikhazulkanainalvarado, 2023-03-30 03:52:27

MAKLUMAT PERTANDINGAN KARA7S 2023

THE MOST KARAS GRASSROOTS RUGBY

-THE MOST KARAS GRASSROOTS RUGBYMAKLUMAT PERTANDINGAN TARIKH: 27 HINGGA 29 OKTOBER 2023 TEMPAT: PADANG SK TINUSA, SANDAKAN PADANG MRSM TMFS, SANDAKAN


1. MAKLUMAT AM 1. Penganjur : SK Tinusa, Sandakan dan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan Kesatuan Ragbi Sabah bersama Kelab Ragbi The Bos Javanicus Sandakan. 2. Penaja Utama : SM EMERALD & DAFFODIL GROCER 3. Tarikh Karnival : Jumaat,Sabtu dan Ahad - 27, 28 dan 29 Oktober 2023 4. Kategori yang dipertandingkan: i. Lelaki Bawah 11 Tahun – Ragbi Rimau Ii. Lelaki Bawah 12 Tahun - XRugby 7s ii. Lelaki Bawah 14 Tahun – Rugby 7s iii. Lelaki Bawah 16 Tahun – Rugby 7s v. Perempuan Bawah 12 Tahun – Touch Rugby vi. Perempuan Bawah 16 Tahun – Touch Rugby 2. ATURCARA PROGRAM 2 Oktober 2023 (Isnin) 2.00 pm Mesyuarat Teknikal 12 Oktober 2023 (Khamis) 2.30 pm Mesyuarat Pengurus Pasukan 25 Oktober 2023 (Rabu) 2.30 pm Kursus Pembugaran Pengadil 26 Oktober 2023 (Khamis) 1.00 pm Ketibaan pasukan-pasukan 27 Oktober 2023 (Jumaat) 7.00 am Perlawanan Hari Pertama (Rujuk Jadual Perlawanan) 28 Oktober 2023 (Sabtu) 7.00 am Perlawanan Hari Kedua (Rujuk Jadual Perlawanan) 29 Oktober 2023 (Ahad) 7.00 am Perlawanan Hari Ketiga(Rujuk Jadual Perlawanan) 4.20 pm Majlis Penutupan 3. KELAYAKAN PASUKAN 1. Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah seluruh Malaysia.


4. KELAYAKAN PEMAIN 1. Pemain mestilah pelajar berdaftar dengan sekolah yang mengambil bahagian. 2. Pemain mesti berumur 11 tahun, 12 tahun,14 tahun atau 16 tahun dan ke mengikut kategori yang disertai 3. Pengesahan pemain hendaklah dibuat dalam Borang Pendaftaran Pemain yang telah disahkan oleh pihak sekolah dan mesti diserahkan kepada Pengurus Teknikal berserta Salinan kad pengenalan dan Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga semasa pendaftaran sebelum perlawanan pertama pasukan berkenaan untuk semakan. 5. PERATURAN PERTANDINGAN A. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan World Rugby Sevens Variations, World Rugby XRugby dan World Rugby Touch Rugby Rules , Ragbi Rimau MSSM kecuali mana-mana yang dipinda atau digunapakai. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan. B. Format kejohanan LELAKI U11,U12,U14,U16/PEREMPUAN U12,U16:-. a) Pusingan Awal – pasukan akan dibahagikan dalam kumpulan dan bermain secara liga 1 pusingan. b) Pusingan Kedua – semua pasukan akan mara ke pusingan kedua mengikut kedudukan dalam kumpulan. Dalam pusingan kedua, pasukan akan layak ke peringkat seterusnya mengikut keputusan perlawanan. c) Penentuan kedudukan dalam kumpulan pusingan awal akan ditentukan mengikut turutan berikut: C. Kedudukan dalam kumpulan akan ditentukan ikut turutan berikut: a) MATA terbanyak b) Perbezaan SKOR c) GOAL terbanyak d) TRY terbanyak e) Keputusan di antara DUA (2) pasukan yang terlibat


D. Masa Permainan a) Semua perlawanan akan dijalankan selama 10 minit sehala (Peringkat Kumpulan) dan selama 7-1-7 minit (Peringkat Separuh Akhir/Peringkat Akhir) b) Perlawanan Pusingan Kedua – Penentuan perlawanan format kalah-mati. Sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan seri setelah masa penuh tamat, pasukan yang membuat jaringan pertama akan dikira pemenang perlawanan. Sekiranya keputusan seri setelah masa penuh tamat maka pemenang akan ditentukan dengan lambungan syiling Best of Three. Pemain Gantian: ‘Rolling substitution’ E. DISIPLIN Pemain yang diarah keluar padang atas kesalahan kad merah tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat keputusan. F. MASA MELAPOR a) Semua pasukan hendaklah bersedia di tepi padang 15 minit sebelum perlawanan mereka bermula. b) Pengurus Pasukan hendaklah menghantarkan nama 7 orang pemain pertama yang akan bermain 15 minit sebelum setiap perlawanan mereka. c) Setiap pasukan mesti mengandungi minima 5 orang pemain untuk memulakan perlawanan. d) Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang dijadualkan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan skor 21-0. e) Pasukan pertama yang dinamakan dalam jadual pertandingan dikira sebagai pasukan tuan rumah. Sekiranya berlaku persamaan warna jersi maka pasukan tuan rumah dikehendaki menukar jersi kepada warna lain. G. BANTAHAN a) Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan sahaja dan dihantar kepada Pengawai Teknikal Kejohanan dalam tempoh TIGA PULUH (30) minit setelah tamat perlawanan berkenaan. b) Bermain di bawah bantahan DIBENARKAN dan jika bantahan berjaya, keputusan kemenangan 21-0 akan diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.


c) Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS SAHAJA (RM200.00) dan wang TIDAK DIKEMBALIKAN walau apa juga keputusan bantahan tersebut. H. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN a) Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin akan terdiri daripada: i. Pengurus Teknikal atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengurus Pertandingan atau wakilnya. iii. Pengurus Pengadil atau wakilnya. I. JAWATANKUASA RAYUAN a) Jawatankuasa Rayuan akan terdiri daripada: i. Pengarah Kejohanan atau wakilnya. ii. Ketua Urusetia Kejohanan atau wakilnya. iii. Pengurus Kejohanan atau wakilnya. J. KEPENGADILAN Semua Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh Penganjur Kejohanan. K. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN Peraturan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Kejohanan dan tafsiran undang-undang yang tidak nyata adalah terletak kepada keputusan Penganjur Kejohanan. 6. PERUBATAN/INSURAN 1. Semua pasukan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan perlindungan insuran yang mencukupi atas pemain dan pegawai pasukan semasa perjalanan dan kejohanan. 2. Penganjur akan menyediakan khidmat perubatan asas sepanjang tempoh kejohanan. Sebarang permasalahan kesihatan akan dirujuk ke hospital terdekat. 7. PENGINAPAN/SAJIAN/PENGANGKUTAN 1. Penginapan, sajian dan pengangkutan adalah di atas tanggungan pasukan sendiri.


8. KESELAMATAN/LALULINTAS 1. Pasukan yang akan bertanding adalah dicadangkan merancang perjalanan dengan bijak. 2. Semua pasukan diharapkan mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. 3. Kenderaan hendaklah diletakkan/parkir di kawasan yang telah ditetapkan. 4. Sebarang tindakan oleh pihak berkuasa ke atas kenderaan yang diletakkan di kawasan yang dilarang adalah diluar kawalan pihak penganjur kejohanan. 9. PERTANYAAN Segala pertanyaan mengenai kejohanan boleh dibuat kepada: Pengarah Kejohanan 1 EN. GHOUSE RAQIB IBRAHIM BIN AWANG IDNIN Tel: 0198723767 Pengarah Kejohanan 2 EN. MUHAMAD KHUSYAIRI BIN MOHD DAUD Tel: 0135926029


Click to View FlipBook Version