The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nr.Sharmim, 2020-11-24 23:53:29

Kerja Kursus Sejarah 2D

Kerja Kursus Sejarah 2D

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kajian kes sejarah ini. InshaAllah kajian kes ini dapat memberikan
banyak manfaat kepada saya di samping menambah ilmu pengetahuan saya. Pertama
sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu, Cik
Nur Sharmim binti Junaidi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang lain banyak
membantu bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kajian kes sejarah ini. Saya percaya
bahawa tanpa doa dan restu mereka, saya tidak dapat menyiapkan kajian kes ini
dengan jayanya.

PERNYATAAN MASALAH

Sistem perdagangan adalah merupakan faktor utama kegemilangan sesebuah kerajaan.
Nyatakan pendirian anda berdasarkan pernyataan di atas.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif yang telah ditetapkan. Objektif
kajian ini adalah seperti berikut :
1. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang.
3. Menghuraikan faktir-faktor yang menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan

entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah:

A. Kaedah Perpustakaan
Saya telah mengunjungi perpustakaan sekolah dan perpustakaan Kampung
Semera untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah bagi membantu proses kajian
saya.

B. Kaedah Internet
Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian saya.

JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1. 03/11/2020 Taklimat kajian kes Tingkatan 2 Panduan pemilihan

daripada guru mata pelajaran Sejarah tajuk kajian oleh guru

2. 04/11/2020 Melengkapkan perancangan awal kajian Usaha kendiri dan

kes: guru

I. Membina jadual kerja

II. Menentukan tajuk kajian

3. 04/11/2020 Penghargaan Usaha kendiri

4. 05/11/2020 Menyiapkan objektif kajian dan kaedah Usaha kendiri dan

kajian guru

5. 06/11/2020 Mengunjungi perpustakaan untuk Usaha kendiri

mendapatkan maklumat berkenaan

dengan tajuk

6. 07/11/2020 Mengumpul maklumat dari laman web Usaha kendiri

Internet dan buku-buku rujukan

7. 11/11/2020- Menyediakan kerangka kasar: Usaha kendiri dan

19/11/2020 I. Sejarah pengasasan Kesultanan guru

Melayu Melaka

II. Ciri-ciri perdagangan Kesultanan

Melayu Melaka

III. Faktor-faktor Melaka sebagai

sebuah pelabuhan entrepot

IV. Bukti Kesultanan Melayu Melaka

sebagai sebuah negeri yang mempunyai

sistem perdagangan yang gemilang

V. Pandangan anda terhadap sistem

ekonomi negara kita hari ini.

8. 25/11/2020 Langkah untuk memajukan sistem Usaha kendiri dan

ekonomi masa kini guru

9. 25/11/2020 Nilai dan iktibar Usaha kendiri dan

guru

10. 25/11/2020 Harapan Usaha kendiri dan

guru

11. 26/11-03/12/2020 Menyiapkan laporan akhir Usaha kendiri dan

12. 03/12/2020 Sumber rujukan Usaha kendiri dan

KERANGKA KASAR

Sejarah Pengasasan  Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400.

Kesultanan Melayu Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada

Melaka Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha membebaskan

Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan

ini telah menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar

panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari

Palembang.

 Parameswara telah melarikan diri ke Temasek, iaitu nama

lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli

keluarganya. Pada waktu itu, Temasek diperintah oleh

seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh

Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah

membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya

sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di

sekelilingnya. Kejadian ini menimbulkan kemarahan

kepada Siam.

 Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam

sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira

dua tahun. Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan

sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk

dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran biawak

yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang

tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke

suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang

dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga

akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.

Ciri-ciri Kedudukan Geografi yang Strategik :
perdagangan
Kesultanan Melayu Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi
Melaka tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat.
Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia,
kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah

jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu
pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang
dalam dan jauh daripada paya bakau.

Peranan Dan Pengaruh Agama :

Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman
Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah
memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari
Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam
meupakan pedagang utama di Melaka.

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan
China :

Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China
daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada
ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud
membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah
menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang
membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :

Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil
dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan
oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan
kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :

Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas
sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan.
Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan.
Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah
menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada
hitam dari Kampar dan Rokan.

Pengurusan Perdagangan yang Cekap :

Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertarik
dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat
beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti
Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang
tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum
dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab

dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran

Kemudahan di Pelabuhan Melaka :

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan,
tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan
kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan
pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk
membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan
mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan
dan kecurian.

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :

Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada
pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan
perdagangan.

Peranan Orang Laut :

Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan
perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang
Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di
sepanjang perairan Selat Melaka.

Perlaksanaan Undang-undang :

Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan
undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat
jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka
sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

Faktor-faktor Semenanjung Tanah Melayu terletak di pertengahan laluan

Melaka sebagai perdagangan antara Timur dan Barat.

sebuah pelabuhan  Membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang

entrepot menjadi laluan kapal dagang.

 Membolehkan Melaka menguasai perdagangan di Selat

Melaka.

 Membantu Semenanjung Tanah Melayu muncul sebagai

sebuah negara perdagangan sejak 1800 tahun yang lalu.

Muara sungai Melaka
 Muara sungai Melaka yang dalam membolehkan

kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan
barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.
 Pulau Sumatera dapat menghalang tiupan angin Monsun

Barat Daya.
 Banjaran Titiwangsa dapat menghalang tiupan angin

Monsun Timur Laut.
 Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan

berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun.
 Pedagang dari Timur datang ketika angin monsun Timur

Laut (November – April)
 Pedagang dari Barat datang ketika angin monsun Barat

Daya (Mei – Oktober)
 Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat

tumpuan pedagang dari Timur dan Barat.

Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau.
 Menjadi petunjuk kepada pedagang untuk belayar ke

Melaka.
 Menjadi tempat yang strategik untuk memerhati dan

mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Bukti Kesultanan Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar.
Melayu Melaka  Syahbandar bertugas sebagai pengurus pelabuhan bagi

sebagai sebuah melicinkan urusan perdagangan.
negeri
yang  Setiap syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan

mempunyai sistem pedagang yang telah ditetapkan.

perdagangan yang

gemilang Peranan Laksamana dan Orang Laut.
 Laksamana = pembesar yang menjaga keselamatan

perairan Selat Melaka.
 Tugas mengawal perairan Selat Melaka = Orang Laut
 Menjamin keselamatan pedagang dan keamanan di

perairan Melaka
 Kesan : pedagang berasa selamat berdagang di Melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
 Terdapat 24 fasal (perkara) dalam Undangundang Laut

Melaka yang berkaitan dengan peraturan dan tatatertib
berniaga, cara berjual beli, hukuman jenayah yang berlaku
di kapal, larangan dan tanggungjawab kiwi serta anak
kapal.
 Kesan : memberi keyakinan kepada pedagang untuk
berdagang.

Kemudahan di pelabuhan.
 Kerajaan Melaka menyediakan :
(i) Gudang untuk menyimpan barang.
(ii) Tempat tinggal kepada pedagang sementara menunggu
pertukaran angin monsun.
(iii) Shahbandar menyediakan kapal, jong, lancar, gajah dan
pekerja untuk mengangkut barangan ke gudang.
(iv) Kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki di pelabuhan
Melaka.
 Kesan : menarik ramai pedagang ke Melaka.

Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga.
 Kerajaan Melaka kenakan cukai yang berpatutan dan adil.
 Pedagang perlu membayar “Panduan” (cukai rasmi)

sebelum berjual beli.
 Kadar (bayaran) berbeza mengikut tempat asal pedagang.

 Sistem ini dipanggil sistem cukai berkeutamaan / cukai
mengikut tempat.

 Pedagang yang ingin berdagang di Melaka perlu
mendapatkan surat kebenaran berniaga. (lesen bagi
peniaga berjual beli)

 Pedagang perlu membuat pembayaran untuk mendapatkan
lesen ini.

 Tujuan / Kesan:
(i) memastikan urusan perdagangan berjalan lancar. (ii)
bayaran yang diperoleh = sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan sistem mata wang
 Mata wang logam (daripada timah) dipanggil calains dan

wang emas tempatan diperkenalkan di Melaka.
 Mata wang emas, perak dan timah dari negara Pedir, Pasai,

Kembayat dan Gujerat juga digunakan.
 Tujuan / Kesan:
(i) memastikan urusan perdagangan berjalan lancar. (ii)
menggalakkan pedagang berdagang di Melaka.

Pelabuhan Entrepot.
 Melaka menjadi pelabuhan entrepot ( pusat pengumpulan

barangan ) dari Kepulauan Melayu dan ( pusat pengedaran
barangan ) dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
 Peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka
membezakan Pelabuhan Melaka dengan pelabuhan lain
yang hanya menjual barangan tempatan sahaja.

Pandangan anda Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia

terhadap sistem  Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia.

ekonomi negara kita  Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab

hari ini. perlancongan dan industri yang mapan.

 Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata wang
lain di dunia.

 Penggunaan teknologi termaju dalam bidang pembangunan
ekonomi serta sosial.

 Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti
PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan
sebagainya.

 Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu
dan sebagainya.

Langkah untuk IPTA menyediakan kursus dalam bidang berkaitan ekonomi.
memajukan sistem  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu

ekonomi masa kini menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang

keusahawanan.

Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi serta

konsultasi.

 Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman

modal atau konsultasi bagi menangani masalah pencarian

sumber pendapatan bagi golongan yang kurang

berkemampuan

Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk

dimajukan.

 Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan

adalah sektor pelancongan memandangkan Malaysia kaya

dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk

dilawati.

Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf dunia.

 Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran

tempatan mendapat tempat di mata orang luar. Contohnya

jenama Getha(jenama pengeluar tilam), Yokohama(jenama

pengeluar tayar dan bateri kereta), Mamee(jenama

makanan), Fujiaire(jenama penghawa dingin) dan Joven

(jenama pemanas air)

Nilai dan iktibar Mengadakan program pembangunan seperti FELDA dan
Harapan FELCRA.
 Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi

membantu rakyat miskin menaik taraf sumber pendapatan
sekaligus mengembangkan sektor ekonomi negara.
SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah ekonomi.
 Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi negara
bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.
Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan
 Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi
meamstikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi
ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin berkembang
Mempunyai pentadbiran yang berkesan
 Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalamm membentuk sistem ekonomi yang kukuh.
Contohnya dalam Kesultanan Melayu Melaka yang
mementingkan peranan Syahbandar dalam memastikan
sistem perdagangan yang sistematik selain merancang
Undang-undang Laut Melaka.
Mempunyai pemimpin berwibawa
 Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting
dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi yang
berkesan bagi memastikan kemajuan negara semakin
berkembang.
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati tentang kewujudkan tentang
kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui
pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya
satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri

Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya
mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan
lebih mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati
diri terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Parameswara telah
mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha
membebaskan Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah
menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau
Parameswara dari Palembang. Parameswara telah melarikan diri ke Temasek, iaitu
nama lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu,
Temasek diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja
Siam bernama Temagi. Parameswara telah membunuh gabenor itu dan
mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di
sekelilingnya. Kejadian ini menimbulkan kemarahan kepada Siam. Parameswara telah
melarikan diri ke Muar sebelum Siam sempat menyerangnya dan menetap di situ
selama kira-kira dua tahun. Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah
kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu
oleh kehadiran biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang
tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama
Sening Ujung atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga
akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.

Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang
dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah
Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan
perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada
angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. Empayar Melaka
merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai
pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari
Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama
di Melaka. Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman
musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan
damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah
menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya
perkembangan perdagangan dua hala. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang
mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh

saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk
mengunjungi pelabuhan Melaka. Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang
luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil
tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir
laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam
dari Kampar dan Rokan.

Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertarik dengan pengurusan
perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan
perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang
tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian.
Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan
pelayaran. Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal
telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina
untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan
jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Kerajaan Melaka galakan
penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan
perdagangan. Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan
perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok
belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka. Undang Laut
Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan
keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun. Semenanjung Tanah Melayu terletak di pertengahan laluan
perdagangan antara Timur dan Barat Membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka
yang menjadi laluan kapal dagang. Membantu Semenanjung Tanah Melayu muncul
sebagai sebuah negara perdagangan sejak 1800 tahun yang lalu.Muara sungai Melaka
yang dalam membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan
barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan. Pulau Sumatera dapat
menghalang tiupan angin Monsun Barat Daya. Banjaran Titiwangsa dapat
menghalang tiupan angin Monsun Timur Laut. Keadaan ini membolehkan kapal
dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.Pedagang dari
Timur datang ketika angin monsun Timur Laut (November – April) Pedagang dari
Barat datang ketika angin monsun Barat Daya (Mei – Oktober) Keadaan ini

menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat tumpuan pedagang dari Timur dan
Barat.Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau menjadi petunjuk kepada
pedagang untuk belayar ke Melaka selain menjadi tempat yang strategik untuk
memerhati dan mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Syahbandar bertugas sebagai pengurus pelabuhan bagi melicinkan urusan
perdagangan. Setiap syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang telah
ditetapkan. Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka yang berkaitan dengan
peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukuman jenayah yang berlaku di
kapal, larangan dan tanggungjawab kiwi serta anak kapal. Kemudahan di pelabuhan.
Kerajaan Melaka menyediakan gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal
kepada pedagang sementara menunggu pertukaran angin monsun. Shahbandar
menyediakan kapal, jong, lancar, gajah dan pekerja untuk mengangkut barangan ke
gudang. Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga. Kerajaan Melaka kenakan cukai
yang berpatutan dan adil. Sistem ini bagi memastikan urusan perdagangan berjalan
lancar. Mata wang logam (daripada timah) dipanggil calains dan wang emas tempatan
diperkenalkan di Melaka.Mata wang emas, perak dan timah dari negara Pedir, Pasai,
Kembayat dan Gujerat juga digunakan. Melaka menjadi pelabuhan entrepot ( pusat
pengumpulan barangan ) dari Kepulauan Melayu dan ( pusat pengedaran barangan )
dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Peranan yang dimainkan oleh pelabuhan
Melaka membezakan Pelabuhan Melaka dengan pelabuhan lain yang hanya menjual
barangan tempatan sahaja.

RUJUKAN

Buku Teks
 Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM), 2017, Dr. Suffian bin Mansor et. Al,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Internet
 https://www.slideshare.net/marianalopez96387/soalan-kbat-sejarah-pt3
 http://files.cikguzuraidam.webnode.com/200000045-f0f34f1ef1/BAB%205.pdf

Perpustakaan
 Buku mengenai sistem ekonomi Malaysia


Click to View FlipBook Version