SMK SERI PAKA
Sekolah Amanah Kohort 2016
[email protected] 09-8274978 SeriPaka SekolahAmanah
e-MODEL BANDAR TEKNOLOGI
HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Peserta:
Wan Nur Insyirah Damia Wan Norafendi
060510060754
Muhammad Aidil bin Azmi
060306-11-0267
Mohammad Hafiy Danish bin Mohammad Najib
060123040147
Guru Pembimbing:
SITI NOR MAZTINI BINTI AZAM
(840323-03-5104)
ABSTRAK
Produk kajian ini ialah projek membina satu e-Model Bandar Teknologi Hijau
yang diberi nama ‘Paka Greentown’. Inspirasi dari projek ini memberikan impak yang
besar pada rekaan bandar pada masa akan datang yang berperanan mengetengahkan
konsep teknologi hijau seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Tujuan utama pembinaan bandar ini, adalah untuk menghalang hakisan kesan
dari ketidakcekapan pengunaan sumber tenaga dan pengurusan bahan sisa dengan
membuat penanaman tutup bumi. Kedua, membantu penduduk tempatan
meningkatkan ekonomi dengan menguruskan sisa buangan dengan baik dan ketiga
menjadikan bandar paka sebagai bandar pertama dengan konsep teknologi hijau di
Dungun.
Dari sudut lain, produk kajian ini memudahkan guru untuk menarik minat
murid menerokai bidang STEM secara lebih efektif. Kajian ini melibatkan penglibatan 3
murid dan 1 guru pembimbing.
PENGENALAN
Peningkatan kemajuan ilmu dalam Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik semakin membanggakan. Penggunaan tenaga yang tidak boleh
diperbaharui juga semakin tinggi.Hal ini sepatutnya diberikan perhatian utama
dengan memperbanyakkan penggunaan sumber tenaga alternatif berbanding sumber
tenaga tidak boleh diperbaharui. Dengan terbinanya konsep Bandar Teknologi Hijau
yang menegaskan tentang tenaga,alam sekitar,ekonomi dan sosial, masalah
penggunaan sumber tenaga, alam sekitar, ekonomi dan social dapat diselesaikan.
Banyak kesan alam sekitar yang dapat dilihat dari penggunaan sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui . Ia boleh menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem kelak.
Sebagai contoh, perindustrian yang kian meluas dengan melepaskan asap
berbahaya, pengunaan automatif yang tidak mengikut aspek kebersihan alam sekitar,
pembakaran terbuka, pembuangan sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai dan
pantai, menjadi antara punca utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar.
Sekiranya hal ini berterusan ,nescaya bumi ini terjejas. Kawasan persisir pantai
Paka merupakan kawasan yang riadah,berehat dan bersantai. Namun disebabkan
beberapa faktor,terdapat hakisan telah berlaku dan boleh menyebabkan banyak
kemungkinan lain yang bahaya kepada penduduk kawasan Paka. Oleh disebabkan itu
inisiatif untuk memajukan kawasan Paka sebagai bandar teknologi hijau adalah satu
langkah yang baik demi mengekalkan keindahan tanpa mencemarkan malah membantu
menyelesaikan masalah persisir pantai. Kawasan yang dipilih ialah Kampung Pantai Laut
Paka
PENYATAAN MASALAH
1.Persisir pantai di Paka telah mengalami hakisan yang akan mengakibatkan
kemusnahan kawasan penempatan penduduk sekitar. Walaupun telah dibina
benteng halangan, masih tidak dapat dipastikan sehingga bila ia mampu bertahan.
2.Sumber ekonomi penduduk tempatan ialah bekerja sebagai nelayan,membuat
keropok, mengeringkan ikan kering dan menjual bilis. Pengurusan sisa buangan yang
tidak cekap juga berlaku.
3.Masih belum ada lagi Bandar Teknologi Hijau di daerah Dungun yang
mengenegahkan dasar teknologi hijau.
OBJEKTIF
1.Menjadikan tanaman hijau sebagai tanaman tutup bumi dan pencengkam
tanah yang boleh menghalang hakisan dan sekaligus penyerap pembebasan
gas karbon di kawasan sekitar.
2.Membantu penduduk mendapatkan peluang pekerjaan yang luas dengan
pengurusan sisa buangan pepejal dan cecair dengan cekap dan
menggunakan sumber tenaga alternatif.
3.Menyediakan kemudahan bandar yang mesra alam sekitar dengan
bermotifkan teknologi hijau pertama di daerah Dungun.
KAEDAH PENYELIDIKAN
• Kajian e-Model Bandar Teknologi Hijau Paka Greentown ini dihasilkan dengan
kerjasama 3 orang murid dan 1 orang guru pembimbing.
• Melawat kawasan sekitar untuk pemerhatiaan dan mengenalpasti masalah.
• Melakarkan plan untuk pembinaan model bandar teknologi hijau
• Membuat binaan model menggunakan bahan kitar semula seperti botol
,tin,kertas,kotak,lidi ,batang aiskrim dan sebagainya.
• Tempat kajian ini dibuat di sekitar kelas 4 Sains dan makmal kimia .
Hasil Lakaran Produk Peringkat Awal..
Hasil Lakaran Produk
Berskala
Balai Polis dan Pusat Komuniti BTH Hotel dan chalet
tenaga ombSaoklar dan TNB
tangki air Tangki air perumahan 100cm
sekolah pusat ict
surau
Kilang kompos jambata surau
dan sisa buangan n Menara Tinjau
kincir angin hotel balai polis klinik Kawasan perumahan
pusat sukan masjid
bank
kitar semula Hospital dan Balai Bomba tnb
kilang kompos magnet pusat komuniti kereta kabel Sekolah dan Pusbautkit
ICT
ternakan pengecas
kenderaan Sistem pengubah
tenaga ombak
solar ATrMestauran pasaraya menara tinjau pencawhiadnrogulik
tangki kumbahan tanaman
Kilang keropok,makanan laut dan batik
masjid Pusat Pentadbiran, Jaringan
telekomunikasi, pasaraya dan
rcehstaaluertan
Skala :1cm:50m 150cm
Gunting,pisau, gam, berus,plastesin, lidi
satay,lidi aiskrim, lidi mancis
Pensel warna,kertas warna,polystrene
Kotak, botol, tin minuman dan kertas aluminium
yang telah digunakan
BAHAN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN
BAHAN DAN ALAT YANG DIGUNAKAN
Proses Penyediaaan
HASIL PRODUK
Konsep Teknologi Hijau
• Tenaga
1. Tenaga ombak : Menggunakan sumber tenaga ombak dengan
menghasilkan sistem pengubah tenaga ombak hidroulik kepada tenaga
eletrik. Sistem tersebut diletakkan pada alunan ombak yang deras.
2. Angin : Menggunakan kincir angin yang mampu mengubah tenaga
angin kepada tenaga eletrik.Reka bentuk kipas ini menggunakan teknik
yang akan memutarkan kipas angin pada kelajuan maksimum lalu
menghasilkan sumber tenaga eletrik.
3. Magnet : Menggunakan konsep magnet berkutub sama, maka daya
tolakan tersebut akan menghasilkan putaran kipas walaupun dalam
keadaan angin yang tidak kuat tetapi masih terus dapat memutarkan
kipas. Penghasilan tenaga eletrik akan sentiasa berterusan
4. Solar : Menggunakan plat solar untuk memerangkap haba dan cahaya
pada tahap maksimum.
Konsep Teknologi Hijau
• Pengurusan Sisa dan Air Sisa
1. Najis ayam organik dikumpulkan untuk menghasilkan baja kompos untuk
tanaman serta dijadikan sumber tenaga arternatif iaitu menghasilkan biomass
untuk bahan bakar.
2. Hasil air sisa kilang, kumbahan perindustrian, perhotelan dan pertanian yang
berasid dikumpulan dan diproses menjadi air bateri untuk sumber tenaga
altenatif yang mampu menghidupkan generator pada sebilang waktu.
3. Memperbanyakkan tong sisa 5R di setiap kawasan penempatan,perhotelan
dan industri untuk memupuk sifat amalan 5R. Hasil dari pengumpulan bahan
sisa akan dihantar ke kilang dan diasingkan untuk kitar semula. Maka
kebersihan dapat diterapkan dan bahan sisa diproses dengan lebih manfaat.
4. Mesin kompos sisa makanan dan hidupan laut seperti ikan kering dan sisa bilis
disediakan untuk memproses sisa makanan menjadi baja kompos dan
makanan haiwan ternak.
Konsep Teknologi Hijau
• Bangunan
1. Masjid : air wuduk digunakan semula untuk menyiram tanaman
2. Hotel, Klinik, Sekolah dll: mengekalkan konsep hijau dan struktur bangunan yang
mesra alam.
3. Chalet: daya tarikan chalet atas air dengan seni bina sisip udara atas dan bawah
mengelakkan penggunakan penghawa dingin yang membebaskan CFCs dan
membahayakan alam sekitar.
4. TNB : pusat kawalan tenaga alternatif
5. Pasaraya : menjana pendapatan setempat melalui hasil kilang dan industri.
6. Menara Tinjau :sebagai mercu tanda teknologi bandar hijau di Paka
Konsep Teknologi Hijau
• Bangunan
1. Tangki Sisa dan Air Sisa : adalah tempat pengumpulan bahan sisa untuk diproses
dengan cekap.
2. Tangki Air Hujan: sebagai langkah penjimatan air.Air hujan ditapis dan digunakan
untuk pertanian dan perladangan
3. Balai raya/Pusat Komuniti: menjadi sektor penerangan dan pendedahan konsep
bandar hijau kepada pelancong dan generasi muda.
4. Restauran: tidak menggunakan pembungkus makanan polestrin dan
menghadkan penggunakan plastik pada hari tertentu sahaja serta
memperluaskan penggunaan pelapik makanan berasaskan daun pisang.
5. Sekolah: dibina untuk pendidikan kanak-kanak dan penyebaran maklumat.
6. Mini stadium/Pusat Kegiatan Sukan: bertindak sebagai pusat semua aktiviti
sukan yang menggalakan penjagaan kesihatan.
Konsep Teknologi Hijau
• Pengangkutan
1. Kereta kabel: Kereta kabel digunakan sebagai penghubung antara
bangunan ke bangunan dengan menggunakan sumber tenaga alternatif
yang dijanakan.
2. Kereta eletrik/bateri: kereta khas disediakan di kawasan bandar
teknologi hijau dan disediakan tempat mengecas secara percuma di
kawasan yang menjadi tumpuan ramai
3. Bas awam : menggunakan biodiesel hasil janaan kitar semula minyak
masak terpakai.
4. Tempat Parking Bertingkat : disediakan untuk meminimumkan kawasan
Konsep Teknologi Hijau
• Industri
1. Pelancongan : membina bangunan moden dan tradisional dengan
mengekalkan konsep bandar teknologi hijau mampu menarik
pelancong tempatan dan luar negara
2. Taman rekreasi: dengan tersedianya air terjun yang jernih, udara
yang sangat segar, ianya dapat menarik penduduk tempatan
bahkan pendaki gunung juga.
3. Perikanan: masih meneruskan pekerjaan lama sebagai nelayan
tetapi memperbanyakkan cabang sumber pendapatan yang lain
dengan pengurusan sisa yang cekap. Contohnya pembuangan
perut ikan ,sisa ikan bilis dibuat baja kompos.
Konsep Teknologi Hijau
• Pertanian dan Perhutanan
1. Tanaman sayur organik dari sumber yang selamat dan bersih dijual
kepada pengguna dan restaurant.
2. Tanaman buah organik terutama tembikai untuk jualan. Kulitnya
diproses dan diperam untuk dijadikan bahan pencuci dan kajian
untuk bahan kosmetik.
3. Hasil penanaman pokok serai dan serai wangi menjadi sumber
ubatan tradisional semulajadi di Paka Greentown.
Konsep Teknologi Hijau
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1. Pusat ICT dibina dengan pengaksesan percuma penduduk tempatan.
2. Jaringan Wifi secara percuma di bandar teknologi hijau juga dibekalkan
dengan pembinaan pencawang yang tinggi.
3. Rangkaian telekomunikasi juga dibina untuk kemudahan di dalam
bandar teknologi hijau
Konsep Teknologi Hijau
• Kesihatan
1. Hospital dibina di bandar teknologi hijau dengan mempergiatkan
tanaman hijau
2. Perkhidmatan di hospital menyediakan kelengkapan terkini dengan
menitikberatkan keperluan setempat setanding hospital di bandar lain.
3. Mini stadium menjadi sebagai pusat aktiviti yang diselia oleh KKM untuk
memastikan kesihatan fizikal dan mental penduduk setempat.
SIGNIFIKASI
• Projek kajian e-Model Bandar Teknologi Hijau Paka Greentown akan
memberi impak kepada perancangan bandar yang berteknologi tinggi
demi kesejahteraan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
• Tambahan lagi, kajian ini juga dapat memberikan kemudahan dari segi
penjimatan tenaga, wang ringgit, pengurusan sisa dan sekaligus tanpa
menjejaskan alam sekitar.
• Dengan terhasilnya kajian ini, diharap dapat mencetuskan inovasi yang
lebih baik untuk murid, pekerja sektor awam dan swasta untuk
menjalankan kajian serta penyediaan bandar yang lebih baik dan
bermutu tinggi pada masa akan datang.
• Selain itu, murid sekolah mahupun institusi tinggi dapat mempelajari
Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara lebih meluas
dan sekaligus menjadikan bidang yang menarik untuk diterokai.
THANK YOU
#YourGreatnessBeginsHere
Sustainable . Exceptional . Responsible . Innovative