PAMERAN
BERTEMA
INFO
PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
Apa itu Tahun Baru Cina?
Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan
kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam
jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi
yang tersendiri.
Tahun ini adalah Tahun Harimau, haiwan ketiga dalam
kitaran.
Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan
berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi
mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan
memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih
muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.
Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari
rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan
kepada keluarga penganut.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang
Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari
Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat
tarikh perayaan di bawah.)
Haiwan Dahan bumi Tarikh
Tikus
Lembu 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Harimau
丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Arnab
Naga 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Ular
卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Kuda 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kambing 巳 sì
Monyet
Ayam 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Anjing
未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Khinzir 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
29 Januari 2006 16 Februari 2018
戌 xū
亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau diabayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulaanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang.Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki,bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan
kuih bakul. kaum keluarga akan makan besar dengan masakan
tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,kuih pulut,dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,dengan
kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan peryaan Chap
Goh Mei.
Ucapan ……..
dr Pusat Sumber SK Tebing Tinggi