The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhah_zaidah, 2021-10-08 00:35:53

Pelajaran 6 Tingkatan 3 Generasi Unggul

Pelajaran 6 Tingkatan 3 Generasi Unggul

Keywords: Generasi Unggul,Sahabat,Tilawah al-Quran,Pendidikan Islam

Ayat Bacaan / Kefahaman: Ayat 100

Maksud : Dan orang yang terdahulu , iaitu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan ) dalam
kalangan orang Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan kebaikkan. Allah
meredhai mereka dan mereka pula meredhaiNya. Allah juga menyediakan untuk mereka syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan
yang besar (100).

Bahasa :

Yang mendampingi

Istilah :

Sesiapa yang pernah berjumpa
dengan Rasulullah SAW dan beriman
kepada baginda SAW serta
meninggal dunia dalam Islam

Contoh Sahabat Rasulullah
SAW

Muhajirin ialah penduduk Mekah Ansar ialah penduduk Madinah
yang beriman kepada Rasulullah daripada kalangan kabilah Aus
SAW dan mereka berhijrah ke dan Khazraj yang beriman kepada
Madinah dan tinggal di sana. Rasulullah SAW. Mereka
membantu Rasulullah SAW dan
Contoh : Hamzah bin Abdul Muhajirin ketika mereka berada
Mutalib, Ammar bin Yasir, di Madinah
Abdullah bin Mas’ud, Asma’
binti Abu Bakar. Contoh : Anas bin Malik, Ubadah
bin al-Shomit, Saad bin Rabi’
Ummu Sulaim binti Milhan,
Ummu Waraqah binti Abdullah.

— Prisma Ilmu

Dianggarkan jumlah Sahabat Rasulullah SAW
melebihi 100 000 orang. Sahabat yang paling
akhir meninggal dunia ialah Abu al-Tufail Amir
bin Wasilah al-Laisi iaitu pada tahun 110 Hijrah.

10 Sahabat yang dijanjikan Syurga

1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar bin Al-Khattab
3. Al Zubair bin al-Awwam
4. Ali bin Abi Talib
5. Talhah bin Ubaidillah
6. Usman bin Affan
7. Said bin Zaid
8. Abdul Rahman bin Auf
9. Saad bin Abi Waqaf
10. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Bukti Pengiktirafan Allah SWT
terhadap para sahabat

01 Allah SWT meredhai para 03 Allah SWT meninggikan
sahabat. darjat para sahabat yang
membelanjakan harta dan
02 Para sahabat dijanjikan berjuang di jalan Allah SWT
kemenangan
04 Allah SWT memuji sifat
lemah lembut dan kasih
sayang sesama mereka

Pengajaran Ayat

Kita hendaklah berlumba-lumba Kita hendaklah mengelakkan diri
dalam urusan kebaikkan agar dari mencaci dan menghina para
menjadi seperti As sabiqun Al sahabat kerana mereka ialah
awalin. golongan yang diredhai Allah.

Kita hendaklah bersyukur Kita hendaklah berusaha
kepada Allah atas segala nikmat dengan menjadikan amalan para
supaya beroleh kebahagiaan sahabat sebagai contoh ikutan
berpanjangan. supaya mendapat syurga yang
abadi.

Terima Kasih

Disediakan Oleh :

Ustazah Farhah Zaidah Binti Abdul Rahman,
SMK Merpati,
WDT 54,

Pejabat Pos Wisma Persekutuan,
90000 Sandakan,
Sabah.

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version