The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU IPG-Pelajar, 2024-03-10 23:10:51

MPU3441a BUKU LOG PANDU PUTERI

MPU3441a BUKU LOG PANDU PUTERI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG MPU3441a KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 TUGASAN 1 : PENULISAN NAMA : AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU NO. KAD PENGENALAN : 030730-03-0736 ANGKA GILIRAN : 2021302340425 KUMPULAN/UNIT : 2 PISMP TESL 1 JUN 2021 / 2026 KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3441a KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA PENSYARAH : DR ROHAYA BINTI AHMAD TARIKH HANTAR : 8 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya, AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Ainun Tarikh : _____________________


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 MENGKUANG BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG. BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU Angka Giliran: 2021302340425 Kod Kursus: MPU3441a Nama Kursus: KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 Pensyarah : DR ROHAYA BINTI AHMAD Tarikh Hantar: 8 MAC 2024 Tarikh Terima: 19 FEBRUARI 2024 PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS PEMERIKSA MODERATOR Kekuatan: . Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: PENGESAHAN PELAJAR Saya, AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Ainun Tarikh : _____________________


Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang PISMP Jun 2021-2026 Kursus; TESL (SK) HI! SAYA AINUN! Nombor Matriks: P21301203 Angka Giliran: 2021302340425 Nama: Ainun Farahani Adiba Binti Azu No. Kad Pengenalan: 030730-03-0736 Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan No. Telefon: 011-16289521 Tentang Saya Pendidikan Biodata Diri


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Cawangan IPG KPM Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat IPGMK Tuanku Bainun 3.0 Sejarah Perkembangan World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Rancangan Tahunan Program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di Sekolah Rendah (SK) Sesi 2024/2025 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Cogan Kata dan Lambang Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Bendera Malaysia dan Maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Maksudnya Bendera Dunia dan Maksudnya Jenis Ikatan dan Simpulan Pandu Puteri Jenis Gajet Pandu Puteri Jenis Bantu Mula Pandu Puteri PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 3.1 3.2 1.1 1.2 1.3 1.0 2.0 4.0 5.0 REFLEKSI ISI KANDUNGAN


1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN


1.1 Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia


1.2 Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Cawangan IPG KPM


1.3 Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat IPGMK Tuanku Bainun


2.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang- kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad. PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : A) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas;


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri B) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; C) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; D) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia ” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya . Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya) , bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan . PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Timbalan Yang Dipertua Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya . Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun , 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun , and 30% di atas umur 60 tahun . USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan . Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan . USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang- undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 30 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut , melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri 7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai - pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421 ) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri MATLAMAT Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisplin berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah OBJEKTIF ● Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. ● Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. ● Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai mumi, sihat dan berguna sebagai warganegara. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MATLAMAT 1 Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti OBJEKTIF ● Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat cawangan. ● Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh. ● Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli. ● Meningkatkan prestasi pemimpin ● Meningkatkan jumlah ahli. ● Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan danmemantapkan struktur dan pengurusan. ● Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan MATLAMAT 2 Untuk mencapai pengiktirafkan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya. OBJEKTIF ● Menonjolkan imej moden. ● Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan(Belia). ● Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Wanita) ● Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan ● Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul ● Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik ● Menghebahkan sumbanganahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia


2.1 Perlembagaan Pandu Puteri MATLAMAT 3 Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan. OBJEKTIF ● Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa. ● Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa. ● Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan. VISI DAN MISI VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.


2.2 Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajiban terhadap Tuhan Raja dan Negara saya, Malaysia menolong orang pada setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Cogan Kata Lambang Pandu Puteri Selalu Bersedia. Ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian Undang-undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri: 1) Boleh dipercayai 2) Taat dan setia 3) Suka menolong orang lain 4) Bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5) Sentiasa sopan-santun 6) Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7) Sentiasa menurut perintah 8) Bersemangat dan gembira walaupun pada masa kesulitan 9) Sentiasa berjimat cermat 10) Suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan 2.3 Cogan Kata dan Lambang Pandu Puteri


2.4 Isyarat dan Hormat Pandu Puteri ● Hormat Pandu Puteri diberikan semasa istiadat mengibarkan bendera, menerima hadiah dan kurniaan, bertemu dengan raja, sultan, pembesar-pembesar serta pemimpin pandu puteri. ● Tegakkan tiga jari tangan kanan sambil meletakkan ibu jari di atas jari kelingking. ● Angkat tangan sama paras dengan bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. ● Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 2.5 Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri. Berjabat tangan dengan orang lain selain ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan.


2.6 Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu Dunia ARAH KITA JELAS KE DEPAN BENDERA BERKIBAR, TIDAK BERLIPAT DI DUNIA, HARAPAN ABADI. BERSATU UNTUK KEBENARAN, PERSAHABATAN KUKUH SELAGI DUNIA MASIH ADA, AKAN NYANYI LAGU INI OUR WAY IS CLEAR AS WE MARCH ON, AND SEE OUR FLAG ON HIGH: IT’S NEVER FURLED THROUGHOUT THE WORLD, FOR HOPE SHALL NEVER DIE. WE MUST UNIT FOR WHAT IS RIGHT, IN FRIENDSHIP TRUE AND STRONG, UNTIL THE EARTH IN ITS RE-BIRTH, SHALL SING OUR SONG. Lagu Taps Siang KAMI PUJI, NIKMAT DIBERI, MATAHARI, BINTANG-BINTANG, LANGIT BIRU, MANA PERGI, HIDUP KAMI, TUHAN SAKSI. THANKS AND PRAISE, FOR THE DAYS, ‘NEATH THE SUN, ‘NEATH THE STARS, ‘NEATH THE SKY, AS WE GO, THIS WE KNOW, GOD IS NIGH. Lagu Taps Siang MALAM DATANG, SIANG HILANG, DARI LAUT, DARI GUNUNG, DARI LANGIT, SEMUA SELAMAT, SIHAT REHAT, BERKAT TUHAN. DAY IS DONE, GONE THE SUN, FROM THE SEA, FROM THE HILLS, FROM THE SKY, ALL IS WELL, SAFELY REST, GOD IS NIGH.


2.7 Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Lagu-lagu Kumpulan Berenam Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kenanga Kami bernama kenanga Berjasa bertenaga Cempaka Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kesidang Kami kesidang datang Menolong pagi petang Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari


2.8 Bendera Malaysia dan Maksudnya


2.9 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Maksudnya ● Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga persetiaan Pandu Puteri ● Bintang pecah 13 melambangkan 13 buah negeri beserta Wilayah Persekutuan di Malaysia ● Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di Malaysia. 2.10 Bendera Dunia dan Maksudnya ● Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. ● Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. ● Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di seluruh dunia.


2.11 Jenis Ikatan Pandu Puteri Ikatan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Ikatan berguna dalam menyambungkan tali,mengangkat barang,mengikat bungkusan dan juga menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan. Jenis-jenis ikatan adalah seperti berikut; ● Buku Sila Digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan dan direka agar kedua- dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. ● Tindih Kasih Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. ● Simpulan Angka 8 Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok. Takal lebih berguna kerana mudah dibuka.


2.11 Jenis Ikatan Pandu Puteri ● Simpul Manok Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. ● Simpul Pulih Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak. ● Ikatan Serong Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang. Digunakan untuk membina jambatan, menara dan pioneering. ● Ikatan Balak Digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.


2.11 Jenis Ikatan Pandu Puteri ● Ikatan Bunga Geti Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. ● Ikatan Seraya Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,menara,tiang, bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk.kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.


2.12 Jenis Gajet Pandu Puteri Apa Itu Gajet? Binaan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuannya adalah untuk; ● Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. ● Melindungi makanan dari tercemar ● Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam ● Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat ● Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan ● Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan ● Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. Asas Pembuatan Gajet Pengetahuan ● Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan ● Mengenali jenis-jenis pokok seperti buluh, rotan, nibong Kemahiran ikatan dan simpulan ● Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, balak, serong dan sebagainya. ● Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat


2.12 Jenis Gajet Pandu Puteri


2.13 Jenis Bantu Mula Pandu Puteri Bantu Mula Merupakan bantuan awal atau rawatan yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar berkelayakan. Jenis-jenis Bantu Mula 1. Bebatan Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar. Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna. Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu. Menggunakan bebatan; ● Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat ● Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut ● Memegang kain bebat di sebelah tepi ● Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan


2.13 Jenis Bantu Mula Pandu Puteri 2. Ikatan Anduh Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucut. Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan. Lipatan Anduh Tiga Segi; ● Lipatan lebar - menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan. ● Lipatan kecil - menutup bebatan luka kecil. ● Lipatan pelapik - pelapik padat untuk mengawal pendarahan


2.13 Jenis Bantu Mula Pandu Puteri Balutan Kepala


3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI


3.1 Sejarah Perkembangan World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 1907 Perkhemahan Pengakap yang pertama telah dianjurkan oleh Baden-Powell di Pulau Brownsea, England 1909 Sekumpulan remaja wanita (Girls Scouts) menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace 1910 Agnes Baden-Powell mengetuai pertubuhan Girls Guides, Pergerakan kepanduan bermula di Australia, Denmark, Afrika Selatan dan Finland 1912 Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara 1928 WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Puteri) ditubuhkan 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom seterusnya beliau dan Robert B-P mengembangkan PP di seluruh dunia 1930 15 lagi negara memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia 1931 Keahlian Pandu Puteri melebihi satu juta Pusat Dunia pertama Our Chalet di Switzerland dibuka 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri/Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Pusat Dunia kedua Our Ark dibuka 1945 WWII tamat dan Pandu Puteri dihidupkan semula dan berkembang pesat sehingga sekarang 1932


3.1 Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1916 Bermula di Kuala Lumpur PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia ditubuhkan secara rasmi apabila didaftarkan di Calcutta, India 1928 PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS 1947 Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi pengajur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2004 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPPM Pusat Dunia pertama Our Chalet di Switzerland dibuka. Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: 1.Tunas Puteri - Pandu Puteri Tunas 2.Pandu Puteri - Pandu Puteri Remaja 3.Ranjer Puteri - Pandu Puteri Ranjer 4.Kadet Puteri - Pandu Puteri Kadet 2006


4.0 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


Rancangan Tahunan Program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di Sekolah Rendah (SK) Sesi 2024/2025 BULAN/ TAHUN TOPIK OBJEKTIF AKTIVITI Mac 2024 Pendaftaran Mendaftar ahli baru dan pembahagian kumpulan. 1. Mendaftar ahli baru. 2. Pembahagian kepada 6 kumpulan ( Melur, Teratai, Kenanga, Kesidang, Siantan dan Cempaka. 3. Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas. 4. Nyanyian lagu Dunia April 2024 1. Buku Log 2. Kawad Kaki Ladam Kuda Menyediakan buku log Belajar asas kawad dan arahan kawad. 1. Murid menyediakan buku log dengan: Biodata / Profil diri Lencana Dunia Lencana Pandu Puteri Tunas Lambang Kumpulan Berenam sendiri 1. Murid melakukan latihan kawad statik dengan bimbingan guru. 2. Murid melakukan latihan kawad kaki dengan bimbingan guru. Mei 2024 Pertandingan Kawad Kaki Mewujudkan semangat setiakawan dalam pertandingan. 1. Pertandingan kawad kaki antara unit- unit uniform di sekolah dan di luar sekolah. Jun 2024 Pra Persetiaan Mengetahui, menghayati dan mengamalkan Persetiaan, undang-undang dan cogan kata Pandu Puteri Tunas, syarat hormat, berjabat tangan, senyuman dan khidmat. 1. Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas 2. Undang-undang Pandu Puteri Tunas 3. Cogan kata Pandu Puteri Tunas, Isyarat tangan, Berjabat tangan, Senyum dan khidmat Julai 2024 Pra Persetiaan Mengetahui, cerita Pandu Puteri Tunas, iaitu asal Brownie. 1. Murid bercerita - Brownie 2. Menyenaraikan sumbangan sebagai Pandu Puteri Tunas (kepada masyarakat, di rumah dan di sekolah) – Perbincangan kumpulan /pembentangan


Rancangan Tahunan Program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di Sekolah Rendah (SK) Sesi 2024/2025 BULAN/ TAHUN TOPIK OBJEKTIF AKTIVITI Ogos 2024 Calit Emas Mengenal dan mengetahui warna dan maksud bendera-bendera Malaysia, negeri-negeri dan bendera Pandu Puteri Tunas. 1. Bendera negara Malaysia, Bendera Negeri dan bendera Pandu Puteri tunas. 2. Menyenaraikan maksud warna-warna bendera. 3. Keselamatan jalan raya – bila dan dimana boleh menyeberang jalan, peraturan bagi penunggang basikal/penumpang bas.(peta minda) September 2024 Calit Emas Pengenalan kepada Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk 1. Simpulan Simpulan Buku Sila, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk Oktober 2024 Calit Emas Mengenal cara mendandan perca kain dan tali. 1. Ahli membuat dandanan perca kain dan tali. 2. Ahli menunjukkan hasil kerja. November 2024 Tangga Emas 1.Kemahiran Rumah Tangga – memasak tanpa api. 2. Kemahiran Rumah Tangga 1. Menyediakan sandwich 2. Menghias meja 1. Menjahit – jelujur/lilit ubi dan menjahit butang lubang 2, butang lubang 4. 2. Menghasilkan batu Seremban Disember 2024 Tangga Emas Kreativiti menyediakan pakaian Kitar Semula dari bahan yang boleh dikitar semula. 1. Murid dalam kumpulan menyediakan pakaian yang menggunakan bahan kitar semula.


Rancangan Tahunan Program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di Sekolah Rendah (SK) Sesi 2024/2025 BULAN/ TAHUN TOPIK OBJEKTIF AKTIVITI Januari 2025 Tangga Emas Kreativiti mendandani muka. 1. Setiap kumpulan memilih seorang wakil murid dan mendandan muka. Februari 2025 Hari Bakat Mencari bakat ahli Pandu Puteri Tunas dalam beberapa pertandingan. 1. Menyertai pertandingan pakaian beragam, bercerita Brownie, Karaoke dan dandanan. 2. Pemenang menerima hadiah


5.0 REFLEKSI


Refleksi Dalam proses melengkapkan buku log ini, saya telah mendapat pelbagai input baru mengenai Pandu Puteri terutamanya mengenai prinsip asas Pandu Puteri yang mana saya dapati masih banyak perkara yang belum saya kuasai pengetahuan dan kemahirannya. Justeru itu, saya sedar bahawa saya perlu lebih memperbanyakkan praktik contohnya dalam ikatan dan simpulan, gajet dan bantu mula. Selain itu, saya juga lebih mendapat ilmu tentang sejarah perkembangan Pandu Puteri sedunia dan juga Malaysia yang membuatkan saya bangga menjadi salah seorang ahli Pandu Puteri Kadet. Saya juga berazam untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran saya dengan menyertai pelbagai kursus untuk menjadi Pandu Puteri Pemimpin yang mana saya percaya bakal berguna untuk saya sebagai seorang guru di sekolah rendah nanti. Di samping itu, saya juga dapat mempraktikkan kemahiran digital dan menggunakan literasi teknologi saya dalam proses melengkapkan buku log ini. Saya dapat mengeksplorasi pelbagai elemen digital yang boleh saya gunakan untuk menghasilkan satu buku log yang menarik.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version