KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 1
TAJUK:
ZAMAN PRASEJARAH
NAMA : BAVEASH A/L THURAIRAJ
KELAS : 1 KEJORA
GURU SEJARAH : Puan Anis
ISI KANDUNGAN
No. PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN 1
2 OBJEKTIF KAJIAN 2
4 KAEDAH KAJIAN
5 HASIL DAPATAN 3-4
6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5-7
7 LAMPIRAN
8 RUJUKAN 8
9 - 12
13
PENDAHULUAN
PERNYATAAN MASALAH
Zaman Prasejarah merupakan zaman yang melihat tahap perubahan
pencapaian dan kemajuan manusia. Hal ini kerana, Zaman Prasejarah
membolehkan kita mengetahui sejarah dan tamadun manusia
berkembang dalam satu tempoh yang sangat panjang. Pelbagai
tahap perubahan perlu dilalui merentas masa yang berbeza-beza.
Perkembangan ini menjadikan manusia semakin matang dan
bertanggungjawabdalam tindakan mereka. Inovasi dalam peralatan
serta pengggunaan api sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam
telah membantu manusia memperbaiki tahap kehidupan mereka.
PENGEMBANGAN IDEA
a) Berdasarkan illustrasi di atas, apakah yang anda boleh rumuskan
berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik dan
Zaman Neolitik.
b) Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-
dua Zaman tersebut.
c) Mengikut imaginasi anda, lakarkan satu peralatan yang digunakan
pada masa hadapan mengikut kreativiti dan inovasi anda.
1
OBJEKTIF KAJIAN
Membina objektif merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai
menggunakan kata kunci seperti berikut :
(Memahami, Mengetahui, Menghurai, Menganalisis, Menyatakan,
Mengkaji, Memenuhi, Memberikan dan mana-mana kata kerja yang
dirasakan sesuai)
1) Merumuskan berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman
Mesolitik dan Zaman Neolitik.
2) Menerangkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat
kedua-dua Zaman tersebut.
3) Melakarkan satu peralatan yang digunakan pada masa hadapan
mengikut kreativiti dan inovasi.
2
KAEDAH KAJIAN
1. Kajian Perpustakaan
Saya menggunakan metodologi secara perpustakaan iaitu kajian
yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih
menjimatkan masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Cara ini
terhad dari segi maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian
memandangkan kajian ini hanya bergantung kepada bahan-bahan
rujukan di perpustakaan. Saya telah menggunakan buku ‘Sejarah
Malaysia’ dan ‘Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia’
sebagai bahan rujukan utama.
2. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian
juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat
atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah
laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
3. Kaedah Melayari Internet
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber internet
bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini.
Antara laman sesawang utama yang diakses untuk mendapatkan
maklumat mengenai kajian ini adalah seperti berikut:
3
https://www.my.wislah.com/zaman-prasejarah/,
https://view.genial.ly/610b8f418ae1ae1027ca063d/presentation-
zaman-prasejarah-presentation
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_di_Malaysia
Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu pengkaji untuk
memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop
kajian. Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi
internet tanpa had dan merentasi masa.
4
HASIL KAJIAN
1. Berdasarkan illustrasi di atas, apakah yang anda boleh rumuskan
berkaitan corak kehidupan masyarakat Zaman Mesolitik dan
Zaman Neolitik.
Berdasarkan illustrasi di atas, jelas kelihatan penggunaan teknologi
batu dalam kehidupan harian manusia pada zaman tersebut. Zaman
Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman
Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Batu.
Masyarakat Zaman Mesolitik masih menetap di gua dan lubang
bawah tanah dengan tumpuan penempatan di pinggir sungai dan
laut untuk mendapatkan bekalan air dan makanan. Mereka masih
hidup secara nomad dan tinggal dalam kelompok kecil serta belum
mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Mereka menjalankan
kegiatan mengumpul makanan seperti kerang dan siput yang
diperoleh di pinggir sungai dan laut. Selain itu, mereka juga mengutip
hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka juga
mengamalkan perkongsian makanan. Mereka menggunakan alatan
lebih kemas dan halus yang diperbuat daripada kayu, batu, dan
5
tulang haiwan. ‘Mikrolit’ iaitu batu kecil yang nipis dan sisinya tajam
bergerigi digunakan sebagai alatan kecil.
Manakala masyarakat Zaman Neolitik mula tinggal di kawasan
lapang dan hidup menetap . Mereka membina rumah menggunakan
batu, tanah liat dan kayu. Mereka telah pandai menghasilkan
makanan melalui pertanian dan penternakan. Mereka juga
mengamalkan pengkhususan kerja dan menjalankan perdagangan
melalui sistem tukar barang. Masyarakat Zaman Neolitik menggunakan
alatan yang lebig licin, halus, kemas dan mempunyai pelbagai fungsi.
Mereka mencipta pelbagai peralatan seperti alat menggali dan roda.
2. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-
dua Zaman tersebut.
Melalui kajian yang dijalankan didapati, masyarakat kedua-dua
Zaman tersebut terpksa melalui pelbagai cabaran untuk meneruskan
kehidupan seharian.
Mereka terpaksa berdikari dan menggunakan peralatan terhad
yang ada untuk mencari sumber makanan dan mendirikan
penempatan.
Walaupun, masyarakat Zaman Neolitik telah mula mendirikan
penempatan di kawasan lapang, tetapi mereka masih terdedah
dengan ancaman binatang buas dan cuaca.
Mereka menjalankan sistem tukar barang kerana masih tidak
wujud sistem mata wang. Selain itu, ketiadaan teknologi moden juga
menyukarkan mereka untuk meluaskan ekonomi, khususnya pertanian
dan penternakan.
6
3. Mengikut imaginasi anda, lakarkan satu peralatan yang digunakan
pada masa hadapan mengikut kreativiti dan inovasi anda.
Pelindung Bumi
Inovasi ini mampu melindungi bumi daripada ancaman seperti
pelanggaran asteroid dan sebagainya.
7
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mempelajari
bahawa manusia Zaman Batu banyak mewariskan penemuan dan
aktiviti mereka pada tamadun manusia. Warisan manusia Zaman Batu
yang masih kekal dan diubah suai mengikut peredaran masa boleh
dilihat dari aspek pemburuan binatang, aktiviti pertanian dan
penternakan, penciptaan peralatan dan tembikar.
Manusia zaman batu memburu menggunakan senjata yang
diperbuat daripada batu, kayu dan tulang. Namun, kini aktiviti
memburu dijadikan hobi dengan menggunakan senjata moden.
Begitu juga dengan sistem penternakan kini yang dijalankan secara
besar-besaran untuk menampung keperluan daging tenusu
berbanding pada Zaman Neolitik. Manusia kini juga menggunakan
pelbagai peralatan moden seperti mesin dan jentera untuk
memudahkan kehidupan manusia. Selain itu, teknologi telah
memudahkan kehidupan dan manusia kini hidup dengan lebih selesa
dan senang berbanding Zaman Prasejarah.
Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar haruslah berasa syukur
dan bangga kerana dapat menjalankan hidup dengan lebih mudah
dan selesa. Akhir sekali, sebagai pelajar kita juga haruslah menjadikan
sikap manusia Zaman Prasejarah seperti berdikari, pandai meneroka
sumber dan mencuba sesuatu yang baharu sebagai iktibar.
8
LAMPIRAN
Gambar daripada dapatan kajian
9
10
11
12
RUJUKAN
Internet
https://www.my.wislah.com/zaman-prasejarah/,
https://view.genial.ly/610b8f418ae1ae1027ca063d/presentation-
zaman-prasejarah-presentation
Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Saidin, M. (2011). Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia:
Pemerkasaan Jati Diri Bangsa (Penerbit USM). Penerbit Usm.
Jurnal
Mohd Salleh, Kahirol & Sulaiman, Norlisa. (2020). Reforming Technical
and Vocational Education and Training (TVET) on Workplace Learning
and Skills Development. International Journal of Recent Technology
and Engineering (IJRTE).
13