The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JOM BANGUN AWAL SIAP SEDIA UNTUK PDPR. AYUH !

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEPUNCAK, 2021-02-08 08:01:52

JOM BANGUN AWAL SIAP SEDIA UNTUK PDPR

JOM BANGUN AWAL SIAP SEDIA UNTUK PDPR. AYUH !

BAGAIMANA UNTUK
BANGUN AWAL
SETIAP PAGI ?

Tak sempat Dah tidur awal
masuk kelas tapi sukar
pdpr online?
untuk bangun
awal?

Terlepas solat ARGH.. Dah kunci
subuh BAGAIMANA NAK jam..tapi
kenapa tak
BANGUN AWAL dapat bangun
SETIAP HARI?
juga?

Elakkan minum kopi selepas pukul 2 petang
untuk penggemar kopi

Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi.
TAHUKAH ANDA?

Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur
sehingga lebih daripada enam jam selepas anda
meminumnya

TETAPKAN PENGGERA WAKTU UNTUK TIDUR

Bangun awal pagi memanglah sukar, tetapi apa yang lebih teruk
apabila anda tidak dapat tidur pada waktu yang sepatutnya.

JANGAN SESEKALI melengahkan waktu tidur.

Cara yang terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum
waktu tidur untuk memberi peringatan kepada diri bahawa sudah
sampai masa untuk merehatkan diri.

AMALKAN RUTIN SEBELUM TIDUR

Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus
gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit
surah dan doa tidur.

Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu
yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita
mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur.

Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat)
dan niatkan agar diawal bangun oleh Allah

JANGAN LUPA MANDI

Jangan lupa mandi untuk
menurunkan suhu badan kita

beberapa darjah.

Proses penyejukan badan selepas
mandi akan menyamai suhu
badan waktu petang secara
semulajadi, seterusnya akan

membuatkan badan kita cukup
relaks.

MEMATIKAN SEMUA PERALATAN ELEKTRONIK

Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan
telefon pintar sekurang-kurangnya SETENGAH JAM sebelum waktu

tidur.

Kenapa ini penting?

Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui
mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon
yang mengarahkan badan kita untuk tidur.

WUJUDKAN SEBAB UNTUK BANGUN AWAL PAGI

Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi?
Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu?

Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan
sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya
menghadiri kelas pdpr yang dibuat guru atau menyiapkan

tugasan.
Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang

dipanggil “Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun

pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai
ini mempunyai umur yang panjang.

LAKUKAN PERUBAHAN LANGKAH-DEMI-LANGKAH

Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu
bangun anda.

Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung
yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam.

Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula.

Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah
secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam
tempoh satu bulan.

Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.

SENTIASA KONSISTEN (ISTIQAMAH)
Pastikan rutin yang kita lakukan sentiasa konsisten,

walaupun pada hari hujung minggu.

Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal
mungkin pada hari SEKOLAH, tetapi sayangnya membiarkan

diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu,
lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.

Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten
walaupun pada hujung minggu, pasti proses bangun awal
dipagi hari Isnin bukan lagi sesuatu yang menyeksakan.

BANGUN DARI TEMPAT TIDUR

Inilah bahagian yang paling sukar…
Kadangkala, KAMU terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi. Apa yang
KAMU buat?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu kan?
Tidur kembali untuk baki 5 minit itu adalah langsung TIDAK BERBALOI kerana ia
akan membuat KAMU ingin tidur lebih lama, membuatkan KAMU semakin sukar
untuk bangun apabila penggera berbunyi.
Apa yang terbaik adalah BANGUN SAHAJA tanpa banyak alasan dan berfikir
tentangnya.
Letakkan penggera KAMU jauh dari tempat tidur (diatas meja di seberang katil
misalnya), supaya kita terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.
Sekali KAMU sudah terbangkit dari tempat tidur, ia adalah lebih mudah untuk
kekal berjaga.
Jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak kita mendapat oksigen
selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin. Ia juga
penting kerana badan kita terhidrat selepas tidur sepanjang malam

SEKIAN,TERIMA KASIH

SEMOGA TERUS KEKAL
BERMOTIVASI,
KEKAL POSITIF,
KEKAL SIHAT

KEKAL BERSEMANGAT,
KEKAL KONSISTEN,

SELAMAT BELAJAR DARI RUMAH
“JANGAN LUPA UNTUK MENGISI

GOOGLE FORM YANG

DIBERIKAN”

SUMBER : https://akuislam.com/blog/renungan/tips-bangun-awal-pagi/


Click to View FlipBook Version