The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1706-07-sofea, 2023-03-25 04:53:06

TUGASAN 3 BMMB1134

TUGASAN 3 BMMB1134

HALANGAN DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA BMMB1134 TUGASAN 3 PENGHASILAN PRODUK PENSYARAH: DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT


PENGENALAN DIRI Nama : Nur Sofea Binti Mohd Safie Kelas : PPS2-9 Angka giliran : 2022172310090


ISI KANDUNGAN Rumusan Halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa Isu-isu dalam keterampilan berbahasa Definisi keterampilan berbahasa


Kamus Dewan (2018) mentakrifkan keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi. Maksud disini adalah untuk menceritakan seseorang itu mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi dan mempunyai kecekapan dalam berbahasa. Menurut Ibrahim Salleh (2008), keterampilan berbahasa ialah keupayaan menggunakan bahasa dengan baik iaitu dari segi tatabahasa dan kemahiran bahasa. Menurut Diana Tustiantina (2017) juga menjelaskan komunikasi itu adalah salah satu bentuk keterampilan berbahasa. Oleh itu, penguasaan terhadap cara berkomunkasi merupakan perkara yang sangat penting untuk kehidupan seharian. DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA


HALANGAN KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BAHASA .


Dalam proses komunikasi ‚halangan merupakan gangguan terhadap komunikasi menyebabkan berlakunya komunikasi tidak berkesan. Maklum balas Komunikasi sehala Gangguan saraf penerima Penyampaian menerusi saluran kedua Gangguan emosi D Gangguan luaran EFINISI Proses pemindahan maklumat dan pemahaman daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain. HALANGAN KOMUNIKASI 6 TERBAHAGI KEPADA :


Maklum balas merupakan reaksi atau respon audien terhadap mesej yang disampaikan oleh penyampai. Daripada maklum balas tersebut, komunikasi yang berkesan perlulah mempunyai komunikasi dua hala. Maklum balas secara langsung merupakan proses komunikasi yang berlaku apabila penyampai menyampaikan mesej atau maklumat secara bersemuka kepada penerima. Maklum balas ini bukan melibatkan satu individu sahaja tetapi memerlukan individu yang mendengar dan memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan. 1. MAKLUM BALAS


Jika komunikasi dua hala tidak berlaku, berkemungkinan audien tidak memahami mesej yang disampaikan oleh penyampai atau audien tidak peka dengan penerangan yang diberikan kerana maklum balas daripada audien membuktikan bahawa sama ada mereka memahami isi yang disampaikan atau sebaliknya. Bukan itu sahaja, kemungkinan audien salah tafsir akan maklumat tersebut menyebabkan tiada maklum balas yang berlaku. MAKLUM BALAS


Di dalam kelas, guru boleh menyoal murid di akhir sesi pembelajaran supaya guru dapat menilai tahap kefahaman dan kefasihan murid itu untuk bertutur. Kalau tiada maklum balas daripada murid, berkemungkinan murid tersebut tidak memahami mesej yang hendak disampaikan atau murid itu tidak peka dengan guru tersebut. Jika murid itu tergagap-gagap untuk memberi maklum balas tentang soalan yang diajukan oleh guru tersebut, berkemungkinan besar murid tersebut tidak faham, tidak fokus dengan pengajaran guru atau tidak fasih dan tidak yakin untuk bercakap dihadapan. CONTOH MAKLUM BALAS


Contohnya, guru memberikan arahan kepada murid itu bercerita tentang hobinya lalu murid berkenaan memberi maklum balas terhadap gurunya yang memberi arahan.


Dalam komunikasi ini, kebanyakannya penyampai akan bergerak lebih aktif dalam menyampaikan penerangan, penjelasan dan huraian kepada audien atau pendengar. Tambahan pula, penyampai berkomunikasi tanpa mengharapkan maklum balas dari pendengar atau penerima. 2. KOMUNIKASI SEHALA Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan reaksi atau maklum balas daripada penerima.


Contoh aktiviti yang selalu digunakan bagi komunikasi sehala adalah seperti ceramah. Maksud disini adalah penceramah yang memainkan peranan bergerak secara aktif sebagai penyampai mesej dan audien sebagai penerima mesej pasif. Dalam bidang pendidikan pula, situasi ini berlaku apabila guru menggunakan teknik “ spoon feeding method” terhadap muridmuridnya. Teknik ini hanya berpusat kepada guru sahaja kerana guru bergerak secara aktif iaitu menyampaikan mesej sahaja manakala murid pasif mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh guru. CONTOH KOMUNIKASI SEHALA


G a n g g u a n m e r u p a k a n s ala h s a t u b e n t u k h ala n g a n y a n g b e rla k u d ala m p r o s e s k o m u nik a si G A N G G U A N S A R A F P E N E R I M A S a r a f m e r u p a k a n s u a t u sis t e m y a n g k o m ple k s y a n g b e r p e r a n a n u n t u k m e n g a w al d a n m e n g k o o r din a sik a n s e g ala a k tiviti tubuh. 3 G a n g g u a n b e rla k u a p a bila p e n e rim a tid a k d a p a t m e n e rim a m a klu m a t d e n g a n j ela s a t a u t e p a t y a n g dis a m p aik a n ole h s u m b e r.


Antara jenis gangguan saraf yang terkenal ialah gangguan pendengaran. Jika seseorang itu mempunyai masalah saraf seperti gangguan pendengaran, maka individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk menerima maklumat yang menyebabkan individu tersebut tidak dapat memproses atau menafsir maklumat di dalam otaknya yang seterusnya menyebabkan individu tersebut gagal untuk berfikir secara relevan. Oleh itu, proses komunikasi tidak berlangsung dengan berkesan kerana pendengar tidak dapat menerima mesej yang disampaikan oleh penyampai. GANGGUAN SARAF PENERIMA


4. PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Penyampaian menerusi saluran kedua bermaksud penyampaian maklumat atau mesej itu melibatkan orang tengah dan bukannya terus kepada pendengar sasaran. Kaedah penyampaian ini tidak sebarapa digalakkan kerana boleh berlakunya kesalahan maklumat dan maklumat yang ingin disampaikan tidak 100 peratus sama dengan maklumat yang asal. Hal ini berlaku kerana orang tengah tersebut tidak memahami isi atau topik yang hendak disampaikan atau pun terlupa sedikit isi-isi penting maklumat itu menyebabkan mesej tidak disampaikan dengan jelas dan tidak mengikut seperti yang dinginkan oleh pengirim.


Contohnya, pengirim ingin menyampaikan maklumat mengenai tugasan kerja kursus yang akan dihantar pada minggu hadapan tetapi apabila menerusi saluran kedua, penyampai itu mengatakan bahawa tugasan itu boleh dihantar pada minggu hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa komunikasi yang dijalankan menerusi saluran kedua menjadi penghalang kepada komunikasi yang berkesan. Dalam bidang pendidikan pula, apabila guru memberi arahan kepada seorang murid untuk menghantar maklumat kepada rakan sekelas yang lain, jika murid itu tidak memahami maklumat tersebut maka maklumat tersebut tidak dapat disampaikan dengan baik dan tidak tepat. CONTOH PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA


Gangguan adalah sesuatu yang menganggu proses berkomunikasi termasuk sikap, emosi penerima dan penyampai. Gangguan emosi pula dikatakan sebagai gangguan dalaman yang disebabkan oleh keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu. 5. GANGGUAN EMOSI


Gangguan emosi ini bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa malah ia juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak. Individu yang mengalami gangguan emosi dapat lihat dari segi perubahan tingkah laku yang dipamerkan. Terdapat pelbagai faktor terjadinya gangguan emosi terhadap individu antaranya termasuklah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah peribadi dan sebagainya. GANGGUAN EMOSI


Dalam bidang pendidikan, pelajar sekolah rendah seharusnya menguasai cara membaca dengan betul. Namun disebabkan gangguan emosi, terdapat segelintir pelajar tidak tahu cara membaca kerana gangguan emosi ini akan menyebabkan perubahan tingkah laku terhadap pelajar tersebut seperti suka bersendirian, termenung dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pelajar yang mempunyai gangguan emosi juga akan berasa terganggu apabila guru menyuruh pelajar berkenaan untuk bercakap di hadapan kelas menyebabkan mereka akan berasa gugup dan tidak berkeyakinan untuk tampil ke hadapan. CONTOH GANGGUAN EMOSI


6. GANGGUAN LUARAN Gangguan luaran merupakan gangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising menyebabkan pendengar tidak dapat mendengar maklumat daripada penyampai sepenuhnya. Gangguan luaran biasanya berlaku di persekitaran kita.


Persekitaran yang tidak kondusif akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk berkomunikasi dengan berkesan. Contohnya, jika suasana di dalam bilik darjah itu bising, maka maklumat yang disampaikan oleh guru itu tidak dapat difahami oleh murid kerana banyak bunyi bising yang mengganggu pendengaran murid untuk mendengar dengan fokus tentang apa yang cuba disampaikan oleh guru. bunyi bising objek fizikal jarak lokasi kerosakan peralatan persekitaran / suasana tidak selesa GANGGUAN LUARAN 5 JENIS-JENIS GANGGUAN LUARAN:


ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA


Isu mengenai keterampilan berbahasa semakin hangat diperdengarkan oleh netizen-netizen kerana mereka menyuarakan pendapat melalui cara yang salah dan tidak betul. Isu ini juga menjadi bahan perbualan bagi sesetengah orang. Pada masa kini, terdapat beberapa isu berkaitan keterampilan berbahasa iaitu isu bahasa, isu budaya dan isu media sosial. Isu dalam keterampilan berbahasa


1.ISU BAHASA Penggunaan bahasa merupakan aspek yang paling penting dalam berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan seseorang mengalami kecelaruan bahasa. Hal ini berlaku kerana Malaysia mempunyai tiga bahasa yang berbeza-beza atau lebih dan hampir semua individu menguasai ketiga tiga bahasa itu. Tiga bahasa ialah bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Mandarin. Nik Safiyah Karim (1988) menyatakan bahawa laras bahasa merupakan gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Halliday (1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi.


Isu yang berlaku ialah apabila ketidaksesuaian laras bahasa mengikut situasi atau keadaan. Sebagai contoh di majlis formal, jika seseorang itu berucap menggunakan laras bahasa yang tidak formal ketika menyampaikan ucapannya seperti Majlis Penuh Istiadat. Ia akan menyebabkan individu tersebut seolah-olah tidak menghormati majlis tersebut. Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai juga akan menyebabkan pendengar itu sukar untuk memahami mesej yang cuba disampaikan. CONTOH ISU BAHASA


Penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung perasaan orang lain dan salah faham akan timbul antara individu. Contohnya apabila kita mahu menegur orang lain, kita sengaja mengeluarkan perkataan atau kata-kata kesat yang boleh melukakan hati orang tersebut. Menurut Colbert (1993) dalam Haslina Halim (2018), pelajar yang mengambil kelas perbahasan lebih suka berhujah dan bersifat agresif secara verbal berbanding dengan mereka yang tidak pernah terdedah dengan persekitaran. Hujah yang bersifat agresif boleh mengakibatkan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan menyakiti perasaan orang lain. Oleh itu, jelaslah bahawa isu bahasa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh masyarakat. CONTOH ISU BAHASA


Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena yang terjadi dalam kalangan mereka yang menguasai berbahasa lebih daripada satu. Pengaruh budaya Barat juga menjadi salah satu isu budaya kerana individu masa kini banyak mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Hal ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami kebingungan apabila bercampur bahasa dalam berkomunikasi. Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, etnik, bahasa, agama, tahap pendidikan dan status sosial. 2. ISU BUDAYA


Kemahiran komunikasi silang budaya penting agar mempermudahkan kita untuk berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain yang berbeza bangsa dan budaya serta sentiasa mengawal bahasa yang digunakan. Pada masa kini, kita dapat lihat sesetengah masyarakat menjauhi orang yang berbeza agama dan budaya. Sebagai contoh, sesetengah netizen yang berkelompok menggunakan bahasa yang kotor dan kesat atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama mengakibatkan pergaduhan antara kaum. Penggunaan bahasa yang menjatuhkan maruah individu tersebut menunjukkan hilangnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Oleh itu, sifat hidup berkelompok haruslah dielakkan dalam menjalankan komunikasi dengan orang lain bagi mengelakkan penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam komunikasi. CONTOH ISU BUDAYA


MEDIA SOSIAL MERUPAKAN SEJENIS MEDIA YANG DIGUNAKAN TERUS SECARA TALIAN DENGAN MEMBOLEHKAN PARA PENGGUNA DENGAN MUDAH UNTUK MENYERTAI, BERKONGSI, DAN MENCIPTA ISI MELIPUTI BLOG, RANGKAIAN SOSIAL, WIKI, FORUM DAN DUNIA VIRTUAL. ISU MEDIA SOSIAL 3


ISU MEDIA SOSIAL Emosi yang dibawa semasa menyuarakan pendapat mereka itu menyebabkan penggunaan bahasa pasar dan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan identiti orang Melayu yang mengamalkan kesantunan berbahasa. Masyarakat zaman kini terutamanya remaja sering menggunakan media sosial seperti “Facebook“ dan “Twitter ” untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu dengan emosi. Terdapat tiga jenis penyalahgunaan bahasa Melayu di media sosial antaranya termasuklah SMS, Bahasa Lucah dan Bahasa Slanga.


Bahasa ini kerap digunakan oleh semua lapisan umur masyarakat baik yang muda atau pun tua. Hal ini demikian kerana mesej lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna iaitu tidak mesej terlalu panjang. BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) 1.


Bahasa lucah ini menjadi salah satu bahasa yang menyumbang kepada pencemaran terhadap bahsa Melayu. Bahkan, penggunaannya mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan yang disiarkan sama ada di Facebook, blog dan sebagainya Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa penggunaan bahasa lucah ini selalu digunakan di media sosial. 2. BAHASA LUCAH


Perkembangan bahasa ini dikatakan mencemarkan kebakuan bahasa Melayu standard. Kebanyakkan remaja menggunakan medium media sosial untuk berhubung antara satu sama lain sehingga secara tidak langsung telah mengembangkan bahasa slanga dengan lebih mudah. 3. BAHASA SLANGA


RUMUSAN Sebagai kesimpulan, jelas bahawa terdapat banyak halangan dan isu yang menyebabkan kegagalan komunikasi. Masalah ini harus dibendung sebelum berlaku isu-isu yang lebih teruk bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, guru dan masyarakat merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menbendung halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. Oleh itu, komunikasi yang baik dapat diperolehi sekiranya segala halangan dan isu dapat diatasi secepatnya.


RUJUKAN anyflip.com. (2022, April 27). Halangan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa - Flip eBook Pages 1-19 | AnyFlip. https://anyflip.com/jcvlv/ysuc/basic fliphtml5.com. (2022, May 6). KETERAMPILAN BERBAHASA TUGASAN 3 PENGHASILAN PRODUK Pages 1-17 - Flip PDF Download | FlipHTML5. https://fliphtml5.com/gfiio/mxpg/basic Haslina Halim. (2018), Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jessica Ong Hai Liaw & Abdul Hamid Moiden. (2020). Pertahan Komunikasi Silang Budaya. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1892954


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version