The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Book Kelana Siswa (CUC2011)<br>Group A, By LIONEL ELIS LOUIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lynel Elis, 2023-01-13 12:36:23

e-BOOK KELANA SISWA

e-Book Kelana Siswa (CUC2011)<br>Group A, By LIONEL ELIS LOUIS

Keywords: e-Book Kelana Siswa

E-BOOK KELANA SISWA CUC2011 GROUP A (SIR ALIFF) PRESENTED BY LIONEL ELIS D20212099060


ISI KANDUNGAN: Biodata Diri Sejarah Pengakap Lagu & Persetiaan Pengakap Uniform Pengakap Kelana 8 Lencana Pengakap Kelana Asas kawad Kaki Pengakap Pintu Gerbang Karnival Kokurikulum UPSI Malam Kebudayaan/Malam pengakap Rumusan


BIODATA DIRI NAMA NO. MATRIK PROGRAM CITA-CITA HOBI LIONEL BIN ELIS @ LOUIS D20212099060 ISMP GEOGRAFI SEM 2 Menjadi Insan yang berjaya kelak Aktiviti Lasak


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-Powell pada tahun 1907 di England. Nama penuh beliau ialah Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell. Beliau lahir di London, England pada 22 Februari 1857. Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di University of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta Grace Smyth. Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.


Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku ”Scouting For Boys ” yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London.


Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabilaF.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Duatahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. PersekutuanBudak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada PersekutuanBudak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysiasejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia


Johor H.R Chessman (1928) Pulau Pinang H.R Chessman (1915) Kedah Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield (1922) Perak I.R Wheeler (1926) Sarawak - (1915) Melaka R. Brunnston (1925) N. Sembilan Bird, Roger Smith (1925) Selangor Ameen Akhbar (1926) Terengganu A.J Cracle (1926) Singapura F.C Sand (1910) Kelantan Y.M Tengku Ahmad Temenggung (1927) Perlis Dibawah naungan Kedah (1931) Sabah Rev Canon Thomas Cecil Alexender (1913) Senarai Pemimpin penubuhan Pengakap Mengikut Negeri


LOGO KELANA UPSI


L O G O K E L A N A S I S W A L O G O P E N G A K A P K E L A N A U P S I


LAGU PENGAKAP MALAYSIA


PERSETIAAN PENGAKAP


Undang-undang PENGAKAP


Uniform Seragam Pengakap kelana


PERATURAN PAKAIAN PENGAKAP KELANA


Pemakaian Seragam Kelana Perempuan


Pemakaian Seragam Kelana Lelaki


Susun Atur Lencana kelana


LENCANA PENGAKAP KELANA


Memahami dan menerima persetiaan & undang-Undang pengakap. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan pengakap Kelana, Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan pengakap Antarabangsa. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam. Mengetahui cara mengikat a. dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:- 1. 2. 3. 4. 5. Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. Buku Sila (Reef Knot) Bunga Geti (Sheet Bend) Simpul Manuk (Clove Hitch) Tindih Kasih (Bowtine) Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Hatf Hitch) Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping) lkatan Seraya (Square Lashing) lkatan Serong (Diagonat Lashing) LENCANA KEAHLIAN


LENCANA KEMAHIRAN Projek Perintis bagi setiap kategori Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah,projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah. A. Berkhemah 1. Pengetahuan dan keborehan berkhemah secara teori dan praktikar berdasarkan tajuk-tajuk berikut: . A. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan. B. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. C. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan. D. Jenis khemah dan cara mendirikannya. E. Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya. F. Aktiviti dan program perkhemahan. G. Kesihatan dan kebersihan. H. Aturan penutupan perkhemahan B. Projek Perintis 1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat satu projek perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan dibawah; · Jambatan. · Menara. · Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan diatas) 2. Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1) pengurusan kuartermaster: 3. Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat


C. Kawad 1. Mengetahui tatacara dan hukuman kawad · Kawad kaki pengakap · Kawad tongkat pengakap · Mengetahui dan meirenuhi segala syarat untuk menjadi seorang ketua kawad D. Orienteering. 1. Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. E. Ikhtiar hidup. 1. Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. F. Penganggaran. 1. Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.


LENCANA PERKHIDMATAN Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan A. Bantu Mula - wajib 1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu. 2.Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan: · Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya. · Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya. · Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembaluh. · Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga. · Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa. · Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan bahan kimia dan lain-lain. · Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. · Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan (CPR). · Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera. · Mengetahui Peti Pertolongan cemas serta alatan di dalamnya.


B.Kebajikan Am - Wajib 1. Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat. DAN ( Minima SATU daripada Bahagian C dan D ). C.Pemelihara Alam Sekitar. 1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan ditempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan. 2.Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti : · Kempen Kebersihan Alam Sekitar. · Kempen Kitar Semula. · Kempen Kawasan Angkat Krew ' D. Kebajikan. 1.Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam. 2. Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan. 3. Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah. 4. Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.


LENCANA PENGEMBARAAN Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. A.Pengembaraan. 1.Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut: · Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam). · Berdayung sampan lkayaVrakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)' · Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam). · Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)' · Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam). · Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam). * Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perialanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinnya B. Laporan Pengembaraan 1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar,lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan. 2. Bahan sokongan.seperti gambar, gambarajah,peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku log pengembaraan.


C.Persediaan perjalanan 1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu. 2. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi,. perusahaan kampung, penghidupan kerompok kecil, penempatan orang asli dan tempat-tempat yang memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan. 3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap. 4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. pekara penting yang wajib ada; · Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas. · Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi. · Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat. · Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.) · Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan sebagainya. · Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko ). D.Peringatan 1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan. 2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej pengakap Kerana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. E.Kajicuaca 1. calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan. format yang lengkap seperti .catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude) jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.


LENCANA KEPIMPINAN (PILIHAN) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan & pengurusan dgn memperlihatkan tahap tertinggi dlm melaksanakan program seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night .1. Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut: A. Kursus Kepimpinan Manikayu 1.Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat ll. ATAU B. Pengurusan Acara 1. Mergetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya ; Perkhemahan Daerah, Jambori, perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain. ATAU C. Kursus Pemantapan 1.MenghadiC. Kursus Pemantapan 1.Menghadiri kursus pemantapan dan kecemerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain. ATAU D. Komunikasi dan Pengucapan Awam 1.Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah. ATAU E. Pentadbiran 1. Menjawat jawatan Pentadbiran dan didalam mana-mana persatuan yang diiktiraf dan sah dari undang-undang. ATAU F. Anugerah Kepimpinanan 1. Menerima Anugerah Kepimpinanan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya; Anugerah Kepimpinanan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.


LENCANA ICT (PILIHAN) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa. A. Teknologi Maklumat 1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: · Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputei. e Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat. · Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi: · Windows, Linux, Macintosh. · Microsoft Office Word, Excel dan Power Point. · Menghasilkan sebuah persembahan multimedia. · Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan. ATAU B. Komunikasi dan Perhubungan1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: · Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuanseminima 15 perkataan seminit. · Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit. · Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). ATAU C. Perhubungan Antarabangsa 1. Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.


LENCANA AKTIVITI EKSTREM (PILIHAN) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut. 1. Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem dibawah: · Mendaki Gunung. · Menyelam Skuba (Scuba Diving)' · Berakit diAir Deras (White Water Rafting). · Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking) Eksplorasi Gua (Caving). Wall I Rock Climbing. Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain. Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.


LENCANA PENYELAMAT NYAWA (PILIHAN) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula,pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. 1. Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan; · Outdoor Survival. · Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance) · Bronze Cross · Pengurusan Risiko (Risk Management Course)


LENCANA KEUSAHAWANAN (PILIHAN) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan,pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program danperkhidmatan.dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula,pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. 1. Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan; · Penternakan · Perikanan · Pertanian / Perladangan · Perniagaan


IKATAN ASAS PENGAKAP


IKATAN DAN SIMPULAN PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN SIMPULAN Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak


1.Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas 2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali SIMPUL BELIT LUCUT/ Highwayman's hitch


LILIT BALAK (The Timber Hitch) Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya


IKATAN SILANG GUNTING (Sheer Lashing) Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih


IKATAN SERAYA (Square lashing) Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang


IKATAN SERONG (Diagonal Lashing) Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.


Click to View FlipBook Version