The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYAHIRA LIYANA BINTI RAHIMI, 2024-06-04 03:33:35

RENJANA ESTETIKA MELAYU KLASIK

RENJANA ESTETIKA MELAYU KLASIK

LMCR 1322 ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK NAMA PENSYARAH: DR. PUTEH NORAIHAN A. RAHMAN


ISI KANDUNGAN 1 2 - 7 8 - 11 12 - 15 16 - 18 19 -21 22 - 25 26 - 28 29 30 PENGHARGAAN MAKLUMAT PENULIS HIKAYAT RAJA BABI HIKAYAT SULTAN IBRAHIM IBN ADHAM HIKAYAT AMIR HAMZAH HIKAYAT LANGLANG BUANA SULALATUS SALATIN HIKAYAT PANJI KUDA SEMIRANG NAMA AHLI KUMPULAN RUJUKAN


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi khursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik ini. Insya-Allah dengan pengalaman menyiapkan tugasan ini dapat memberikan banyak impak positif kepada kami dari segi pengetahuan dan pemahaman serta dapat digunakan di masa akan datang. Di kesempatan ini, kami dari Kumpulan Renjana (Kumpulan 1) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Puteh Noraihan A. Rahman selaku pensyarah bagi kursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik kerana tidak putus memberikan bimbingan, dorongan dan panduan kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, Dr. Puteh Noraihan juga telah membantu memeriksa dan memberikan teguran yang membina kepada kami supaya dapat memperoleh hasil tugasan yang baik dan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap ahli kumpulan kami iaitu NUR AQILAH BATRISYIA BINTI HARISMAN, NUR SYASYA LIYANA BINTI ISMAIL, NUR SYAHIRA LIYANA BINTI RAHIMI, MUHAMMAD ALIEF ALI BIN MARZUAN SANI, MUHAMMAD ARIIQ BIN MOHD ZAMBRI dan MUHAMMAD FARIS MIRZA BIN ROZI kerana sangat tekun dan bekerja keras dalam melaksanakan kerja-kerja yang diberikan serta mempunyal sikap bersatu hat yang teguh dalam memberikan kerjasama yang utuh, cadangan yang baik dan idea yang bernas. Akhirulkalam, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga segala jasa semua pihak, diberikan ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T. 1


Nama diberi Nur Syahira Liyana binti Rahimi . Dilahirkan di Segamat, Johor pada tanggal 8 Januari 2002. Merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Statistik di Fakulti Sains dan Teknologi. MAKLUMAT PENULIS KE-1 2


MAKLUMAT PENULIS KE-2 Nur Aqilah Batrisyia Binti Harisman. Berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Jun 2001. Merupakan pelajar tahun 3 dalam bidang Fakulti Pendidikan, jurusan Sukan Dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. 3


MAKLUMAT PENULIS KE-3 Nama diberi Nur Syasya Liyana Binti Ismail. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tanggal 15 Januari 2001. Merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Sukan Dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia 4


MAKLUMAT PENULIS KE-4 Nama diberi Muhammad Alief Ali bin Marzuan Sani. Dilahirkan di Taiping, Perak pada 7 Februari 2001. Merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Sukan Dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia 5


MAKLUMAT PENULIS KE-5 Dihadiahkan nama Muhammad Faris Mirza Bin Rozi yang berasal dari Terengganu. Dilahirkan pada tanggal 16 Disember 2000 dan merupakan pelajar daripada Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. 6


MAKLUMAT PENULIS KE-6 Muhammad Ariiq Bin Mohd Zambri yang berumur 23 Tahun merupakan Anak Kelahiran Sarawak yang merantau menuntut ilmu di UKM. Dilahirkan pada 24 Oktober 2001 merupakan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 2021 hingga kini. 7


HIKAYAT RAJA BABI “Jangan menilai seseorang daripada luaran” . Itulah yang tergambar oleh Raja Babi . Seseorang yang lahir dengan fizikal haiwan kerana telah disumpah. Raja Babi telah dibuang keluarga kandungnya sejak lahir dan dijaga oleh keluarga angkat di hutan. Sikap kebijaksanaan dan adil baginda raja tidak dapat ditangani oleh Raja lain. Penuh dengan strategi menyebabkan rakyat jelatanya hidup dengan aman dan damai . Meskipun mempunyai pelbagai kelebihan, baginda raja tetap tidak berjaya mendapatkan sang puteri untuk dijadikan permaisuri kerana rupa parasnya seperti haiwan itu. USOP ABDUL KADIR 8


PANTUN HIKAYAT RAJA BABI Nama babi bukanlah binatang, Kisahnya pula menjadi tauladan, Sikapnya pula sentiasa tenang, Dengarlah ini tentang kebijaksanaan. Menjadi contoh rakyat dihutan, Ramai musuh sudah pasti, Raja Babi, lambang kebijaksanaan, Pasti tidak kalah mati. Setiap jejak menunjukkan tauladan, Seperti bayang mengikuti langkahnya, Walaupun wajahnya tiada keindahan, Mencari cinta tetap impiannya. Baginda bukanlah raja biasa, Bahasa haiwan adalah kelebihannya, Hidup janganlah membuang masa, Itulah pesanan darinya. Baginda penguasa yang tulus, Dalam tindakannya terpancar keadilan, Hubungan kekeluargaan jangan diputus, Barulah hidup mendapat keberkatan. Nukilan Nur Syahira Liyana 9


PANTUN HIKAYAT RAJA BABI Baginda berjalan dengan gagah, Sering menyebar pesan perdamaian, Jarang sekali melihatnya marah, Segalanya disampaikan dengan kelembutan. Waktu malam baginda keseorangan, Bila bercerita tidak berlebihan, Menggugah hati dalam kesombongan, Janganlah riak dengan kelebihan. Baginda penguasa baik hati, Anggota badannya terdapat penawar, Membantu rakyat sudah pasti, Rakyat kesusahan pantang didengar. Medan perang adalah kepakaran, Menanti puteri yang diinginkan, In SyaaAllah dengan berkat kesabaran, Cinta sejati pasti ditemukan. Raja Babi penuh strategi, Mencapai kejayaan pasti diingini, Janganlah dikau sombong meninggi, Jadikanlah teladan kisah ini. 10 Nukilan Nur Syahira Liyana


HIKAYAT RAJA BABI Dipetik dari https://www.goodreads.com/book/show/25401619-hikayat-raja-babi 11


HIKAYAT SULTAN IBRAHIM IBN ADHAM Watak Sultan Ibrahim Ibn Adham berdasarkan kisah seorang ahli sufi terkenal. Hikayat Abu Syamah, disadur daripada cerita dalam bahasa arab mengenai ketokohan Khalifah Umar yang merupakan seorang pemerintah yang adil. Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham ditulis berdasarkan kisah seorang ahli Sufi yang terkenal dalam mengembangkan agama Islam. Watak Ibrahim Ibn Adham yang sebenar ialah seorang rakyat biasa, tetapi dalam Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, beliau sebagai raja negeri Iraq. Hikayat ini bertemakan pengajaran ilmu tasawuf yang menekankan tentang kepentingan kerohanian dan ketakwaan manusia kepada Allah. Hikayat ini mengisahkan bahawa kepentingan keduniaan dan segala kemewahan akan melalaikan manusia daripada beribadat kepada Allah. 12


PANTUN HIKAYAT SULTAN IBRAHIM IBN ADHAM halia ini tanam - tanaman ke barat juga akan rebahnya dunia ini pinjam pinjaman ke akhirat juga akan sudahnya belatuk di atas dahan terbang pergi ke lain pokok hidup mati di tangan tuhan kepada allah kita memohon daun tetap di atas dulang anak udang mati dituba dalam kitab ada terlarang perbuatan haram jangan dicuba ramai orang menggali perigi ambil bulu lalu diikat ilmu dicari takkan rugi buat bekalan dunia akhirat pergi kepasar membeli meja tidak lupa membeli papan belajar ilmu dunia boleh sahaja tapi ilmu agama jangan dilupakan 13 Nukilan Nur Aqilah Batrisyia


PANTUN HIKAYAT SULTAN IBRAHIM IBN ADHAM Jalan - jalan ke kota baru tidak lupa membeli sabun solat itu lima waktu jangan sampai tertinggal satu pun buah mentimun buah bergetah hati - hati untuk memakannya jika suka tinggalkan ibadah sudah pasti masuk neraka pohon di kebun habis berbuah disambut masak buah rembaga mohon ampunkan dosa yang sudah hendak masuk ke dalam syurga letak bunga di atas dulang sisipkan daun hiasan tepinya banyak berdoa selepas sembahyang mohon diampun dosa di dunia pak kulup anak juragan mati diracun muntahkan darah hidup di dunia banyak dugaan kepada allah kita berserah 14 Nukilan Nur Aqilah Batrisyia


HIKAYAT SULTAN IBRAHIM IBN ADHAM Dipetik dari https://www.goodreads.com/book/show/25401619-antologi enam hikayat 15


HIKAYAT AMIR HAMZAH Amir Hamzah luka ditetak Bahaman dan dia dilarikan oleh kuda Asqar Dewa ke tempat seorang pengembala kambing. Malik Bahaman dibunuh Umar bin Hamzah. Asma Peri dan Quaraisy Peri dibawa Amir Hamzah pergi berjumpa Puteri Mihran Negara. Umar bin Hamzah pergi ke negeri Farkhari. Di sana dia digoda dan dibunuh oleh saudara perempuan Zubin. Hikayat ini bermula apabila Amir Hamzah yang menetap di Mekah membenarkan Raja Syadad kembali ke negerinya. Apabila menghampiri Mekah, Raja Syadad berbisik dalam hati, “sekiranya tidak disebabkan Raja Nusyirwan mengutuskan surat menyuruhnya ke Mekah, aku tidak akan dimalukan Hamzah Arab itu. Raja Nusyirwan punca segala-galanya dan aku patut membalas dendam kepadanya.” 16


SYAIR AMIR HAMZAH Dengarlah kisah sebuah riwayat Memerangi musuh sepanjang hayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Dibuatkan syair serta berniat Adalah pahlawan sebuah negeri Amir hamzah bijak bestari Bukit Qaf tempat melawan peri Asqar Dewa sebagai peneman diri Kabarnya orang gagah perkasa Suatu hari telah tercedera Dijaga oleh seorang pengembala Mengharapkan dapat ganjaran senjata Sepanjang Amir Hamzah diubati Asqar Dewa sedikit pun tidak lari Walau dihalau berkali-kali Seekor yang setia inilah bukti Dijemput oleh sahabat dan isteri Sahabat handai tidak dibeli Tidak bersua tapi tetap diingati Menemani hidup sentiasa disisi Nukilan Nur Syasya Liyana17


HIKAYAT AMIR HAMZAH Dipetik dari https://www.goodreads.com/book/show/25401619-hikayat-amir hamzah 18


HIKAYAT LANGLANG BUANA Buku "Hikayat Langlang Buana" adalah sebuah epik yang memikat, memperkenalkan kita pada tokoh utama, Langlang Buana, yang penuh dengan keberanian dan semangat pahlawan. Cerita ini mengisahkan perjalanan Langlang Buana melintasi dunia yang penuh misteri dan keajaiban, di mana dia perlu berhadapan dengan berbagai rintangan dan bertemu dengan makhluk-makhluk sakti serta karakter-karakter yang unik. Di samping semangat kental yang dipamerkan , Hikayat ini juga menyampaikan tentang moral yang mendalam seperti keberanian, kejujuran, dan kebijaksanaan. Langlang Buana bukan hanya sekadar pahlawan dalam cerita, tetapi juga merupakan simbol dari nilai-nilai yang penting dalam kehidupan seharian. 19


SYAIR LANGLANG BUANA Di rimba kara Yang tak terhingga Hikayat Langlang Buana Dalam jalinan kata Dalam syair Berpuitis tersusun Pengorbanan dan kebesaran Hati yang terpuji Langlang Buana Kisah keadilan Meniti lautan badai Menakluki rintangan Dalam setiap perbuatan Terpancar kearifan Kebijaksanaan yang agung Itulah Si Buana Di lembah mimpi Di puncak awan Hikayatnya menerangi Langit dan Bumi Syair menjadi sumpah setia Perbuatan yang mulia Itulah Hikayat Langlang Buana 20 Nukilan Muhammad Alief Ali


HIKAYAT LANGLANG BUANA Dipetik darhttps://id.scribd.com/document/630152911/HIKAYAT-LANGLANG-BUANAii 21


SULALATUS SALATIN “ SINGA DAN PENEROKAAN SINGAPURA “ Menurut kisah yang disampaikan dalam “Singa dan Penerokaan Singapura”, Seri Teri Buana melihat seekor binatang melompat kemudian ghaib daripada mata sekalian orang.Maka titah baginda “Apakah nama binatang serupa ini?”. Maka seorang tiada menyahut. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Tuanku, ada cetera patik dengar, yang demikian itu sifatnya, singa namanya tuanku”. Maka titah baginda, “Patutlah kita berbuat negeri tempat ini kerana binatang yang gagah pahlawan ada di dalam ini tanah”. Disebutlah Temasek itu ialah Singapura sampai sekarang kerana berasal dari kata Melayu "Singa" (lion) dan "Pura" (kota atau kampung) 22


SYAIR SULALATUS SALATIN Dengarlah wahai Putera puteri Suatu cerita sebuah negeri Ceritanya masyhur saudara saudari Cerita tentang raja dan negeri Lincah penari didepan tabir Seruling merdu alun dibibir Tersohor Temasek bangga penyair Kota Singapura nama terukir Negeri serantau bersatu bahgia Paduka raja mengajar rakyatnya Binatang melompat adalah sifatnya Makhota raja terus tertanya Tahana emas seorang penguasa Nasihat diberi harus dicakna Demang lebar terus berdirinya Menjawab pertanyaan seri teri buana Perahu belayar menuju Singapura Laut yang indah negerinya terjaga Sisa yang penuh di mulut raja Tunduknya rakyat tidak terhingga 23 Nukilan Muhammad Faris Mirza


SYAIR SULALATUS SALATIN Hutan batu berdiri megah, Raja dan rakyat tidak terserah, Di Temasek ada raja yang gagah, Rakyat bersatu dibawah pemerintah, Kota terancang tidak berganti, Gelap jenggala cerah berseri, Singapura dicipta penuh bererti, Rakyat jelata bersatu hati, Perahu berlayar begitu pantas, Suara nakhoda memerintah tegas, Aria buhpala bersujud tuntas, Rakyat jelata siap bergegas, Kaum bangsawan berpeluk bahu, Cendekiawan diskusi kisah Baharu, Makhota raja turun perahu, Para dayangnya turun memangku, Restu rakyat melalui baginda, Negara mundur semakin mara, Binatang gagah menjadi negara Kisah sebuah negeri Singapura, 24 Nukilan Muhammad Faris Mirza


SULALATUS SALATIN Dipetik daripada https://www.google.com/search? sca_esv=8ba817156fb0d14a&q=buku+sulalatus+salatin&uds 25


HIKAYAT PANJI KUDA SEMIRANG Hikayat ini mengisahkan ketabahan seorang puteri raja yang telah diusir dari kerajaan. Pengembaraan Raden Inu Katarpati, Putera Ratu Kuripan mencari tunangnya Galoh Cendera Kirana yang telah lari daripada istana kerana angkara ibu tirinya, Paduka Liku. Semasa mengembara kadang-kadang dua kekasih yang saling mencari ini pernah bertemu tetapi tidak mengenali antara satu sama lain kerana masing-masing menyamar. Akhirnya dua kekasih itu bertemu semula dan saling mengenali. Penyamaran terbongkar, mereka berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Dalam hikayat Panji Semirang juga jelas menunjukkan falsafah “kesetian cinta.” Kedua-dua kekasih yang saling mencintai akan berusaha menumpukan sepenuh taat setia kepada kekasihnya. Oleh kerana terpaksa, perkahwinan itu tidak membawa kebahagiaan kepada Raden Inu. Akhirnya Raden Inu melarikan diri daripada Daha. Galoh Cendera Kirana pula setia menunggu dan menanti saat petermuan dengan Kekasihnya Raden Inu Katarpati. 26


Assalamualaikum kalam bermadah, Berbicara tentang masa sudah, Suasana hiba mendatang telah, Memori bersama sahabatku semua. Di hujung petang di kala mentari, KisahPanji Semerang berkelana, semangat yang gagah meniti rimba , Menggapai impian, mengejar kebahagiaan. Panji Semerang, kuda yang setia, Menyusuri padang, membelah angin. Terpatri cita-cita yang tinggi, Menjadi juara, menyenangkan hati . Di bawah langit ,gemuruh ribut, Panji Semerang menari lincah, Seperti kilat di malam yang gelap, Mempersembahkan kehebatannya. Walau badai mengganas, datang hampiri, Panji Semerang tak gentar, ketakutan. Dengan keberanian yang membara, dia melangkah dengan teguhnya, jadi inspirasi, semangat yang sunyi. Kuda Panji Semerang, legenda takkan pudar, Terus berlari, mengarungi lautan , Waktu yang tak berkesudahan, Menjadi lambang kegigihan, Simbol keberanian yang abadi, Panji Semerang akan terus berkibar . SELOKA HIKAYAT PANJI KUDA SEMIRANG 27 Nukilan Muhammad Ariiq


HIKAYAT PANJI KUDA SEMIRANG 28


RUJUKAN 1. Usup Abdul Kadir. (2015). Hikayat Raja Babi. Buku Fixi. 2. Dr. Muhammad Yusoff Hashim. (2015) Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 3. Mohd Yusof Md Nor. (2016) Antologi Enam Hikayat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 4. Adinda Lestari Didik Purwanto. (2020) Hikayat LangLang Buana. Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta. 5. Abdul Latip Talib. (2008) Hikayat Amir Hamzah Jilid 2 :Asqar Dewa Bermata Tiga. Perpustakaan Negara Malaysia. 6. Dr. Luqman Ali dan Dr. M. S. Hutagalung (1973) Departmen Pendidikan Dan Kebudayaan Direktorat Jendral Kebudayaan, Jakarta, Indonesia 29


NUR AQILAH BATRISYIA BINTI HARISMAN (A185692) 1. NUR SYASYA LIYANA BINTI ISMAIL (A190445) 2. NUR SYAHIRA LIYANA BINTI RAHIMI (A187684) 3. MUHAMMAD FARIS MIRZA BIN ROZI (A192703) 4. MUHAMMAD ARIIQ BIN MOHD ZAMBRI (A187408) 5. MUHAMMAD ALIF ALI BIN MARZUAN SANI (A190456) 6. NAMA AHLI KUMPULAN 30


Click to View FlipBook Version