The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sains Sosial PPD Sibu, 2024-04-04 23:49:35

SEJARAH TING 5 BAB 4

SEJARAH TING 5 BAB 4

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula


KSSM SEJARAH TINGKATAN 5 SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 4 SISTEM PERSEKUTUAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


BAB 4: SISTEM PERSEKUTUAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 3 • Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA • Pembahagian Kuasa • Kuasa Kerajaan Persekutuan • Kuasa Kerajaan Negeri • Peranan Kerajaan Tempatan KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI • Pembangunan Sosioekonomi • Pemuliharaan Khazanah Negara • Penyediaan Perumahan Rakyat • Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI • Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan • Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri FAKTOR YANG MENGUKUHKAN SISTEM PERSEKUTUAN 04 01 02 03


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 4 4.1 LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ⮚ Memerihalkan latar belakang sistem persekutuan di negara kita


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu Antara unsur penting negara persekutuan - Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Pusat) dan Kerajaan Negeri serta pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 5 PENGENALAN 01 02 03


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 6 PEMBENTUKAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA Sistem persekutuan punya latar belakang sejarah tersendiri - bermula 1896 - 1963 PENGENALAN •Peluasan pengaruh British, sebuah Persekutuan terdiri daripada 4 buah negeri Melayu - ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895 •Persekutuan berkuat kuasa pada tahun 1896 – dikenali NNMB •Tidak punya agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri •Banyak keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur - pusat pentadbiran NNMB PERSEKUTUAN 1896 • Distruktur semula (1927) untuk perkemas tadbir urus persekutuan dan kukuhkan kedudukan British di negeri Melayu • Gambar di atas-nselepas tandatangani perjanjian penstrukturan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN 1927 01 02 03 04 • 1946, British satukan pentadbiran semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka bentuk sebuah kerajaan kesatuan - Kesatuan Malaya 1946 atau Malayan Union (MU) •Konsep kesatuan (MU) - pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British • MU dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad dan gagal diteruskan setelah dapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu KESATUAN MALAYA 1946 (MALAYAN UNION)


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 7 PEMBENTUKAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 •Gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah NNS - dikenali Persekutuan Tanah Melayu (PTM) terbentuk melalui Perjanjian PTM 1948 •Perjanjian PTM 1948 tetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri •Agihan kuasa peringkat persekutuan dan negeri - tanda bermula era moden amalan persekutuan di negara kita •Pesuruhjaya Tinggi British sebagai ketua persekutuan • Raja-raja Melayu perintah negeri ikut perlembagaan negeri masing-masing PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 • 31 Ogos 1957, muncul PTM yang merdeka •Persekutuan berasaskan Perjanjian PTM 1957 - wujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi licinkan pentadbiran negara yang berdaulat •Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan •Konsep persekutuan diperkukuh - sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen (peruntukan Perlembagaan PTM 1957) • 16 September 1963, (Perjanjian Malaysia) - Persekutuan terdiri daripada 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura dan 2 buah negeri Borneo, iaitu Sarawak dan Sabah •Persekutuan ini dinamakan Malaysia PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963 05 06 07 08 •Pembentukan sistem persekutuan di negara kita - penerusan tradisi sejarah •Berakar umbi daripada pemerintahan beraja dan berkait rapat dengan peluasan pengaruh British dalam pentadbiran negeri Melayu RUMUSANNYA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 8 SEJARAH KONFEDERASI NEGERI SEMBILAN 1895 1889 - Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi Seri Menanti dan bersetuju terima seorang Residen British 01 1895, satu perjanjian ditandatangani antara Yamtuan Besar Seri Menanti dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tunku Besar Tampin untuk tubuhkan sebuah konfederasi yang lebih besar - dikenali Negeri Sembilan 02 Mereka bersetuju terima Residen British bagi bantu pentadbiran konfederasi tersebut 03 Yamtuan Besar Seri Menanti, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (yang pertama – 1898). Martin Lister dilantik sebagai Residen pertama Negeri Sembilan 04 Konfederasi ialah gabungan antara negeri yang berdaulat dalam satu ikatan yang longgar. Kuasa negeri dikekalkan dan kedaulatan negeri terpelihara 05


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.4.5) Bermusyawarah penting dalam membuat sebarang keputusan. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 9


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 10 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Pembentukan sistem persekutuan di negara kita merupakan penerusan tradisi sejarah yang berakar umbi daripada pemerintahan beraja. Bincangkan.


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 11 4.2 KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ⮚ Menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri


01 Perlembagaan Persekutuan peruntukkan kuasa khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri - meliputi kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan 02 Pembahagian kuasa bertujuan licinkan sistem persekutuan dan elakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan 03 Peruntukan kuasa lebih besar diberikan pada peringkat persekutuan - wujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi jamin kestabilan dan kemajuan negara 06 Tiada peruntukan kuasa khusus kepada Kerajaan Tempatan, sebaliknya Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri 05 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya (1999) - keadaan Kuala Lumpur semakin sesak dengan pembangunan dan pertambahan penduduk 04 2000, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan tandatangani perjanjian - jadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan. Nama Putrajaya diambil bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 12 PEMBAHAGIAN KUASA Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 peringkat - Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan PENGENALAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 13 KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN Kuasa Kerajaan Persekutuan - meliputi perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Persekutuan Senarai Persekutuan jelaskan kuasa Kerajaan Persekutuan yang luas - meliputi skop kepentingan nasional, merangkumi semua aspek perkhidmatan berhubung dengan pentadbiran negara Peringkat persekutuan – institusi berkuasa membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia ialah Parlimen Antara kandung Senarai Persekutuan: • Hal ehwal luar negeri • Pertahanan • Keselamatan dalam negeri • Pentadbiran keadilan • Kewarganegaraan • Kewangan • Perhubungan dan pengangkutan • Pelajaran • Perubatan dan kesihatan 01 02 03 04


Setiap negeri punyai Dewan Undangan Negeri (DUN) - berkuasa untuk gubal undang-undang bagi negeri Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri - meliputi perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Negeri BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 14 KUASA KERAJAAN NEGERI Antara kandung Senarai Negeri : • Undang-undang Islam • Tanah • Pertanian dan perhutanan • Kerajaan tempatan • Hari kelepasan negeri


PERUNTUKAN TAMBAHAN SENARAI BERSAMA •Senarai Bersama – perkara membolehkan Parlimen dan DUN gubal undang-undang untuk perkara yang sama •Sekiranya ada percanggahan, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen harus dipatuhi •Antara kandungan Senarai Bersama: ✔ Kebajikan awam ✔ Biasiswa ✔ Perlindungan haiwan liar dan taman negara ✔ Perancangan bandar dan luar bandar ✔ Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit ✔ Kebudayaan dan sukan ✔ Perumahan •Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa tambahan - sesuai dengan kemasukan negeri berkenaan dalam Persekutuan Malaysia •Antara tambahan Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah: ✔ Undang-undang dan adat anak negeri ✔ Mahkamah Anak Negeri ✔ Kereta api di Sabah •Antara tambahan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah: ✔ Undang-undang diri berhubung dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan anak, nafkah dan sebagainya berkaitan dengan undangundang keluarga ✔ Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak dan pencegahan penyakit tumbuhan ✔ Pilihan raya bagi Dewan Negeri


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 16 PERANAN KERAJAAN TEMPATAN Kerajaan Tempatan - merupakan kerajaan peringkat ketiga (diberi kuasa untuk tadbir dan laksanakan tanggungjawab dalam sesebuah kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan) Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan – PBT) berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kerajaan Tempatan perantara - Kerajaan Negeri dengan rakyat - beri perkhidmatan kepada penduduk setempat Fungsi Kerajaan Tempatan - digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], merangkumi semua jenis Kerajaan Tempatan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah 01 02 03 04


17 PERANAN KERAJAAN TEMPATAN Menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan Menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat Menyediakan kemudahan awam Menyenggara sistem saliran Menyediakan perkhidmatan kecemasan Menyenggara jalan raya Mengindahkan kawasan Menjaga kesihatan awam Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja Menyediakan perkhidmatan pembersihan Membangunkan perumahan awam ANTARA FUNGSI KERAJAAN TEMPATAN (PIHAK BERKUASA TEMPATAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


01 Pembahagian kuasa dalam sistem Persekutuan – penting untuk wujudkan pentadbiran sistematik bagi licinkan tadbir urus negara 02 Setiap peringkat kerajaan persekutuan punyai peranan bentuk pentadbiran berwibawa bagi kemajuan bangsa dan negara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 18 RUMUSANNYA


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.4.6) Pentadbiran yang sistematik penting demi kemajuan negara. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 19


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 20 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang lebih banyak kepada Kerajaan Persekutuan?


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 21 4.3 KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ⮚ Menghuraikan bentuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri


01 02 03 04 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting - pastikan segala usaha pembangunan dapat berikan manfaat demi kesejahteraan rakyat Kerjasama meliputi aspek pembangunan sosioekonomi, pemeliharaan khazanah negara, perumahan dan keselamatan Bagi jayakan pembangunan sosioekonomi, Kerajaan Persekutuan tubuhkan agensi – berikan bantuan kewangan dan kepakaran kepada Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri sediakan tanah untuk pembangunan kerana tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 22 KERJASAMA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI


01 03 05 04 02 Awal kemerdekaan, kerjasama sosioekonomi tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ Kejayaan FELDA dorong Kerajaan Persekutuan tubuhkan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada tahun 1966 untuk satukan, pulihkan dan bangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh negara 1956, Kerajaan Persekutuan tubuhkan Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk urus dan salurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha laksanakan rancangan pembangunan tanah baharu Segitiga Jengka ialah ilham Tun Abdul Razak Hussein. Segitiga Jengka merupakan Rancangan Pembangunan Wilayah pertama diusahakan oleh FELDA pada tahun 1966 yang merangkumi tiga daerah, iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran, Pahang Pembangunan In-Situ tekankan pembangunan fizikal desa - sediakan kemudahan asas, rumah rakyat dan pusat pertumbuhan ekonomi desa BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 23 A) PEMBANGUNAN TANAH


01 • 1970, kerjasama sosioekonomi diperluas kepada pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan kawasan • Kerajaan Persekutuan buka kawasan lebih luas di beberapa buah negeri - bangunkan wilayah baharu 02 Agensi pembangunan di Sarawak: • Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) • Lembaga Penyatuan Pemuliharaan • Tanah Sarawak • (SALCRA) 03 Agensi pembangunan di Sabah: • Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 24 B) PEMBANGUNAN WILAYAH


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 25 C) PEMBANGUNAN KORIDOR WILAYAH 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan Pembangunan Koridor Wilayah merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat - wujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah Pelan projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang dikenali sebagai Iskandar Malaysia (Rancangan Pembangunan Iskandar) Cerna Minda Mengapakah negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah? 01 02 03


Bagi kekalkan warisan biodiversiti untuk kepentingan generasi kini dan akan datang, kerajaan pada setiap peringkat bekerjasama wujudkan rangkaian kawasan perlindungan seperti taman negara dan taman laut Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kekayaan flora dan fauna BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 26 02 KERJASAMA PEMULIHARAAN KHAZANAH NEGARA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 27 A) PENGURUSAN TAMAN NEGARA Bagi kukuhkan kerjasama ini, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] diwujudkan pada tahun 1972 Antara tahun 1972 -1978, Kerajaan Persekutuan ambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia 2010, akta ini digantikan dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang dikenali sebagai Akta 716 Jabatan Mergastua dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Pengurusan Taman Negara di Sarawak terletak di bawah pengurusan Perbadanan Perhutanan Sarawak manakala Taman Negara di Sabah terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pengurusan hidupan liar dan taman negara merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri 01 02 03 04 05 06


01 02 03 04 05 06 07 08 Penyelarasan pentadbiran taman laut dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 2018, pengurusan taman laut dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia Contoh Taman Laut di bawah Pengurusan Taman-Taman Sabah ialah Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu dan Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan Kerajaan Persekutuan bentuk dasar berkaitan taman laut. Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau Jabatan Taman Laut Malaysia (2007) - agensi Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab secara keseluruhan dalam dasar pengurusan taman laut di Malaysia Kawasan perlindungan marin di perairan Sabah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui agensinya, iaitu TamanTaman Sabah Hidupan Laut - 4 daripada spesies penyu dunia boleh dijumpai di perairan Malaysia, 2 daripadanya ialah Penyu Karah dan Penyu Hijau Bagi pulihara khazanah laut, 42 buah pulau di perairan Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Labuan diwartakan - taman laut (1994) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 28 B) PENGURUSAN TAMAN LAUT


01 Perumahan - di bawah kuasa bersama (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) 02 Pelbagai strategi dan langkah kerjasama diambil oleh kerajaan - pastikan rakyat memiliki rumah sendiri 03 Awal kemerdekaan - Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama sediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 29 KERJASAMA PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT


01 Kerajaan Persekutuan tubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (1964) - giatkan usaha sediakan perumahan kos rendah 02 Kerajaan Negeri sediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk bina rumah BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 30 A) PERUMAHAN AWAL KEMERDEKAAN Pembinaan perumahan di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1950-an


Kerajaan Negeri tubuhkan agensi pembangunan negeri - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak - bina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah Kerajaan Negeri perkenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) melalui peruntukan kewangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan 1970, Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi bina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah Kerajaan kenal pasti sediakan perumahan bukan sahaja untuk selesaikan masalah kekurangan rumah tetapi juga sebagai Langkah hapuskan kemiskinan Kerajaan Persekutuan laksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) (1997) - bina perumahan awam di seluruh negara 01 02 03 05 04 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 31 B) PERUMAHAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEMISKINAN


PowerPoint Presentation 04 01 03 02 Antara program peringkat negeri termasuklah: • Rumah Selangorku • Rumah Mampu Milik Johor Antara program peringkat Persekutuan termasuklah: • Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA) • Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tubuhkan pelbagai agensi serta perkenalkan program khusus - bolehkan golongan pertengahan memiliki rumah 2014, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk rangka strategi sediakan perumahan mampu milik BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 32 C) PERUMAHAN MAMPU MILIK


✔ Keselamatan dan pertahanan negara - di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan ✔ Keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala pertahanan negara di bawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) 01 02 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 33 KERJASAMA JAMIN KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA ✔ Kedua-dua aspek tersebut diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ✔ Kerajaan Persekutuan adakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri untuk pastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terpelihara - wujudkan kawasan keselamatan khas di Sarawak dan Sabah


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 34 A) PEMERINTAHAN KESELAMATAN RAJANG DI SARAWAK Pada tahun 1995, RASCOM dibubarkan dan semua operasi keselamatan di Sarawak diselaraskan di bawah MKN Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui RASCOM merupakan strategi yang berjaya pulihkan serta kekalkan keselamatan dan keamanan di bahagian tengah Sarawak Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM - tanggungjawab selaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM Ancaman komunis semakin meningkat di Sarawak, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua (Pengerusi Majlis Keselamatan Negara) isytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) atau Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972 01 02 03 04 05


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) - akibat pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah (12 Februari 2013) Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelbagai bentuk perlihatkan usaha ke arah kesejahteraan rakyat Misi ESSCOM untuk tingkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan Kerjasama ini berikan iktibar kepada kita tentang kepentingan gembleng fikiran, tenaga dan usaha untuk bangunkan negara ESSCOM tambah baik aspek keselamatan buktikan komitmen kerajaan pada setiap peringkat - usaha kembalikan semula ketenteraman demi kesejahteraan rakyat Sabah ESSCOM bertanggungjawab awasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah - dikenali sebagai Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE- Zon Keselamatan Timur Sabah) 01 02 03 04 05 06 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 35 B) KAWASAN KESELAMATAN KHAS PANTAI TIMUR SABAH


ESCOM


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.4.7) Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri teras kemakmuran negara. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 37


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 38 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Mengapakah negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah?


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 39 4.4 FAKTOR YANG MENGUKUHKAN SISTEM PERSEKUTUAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ⮚ Menganalisis faktor-faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 40 KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENGUKUHKAN PERSEKUTUAN Kekukuhan sistem persekutuan berkait rapat - konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan penyelarasan yang baik (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) Sejak merdeka, Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undangundang tertinggi - mentakrifkan prinsip persekutuan dan pentadbiran negara Undang-undang digubal oleh Parlimen dan DUN tidak boleh bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Prinsip keluhuran Perlembagaan yang dijunjung ini kukuhkan sistem persekutuan di negara kita Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan - jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan, maka undangundang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri Parlimen dan DUN tidak boleh gubal undang-undang yang bercanggah antara satu sama lain. Perlembagaan Persekutuan jadi rujukan utama apabila berlaku ketidakselarasan (undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri) 01 02 04 03 05 06


MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI • Dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri • Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan 01 02 03 04 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 41 PENYELARASAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI MAJLIS YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • Perlembagaan Persekutuan peruntukkan penubuhan Majlis Negara untuk selaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri • Contoh Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan MAJLIS YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN • Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dibuat melalui majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan • Contoh Majlis Keselamatan Negara, Majlis Air Negara dan Majlis Perumahan Negara • Majlis Kewangan Negara tadbir hal ehwal berkaitan dengan kewangan - pemberian wang, bayaran cukai dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri • Majlis Tanah Negara bentuk dasar dan kawal penggunaan tanah - kegiatan pertanian, perlombongan, perhutanan dan sebagainya • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri - bangunkan Kerajaan Tempatan


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 42 KESIMPULANNYA Pembahagian kuasa pemerintahan (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) wujudkan kerjasama - capai kemajuan dalam pelbagai bidang Pembahagian kuasa merupakan pendekatan terbaik - jamin kekuatan, kekuasaan dan kestabilan negara Rakyat dan pemimpin semua peringkat perlu tunaikan tanggungjawab masingmasing untuk pastikan sistem persekutuan bawa kemakmuran kepada negara Keberkesanan penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat jamin sistem persekutuan beroperasi dengan berkesan Sejak merdeka, prinsip persekutuan sumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri dan berikan manfaat kepada kesejahteraan negara buktikan kepentingan musyawarah dalam buat keputusan untuk kemajuan negara Sistem persekutuan di negara kita terbentuk berdasarkan landasan sejarah tersendiri 01 02 03 04 07 06 05


APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.4.8) Membangun dan memajukan negara adalah tanggungjawab bersama. Bahaskan. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 43


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 44 APLIKASI KBAT CAKNA MINDA Sistem persekutuan yang kukuh di negara kita berkait rapat dengan konsep keluhuran Perlembagaan. Bincangkan.


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 45 LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 4 #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA


1. Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan? A. Undang-undang Islam B. Tanah C. Pertanian dan perhutanan D. Perubatan dan kesihatan 2. Manakah antara berikut merupakan peringkat pentadbiran Kerajaan Malaysia? A. Kerajaan Pusat B. Kerajaan Daerah C. Kerajaan Tempatan D. Kerajaan Rakyat 3. Kerjasama pembangunan sosioekonomi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melibatkan... A. Pengurusan Taman Negara B. Pembinaan Perumahan Mampu Milik C. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah D. Pembangunan Tanah 4. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013? A. Ops Sempadan dilancarkan B. Ops Daulat dilaksanakan C. Penubuhan ESCOM D. Melancarkan serangan balas Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 46 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)


5. Apakah program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan rumah pada tahun 1970? A. Program Rumah Mesra Rakyat B. Program Perumahan Rakyat (PPR) C. Tubuhkan Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA) D. Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 6. Antara berikut yang manakah merupakan Taman Laut di bawah Pengurusan Taman-Taman Sabah? A. Taman Pulau-Pulau Sapi, Sandakan B. Taman Pulau Sipadan, Lahad Datu C. Taman Marin Sabah D. Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu 7. Apakah faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan? A. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri B. Melalui penggubalan undang-undang C. Peranan Yang di-Pertuan Agong D. Konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan 8. Majlis yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ialah… A. Majlis Tanah Negara B. Majlis Keselamatan Negara C. Majlis Air Negara D. Majlis Perumahan Negara Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 47 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)


1. Rajah di bawah menunjukkan pembahagian kuasa pentadbiran dalam Sistem Persekutuan di negara kita a) Senaraikan dua kuasa Kerajaan Persekutuan (2m) i) …………………………………………….………………. ii) ……………………………………………………………. b) Nyatakan dua perkara di bawah kuasa Kerajaan Negeri (2m) i) ..............................………………………………………. ii) ……………….……………………………………………. c) Jelaskan kerajaan manakah yang paling hampir dengan rakyat? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. e) Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran yang kukuh dan stabil di negara kita. Buktikan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 48 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR


2. Peta di bawah menunjukkan rancangan Pembangunan Koridor Wilayah a) Bila rancangan Pembangunan Koridor Wilayah dilaksanakan? (1m) ……………………………………………………………… b) Namakan dua negeri atau wilayah yang terlibat dalam rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. c) Mengapakah rancangan Pembangunan Koridor Wilayah diwujudkan di seluruh Malaysia? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Kerjasama sosioekonomi melalui Pembangunan Koridor Wilayah ini adalah berlandaskan…. (1m) ………………………………………………………………. d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia tidak terlibat dalam rancangan Pembangunan Koridor Wilayah? (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 49 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR


TERIMA KASIH BPK Peneraju Pendidikan Negara Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/ Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula


Click to View FlipBook Version