The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sains Sosial PPD Sibu, 2024-04-04 23:23:15

SEJARAH TING 5 BAB 1

SEJARAH TING 5 BAB 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KSSM SEJARAH TINGKATAN 5 Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula


BAB 1 KEDAULATAN NEGARA SEJARAH TINGKATAN 5 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


01 02 03 04 • Takrif Kedaulatan • Pandangan Tokoh • Jenis Kedaulatan KONSEP KEDAULATAN • Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi • Mengekalkan Perpaduan Kaum • Memupuk Patriotisme • Mengukuhkan Pertahanan Negara LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 3 BAB 1: KEDAULATAN NEGARA • Keberkesanan Pentadbiran • Kemakmuran Ekonomi • Kesejahteraan Sosial • Kecemerlangan Hubungan Luar Negara KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT • Mempunyai Pemerintahan • Mempunyai Sempadan • Mempunyai Perundangan • Mempunyai Rakyat CIRI NEGARA YANG BERDAULAT KEDAULATAN NEGARA


1.1 KONSEP KEDAULATAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menyatakan konsep kedaulatan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 4


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 5 01 KERAJAAN ALAM MELAYU Abad 01-16 02 KESULTANAN MELAYU MELAKA 1400-1511 03 ZAMAN PENJAJAHAN 1511-1957 04 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MERDEKA 31 OGOS 1957 05 PERSEKUTUAN MALAYSIA 16 SEPT 1963 • Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara KEDAULATAN Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 pula mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat TAKRIF KEDAULATAN


01 02 03 04 KERAJAAN ALAM MELAYU Sistem Beraja Pusat dan Wilayah Konsep Dewaraja Raja berkuasa mutlak ZAMAN PENJAJAHAN Raja hilang kuasa, hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 Sistem Raja Berperlembagaan 05 PERSEKUTUAN MALAYSIA Sistem Raja Berperlembagaan KESULTANAN MELAYU MELAKA Sistem Beraja Sistem Pembesar Empat Lipatan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 6 PERUBAHAN SISTEM BERAJA DI NEGARA KITA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 7 Perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan BAHASA ARAB Dalam bahasa Inggeris, kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan BAHASA INGGERIS Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara BAHASA MELAYU Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka BAHASA YUNANI Kesimpulannya, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka 01 02 03 04 TAKRIF KEDAULATAN MENGIKUT BAHASA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 8 01 Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang ARISTOTLE (AHLI FALSAFAH YUNANI) 03 Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya JEAN BODIN (AHLI FALSAFAH POLITIK PERANCIS) 05 Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing TUN DR. MOHAMED SALLEH ABAS (MANTAN KETUA HAKIM NEGARA) sesebuah Kedaulatan negara merupakan berasaskan kekuatan semangat dan kekuasaan kekitaan 02 bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama IBNU KHALDUN (ILMUWAN ISLAM) 04 Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat TUNKU ABDUL RAHMAN (PERDANA MENTERI PERTAMA) Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara merdeka untuk menjalankan pemerintahan serta melaksanakan undang-undang PANDANGAN TOKOH


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JENIS KEDAULATAN • Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara dan wujud sejak tamadun awal manusia • Kedaulatan negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu • Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja • Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi • Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat KEDAULATAN TRADISIONAL • Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis • Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan • Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa pula lahir hasil gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963 KEDAULATAN MODEN • Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi • Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur • Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang • Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • Kedaulatan antarabangsa merujuk pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain • Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa • Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat KEDAULATAN ANTARABANGSA 9 01 02 03 04 JENIS KEDAULATAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 10 MALAYSIA YANG BERDAULAT


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 11 APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.1.5) Kebijaksanaan kunci utama dalam menghadapi cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara. Bahaskan.


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 12 Rakyat dan pemimpin perlu berkerjasama dalam menghadapi cabaran untuk mempertahankan negara demi mengekalkan kedaulatan negara kita. Bincangkan.


CABARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 13


1.2 CIRI NEGARA YANG BERDAULAT Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menerangkan ciri-ciri negara berdaulat BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 14


CIRI-CIRI NEGARA YANG BERDAULAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 15 • Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi • Malaysia: Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan, Perdana Menteri (Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen) MEMPUNYAI PEMERINTAHAN • Sempadan ialah garis pemisah antara negeri atau negara • Malaysia kongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina yang diakui oleh PBB MEMPUNYAI SEMPADAN • Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara • penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat • Asas sistem perundangan negara kita ialah Perlembagaan Persekutuan • Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita MEMPUNYAI PERUNDANGAN • Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara dan terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah • Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam yang disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama MEMPUNYAI RAKYAT 01 02 03 04


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 16 APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.1.6) Kedaulatan negara penting untuk dipertahankan. Bersetujukah anda? Jelaskan pendirian anda.


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 17 Ciri negara berdaulat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik dan tersendiri di dunia. Bincangkan.


KEUNIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 18


1.3 KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menjelaskan akan pentingnya mewujudkan negara berdaulat BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 19


KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 20 01 02 03 04 KEMAKMURAN EKONOMI • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi • Selepas merdeka pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan melalui pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara KECEMERLANGAN HUBUNGAN LUAR NEGARA • Kedaulatan memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain melalui penggubalan dasar luar negara kita • Selain dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain, negara juga dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk kepentingan negara KEBERKESANAN PENTADBIRAN • Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan oleh Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran KESEJAHTERAAN SOSIAL • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat agar dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan • Beberapa perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum


MALAYSIA YANG BERDAULAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 21


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 22 APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.1.7) Menghormati kepelbagaian budaya dan agama penting dalam mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia. Bahaskan.


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 23 Kedaulatan penting dalam menentukan bentuk sistem pentadbiran negara kita pada masa kini. Bincangkan.


1.4 LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: ➢ Menghuraikan langkah-langkah pemerintah dan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 24


KESTABILAN POLITIK DAN KEMAKMURAN EKONOMI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 25 PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK SERTA KEMAKMURAN EKONOMI RAKYAT PEMERINTAH MEP RE NI TAH RAKYAT • Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik • Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua • Mematuhi undang-undang negara • Mewujudkan pentadbiran yang cekap • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran • Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan 01 02


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 26 • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan RAKYAT PEMERINTAH MEP RE NI TAH RAKYAT • Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional • Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan kaum • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia • Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM 01 02 MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 27 Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara • Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan PEMERINTAH RAKYAT • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku • Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA UNTUK MEMUPUK PATRIOTISME 02 01 MEMUPUK PATRIOTISME


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 28 Pemerintah dan rakyat bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Pertahanan negara penting untuk mengekalkan kedaulatan negara • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa PEMERINTAH RAKYAT • Peka terhadap isu keselamatan negara, contohnya memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara • Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara • Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan untuk mempertahankan negara • Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara PEMERINTAH DAN RAKYAT PERLU BEKERJASAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA 02 01 MENGUKUHKAN PERTAHANAN NEGARA


MALAYSIA YANG BERDAULAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 29


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 30 APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K12.1.8) Identiti negara penting untuk dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. Bahaskan.


APLIKASI KBAT CAKNA MINDA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 31 Buktikan hubungan pemerintah dan rakyat yang mantap mampu mengekalkan kedaulatan negara.


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 32 LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 5 “Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti bersabar dengan apa yang kamu benci” (Imam Ghazali) #USAHATANGGAKEJAYAAN #SELAMATMAJUJAYA


1. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab? A. Negara yang bebas dan merdeka B. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan C. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara D. Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan 2. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara? A. Menjadi kuasa politik unggul di dunia B. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera C. Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa 3. Apakah tafsiran kedaulatan mengikut pandangan Tunku Abdul Rahman? A. Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan B. Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka C. Kedaulatan ialah kuasa tertinggi dalam sesebuah negara D. Kedaulatan adalah kemerdekaan 4. “Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya urusan negara”. Penyataan di atas merujuk kepada A. Kedaulatan Moden B. Kedaulatan Tradisional C. Kedaulatan Antarabangsa D. Kedaulatan Undang-Undang Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 33 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)


5. Apakah ciri negara yang berdaulat? A. Mempunyai pusat pentadbiran B. Mempunyai sempadan C. Mempunyai tentera yang kuat D. Mempunyai parlimen 6. Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Berparlimen? A. Pemerintahan yang mempunyai Raja dan Perdana Menteri B. Demokrasi yang membenarkan rakyat memilih pemimpin C. Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya D. Demokrasi ialah pilihan raya yang diadakan empat tahun sekali 7. Bagaimanakah Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara lain? A. Melalui Perdagangan Antarabangsa B. Melalui Perjanjian C. Melalui Kerjasama Politik D. Melalui penggubalan dasar luar negara 8. Siapakah yang memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara? A. Polis dan tentera B. Raja dan pemimpin tempatan C. Pemerintah dan rakyat D. Rakyat Malaysia yang patriotik Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 34 SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)


1. Kedaulatan negara kita dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 memantapkan lagi negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat. a) Senaraikan dua tokoh yang memberikan tafsiran mereka tentang kedaulatan bersesuaian dengan zamannya. (2m) i) ……………………………………………………………. ii) ……………………………………………………………. b) Jelaskan maksudkan kedaulatan berdasarkan: i) Bahasa Yunani: ....………………………………………. ii) Bahasa Arab: ……………………………………………. c) Nyatakan jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah negara? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. e) Buktikan hubungan pemerintah dan rakyat mampu mengekalkan kedaulatan negara. (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 35 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR


2. Patriotisme merupakan nadi kepada kebebasan, kestabilan dan kemajuan bagi sesebuah negara. a) Apakah yang dimaksudkan dengan patriotisme? (2m) ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… b) Mengapa semangat patriotisme penting untuk dipupuk dalam kalangan masyarakat dan generasi muda? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda menzahirkan rasa cinta anda terhadap negara? (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 36 Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan SOALAN STRUKTUR


TERIMA KASIH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula Unit Sejarah +603-8884 2000 [email protected] http://bpk.moe.gov.my/ BPK Peneraju Pendidikan Negara


Click to View FlipBook Version