The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Farhan, 2024-03-10 21:44:44

MUHAMMAD HAJI SALLEH

Tokoh sasterawan negara

Nama sebenar : Muhammad bin Haji Salleh Nama samaran :Muhammad Salleh Tarikh lahir : 26 Mac 1942 Tempat lahir : Taiping, Perak Pendidikan : Mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di High School Bukit Mertajam Maktab Melayu Kuala Kangsar Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England 1963 menyambung pendidikan di Universiti Malaya 1970 Mempunyai Ijazah Sarjana Sastera mendapat Ph. D di Universiti Michingan, Amerika Syarikat pada tahun 1977 MUHAMMAD SALLEH LATAR BELAKANG “Muhammad Salleh”


Bertugas sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun Beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, Beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Beliau pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship ’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda. Beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays (1977) dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat (1977 - 1978) ; pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu ; Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu. Kemudian menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun (1978). Muhammad menjadi “Asian Scholar in Residence ” di Udiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II (1977) Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu sumbangan


Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm. Sajak-sajak Pendatang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 62 hlm. Buku Perjalanan Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, 74 hlm. Ini Juga Duniaku, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 83 hlm. Times and Its people, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 80 hlm. The Travel Journals of Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 72 hlm. Pilihan Puisi Baru Malaysia – Indonesia (Peny.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm. Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1981, 88 hlm. Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm. Dari Seberang Diri, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982, 70 hlm. Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Denpasar: Yayasan Sanggar Seniman Muda Bali, 1983, 85 hlm. Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm. Karya


Click to View FlipBook Version