The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Farhan, 2024-02-28 06:04:58

KESUSASTERAAN MELAYU : AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Tugasan 1 : Penghasilan Produk

Kesusasteraan Melayu K E S U S A S T E R A A N D A N K E B U D A Y A A N M E L A Y U B M M B 1 1 0 4 | I P G K D A


NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD RASHID ANGKA GILIRAN : 2023182310012 UNIT : BAHASA MELAYU KOD & NAMA KURSUS : BMMB1104 (KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU) NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD YAZI BIN KERYA


Isi kandungan 1.Konsep 2.Fungsi 3.Akal budi dalam puisi tradisional a.Pantun b.Syair c.Seloka d.Gurindam 4.Rumusan 5.Rujukan


Sastera berasal dari bahasa Sanskrit, “castra” yang bermaksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa maksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera Melayu merujuk kepada hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas atau puisi. Ia melibatkan penggunaan bahasa yang bersifat kreatif dan menggambarkan kehalusan bahasa masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Konsep sastera


Fungsi Kesusasteraan Melayu Karya sastera merupakan satu medium untuk menyampaikan nasihat/pesanan, menyebarkan moral, dan memberi pengajaran serta dapat mengubah pemikiran sesorang Hiburan dalam sastera terhasil dari keindahan kata-kata yang disusun yang mampu membelai emosi pendengarnya Hiburan merupakan satu keperluan di dalam kehidupan Berfungsi menyebarkan pengetahuan mengenai tuhan, hukum agama dan sebagainya. Dakwah yang disebarkan dalam bentuk sastera lebih mudah difahami dan dihayati HIBURAN PENDIDIKAN DAKWAH


Fungsi Kesusasteraan Melayu Merupakan satu medium untuk menerapkan semangat perpaduan dalam masyarakat Mengelakkan dari berlakunya perbalahan kaum Sastera merakamkan kehidupan manusia dalam bentuk bahasa dari sudut pandang yang berbeza. Digunakan untuk menegur, mengkritik, dan menyampaikan mesej tertentu. Sebagai alat untuk mengajar undangundang kehidupan tidak bertulis bertujuan menjaga kesejahteraan hidup Contohnya adab, pantang larang, dan sebagainya INSTRUMEN PERPADUAN KRITIKAN SOSIAL ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN


AKAL BUDI Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Akal budi dapat dilihat dari empat aspek utama iaitu : Pemikiran (proses mencari makna & memahami sesuatu) Pertuturan (sifat kesantunan) Perlakuan (tingkah laku yang berhemah dan baik) Gaya hidup (perihal menjalani kehidupan)


AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


PANTUN Pada rangkap pembayang, bunga melati menandakan sesuatu yang indah disimpan di dalam almari. Meskipun bunga tersebut disimpan di dalam almari, namun pada akhirnya bunga tersebut tetap akan layu. AKAL BUDI : Pada rangkap maksud pula, pengarang memujuk supaya kita tidak bersedih jika terjadinya perpisahan, kerana seperti bunga melati yang disimpan di dalam almari pasti akan layu jua, sesuatu yang mempunyai permualaan pasti akan mempunyai pengakhiran juga. Putih-putih si bunga melati, Melati disimpan di dalam lemari; Janganlah dikau bersedih hati, Meski perpisahan datang menghampiri. JENIS PANTUN : Pantun perpisahan


PANTUN Kain batik merupakan sejenis pakaian tradisional orang Melayu yang dipakai oleh wanita. Kain kasa terbahagi kepada dua iaitu kain yang digunakan dalam perubatan untuk merawat luka, dan kain kasa untuk membuat pakaian yang bersifat ringan dan enak dipakai. AKAL BUDI : Jadi, akal budi dalam pantun ini dapat dilihat pada rangkap maksud iaitu apa guna kecantikan luaran seperti kain batik jika tidak dipasangkan dengan budi bahasa seperti kain kasa yang sifatnya ringan dan enak dipakai. Apa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa. JENIS PANTUN : Pantun budi


PANTUN Rangkap pantun ini menceritakan mengenai adat perkahwinan mengikut Islam dalam masyarakat Melayu. Jika seseorang itu berhajat kepada seorang wanita untuk dijadikan calon isteri, maka dianjurkan untuk merisik dan meminang wanita tersebut menjadi isterinya yang sah. AKAL BUDI : Perkara ini mendidik masyarakat Melayu supaya menyatakan hasrat baik dengan penuh adab untuk menjaga kehormatan wanita. Buah berangan di rumpun pisang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan samalah berbincang, Tanda diri beradat budaya. JENIS PANTUN : Pantun adat


PANTUN Rangkap pembayang menggunakan unsur haiwan iaitu katak untuk menarik minat kanak-kanak mendengar pantun tersebut Manakala rangkap maksud mengandungi suruhan kepada kanak-kanak yang dipanggil adik (iaitu panggilan manja) untuk mandi dan membersihkan diri. AKAL BUDI : Lompat si katak lompat, Lompat dalam perigi; Cepat adik cepat, Pergi mandi cuci gigi. JENIS PANTUN : Pantun kanak-kanak


SYAIR Dari contoh syair agama pendek tersebut kita boleh membuat kesimpulan bahawa mengikuti hawa nafsu itu tidak akan membuat kita merasa cukup. Kita akan sentiasa merasa kurang dan kekurangan itulah yang membuat kita lelah. Kelelahan yang menyebabkan hidup terasa berat, jiwa tidak terawat dan membuat hati yang seharusnya bersih malah menjadi berkarat, rosak, iri dan dengki. AKAL BUDI : Lelah diri mengikuti syahwat, Jalani hidup juga semakin berat, Jiwa semakin tak terawat, Hati rosak berkarat. JENIS SYAIR : Syair agama


SYAIR Syair agama 4 bait ini juga boleh kita jadikan peringatan. Sudah seharusnya kita menjadikan kelalaian kita, dosa-dosa yang sudah kita lakukan sebagai penyemangat dalam melakukan kebaikan, serta bertaubat kepada Tuhan. Kerana hanya dengan bertaubat itulah Tuhan akan sayang dengan hambanya, mengabulkan semua doa-doa yang sudah dipanjatkan. AKAL BUDI : Ingatlah akan dosamu, Ingatlah pada kelalaianmu, Perbaiki hati dan dirimu, Tuhan pasti akan menyayangimu. JENIS SYAIR : Syair agama


SELOKA Rangkap pertama menasihatkan agar kita bersegera dalam melakukan perubahan kerana untuk berubah kita memerlukan usaha bukan sekadar kata-kata. Rangkap kedua menyeru agar kita menutup aurat dengan sempurna supaya sentiasa berada dalam jagaan tuhan. Keluarga memainkan peranan yang besar dalam memupuk anakanak menutup aurat kerana ibu-bapa merupakan ikutan anak-anak. AKAL BUDI : Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Apa guna pergi ke pasar, Kalau tidak bawa keranjang, Apa guna berkereta besar, Kalau hutang keliling pinggang. JENIS SELOKA : Seloka nasihat & sindiran Rangkap ketiga menyindir orang yang sanggup berhutang semata-mata ingin hidup mewah. Perkara ini merupakan perbuatan sia-sia, sama seperti perbuatan pergi ke pasar tanpa membawa keranjang untuk membeli bahan keperluan.


SELOKA Rangkap pertama menyuruh penuntut ilmu supaya belajar bersungguh-sungguh agar tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Rangkap kedua pula memberi semangat supaya tidak berputus asa dalam menuntut ilmu meskipun kemajuan kita sedikit lambat dari orang lain AKAL BUDI : Anak ayam turun sepuluh, Mati satu tinggal sembilan, Tuntulah ilmu dengan sungguhsungguh, Supaya engkau tidak ketinggalan. Anak ayam turun sembilan, Mati satu tinggal lah lapan, Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Tapi jangan sampai putus harapan. Anak ayam turun delapan, Mati satu tinggal lah tujuh, Hidup harus penuh harapan, Jadikan itu jalan yang dituju. JENIS SELOKA : Seloka pendidikan Rangkap ketiga menggalakkan pelajar supaya bersemangat mengejar cita-cita sehingga berjaya


SELOKA Rangkap pertama menyuruh penuntut ilmu supaya belajar bersungguh-sungguh agar tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Rangkap kedua pula memberi semangat supaya tidak berputus asa dalam menuntut ilmu meskipun kemajuan kita sedikit lambat dari orang lain AKAL BUDI : Anak ayam turun sepuluh, Mati satu tinggal sembilan, Tuntulah ilmu dengan sungguhsungguh, Supaya engkau tidak ketinggalan. Anak ayam turun sembilan, Mati satu tinggal lah lapan, Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Tapi jangan sampai putus harapan. Anak ayam turun delapan, Mati satu tinggal lah tujuh, Hidup harus penuh harapan, Jadikan itu jalan yang dituju. JENIS SELOKA : Seloka pendidikan Rangkap ketiga menggalakkan pelajar supaya bersemangat mengejar cita-cita sehingga berjaya


GURINDAM Siapa saja ingin bertanya Bertanyalah kepada ahlinya Apabila kamu ingin mempelajari suatu kitab Maka wajib mematuhi adab Belajar itu harus bertahap Diibaratkan seperti membangun atap JENIS GURINDAM : Gurindam nasihat AKAL BUDI : Maksud gurindam pertama adalah jika kita ingin mempelajari sesuatu, kita digalakkan untuk bertanya pada orang yang mahir atau pakar dalam bidang tersebut. Gurindam kedua menekankan kepentingan adab ketika menuntut ilmu. Orang yang ingin mempelajari sesuatu, maka dia harus beradab dan mengikuti peraturan yang ditetapkan. Maksud gurindam ketiga adalah belajar itu merupakan sebuah proses dan harus dilalui secara bertahap. Hal ini dapat diibaratkan seperti proses membina sebuah rumah sehingga ke atapnya.


GURINDAM Jangan mencintai orang karena hartanya Cinta tulus tampak dari matanya Cintailah orang lain karena akhlaknya Kamu pasti akan bahagia Jika ingin menemukan sosok cinta sejati Perbaiki terlebih dahulu diri sendiri JENIS GURINDAM : Gurindam cinta AKAL BUDI : Gurindam pertama mengandungi pesanan supaya mencintai seseorang dengan setulus hati. Jangan sekali-kali mencintai seseorang kerana hartanya sahaja. Gurindam kedua memberikan nasihat kepada orang yang sedang jatuh cinta supaya mencintai seseorang yang memiliki akhlak yang baik agar hidup bahagia. Maksud gurindam ketiga ialah setiap orang ingin memiliki pasangan yang benar-benar mencintai setulus hati. Cinta sejati akan ditemukan jika kita berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.


Akal budi memainkan peranan penting dalam sastera Melayu dan mempengaruhi cara penulis Melayu menghasilkan karya-karya mereka. Dalam sastera Melayu, akal budi tercermin dalam karakter, plot, dan tema karya-karya sastra. Akal budi mengandungi nilai murni dan merupakan simbol budaya. Hal ini terpapar di dalam sastera Melayu yang sering menggambarkan konflik moral, pertimbangan akal, dan nilai-nilai budi. Selain itu, akal budi dalam satera juga menandakan pemerkasaan bahasa Melayu. Karya-karya ilmuwan Melayu silam, seperti pepatah dan teks, menggambarkan kebijaksanaan dan keindahan budi dalam peradaban Melayu. Kesimpulannya, dengan memahami konsep akal budi ini, kita akan lebih menghargai kekayaan sastera Melayu dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. RUMUSAN


RUJUKAN @AntashaK. (2016, 6 Mac). KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU. @AntashaK. https://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-darisegi.html Affan. (2023, 12 Jun). 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu. ECentral. https://ecentral.my/pantun-kanak-kanak/ Affan. (2023, 23 September). Koleksi Pantun Perpisahan Guru, Persaraan & Sahabat. ECentral. https://ecentral.my/pantun-perpisahan/#google_vignette Ezafel Hakimi. (2020, 29 Februari). Sastera Melayu – TahuTuai. https://tahutuai.com/sastera-melayu/


RUJUKAN Fajar Laksana. (2022, 27 Disember). 41 Contoh Gurindam Nasihat, Sindiran, dan Cinta Beserta Maknanya. Blog Mamikos. https://mamikos.com/info/contoh-gurindam-nasihat-sindiran-dan-cinta-pljr/ hannah. (2017, 8 Februari). PUISI TRADISIONAL SELOKA. https://kumpulan4seloka.blogspot.com/2017/02/apakah-seloka-is-tilah-selokaberasal.html Ikki Riskiana. (2022, 19 Disember). 20 Contoh Syair Agama dan Kehidupan Pendek Dilengkapi dengan Artinya Lengkap. Blog Mamikos. https://mamikos.com/info/contoh-syair-agama-dan-kehidupan-pljr/ IPG. (2022, 23 November). 2. Fungsi Sastera Melayu.pptx. https://www.slideshare.net/aswiza/2-fungsi-sastera-melayupptx


RUJUKAN mdjaeez. (2011, Julai). Mdjaeez.blogspot.com. https://mdjaeez.blogspot.com/2011/07/ Raihan, M. R. bin S. & S. H. binti. (2018). Buah berangan di rumpun pinang,Limau kasturi berdaun muda,Kalau berkenan masuklah meminang,Tanda diri beradat budaya. Mohd Rosli Bin Saludin. https://malaycivilization.com.my/omeka/items/show/100815 Sharul Bahtiar. (2013, 2 Mei). Mari Berpantun (Pantun Budi). BUDI BAHASA BUDAYA KITA. https://cikgushahrulbahtiar.blogspot.com/2013/05/mari-berpantunpantun-budi.html


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version