SOALAN TARGET 1:
1. Kerajaan senantiasa berusaha untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup rakyat.
Bincangkan. (5+0).
2. Kualiti hidup amat penting dalam kehidupan bernegara. Cadangkan usaha-usaha bagi
meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia. (5+0)
1.Usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat
1. Menyediakan pendidikan dan latihan berkualiti.
• Menyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan institusi pendidikan bagi rakyat melanjutkan
pelajaran.
• Meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan untuk persaingan sihat dari segi kecekapan dan
kemahiran dalam alam pekerjaan.
• Menubuhkan lebih banyak pusat kemahiran dan latihan dan mempelbagaikan kursus yang
berkaitan dengan alam pekerjaan.
2.Membangunkan ekonomi/peluang pekerjaan
• Kerajaan perlu menyediakan peluang meningkatkan kemahiran dalam bidang yang relevan
kepada industri.
• Mewujudkan hab pekerjaan untuk memadankan keperluan tenaga kerja dengan calon yang
sesuai.
• Penyediaan lebih banyak program berkaitan industri dan pekerjaan di syarikat yang menerima
kontrak utama, konsesi dan insentif kerajaan.
• Memberikan lebih sokongan kepada usahawan yang akan memulakan perniagaan, latihan,
pembiayaan dan peralatan utama secara bersepadu.
3. Meningkatkan kemudahan infrastruktur
• Pembinaan alan raya berturap yang boleh memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
• Bekalan air yang lebih berkualiti dan berterusan iaitu 99% di semenanung malaysia, 98% di sabah
dan 95 % di sarawak.
• Kemudahan elektrik diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalan ke 6,000 buah rumah di
semenanjung malaysia, 59,000 di sabah dan 76,000 di sarawak.
• Penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan menyediakan pengangkiutan awam yang selamat.
4. Meningkatkan tahap keselamatan
• Memastikan kadar indeks jenayah berada dalam peringkat kawalan.
• Mengadakan rondaan/menempatkan anggota di ‘kawasan-kawasan panas’.
• Memasang CCTV di tempat-tempat awam tertentu seperti tempat parking (basement), kompleks
beli-belah dan lain-lain.
5.Meningkatkan tahap kesihatan
• Penyediaan kemudahan kesihatan yang lebih efisien menggunakan peralatan yang canggih.
• Menentukan bilangan pegawai kesihatan mencukupi dan mempunyai kepakaran yang tinggi
bagi merawat pesakit.
• Kepakaran seharusnya melibatkan penyakit kronik seperti jantung agar rakyat mendapat
rawatan tepat pada masa dan dan penyakit dapat diubati dengan segera.
• Program pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengawal kuantiti penyakit.
6.Mengekalkan persekitaran yang sihat
• Pembangunan lestari iaitu pembangunan tanpa merosakkan alam sekitar.
• Kempen kesedaran – menyediakan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman bagi
menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan rekasi.
• Kawasan pinggiran sungai diindahkan sebagai taman rekreasi, contohnya Sungai Melaka.
7. Menyediakan rumah yang mencukupi dan selesa
• Menyediakan perumahan lebih terancang, lengkap, selamat, selesa dan kondusif – bekalan air,
elektrik, sistem pembentungan
• Tapak perumahan sesuai dan berhampiran dengan tempat kerja dan mempunyai banyak
prasarana – sekolah, kedai, masid, hospital, taman rekreasi dan lain-lain.
• Pembinaan rumah untuk semua golongan meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah
mewah.
8. Galakkan memanfaatkan masa lapang
• Melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga dan rakan-rakan seperti berjoging, berbasikal,
berkelah, bercucuk tanam dan sebagainya.
• Aktiviti tersebut boleh merehatkan fikiran, mengurangkan tekanan dan sebagai satu rekreasi.
• Mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan.
#SOALANTARGET
#TEMAPOLITIK
SOALAN TARGET 2:
Proses urbanisasi menjadi satu keperluan kepada negara-negara membangun, namun pada masa
yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara Malaysia. Bincangkan.
Skema: (3 + 2/ 2+ 3)
Proses pertumbuhan satu-satu kawasan yang melibatkan pertukaran corak aktiviti ekonomi,
perubahan fizikal dan juga sosial berlaku di negara-negara seluruh dunia, lebih-lebih lagi di negara –
negara sedang membangun. Proses urbanisasi ini sememangnya amat diperlukan oleh negara-
negara membangun.
Proses urbanisasi mempercepatkan pembangunan fizikal sesebuah negara. Pertambahan penduduk
yang pesat di kawasan bandar menyebabkan pelbagai kemudahan asas dibina untuk menampung
pertambahan tersebut. Sebagai contoh, sekolah, hospital dan kemudahan elektrik disediakan untuk
memberi perkhidmatan kepada penduduk. Selain itu, sistem perhubungan dan pengangkutan turut
dimajukan untuk memenuhi permintaan penduduk. Justeru, kawasan yang mengalami proses
urbanisasi akan membangun lebih cepat dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk.
Di samping itu, proses urbanisasi dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Industri berkembang maju di kawasan yang mengalami urbanisasi. Perkembangan
perindustrian akan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Aktiviti
perindustrian yang giat dan maju dapat meningkatkan produktiviti sesuatu kawasan san seterusnya
menyumbang kepada pertambahan pendapatan negara. Kawasan bandar juga menjadi tumpuan
pemilik gedung perniagaan dan perdagangan. Pertambahan gedung perniagaan mengurangkan
kadar pengangguran dan menstabilkan ekonomi negara.
Urbanisasi juga mendatangkan masalah kepada negara Malaysia iaitu membawa masalah
pencemaran yang serius. Pertambahan industri, kilang dan kenderaan menyebabkan pencemaran
udara, seperti pembebasan asap dan debu ke atmosfera,. Penyaluran bahan kimia ke sungai
menyebabkan pencemaran air. Pembinaan bangunan bercermin pula memerangkap haba dan
mengakibatkan pencemaran terma. Masalah sanitasi akibat pembuangan sampah-sarap yang tidak
sistematik mencetuskan pencemaran darat. Proses urbanisasi juga mengakibatkan pencemaran
bunyi akibat pelbagai aktiviti, seperti perindustrian dan pertambahan kenderaan di bandar.
Selain itu, urbanisasi juga mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas. Penghijrahan penduduk
dari kawasan luar bandar menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Di samping itu, akibat
peningkatan taraf hidup di kawasan bandar, bilangan kenderaan semakin meningkat. Pertambahan
kenderaan ini tidak diiringi dengan pembinaan jalan raya yang mencukupi. Justeru, keadaan ini
menimbulkan masalah kesesakan yang serius di bandar-bandar besar, seperti Kuala Lumpur.
Proses urbanisasi patut diteruskan untuk menuju sebuah negara maju. Oleh itu, masalah-masalah
yang timbul akibat proses tersebut wajar ditangani demi menjamin kesejahteraan hidup dan
mencapai Wawasan 2020.
#SOALANTARGET
#TEMAPOLITIK
SOALAN TARGET 3:
Banyak insfrastruktur disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat. Namun,
banyak halangan dalam menyempurnakan kemudahan ini. Jelaskan halangan Berkenaan.
SKEMA: (5 +0 )
Soalan ini merupakan soalan yang melibatkan arahan langsung. Arahan soalan, iaitu 'bincangkan
halangan' tidak berkait dengan pernyataan yang diberi pada permulaan soalan.
Calon perlu menjelaskan halangan yang dihadapi kerajaan dalam usaha menyediakan infrastruktur
kepada rakyat.
Lima idea melibatkan halangan perlu disediakan. Halangan merujuk kepada sekatan dan masalah
yang membantutkan usaha kerajaan.
1. Halangan politik
(H1) Walaupun sumber bekalan air terletak di bawah kerajaan negeri, tetapi pengurusan bekalan air
melibatkanperkongsian antara negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
(H2) kesukaran mendapatkan kerjasama daripada kerajaan negeri kerana masalah politik
menyulitkan SuruhanjayaPerkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk meningkatkan urusan
membekalkan air bagi kemudahan rakyat.
(H3) Kesukaran untuk mendapatkan kerjasama bagi mendapatkan laluan dan tapak (tanah) kerana
halangan politikiuga menyukarkan urusan menyalurkan bekalan elektrik kepada rakyat seluruhnya
sebagaimana yang berlakudi Selangor sebelum ini.
2. Masalah pengambilan tanah
(H1) Tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Tanpa kerjasama kerajaan negeri atau kerajaan
negeri lambatmenialankan proses pengambilan tanah juga menjejaskan usaha membekalkan
kemudahan infrastrukturkepada rakyat.
(H2) Banyak sekolah gagal disiapkan atau tidak dapat digunakan kerana wujud masalah penyediaan
tapak atau laluan masuk ke kemudahan berkenaan tidak dapat disediakan.
(H3) Misalnya peristiwa yang berlaku di negeri Selangor baru-baru ini.
3. Kos yang meningkat
(H1) Peningkatan kos ada kaitan dengan harga bahan mentah yang diimport dari luar negara seperli
besi dan simen.
(H2) Peningkatan kos juga berkaitan dengan peningkatan kos bahan bakar dunia.
(H3) Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan bahan binaan turut meningkat. Keadaan ini
menyebabkan kos dan iadual kerja disemak semula sehingga ada yang tidak dapat disiapkan.
4. Kelemahan kontraktor/pemaju
(H1) Kontraktor yang tidak berdaya maju, kurang kemampuan kos.
(H2) Ada kontraktor vang gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan atau melakukan
kerja sekerat jalan sahaja.
(H3) Penipuan yang dilakukan kontraktor juga menjejaskan usaha kerajaan. kontraktor
vangmenggunakanbahanbinaan yang tidak berkualitidan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan
telah menyebabkan projek gagal mendapat perakuan kelayakan atau kelulusan untuk diguna. Semua
ini menjadi halangan kepada kerajaan dalam menyediakan kemudahan.
5 Gangguan cuaca dan bencana alam
(H1) Menyebabkan penghantaran bahan binaan terjejas. Cuaca curuk atau bencana alam yang
berlaku di negara pembekal juga menjejaskan bekalan bahan binaan.
(H2) Cuaca juga menyebabkan gangguan kepada kerja pembinaan, khususnya melibatkan kerja
pemasangan dan penyambngan.
(H3) Sistem kerja yang tidak sistematik juga menjadikan kawasan tapak kerja digenangi air yang
mengganggu kerja. Cuaca yang di luar jangkaan mengganggu kerja pemaju
6. Penyelewangan dan penyalagunaan kuasa.
(H1) Berlaku semasa pengagihan projek atau semasa kelulusan projek untuk kemudahan rakyat
diluluskan.
(H2) Rasuah oleh pegawai yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan menyebabkan sesuatu projek
tidak dapat digunakan sepenuhnya sehingga menjejaskan keupayaan memberi khidmat kepada
rakyat.
(H3) Penyelewengan juga menjadikan projek yang disiapkan tidak mengikut klasifikasi yang
dikehendaki sehingga gagal mendapat kelulusan kerajaan untuk digunakan. Semua ini menjadi
halangan kepada kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
#SOALANTARGET
#TEMAPRASARANA
SOALAN TARGET 4:
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan terbukti apabila mereka berusaha
untuk menjalani gaya hidup sihat. Bincangkan cabaran dan strategi dalam melaksanakan penyediaan
kemudahan prasarana perkhidmatan kesihatan awam secara komprehensif.
Pengenalan :
Perkhidmatan kesihatan negara kita sentiasa menghadapi pelbagai cabaran yang mengganggu
kelestarian dan kemampanannya. Malaysia terus memperkembang taraf kesihatan penduduk
dengan menggariskan strategi-strategi yang komprehensif.
Cabaran
1 Permintaan yang tinggi daripada orang awam
• Perubahan pola demografi dan peningkatan jumlah penduduk di sesuatu kawasan.
• Persaingan dalam kalangan masyarakat untuk memperoleh perkhidmatan kesihatan.
• Hal ini menyebabkan kesesakan di pusat-pusat kesihatan awam.
2 Kekurangan tenaga kepakaran.
• Kekurangan tenaga pakar dalam bidang perubatan terutamanya berkaitan dengan penyakit kronil
dan pembedahan.
• Persaingan dengan sector swasta dalam penawaran gaji kepada kakitangan hospital dan pusat
kesihatan.
3. Kekurangan Peralatan terkini/moden.
• Peralatan atau mesin perubatan yang digunakan tidak relevan dengan perubahan pola penyakit
pada masa ini.
4 Perbelanjaan perubatan yang kian meningkat
• Kos perubatan semakin meningkat seiring dengan perubahan kemajuan dunia.
• Kos untuk membiayai rawatan, ubat-ubatan dan peralatan untuk rawatan penyakit semakin
mahal.
• Perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat secara tidak langsung mempengaruhi jumlah
pendapatan.
5 Penularan wabak penyakit
• Cabaran masa depan bagi perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia lebih kepada masalah
kesihatan berbanding pembangunan infrastruktur.
• Malaysia juga menghadapi ancaman penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit seperti
negara-negara membangun lain.
• Contoh penyakit berjangkit ialah COVID-19, SARS, batuk kering, denggi, hepatitis, malaria dan
AIDS/HIV. sementara penyakit tidak berjangkit pula ialah penyakit mental, strok, kanser, lelah,
diabetes dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.
Strategi
5 Transformasi kesihatan secara bersepadu
• Tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau NKEA yang ke-9, iaitu Penjagaan
Kesihatan di bawah program Transformasi Ekonomi (ETP).
• Sistem pembiayaan kesihatan yang standard, berkualiti dan bersepadu.
• Tenaga kerja yang kompeten dan mencukupi.
6 Meningkatkan bilangan graduan dalam bidang perubatan
• Meningkatkan bilangan graduan dalm bidang perubatan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan (IPTA dan IPTS) serta luar negara bagi memperbaiki nisbah antara doktor dengan pesakit.
• Memastikan universiti perubatan yang sedia ada dapat meningkatkan program pengajian dan
melatih graduan perubatan yang berkualiti.
• Peningkatan jumlah doktor tempatan dapat mengurangkan pengambilan doktor dari luar negara.
7 Mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan
• Mengurangkan kesesakan di hospital awam juga merupakan sebahagian daripada pendekatan
peningkatan perkhidmatan berkualiti.
• Khidmat penjagaan harian dan daftar masuk pada hari pembedahan yang mengurangkan tempoh
berada di dalam wad dan membuka peluang kepada pesakit lain.
• Sistem nombor giliran yang cepat dan cekap dapat mengurangkan tempoh masa menunggu
pesakit untuk mendapatkan rawatan, secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan di
hospital kerajaan.
Kesimpulannya, penjagaan kesihatan yang baik sangat diperlukan oleh segenap masyarakat dan
pihak kerajaaan perlulah menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih berkualiti dan
menyakinkan.
#SOALANTARGET
#TEMAPRASARANA
Nyatakan empat petunjuk prestasi utama bidang kesihatan bagi menunjukkan Malaysia mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020. [4]
Skema Jawapan :
1 Penduduk memiliki kualiti hidup yang tinggi
2 Kesedaran masyarakat akan kepentingan kesihatan juga tinggi
3 Pembangunan prasarana kesihatan yang berkualiti disediakan
4 Tahap kesihatan yang tinggi / berkualiti
5 Angka kematian penduduk yang rendah
6 Angka jangka hayat penduduk yang tinggi
7 Angka kematian bayi yang rendah
#strukturfokus
Kemukakan tiga langkah kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan bagi menjadikan
Malaysia sebagai negara maju. [3]
Skema Jawapan:
1 Menambahkan jumlah kemudahan kesihatan/ hospital/ klinik kesihatan/ pusat kesihatan/ klinik
1Malaysia/ klinik pergigian/ klinik bergerak
2 Menambah baik nisbah personel kesihatan kepada penduduk
3 Meningkat peruntukan untuk prasarana kesihatan
4 Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan
5 Menaik taraf kemudahan penjagaan kesihatan
#strukturfokus
Senaraikan empat komponen yang diambil kira dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM).
[4m]
Skema Jawapan:
1 Pendidikan
2 Pengangkutan dan komunikasi (pakej)
3 Perumahan
4 Kebudayaan dan hiburan (pakej)
5 Pendapatan dan pengagihan (pakej)
6 Keselamatan awam
7 Kesihatan
#strukturfokus
Kemukakan empat faedah yang akan dinikmati apabila negara mencapai status negara maju. [4]
Skema Jawapan:
1. Tahap perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti
3. Sistem pendidikan yang diiktiraf oleh dunia
4. Terbentuknya modal insan kelas pertama
5. Keadilan ekonomi dalam masyarakat
6. Pendapatan perkapita yang tinggi
7. Kepelbagaian peluang ekonomi/pekerjaan
8. Ekonomi yang berdaya saing.
9. Kadar kemiskinan rendah
#strukturfokus
Nyatakan tiga cara untuk Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. [ 3m ]
Skema Jawapan:
1. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat
2. Menjadikan industri dan perkhidmatan teras ekonomi negara
3. Menyediakan kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
4. Meningkatkan taraf pendidikan negara
5. Meningkatkan tingkat pendapatan rakyat
6. Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
7. Memanfaatkan sumber alam sepenuhnya
8. Mengatasi masalah kependudukan
#strukturfokus
Bagaimana Rukun Negara membentuk kemajuan dan keharmonian negara.
1. Rukun Negara membentuk identiti Kebangsaan.
2. Rukun Negara mewujudkan masyarakat yang adil.
3. Rukun Negara membentuk kepercayaan kepada ketuhanan.
4. Rukun Negara membentuk cara hidup demokratik.
5. Rukun Negara membentuk sikap setia kepada Raja dan Negara.
6. Rukun Negara mendidik nilai kesopanan dan kesusilaan.
7. Rukun Negara mendidik tentang perundangan
#strukturfokus
#RN
Kepentingan Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan:
1. Dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan percaya kepada Tuhan.
• Semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.
• Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak
sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
• Individu yang patuh pada agama tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
untuk kebaikan dalam semua perkara seperti merampas hak orang lain.
• Jelaslah bahawa penghayatan prinsip ini dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama.
2. Melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang utuh/tinggi.
• Individu yang percaya kepada Tuhan akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam
menjalani kehidupan.
• Dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme
• Membentuk individu yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.
• Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.
• Berbudi pekerti, menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdedikasi, bertolak ansur.
• Penghayataan Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati
diri yang utuh.
3. Dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu .
• Agama mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain.
• Wujud sikap bertolak ansur, hormat-menghormati, tolong menolong walaupun berlainan agama
dan budaya.
• Pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.
• Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
4. Dapat melahirkan keluarga yang harmoni.
• Ibu bapa yang mementingkan ajaran agama dalam kehidupan berkeluarga akan melahirkan
keluarga yang harmoni.
• Anak-anak menghormati ibu bapa, mempunyai akhlak yang baik, bertanggungjawab, mempunyai
nilai kasih sayang yang tinggi.
5. Dapat membendung gejala sosial.
• Amalan dan penghayatan agama akan mewujudkan perasaan bersalah dan berdosa jika
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama.
• Seperti berzina, pergaulan bebas, “lesbian”, “gay”, jenayah dll.
• Perasan insaf dan bertaubat.
#SOALANTARGET
#RN
Kepentingan Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara:
1. Membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan cinta akan negara.
• Kerana Raja adalah "payung negara" yang menaungi seluruh rakyat di negara ini.
• Rakyat akan menghormati institusi beraja dan lambang-lambang negara.
• Juga bangga sebagai warganegara Malaysia.
2. Melahirkan rakyat yang sanggup berkorban untuk negara.
• Demi keamanan dan kemajuan negara, rakyat sanggup berkorban dan berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan negara.
• Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa luar.
• Menjadi benteng keselamatan negara.
3. Melahirkan rakyat yang mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi.
• Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.
• Rakyat juga mengutamakan negara apabila mereka terlibat dalam bidang penyelidikan
umpamanya.
• Contoh: Kajian terhadap sesuatu penyakit berbahaya.
• Mereka akan bersama-sama pakar luar negara untuk mengkaji sesuatu yang penting demi negara
dan dunia.
4. Melahirkan rakyat yang dapat mengharumkan/ meningkatkan nama negara.
• Rakyat sanggup mengetepikan kepentingan diri semata-mata untuk mengharumkan nama negara.
• Contohnya melalui sukan yang diceburi seperti badminton,lumba basikal, sukan paralimpik,
rakyat dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
• Dalam setiap pertandingan sukan, rakyat akan berusaha sehingga ke peringkat akhir dan
mengatasi negara lain.
5. Membentuk rakyat yang patuh kepada undang-undang negara.
• Rakyat diperlukan dalam mematuhi undang-undang negara demi kebaikan bersama.
• Rakyat sentiasa memastikan negara dalam keadaan selamat di mana sahaja berada
• Sikap yang patuh pada peraturan dan undang-undang mampu menjadikan negara lebih aman dan
selamat.
#SOALANTARGET
#RN
Manfaat pematuhan Prinsip Keluhuran Perlembagaan:
1. Menjamin hak asasi rakyat.
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara
• Mejadi sumber rujukan kepada semua undang-undang
• Menjamin hak asasi rakyat
2. Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
• Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk
• Prinsip ketiga Rukun Negara menjamin pemerintahan yang adil dan saksama
• Agihan kekayaan negara secara adil dan saksama
3. Mengelakkan salah guna/pertindihan/ konflik kuasa
• Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen
• Mengamalakan Doktrin Pengasingan Kuasa
• Menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan negara
4. Memupuk perpaduan.
• Melahirkan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
• Memelihara hubungan antara kaum
• Perlembagaan menekankan hak keistimewaan Melayu
#SOALANTARGET
#RN
Kepentingan Prinsip Kedaulatan Undang-undang.
1. Menjamin kedaulatan negara.
2. mewujudkan masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur.
3. Menjamin keharmonian dan keamanan negara.
4. Menjamin hak asasi rakyat.
5. Mengurangkan jenayah
#SOALANTARGET
#RN
Kepentingan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan:
1. Mewujudkan masyarakat yang menghormati/ menghargai kepentingan kaum lain.
• Menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain.
• Tidak menyinggung perasaan orang lain.
• Saling menghargai antara satu sama lain.
2. Membentuk masyarakat yang bersatu-padu/ Mewujudkan perpaduan kaum.
• Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu
• Pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.
• Menjauhkan sebarang konflik melalui sikap bertolak-ansur.
• Contoh mengamalkan nilai menghormati dan membantu orang lain dari pelabagai kaum.
3. Mewujudkan masyarakat yang yang bermoral dan beretika.
• Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat.
• Mewujudkan masyarakat yang memiliki sifaf-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi,
saling memahami dan cintakan kedamaian.
• Sahsiah yang mulia penting dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
4. Meningkatkan imej negara.
• Para pelancong menghormati masyarakat tempatan yang berbudi bahasa.
• Negara akan dihormati diperingkat antarabangsa kerana mempunyai masyarakat yang sopan dan
bertatasusila.
• Masyarakat yang peramah dan mesra pelawat dapat menarik hati rakyat negara lain.
• Membantu negara meningkatkan sektor pelancongan.
#SOALANTARGET
#RN
Isu : Pelaburan Asing
Kepentingan Pelabur Asing Kepada Negara Kita.
Kepentingan/ Kesan positif:
1. Menjana pertumbuhan negara ke tahap yang lebih tinggi - menambahkan pendapatan negara:-
daripada bayaran cukai, mengurangkan pengaliran wang keluar, bahan mentah dapat diproses di
dalam negara dan harga lebih berdaya saing jika dieksport nanti
2. Memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini - mengurangkan kadar
pengangguran kerana wujudnya peluang kerja yang banyak dalam pelbagai sektor:- pelaburan asing
bertambah, maka peluang pekerjaan akan meningkat, pendapatan perkapita negara akan
meningkat, taraf hidup rakyat semakin baik;- mengurangkan kadar jenayah.
3. meningkatkan pembangungan infrastruktur - seperti sistem pengangkutan, pelabuhan, bandar
baru:- taraf hidup dan sosial rakyat meningkat.
4. membawa masuk teknologi dan sistem pengurusan yang lebih moden - negara boleh meniru
pengurusan yang lebih canggih;
5. Menjadikan sumber manusia negara lebih berdaya saing - mewujudkan tenaga profesional yang
pakar dan produktif:- melatih tenaga kerja tempatan
6. Menjadikan imej negara lebih baik - mengeratkan hubungan kerjasama antara negara:-
mewujudkan iklim politik yang stabil.
Kesan negatif:
1. Negara terlalu bergantung kepada modal luar
2. Sektor ekonomi negara terpaksa dibuka kepada orang luar
3. Kehadiran lebih banyak pekerja asing yang tidak terkawal akibat pertumbuhan pesat ekonomi
Langkah/Cara/Kaedah Meningkatkan Pelaburan Asing
1. skim galakan kepada pelabur asing
• Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru
menikmati kemudahan pengecualian cukai,
• melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada.
• pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing
memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek.
• Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing
dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif
negara yang dihargai oleh pelabur asing.
2. memperbanyakkan program rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara.
• banyak rombongan penggalakan ke luar negera. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai
potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa.
• Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing.
• Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta
peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing.
3. Menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.
• Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat
pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini.
• Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing
melaksanakan projek pelaburan mereka di sini
• Ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
4. Memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja.
• kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan
kecekapan guna tenaga tempatan.
• kerajaan melalui pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan
memperkenalkan teknik untuk pengeluaran moden dan lain-lain.
5. Mengukuhkan kestabilan politik
• Politik yang stabil akan mewujudkan kemanan dan keharminian yang menjadi jaminan
keselamatan bagi pelabur asing.
• Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis perkauman, ini sudah tentu akan
menjejaskan keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih ke negara lain.
• Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-
negara asing yang bermatlamat untuk memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan
memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini dapat menambahkan
keyakinan pelabur asing dan menggalakkan kemasukan modal asing ke negara ini.
Kepentingan sektor pelancongan: (KEPADA BUDAYA TEMPATAN)
1. mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.
• Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah
yang terletak di negeri Melaka.
• Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang.
• Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat bersejarah. Dunia
Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan
masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat
mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita
2. mempromosikan makanan setempat di negara kita
• Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong.
• Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India.
• Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia
seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak
daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan
barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan.
• Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka
menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia.
3. memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia.
• Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang
ditawarkan amat berpatutan.
• Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu,
perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada
pelancong.
• Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain
songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka.
Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar
negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.
4. Memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada dunia luar.
• Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain
. • Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan
istimewa mampu menarik minat pelancong asing.
• Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan
kesenian tradisional. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan.
• Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat
daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing.
kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara.
1. Menjana pendapatan.
- negara , syarikat dan individu
2. Membuka peluang pekerjaan/ peluang pekerjaan meningkat.
- peluang pekerjaan bertambah.
-rakyat mendapat pekerjaan dan penggangguran dapat dikurangkan.
- pekerjaan dari pelbagai sektor pelancongan seperti perhotelan, pengangkutan, IKS, dsbnya.
- merancakkan pembangunan ekonomi.
3. Pembangunan infrastruktur bertambah baik/meningkat.
- Kemudahan asas seperti jalanraya, telekomunikasi, pembangunan fizikal meningkat.
- Rakyat akan dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik dan moden.
4. Pendapatan rakyat meningkat/ peningkatan ekonomi keluarga.
- Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan penduduk menikmati kemudahan yang lebih selesa.
- peluang berniaga pelbagai perkhidmatan berkaitan pelancongan menambah ekonomi keluarga.
- meningkatkan taraf hidup mereka.
Contoh Soalan berkaitan Pelancongan:
1. Sektor pelancongan masih relevan dan mempunyai potensi untuk dimajukan dan dapt
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak
dapat dijangka. Bincangkan.
2. Pelancongan perubatan rnerupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bincangkan
peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul
daripada aktiviti pelancongan perubatan.
3. Agropelancongan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Oleh yang
demikian, pelbagai usaha harus dilaksanakan untuk memajukan sektor ini. Huraikan.
4. Sektor pelancongan sukan mempunyai potensi yang besar kepada pembangunan Malaysia.
Namun demikian, terdapat cabaran bagi memajukan sektor tersebut di negara ini. Bincangkan.
PENDIDIKAN BERKUALITI
1. menjadikan Malaysia sebagai hab atau pusat pendidikan serantau.
• Hal ini demikian kerana hab pendidikan serantau dapat memajukan negara kita setanding dengan
negara maju yang lain. Sebagai contoh, beberapa buah universiti penyelidikan di negara kita
bertungkus lumus untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek untuk meningkatkan taraf
pendidikan negara.
• Hasil daripada penyelidikan , banyak sektor tempatan dapat dimajukan dari semasa ke semasa.
2. ekonomi negara dapat ditingkatkan
• pelajar-pelajar dari luar negara akan memilih universiti tempatan untuk menyambung pengajian
mereka.
• Hal ini seterusnya dapat meningkatkan pengaliran wang asing ke negara kita
• Sebagai contohnya, kebanyakan kolej swasta di negara kita dapat menarik banyak pelajar asing
untuk melanjutkan pengajian di negara kita kerana kualiti pendidikan yang baik. Hal ini seterusnya
dapat meningkatkan ekonomi negara kita.
3. melahirkan banyak tenaga pakar di negara kita.
• Pendidikan berkualiti dapat memberikan banyak kemahiran dan taraf pendidikan yang baik
setanding dengan pendidikan yang disediakan di negara-negara yang maju. S
• penyediaan kemudahan dan prasarana yang lengkap berupaya untuk memberikan banyak teknik
pengajaran kepada para pelajar seterusnya dapat meningkatkan kemahiran mereka. Melalui
kemahiran yang dimiliki, mereka boleh menjadi golongan pakar yang dapat membangunkan banyak
sektor di negara kita.
4. menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara lain.
• Hal ini demikian kerana pendidikan yang berkualiti mampu menyediakan banyak keperluan yang
penting kepada para pelajar untuk belajar.
• Selain itu, pendidikan yang berkualiti juga berupaya untuk melahirkan banyak pelajar yang
cemerlang di mata dunia.
• Disebabkan hal ini, negara-negara lain tidak mampu bersuara dan mempersoalkan kebolehan
serta kemampuan negara tersebut.
5. mewujudkan persaingan yang sihat antara negara kita dengan negara maju yang lain.
• Hal ini demikian kerana pendidikan berkualiti mampu menyediakan pendidikan yang baik setaraf
dengan mutu pendidikan negara maju.
• negara kita telah mengadakan program pertukaran pelajar tempatan dengan pelajar dari negara
maju seperti United Kingdom. Melalui program ini, para pelajar dapat melibatkan diri mereka
dengan pelbagai bentuk perkongsian pintar yang lain.
• Hasilnya, akan wujudlah daya saing yang baik antara Malaysia dengan negara tersebut.
Peranan pendidikan teknik dan vokasional
1. Memenuhi keperluan sumber tenaga rakyat dalam jangka pendek dan jangka panjang
• Negara memerlukan lebih ramai tenaga kerja berlatarbelakangkan teknikal dan kejuruteraan
dalam pelbagai Projek pembangunan dan perindustrian negara, misalnya juruteknik dan jurutera
• Dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan lepasan sekolah dan siswazah
2. Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing
• Dengan adanya perluasan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional, lebih ramai tenaga
separuh mahir dan mahir dapat dikeluarkan bagi memenuhi keperluan sektor industri dan projek
pembangunan negara
3. Melahirkan masyarakat berinovasi
• Mampu mencipta pelbagai teknologi terkini sesuai dengan keperluan industri dan pembangunan
negara
Cabaran pendidikan teknik dan vokasional
4. Memastikan keluaran pendidikan teknik dan vokasional berkualiti dan memenuhi aspirasi Falsafah
Pendidkan Negara
• Melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dansosial
• Membekalkan tenaga kerja yang berkebolehan, beretika dan mengamalkan tadbir urus yang baik
di tempat kerja
5. Memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional melalui sistem pendidikan yang bersepadu
• Pendidikan teknik dan vokasional masih berorientasikan peperiksaan
• Pelajar yang benar-benar berkemahiran tidak dapat dihasilkan
• Tenaga pengajar mesti berkemahiran dan memiliki ilmu dalam bidang yang diajar serta
pengaiaman kerja dalam industri dan memiliki pengetahuan terkini tentang industri
6. Menghadapi arus perubahan semasa
• Pendidikan teknik dan vokasional sentiasa mengalami perubahan dari segi kurikulum - menjadi
cabaran kepada tenaga pengajar, pihak pengurusan dan pelajar di institusi pengajian teknik dan
vokasional