MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
1
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1. KEPERLUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM 3
TADBIR URUS NEGARA
2. ALASAN PENGGUNAAN TMK DAN KEBAIKAN TMK KEPADA SEKTOR 5
AWAM
3. KELEMAHAN TADBIR URUS DAN PENDEKATAN MENDIDIK 7
PENJAWAT AWAM
4. KESAN SOSIAL GLOBALISASI KEPADA TADBIR URUS NEGARA 9
5. KELEMAHAN DALAM SISTEM DAN PROSUDER KERJA DALAM 11
TADBIR URUS BAIK NEGARA
6. ASPEK PENTING DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN 13
7. KERBERKESANAN DAYA SAING PENJAWAT AWAM 15
8. KEPENTINGAN MEDIA ELEKTRONIK DAN CONTOH SALAH LAKU 17
9. MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI MASALAH SISTEM 19
PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM
10. KECEKAPAN PENGURUS 21
11. FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI 23
12. LANGKAH MELAHIRKAN MODAL INSAN 25
13, KESAN POSITIF DAN NEGATIF ICT 27
14. USAHA MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM 29
15. USAHA PEMBANGUNAN MODAL INSAN 31
16. TEKNOLOGI MAKLUMAT PEMANGKIN KEPADA TADBIR URUS YANG 33
CEKAP
17. CABARAN MEMANTAPKAN INTEGRITI DAN USAHA KERAJAAN 35
MEMANTAPKAN INTEGRITI
2
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 1 : Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam tadbir
urus negara bagi memastikan perkhidmatan awam berkualiti dan berdaya saing.
Jelaskan.
Kerajaan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam tadbir urus kerana
teknologi ini merupakan suatu keperluan untuk meningkatkan kualiti sistem tadbir urus dan
penyampaian maklumat kerajaan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam meningkatkan
kecekapan perkhidmatan awam.Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat melahirkan
sumber manusia yang kompeten dalam aplikasi teknologi.Semua urusan dengan pelanggan
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat.Pengurusan maklumat dan data dapat
diurus menggunakan aplikasi elektronik.Pengurusan yang cekap dan kompeten akan
menyakinkan orang ramai terhadap sektor awam.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam meningkatkan
produktiviti sektor awam.Pengurusan secara ‘online’ melonjak prestasi dan meningkatkan
produktiviti sektor awam.Urusan pembayaran cukai dan semua transaksi boleh dibuat secara
“online”.Orang ramai boleh akses sistem kerajaan (e-gov) untuk pelbagai urusan.Kemudahan
elektronik dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan awam.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam
mengurangkan kos pengurusan awam.Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat
mewujudkan pengkalan data yang mengumpul dan menyimpan semua maklumat berkaitan
tadbir urus.Semua jabatan dapat akses maklumat dengan mudah dan cepat.Perkongsian
maklumat ini melibatkan semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat contohnya
Lembaga Hasil,PDRM dan Kastam.Semua urusan lebih mudah dan cepat serta dapat
mengurangkan kos awam kerana tidak perlu mengisi borang maklumat berulang-kali.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam mengatasi
masalah simpanan maklumat dan data.Maklumat dan data dapat disepadukan melalui
sistem “online”.Semua jabatan boleh mengakses dan membuat rujukan maklumat dan data
dalam pengkalan data awam.Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai keupayaan
menyimpan data dalam tempoh masa yang lama.Maklumat dan data boleh diubahsuai dan
ditambah dalam masa yang singkat.
3
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam membina imej
amalan baik.Aplikasi elektronik menjadi amalan professional sektor awam dan tadbir urus
baik negara.Orang ramai mampu berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan
cepat.Negara dapat membina hubungan baik dengan negara lain melalui sistem dan rangkaian
elektronik.Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membina imej tadbir
urus baik negara dalam kalangan rakyat dan negara luar.
Kesimpulannya, sistem penyampaian perkhidmatan awam telah berubah dan lebih
berdaya saing apabila mengaplikasikan teknologi maklumat dalam tadbir urus.Perubahan ini
pasti akan memberi manfaat kepada kerajaan untuk memacu pembangunan negara.
4
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 2: Wujud karenah birokrasi merupakan satu daripada beberapa alasan
kerajaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perkhidmatan
awam. Ternyata penggunaan aplikasi elektronik ini dalam tadbir urus negara memberi
banyak kebaikan. Bincangkan.
Sebelum wujud amalan dan penggunaan teknologi maklumat dalam tadbir urus,
sistem penyampaian perkhidmatan awam menunjukkan banyak kelemahan dan sering
menerima rungutan dan tohmahan orang ramai.Namun,apabila teknologi ini diaplikasikan
sistem tadbir urus menjadi lebih dinamik.
Alasan kerajaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
perkhidmatan awam adalah disebabkan wujud karenah birokrasi.Urusan pentadbiran
pejabat berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.Kebanyakan pelanggan
terpaksa menunggu lama untuk mendapat pengesahan dan keputusan ketika berurusan di
pejabat.Proses yang terlalu lama untuk mendapat pengesahan dan keputusan menimbutkan
ketidakpuasan hati pelanggan ketika berurusan di pejabat berikutan karenah birokrasi yang
berlaku.
Alasan kerajaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
perkhidmatan awam adalah disebabkan perbelanjaan awam yang tinggi.Kerajaan terpaksa
menyediakan pelbagai bahan dan sumber yang banyak. Pengurusan kerja secara manual dan
sistem fail memerlukan ruang yang luas dan peralatan yang banyak.Kos fizikal memerlukan
peruntukan kewangan yang banyak.
Alasan kerajaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
perkhidmatan awam adalah disebabkan rungutan pelanggan dan orang ramai.Pelanggan
terpaksa melalui pelbagai peringkat arahan dan melibatkan masa yang lama.Pengambilan
masa yang terlalu lama ketika berurusan menyusahkan kebanyakan pelanggan yang terikat
dengan masa untuk menyelesaikan urusan di pejabat hanya pada waktu bekerja sahaja.Proses
urusan yang terlalu lama menyebabkan orang ramai tidak dapat menyelesaikan urusan
lain.Kos orang ramai juga meningkat untuk membayar utiliti seperti bahan bakar.
Kebaikan penggunaan aplikasi elektronik dalam tadbir urus negara ialah rakyat
mudah berurusan dengan kerajaan.Penggunaan aplikasi elektronik dalam tadbir urus
negara dapat mengurangkan gelagat dan amalan manual semasa berurusan dengan kerajaan.
Orang ramai tidak lagi perlu berurusan di kaunter pejabat.Pengurangan perkhidmatan kaunter
5
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
dapat menghapuskan karenah birokrasi.Antara aplikasi yang memudahkan pelanggan ialah e-
SILA,e-filing dan e-Local Goverment(PBT).
Kebaikan penggunaan aplikasi elektronik dalam tadbir urus negara ialah
menjimatkan perbelanjaan dan masa orang ramai.Penggunaan aplikasi elektronik dalam
tadbir urus negara membolehkan orang ramai membuat kendalian urusan dengan kerajaan di
rumah.Kendalian urusan dengan kerajaan di rumah dapat mengurangkan kos bahan
bakar,tenaga dan caj perkhidmatan lain.Proses urusan yang cepat dapat mengurangkan
konflik masa dan stres. Masa yang dapat dijimatkan membolehkan orang ramai memberi
tumpuan dalam menyelesaikan urusan lain.
Kesimpulannya, ternyata penggunaan teknologi maklumat dalam tadbir urus dapat
meningkatkan tahap pengurusan yang lebih bersistem dan kompeten.
6
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 3 : Wujud beberapa kelemahan dalam perkhidmatan awam memberi kesan
kepada negara.Kerajaan telah melaksanakan pendekatan mendidik penjawat awam
dalam usaha membina etika kerja yang berkualiti. Bincangkan.
Pentadbiran awam mempunyai banyak kelemahan yang menimbulkan situasi hilang
kepercayaan orang ramai terhadap tadbir urus. Namun,kerajaan sentiasa berusaha untuk
membina prinsip tadbir urus baik dan menekankan ciri-ciri kepimpinan yang unggul dengan
mendidik kakitangan awam.
Kelemahan dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan dasar pembangunan
negara.Jabatan dan organisasi kerajaan adalah ejen penyampai maklumat berkaitan dasar
kerajaan.Penjawat awam yang tidak beretika tidak dapat melaksanakan dan menyampaikan
dasar dengan baik.Rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat dan kurang faham kehendak
dasar awam akan menjejaskan matlamat kerajaan.Banyak dasar negara tidak dapat
dilaksanakan kerana kemerosotan etika dan tidak mendapat kerjasama rakyat.
Kelemahan dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan imej tadbir urus negara.
Etika kerja yang tidak bermoral seperti mengamalkan rasuah dan prestasi kerja yang tidak
kompeten akan meningkatkan kebencian rakyat kepada sektor awam.Organisasi awam akan
mengalami kemerosotan sambutan rakyat dan pengguna lebih selesa menggunakan
perkhidmatan swasta.Kemerosotan integriti penjawat awam akan membangkitkan
ketidakpuasan banyak pihak dan orang ramai tidak yakin kepada kerajaan yang dianggap
membazir wang rakyat.
Kelemahan dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan imej negara.Indeks
Prestasi Rasuah (IPR) adalah bukti kemerosotan integriti dan etika penjawat awam di
peringkat antarabangsa.Amalan ini memberi gambaran negatif masyarakat dunia terhadap
sektor awam yang secara tidak langsung menjejaskan maruah negara.Pelabur asing juga
mungkin menarik pelaburan mereka berikutan hilang keyakinan terhadap kredibiliti
perkhidmatan awam di Malaysia.
Pendekatan mendidik penjawat awam boleh dibuat melalui kepimpinan melalui
teladan.Organisasi yang dipimpin dengan berhemah dan beretika akan mendapat
kepercayaan orang ramai dan penjawat awam lain.Kepimpinan yang bagus akan menjadi
teladan kepada semua pekerja.Pemimpin yang berhemah dan beretika akan mentadbir secara
7
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
adil dan tidak akan sesekali ada unsur pilih kasih di antara pekerja.Ciri-ciri pemimpin yang
baik ini akan mewujudkan ikon kepimpinan di dalam organisasi perkhidmatan awam.
Pendekatan mendidik penjawat awam boleh dibuat melalui piagam
pelanggan.Organisasi perkhidmatan awam boleh menyediakan dan memaparkan piagam
perkhidmatan bagi membimbing penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka.Piagam
pelanggan dapat membina prinsip dan amalan kerja yang cekap berdasarkan piagam
kerja.Pelanggan dapat menilai kerja kakitangan awam berdasarkan piagam
perkhidmatan.Keadaan ini akan mewujudkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai
terhadap mutu perkhidmatan awam.
Kesimpulannya, imej sektor awam bergantung kepada prinsip tadbir urus baik yang
diamalkan oleh penjawat awam.Pengurusan dalam pentadbiran awam yang cekap dan efisien
secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sektor awam.
8
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 4 : Konsep ‘langit terbuka’ telah mencetuskan pengaruh globalisasi yang memberi
kesan sosial kepada tadbir urus negara. Bincangkan.(Andrick)
Globalisasi telah meletakkan dunia tanpa sempadan.Menerusi pelbagai media komunikasi,
dunia bebas dimasuki oleh pelbagai maklumat yang boleh membawa kepada pelbagai kesan sosial
kepada negara berkenaan.
Globalisasi memberi kesan sosial kepada tadbir urus negara dengan membantu sistem
pendidikan untuk berkembang maju.Apabila sistem pendidikan maju akan lahir generasi berkualiti
untuk menjadi pemimpin.Minda generasi muda sekarang semakin terbuka ke arah yang lebih baik
kerana mempunyai kemudahan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Golongan
muda berpendidikan boleh terlibat dalam pentadbiran sebagai penjawat awam.Golongan yang
berpendidikan dapat mengurus negara dengan baik kerana mempunyai kreativiti dan inovasi tinggi.
Globalisasi memberi kesan sosial kepada tadbir urus negara dengan membantu rakyat
mendapat maklumat dengan cepat dan mudah.Pengaruh globalisasi akan melahirkan masyarakat
maya yang berpengetahuan.Konsep maklumat di hujung jari memberi peluang kepada rakyat
mendapat maklumat berkaitan pengurusan tadbir urus kerajaan melalui portal kerajaan.Rakyat juga
mudah memahami dasar dan pembangunan negara melalui media massa.Rakyat boleh memperolehi
maklumat dari ‘twitter’ dan ‘facebook’ tentang informasi terkini tentang isu semasa di dalam atau luar
negara.
Globalisasi memberi kesan sosial kepada tadbir urus negara dengan memudahkan rakyat
memberi maklum balas kepada kerajaan.Pembangunan sistem teknologi maklumat memberi
peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan.Misalnya, pemimpin negara ada blog dan
mudah diakses oleh rakyat bagi memberi pandangan dan kritikan berkaitan pentadbiran
negara.Kerajaan boleh membuat keputusan dan bertindak berdasarkan maklum balas daripada
rakyat.Pihak kerajaan boleh melihat daripada media sosial mengenai maklum balas rakyat terhadap
dasar yang dilaksanakan.
Globalisasi memberi kesan sosial kepada tadbir urus negara melalui ancaman laman sosial.
Trend orang ramai menggunakan gajet elektronik boleh menjejaskan keharmonian dan menggugat
kerajaan.Misalnya, melalui pemaparan budaya yang tidak baik seperti budaya ekstremis yang
dianggap tidak salah oleh sesetengah individu dibimbangi akan mempengaruhi pemikiran masyarakat
di negara ini.Jenayah siber seperti penggodaman perisian kerajaan boleh menjadi ancaman.Laman
sosial seperti ‘facebook’ boleh digondam bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun laman sosial.
Globalisasi memberi kesan sosial kepada tadbir urus negara berikutan dapat menjadi
medium untuk mengutuk kerajaan.Rakyat menggunakan laman sosial untuk mengutuk
9
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
kerajaan.Misalnya, melalui ‘facebook’ dan ‘twitter’ rakyat dengan lantang mengutuk tindakan
kerajaan mengenakan cukai barangan iaitu GST.Rakyat juga mengambil kesempatan mengutuk
pemimpin berkaitan keputusan menaikkan harga minyak dan tol.Misalnya, ada sesetengah pihak yang
menggunakan blog untuk menghentam keputusan kerajaan seperti ‘Malaysian Insider’.
Kesimpulannya, negara perlu membuat persediaan yang mantap untuk menghadapi cabaran
globalisasi dari aspek sosial yang dilihat boleh mengancam kehidupan masyarakat Malaysia dan
pentadbiran negara agar dapat lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
10
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 5 : Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus baik negara akan
memberi kesan kepada pelaksanaan kerja yang cekap . Jelaskan. (Jeffry)
Sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara yang teratur akan memberi kesan positif
kepada pelaksanaan kerja sesuatu organisasi namun perkara sebaliknya akan berlaku jika tidak
diuruskan dengan baik.
Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara akan menyebabkan
berlakunya amalan undang-undang dan peraturan yang lemah dan lapuk.Undang-undang yang
lemah dan lapuk menimbulkan banyak percanggahan pendapat dalam kalangan generasi baru dan
lama.Perkara ini ternyata melemahkan pentadbiran awam dan negara.Prosuder yang terlalu rumit akan
menimbulkan pelbagai karenah birokrasi.Gejala ini akan mendorong kepada ketidakcekapan
pengurusan kerana berlaku kelewatan apabila berurusan dengan pelanggan.
Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara akan menyebabkan
kurang ketelusan dalam mengendalikan kepentingan awam.Ketidaktelusan selalu berlaku dalam
mengendalikan kepentingan awam seperti ketika pengendalian tender.Pihak yang mempunyai
kewangan tinggi akan cuba merasuah pihak yang menguruskan pemberian tender bagi mendapatkan
tender yang dibuka walaupun tidak mempunyai kelayakan.Kebanyakkan kakitangan awam kurang
faham mengenai etika kerja menyebabkan berlaku penyelewengan.Kelemahan sistem ini mendorong
kepada wujudnya amalan rasuah.
Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara akan menyebabkan
sektor awam lemah dalam menetapkan garis panduan dan sistem kerja.Kelemahan sistem kerja
merupakan petunjuk kepincangan perlaksanaan tatacara kerja yang baik.Sistem kerja akan menjadi
lemah jika penjawat awam tidak dimaklumkan objektif organisasi.Tiada garis panduan dalam
menjalankan tugas menyukarkan penjawat awam untuk menjalankan tugas dengan baik.Penjawat
awam yang kurang faham tugasan akan menyebabkan mereka mungkin melaksanakan arahan
bertindih dari pihak atasan.
Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara akan menyebabkan
berlakunya kelemahan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan.Agensi pemantauan kurang
berkesan menyebabkan sistem kawal selia menjadi longgar.Pelaksanaan tadbir urus negara terlalu
banyak menggunakan budi bicara dalam penguatkuasaan sehingga mengabaikan peraturan.Sistem
pemantauan dan penilaian kurang telus merupakan antara kelemahan.Misalnya, sistem mengemaskini
peraturan tidak dilaksanakan secara agresif dan berterusan selain penguatkuasaan peraturan tatatertib
juga tidak dibuat dengan serius.
11
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Kelemahan dalam sistem dan prosuder kerja dalam tadbir urus negara akan menyebabkan
keupayaan sumber manusia menjadi terhad.Kekurangan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir
menjejaskan pelaksanaan sistem tadbir yang cekap.Misalnya, sumber kerja yang tidak cekap akan
menimbulkan banyak kelemahan dalam pengurusan terutama melibatkan arahan dan prosuder
.Keadaan ini akan mengurangkan keyakinan orang ramai kepada sektor awam.Misalnya, masyarakat
akan melabel penjawat awam sebagai kurang berkualiti berbanding pekerja di sektor swasta.
Kesimpulannya, semua pihak terlibat khususnya pihak kerajaan harus mencari jalan terbaik
bagi memperbaiki kelemahan sektor awam agar keyakinan masyarakat terhadap penjawat awam dapat
ditingkatkan.
12
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 6 : Dalam usaha mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus
dengan berkesan, kerajaan memberi penekanan kepada beberapa aspek penting. Huraikan.
Pihak kerajaan harus memainkan peranan penting sebagai pihak pelaksana dengan memberi
penekanan kepada beberapa aspek penting lain bagi memastikan bukan sahaja pengaplikasian
teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Aspek penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan ialah mengaplikasikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan.Kerajaan boleh
memberi latihan pengendalian sistem teknologi maklumat kepada penjawat awam.Bagi memudahkan
proses mengajar ICT kepada penjawat awam pihak kerajaan boleh membina infrastruktur dan logistik
termasuk perisian dan pengkalan data.Kerajaan juga boleh meningkatkan aplikasi sistem secara
menyeluruh di semua organisasi awam.Misalnya,dengan menambahbaik keupayaan jalur lebar di
kawasan bandar dan luar bandar.
Aspek penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan ialah membangunkan
sumber manusia.Pihak kerajaan telah bertindak menjalankan program melahirkan modal insan
berkualiti bagi membangunkan sumber manusia.Program ini ada menekankan aspek latihan dan
kemahiran dengan memantapkan pendidikan dan memperkasakan bidang teknikal.Kerajaan juga turut
merangka program pencarian bakat dalam memastikan mereka dapat mengupah pekerja yang
berkualiti untuk sektor awam.Misalnya, dengan menubuhan ‘Talent Corporation’.
Aspek penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan ialah memantapkan sistem
dan prosuder kerja.Sistem dan prosuder kerja boleh dimantapkan dengan memahami dengan jelas
objektif dan visi organisasi.Kefahaman yang jelas terhadap visi dan objektif organisasi mampu
membantu pengurus dan penjawat awam merangka perancangan yang lebih teliti.Pihak kerajaan juga
boleh memantapkan pengurusan kewangan sesebuah organisasi perkhidmatan awam.Misalnya,dengan
menekankan konsep ‘Value For Money’berkaitan perolehan kerajaan kepada penjawat awam.
Aspek penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan ialah mendedahkan
penjawat awam kepada sistem kewangan yang lebih efisyen.Pihak kerajaan boleh memantapkan
pengurusan kewangan awam melalui aplikasi sistem elektronik ‘online’.Misalnya, dengan
mendedahkan penjawat awam tentang cara penggunaan’ online banking’ seperti CIMB cliks.Kerajaan
juga boleh meningkatkan kecekapan pembayaran kerajaan dan pelanggan dengan mengadakan kursus
kepada mereka bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap aplikasi kewangan sistem
elektronik.
Aspek penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kerajaan ialah dengan mengemaskini
peraturan dan akta.Kerajaan boleh menstrukturkan peraturan mengeluarkan permit dan
13
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
lesen.Misalnya,dengan menilai semula peraturan yang ditetapkan untuk seseorang individu yang ingin
mendapatkan permit dan lesen agar lebih mudah.Kerajaan juga boleh memantapkan pembangunan
intergriti penjawat awam.Misalnya, dengan menerapkan elemen pelan integriti nasional kepada setiap
penjawat awam agar sentiasa ingat tentang pentingnya kejujuran dalam menjalankan tugas.
Kesimpulannya,pengaplikasian ICT ke dalam sistem penyampaian khidmat awam ternyata
membantu meningkatkan tahap perkhimatan awam.Namun, aspek lain juga penting untuk diberi
perhatian pihak kerajaan agar dapat memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berada pada tahap
terbaik.
14
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 7 : Keberkesanan daya saing penjawat awam dalam menangani perubahan persekitaran
dan pembangunan organisasi dapat meningkatkan imej tadbir urus. Bincangkan .
Penjawat awam pada masa kini terpaksa menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru yang
memerlukan mereka untuk bersaing sesama penjawat awam dalam memastikan mutu perkhidmatan
yang diberikan sentiasa terbaik.Dalam memastikan imej tadbir urus kerajaan dipandang positif maka
penjawat awam harus mempunyai daya tahan dalam menangani perubahan persekitaran dan
pembangunan organisasi yang sentiasa berubah.
Penjawat awam boleh menangani perubahan persekitaran dengan membudayakan kreativiti
dan inovatif.Penjawat awam harus memiliki kreativiti dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.
Penjawat awam yang mengamalkan amalan kerja yang membosankan tidak akan mampu untuk
menjana idea yang baik dan perubahan amalan kerja yang lebih berinovasi diperlukan.Pengurus harus
mempamerkan krebiliti pengurusan awam yang mantap bagi meningkatkan keyakinan penjawat
awam.Misalnya,dengan memberikan peluang dan galakkan kepada penjawat awam untuk berinovasi
dalam menjana idea.
Penjawat awam boleh menangani perubahan persekitaran dengan mengutamakan pelanggan
.Penjawat awam juga harus memberi fokus kepada pelanggan secara berterusan agar mereka berpuas
hati dengan perkhidmatan yang diberi.Misalnya, menjadikan budaya mesra pelanggan iaitu dengan
sentiasa senyum dan memberi penerangan dengan penuh sabar.Penjawat awam perlu mengutamakan
masa yang berkualiti apabila berurusan dengan orang ramai.Amalan ini dapat meningkatkan
keyakinan dan mampu untuk menjana pendapatan awam.
Penjawat awam boleh menangani perubahan persekitaran dengan mempunyai integriti yang
tinggi.Semua penjawat awam harus mempunyai sahsiah yang unggul.Masyarakat yang berurusan
dengan penjawat awam yang mempunyai perwatakan yang baik akan lebih yakin untuk berurusan
dengan penjawat awam tersebut.Penjawat awam juga harus menganggap yang pekerjaan mereka
merupakan satu ibadah.Jika mereka mempunyai falsafah sebegini maka faktor untuk berlaku ketirisan
dalam sektor perkhidmatan awam tidak akan berlaku.
Pembangunan organisasi dapat meningkatkan imej tadbir urus dengan menekankan
pembudayaan kerja secara berpasukan.Pembudayaan kerja berpasukan ini penting kepada
penjawat awam dalam menghasilkan produktiviti yang berkualiti.Produktiviti berkualiti dapat
dihasilkan jika semangat berpasukan dapat membentuk nilai kemanusiaan dalam tugas.Pencapaian
organisasi banyak bergantung kepada amalan bekerja sesuatu organisasi.Pencapaian organisasi dapat
ditingkatkan jika setiap pekerja di dalam organisasi tersebut mengamalkan semangat kerja berpasukan
yang dapat mengelak perasaan curiga yang boleh meruntuhkan organisasi.
15
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Pembangunan organisasi dapat meningkatkan imej tadbir urus dengan mengutamakan
kepentingan organisasi.Penjawat awam perlu mengutamakan kepentingan awam terlebih
dahulu.Misalnya,bekerja dengan penuh dedikasi dan beretika dalam memastikan imej organisasi
awam dipandang tinggi masyarakat berikutan perkhidmatan yang efisien dari penjawat awam
.Penjawat awam yang mengutamakan kepentingan organisasi akan sedaya upaya cuba untuk
meningkatkan imej organisasi.Misalnya, dengan mengamalkan sikap telus dalam memberi
perkhidmatan tanpa prejudis.
Kesimpulannya, penjawat awam perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan kesan daripada
pengaruh globalisasi bagi memastikan terus berdaya saing di peringkat tempatan mahupun
antarabangsa.
16
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 8: Media elektronik merupakan saluran yang penting kepada kerajaan untuk
menyalurkan maklumat kepada rakyat.Namun, wujud salah laku sesetengah pihak
yang menyalahguna saluran ini untuk kepentingan sendiri. Bincangkan.
Kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan memberi ruang yang
lebih kepada media massa seperti media elektronik untuk menyalurkan maklumat dan
menyatakan pendapat mereka tanpa sekatan.Kebebasan media elektronik mempunyai kesan
positif dan juga tidak kurangnya yang negatif kepada individu, masyarakat dan juga negara.
Media elektronik merupakan saluran yang penting dalam memudahkan rakyat
memperoleh maklumat.Media elektronik dapat menyalurkan pelbagai maklumat dalam
pelbagai bidang.Rakyat mudah untuk mengakses maklumat seperti politik dan isu semasa di
blog-blog kerajaan.Perkembangan ini akan membantu masyarakat Malaysia untuk menjadi
lebih intelek dan berpengetahuan dalam pelbagai perkara dalam masa yang singkat.
Media elektronik merupakan saluran yang penting dalam memudahkan pihak
kerajaan mengetahui masalah rakyat.Media elektronik seperti facebook dan twitter dapat
digunakan untuk menyalurkan pelbagai maklumat sama ada yang positif atau
negatif.Pelbagai rungutan dan kritikan terbuka akan menyebabkan kerajaan cuba mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik-baiknya.Pihak kerajaan akan lebih
prihatin dengan aduan yang diutarakan oleh rakyat yang telah memberi mandat kepada
mereka untuk mentadbir negara.
Media elektronik merupakan saluran yang penting dalam memberikan peluang
kepada rakyat untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan.Kebebasan media
elektronik telah memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan pendapat dan padangan
mereka tentang apa yang kerajaan laksanakan atau berkaitan dengan prosuder.Pendapat dan
pandangan yang membina serta bernas akan diambil kira oleh kerajaan.Misalnya,Perdana
Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib ada menyediakan platform kepada rakyat untuk
memberi pendapat di twitter beliau bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
Antara salah laku pihak yang menyalahguna media elektronik untuk kepentingan
sendiri adalah seperti menyebarkan maklumat yang mengancam keselamatan
negara.Media elektronik pada masa kini banyak menyebarkan fitnah dan propaganda
antikerajaan yang akan mempengaruhi fikiran rakyat sehingga mencetuskan perasaan tidak
puas hati kepada kerajaan.Propaganda antikerajaan ini boleh menyebabkan rusuhan
17
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
berlaku.Pelabur asing juga turut akan menarik pelaburan mereka berikutan terpengaruh
dengan fitnah dan propaganda ini.
Antara salah laku pihak yang menyalahguna media elektronik untuk kepentingan
sendiri adalah seperti menyebarkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan seseorang
pemimpin.Media elektronik banyak digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk
menyampaikan fitnah terhadap seseorang pemimpin tanpa sebanrang bukti yang kukuh.Sejak
akhir-akhir ini fitnah terhadap seseorang pemimpin terutamanya pemimpin kerajaan berlaku
secara berleluasa.Apa yang menyedihkan sesetengah masyarakat begitu taksub lantas
mempercayai apa saja maklumat yang memburukkan imej sesetengah pemimpin.
Kesimpulannya,media elektronik mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat
namun hanya segelintir yang menyalahgunakannya untuk kepentingan politik.Oleh itu, perlu
ada undang-undang untuk menyekat pihak yang menggunakan media elektronik untuk tujuan
politik agar keamanan negara dapat terpelihara.
18
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 9 : Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat
awam di Malaysia.Langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem
penyampaian dalam perkhimatan awam. Bincangkan.
Sistem penyampaian khidmat awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara.Wujudnya kelemahan dalam tadbir urus boleh menjejaskan sistem tadbir
negara dan sistem penyampaian khidmat awam yang cekap akan membantu memajukan negara.
Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah ketidakseragaman dalam
konteks pelaksanaan polisi dan prosuder kerja.Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja akan
mengakibatkan pelaksanaan bercelaru.Pelaksanaan yang bercelaru dalam tadbir urus akan membina
imej negatif dalam kalangan rakyat.Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja akan mengakibatkan
pelaksanaan penyampaian khidmat awam lambat dan menyusahkan pelanggan.Kelambatan ini
berlaku mungkin disebabkan pihak pelaksana yang mungkin keliru, tidak jelas dengan tugasan dan
bidang kerja.
Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam seterusnya ialah karenah
birokrasi.Karenah birokrasi akan merencatkan kelancaran prosuder kerja.Urusan dengan pelanggan
mengambil masa atau tempoh yang lama yang banyak membuang masa pelanggan.Karenah birokrasi
dilihat kurang mesra dan banyak membuang masa pelanggan untuk mendapatkan sesuatu kelulusan
projek.Situasi ini akan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap tadbir awam.
Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam berikutnya ialah penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan.Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan masih berlaku dalam
kalangan penjawat awam.Misalnya,amalan rasuah masih berlaku bagi mendapatkan tender atau
mempercepatkan sesuatu kelulusan berkaitan lesen dan pelbagai permit.Sifat dengki dan tamak turut
menyumbang kepada masalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.Misalnya, menghalang
peluang orang lain dan membuka ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan menyeleweng
atau salahguna kuasa.
Langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam ialah membangunkan
modal insan.Pekerja sektor awam ditawarkan kursus untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran
dalam pekerjaan.Misalnya, pembangunan sumber manusia seperti latihan kemahiran yang berterusan
dan pembelajaran sepanjang hayat.Memberikan insentif yang lumayan turut merupakan cara untuk
membangunkan modal insan.Misalnya, memberikan ganjaran dan upah yang setimpal kepada mereka
yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerja.
Langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam berikutnya ialah
memperkasakan agensi kerajaan.Kerajaan melalui kementeriannya memastikan institusi pelaksana
19
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
berfungsi dengan baik.Misalnya memastikan institusi pelaksana seperti MAMPU, INTAN dan JPA
mempunyai KPI dan NKRA untuk memastikan unit tersebut berfungsi mengikut apa yang dirancang
pada landasan yang betul.Penilaian penjawat awam perlu dibuat berterusan bagi memastikan tahap
pengetahuan dan kemahiran bidang kerja pekerja sektor awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
Misalnya,institusi pelaksana hendaklah membuat pemantauan yang berterusan dan jangan beri
kepercayaan 100% kepada laporan pegawai yang ditugaskan.
Kesimpulannya,semua pihak terlibat harus mengenal pasti masalah dalam sistem
penyampaian khidmat awam dan mengambil langkah sesuai untuk menyelesaikan masalah berbangkit
agar sistem penyampaian khidmat awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
20
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 10: Untuk menangani cabaran globalisasi dan persaingan, banyak bergantung kepada
kecekapan setiap pengurus. Bincangkan.
Tanggungjawab untuk menangani cabaran globalisasi dan menghasilkan kerja berkualiti
terletak kepada pengurusan.Kejayaan atau kegagalan kita Malaysia dalam persaingan hebat di persada
antarabangsa adalah bergantung kepada kualiti pengurusan.
Kecekapan yang perlu dimiliki seseorang pengurus ialah mempunyai kesedaran tentang
perkembangan sejagat dan global awaraness.Pengurus mesti mempunyai pengetahuan dan prihatin
tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dunia.Misalnya, memahami kerumitan yang wujud
dalam dunia perniagaan.Seseorang pengurus perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan
peluang yang boleh diperolehi daripada pasaran kewangan antarabangsa.Misalnya,pengurus perlu
memahami mekanisma tertentu seperti ‘exchange rate’, pengurusan ‘cashflow’ dan pengurusan
sumber kewangan terutama di peringkat antarabangsa.
Kecekapan yang perlu dimiliki seseorang pengurus ialah mempunyai kemahiran
berkomunikasi.Pengurus mestilah mampu memahami pelbagai budaya yang berlainan.Kemahiran
dalam bahasa-bahasa asing memberi kelebihan kepada pengurus.Malahan,ada syarikat-syarikat asing
yang mewajibkan pekerja mereka terutamanya berjawatan pengurus perlu mempunyai kemahiran
untuk berkomunikasi.Syarikat-syarikat terkemuka di Amerika Syarikat sebagai contoh,menetapkan
dasar bahawa pegawai-pegawai yang akan berkhidmat di luar negara mesti mengikut kursus-kursus
khas bagi membiasakan mereka dengan keadaan politik,sosial dan budaya negara berkenaan.
Kecekapan yang perlu dimiliki seseorang pengurus ialah mempunyai visi dan masa depan
yang jelas.Pengurus perlu mempunyai pandangan masa depan yang jelas dan mempunyai rajah
pemikiran yang tetap.Hal ini kerana ia boleh menghalang pengurus membuat pilihan yang ralat yang
mungkin akan menjejaskan masa depan organisasi.Pengurus yang mempunyai visi akan mampu
membuat keputusan selaras dengan perkembangan sejagat.Hal ini kerana pengurus yang mempunyai
visi akan mampu untuk membentuk strategi-strategi persaingan yang baik.
Kecekapan yang perlu dimiliki seseorang pengurus ialah mempunyai pengetahuan tentang
kaedah yang diamalkan dalam pasaran yang berbentuk global.Syarikat-syarikat yang bertaraf
dunia mengambil pendekatan pemasaran yang agresif seperti pengiklanan,melobi,dan jaminan selepas
penjualan (warranties).Pengurus mestilah mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur.Pengurus
yang bagus harus mengetahui pasaran baru yang tidak memerlukan kos tinggi.Misalnya,pasaran
industri kecil dan sederhana tempatan boleh dimanfaatkan untuk membantu sesebuah organisasi yang
besar jika pengurus organisasi tersebut tahu meneroka pasaran IKS.
21
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Kecekapan yang perlu dimiliki seseorang pengurus juga ialah mempunyai pemikiran
kreatif dan inovatif .Seseorang pengurus perlu inovatif dalam menguruskan sesebuah
organisasi.Pengurus yang inovatif akan mampu menggerakkan semula sistem pengurusan agar tidak
beku dan penuh dengan karenah birokrasi.Pengurus yang baik juga perlu sentiasa positif dan
mempunyai falsafah pengurusan yang baru bagi memastikan organisasi terus berdaya saing di
peringkat antarabangsa.Misalnya,pengurus sesebuah organisasi harus memastikan kekuatan mereka
dikekalkan dan setiap kelemahan diperbaiki.
Kesimpulannya,semua pihak yang terlibat harus memastikan setiap pengurus yang
menguruskan organisasi di Malaysia mempunyai kecekapan yang diperlukan agar dapat memastikan
setiap organisasi di Malaysia diuruskan dengan baik dalam menangani cabaran globalisasi dan
persaingan.
22
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 11 : Sistem dan Prosuder merupakan satu daripada faktor yang menjejaskan integriti
sesuatu organisasi.Bincangkan.
Terdapat banyak faktor dalam menjamin kecekapan dan keberkesanan sesuatu perkhidmatan.
Kekurangan dan kelemahan satu daripadanya akan menyebabkan integriti sesuatu organisasi akan
terjejas.
Faktor yang menjejaskan integriti sesuatu organisasi ialah faktor sistem dan
prosuder.Kelemahan sistem,prosuder dan garis panduan dalam melaksanakan tugas boleh
menjejaskan integriti organisasi.Kurangnya ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan
awam seperti urusan tender mungkin akan menyebakan tender tersebut diperolehi pihak yang tidak
berkelayakan.Penguatkuasaan yang kurang memburukkan lagi keadaan.Kurangnya pemantauan dan
penilaian akan menyebabkan sesuatu organisasi itu akan mengambil kesempatan untuk menyeleweng
kewangan seperti yang berlaku pada ‘Pewaja Steel’ di Kedah.
Faktor yang menjejaskan integriti sesuatu organisasi ialah faktor kepimpinan.Kepimpinan
pelbagai peringkat perlu mempunyai azam yang teguh untuk memberi pedoman bagi melakukan
perubahan untuk kebaikan.Kepimpinan masyarakat dan organisasi,baik dalam sektor awam,swasta
dan NGO merupakan peneraju dalam suatu kumpulan yang dipimpin.Ada juga di kalangan pemimpin
yang tidak mematuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.Hal ini sudah tentu menjejaskan
integriti organisasi kerana tidak dapat menunjukkan contoh teladan yang baik.
Faktor yang menjejaskan integriti sesuatu organisasi ialah faktor struktur dan
institusi.Struktur sesebuah organisasi perlu kemas,terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan
munasabah .Misalnya, jika kurang koordinasi akan menyebabkan pembaziran dan tugas yang
dilaksanakan tidak sempurna.Struktur organisasi perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa
bagi menangani tuntutan dan cabaran baru.Pengabaian tanggungjawab dan tidak diselaraskan dengan
sempurna akan menyebabkan sesebuah organisasi gagal mencapai matlamatnya.
Faktor yang menjejaskan integriti sesuatu organisasi ialah faktor budaya.Persekitaran
budaya yang tidak sihat mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.Budaya
tidak sihat akan menyebabkan mereka bersikap tidak bertanggungjawab dan melepaskan
tanggungjawab kepada orang lain.Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi
persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah
lakunya.Sebaliknya, budaya negatif akan mewujudkan kepincangan dalam organisasi dan masyarakat
seperti gejala penyalahgunaan dadah,seks bebas dan sebagainya.
23
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Faktor yang menjejaskan integriti sesuatu organisasi ialah faktor individu.Kelemahan
individu adalah salah satu faktor yang amat penting yang akan menjejaskan integriti
seseorang.Misalnya, jika seseorang pegawai itu tidak kompetan urusan menjadi lembap.Individu yang
lemah didikan agama, akhlak, moral dan kurang penghayatan nilai-nilai murni hanya akan melihat
kelemahan orang lain dan enggan mengakui kelemahan diri merupakan antara kelemahan dalam
seseorang individu.Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus kepada perkara tidak
berintegriti seperti rasuah dan penyelewengan.
Kesimpulannya,menyedari pentingnya integriti dalam sesuatu organisasi seluruh anggota
masyarakat harus bertanggungjawab memastikan supaya nilai murni diterapkan dan diamalkan dalam
kehidupan mereka agar dapat menjadi masyarakat yang berintegriti.
24
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 12: Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan
berpengetahuan,kreatif dan inovatif,kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi
merealisasikan hasrat tersebut . Huraikan.
Pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja yang
berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif .Kerajaan telah
mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Langkah kerajaan untuk melahirkan modal insan yang baik adalah dengan memperluas akses
kepada pendidikan berkualiti.Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam memastikan
bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti.Sebanyak RM 6.3 bilion disediakan untuk
menaik taraf sekolah,asrama dan memartabatkan profesion guru.Sekolah-sekolah yang cemerlang
dalam semua bidang juga akan diberi ganjaran.Yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para
pelajar juga akan diberi sebanyak RM100 bermula tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5.
Langkah kerajaan untuk melahirkan modal insan yang baik adalah dengan memantapkan
pendidikan sekolah rendah dan menengah.Dalam memantapkan bidang pendidikan pihak kerajaan
telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi.Misalnya,
kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran.Kerajaan juga
berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.Misalnya,kerajaan telah mengambil 375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan
Australia untuk mengajar.
Langkah kerajaan untuk melahirkan modal insan yang baik adalah dengan
mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional.Kerajaan memberi penekanan
kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju.Misalnya,
dengan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional di setiap negeri di Malaysia.Di negara
maju,pendidikan teknikal dan vokasional menjadi pilihan utama pelajar kerana pendidikan tersebut
menyediakan prospek kerjaya yang baik.Misalnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan
mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam.
Langkah kerajaan untuk melahirkan modal insan yang baik adalah dengan mempergiat
program latihan dan kemahiran.Kerajaan memberi penumpuan kepada meningkatkan kemahiran
graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran.Misalnya,kerajaan
menyediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan
Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja.Graduan jurusan lain juga
digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran.Misalnya,melalui Program
Pentauliahan Profesional dan Skim Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah.
25
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Langkah kerajaan untuk melahirkan modal insan yang baik adalah dengan memperkasa
pengajian tinggi.Bagi merealisasikan langkah ini kerajaan bertindak menambah peratusan staf
akedemik berkelulusan PhD.Penambahan staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75% bagi
universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA yang lain.Para pensyarah juga berpeluang menikmati
kenaikan pangkat.Misalnya, kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus
III,II,dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya.Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan
secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.
26
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
SOALAN 13: Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencapai satu
tahap di mana ICT telah menampakkan kesan yang besar dalam kehidupan manusia.
Bincangkan.(Roshia)
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencapai satu tahap di mana
ICT telah menampakkan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia.Perkembangan ICT telah
membawa kesan postif dan negatif kepada negara.
Kesan positif teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan manusia ialah dapat
memudahkan urusan harian.Bayaran bil utiliti,pinjaman dan jual beli barangan dapat dilakukan
melalui internet.Transaksi pemindahan wang dapat dibuat tanpa perlu ke bank kerana banyak bank
menyediakan kemudahan perbankan elektronik antaranya Maybank2u.Pengguna tidak perlu beratur
panjang dan menjimatkan masa.Bagi masyarakat yang suka membeli belah mereka tidak perlu lagi ke
kedai kerana banyak kedai menggunakan saluran ‘online’ untuk memasarkan barangan mereka
antaranya’Lazada’.
Kesan positif teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan manusia menjadikan
sistem pentadbiran lebih cekap.Sistem pentadbiran menjadi lebih cekap dan berdaya saing seiring
dengan negara-negara maju.Setiap urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepat
seperti e-pendaftaran,e-kerajaan,e-perolehan dan e-cukai.Pengguna dengan mudah dapat mengakses
maklumat dalam pelbagai perkara.Misalnya, setiap maklumat penjawat awam atau berkenaan dengan
gaji boleh dilayari menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu e-operasi dan e-penyata
gaji.
Kesan positif teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan manusia ialah dapat
membantu dalam bidang perubatan.Teknologi maklumat dan komunikasi seperti Tele-perubatan
dapat membantu pesakit dalam keadaan tertentu untuk tidak perlu berjumpa dengan doktor.Pesakit
hanya perlu memberitahu doktor simpton yang dihadapi dan doktor akan memberitahu ubat atau
rawatan yang perlu.Pelbagai maklumat tentang penjagaan kesihatan,penyakit dan ubat-ubatan boleh
diakses melalui internet.Masyarakat Malaysia boleh melayari laman web
‘http://www.myhealth.gov.my/’untuk mengetahui berita-berita terkini tentang perubatan dan
kesihatan.
Kesan negatif teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan manusia ialah
menularnya penyebaran fitnah.Penyebaran fitnah akan memburukan dan menjatuhkan pihak lain
yang ternyata mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat.Penyebaran fitnah di ‘twitter’dan
blog ‘Malaysia Kini’ ternyata boleh mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat.Melayari
laman-laman web tidak bermoral seperti laman web lucah akan memberi kesan negatif kepada
27
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
perkembangan minda dan fizikal manusia.Laman-laman web lucah seperti ‘javmore’akan menjadi
pendorong kepada meningkatnya kejadian jenayah seksual dalam kalangan remaja.
Kesan negatif teknologi maklumat dan komunikasi kepada kehidupan manusia ialah
pengguna akan leka dengan ICT.Pengguna akan leka menggunakan ICT sebagai hiburan seperti
hiburan Laman Muka Buku (Facebook).Para pelajar akan membuang masa dengan melayari laman
Muka Buku dan mengabaikan pelajaran mereka.Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga boleh
menjejaskan produktiviti pekerja.Misalnya, pekerja sekarang dilihat banyak terpengaruh dengan
mainan internet seperti COC dan aplikasi komunikasi Whatsapp sehingga mengabaikan tugas mereka.
Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi adalah agen perubahan yang besar ke
atas aspek politik, ekonomi,dan sosial.Teknologi tersebut membawa kesan positif dan negatif.
28
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 14 : Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan adaptasi dengan perubahan
persekitaran mampu menyakinkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.Bincangkan.
Tadbir urus kerajaan yang berkualiti dan terkini penting dalam menyakinkan rakyat
yang kerajaan yang dipilih oleh mereka untuk mentadbir negara adalah kerajaan yang betul.
Kerajaan boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berdasarkan adaptasi
perubahan persekitaraan dengan meluaskan penggunaan teknologi.Perluasan ini boleh
dibuat melalui perlaksanaan program aplikasi dalam perkhidmatan kerajaan elektronik dan
penggunaan teknologi maklumat.Misalnya,myGoverment dan portal eKL.Kerajaan juga
boleh memberi peluang kepada rakyat menggunakan internet apabila berurusan dengan
jabatan kerajaan.Aplikasi teknologi ini dapat memudah dan mengurangkan masa berurusan
serta meningkatkan keyakinan rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.
Kerajaan boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berdasarkan adaptasi
perubahan persekitaraan dengan membangunkan keupayaan sistem.Kerajaan perlu
menyediakan pusat latihan untuk mempersiapkan kakitangan awam yang berkemahiran tinggi
dengan mengadakan kerjasama dengan jabatan perkhidmatan awam luar negara.Misalnya,
dengan menghantar penjawat awam untuk berkursus dengan jabatan perkhidmatan awam di
Jepun.Kerajaan juga harus memilih dan melatih kakitangan awam terbaik serta berpotensi
tinggi untuk bekerja dalam perkhidmatan awam.Kerjasama sektor awam dan swasta juga
harus dipergiat dalam meningkatkan keupayaan sistem.
Kerajaan boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berdasarkan adaptasi
perubahan persekitaraan dengan membangunkan budaya kerja berkualiti.Penggubalan
dasar-dasar kerajaan yang mendorong kepada perubahan budaya kerja yang berkualiti harus
dilaksanakan.Dasar Kepimpinan Melalui Teladan,Bersih dan Pelan Integriti Nasional dapat
meningkatkan prestasi kerja penjawat awam.Peningkatan prestasi penjawat awam dapat
menjana pendapatan kepada negara berikutan wujud keyakinan daripada pelanggan terhadap
tahap integriti penjawat awam.
Kerajaan boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berdasarkan adaptasi
perubahan persekitaraan dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.Sektor
awam harus mewujudkan suasana kerja dan tempat kerja yang selesa kepada penjawat
awam.Suasana yang kondusif dapat merangsang prestasi kerja penjawat awam.Penyediaan
29
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
suasana kerja dan tempat kerja yang selesa dapat memudahkan proses untuk mengaplikasi
budaya penyayang dan mesra pelanggan ke dalam sektor perkhidmatan awam.Amalan
budaya penyayang dapat mewujudkan budaya kerja berpasukan dan saling bekerjasama untuk
meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
Kerajaan boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berdasarkan adaptasi
perubahan persekitaraan dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur.Kerajaan perlu
menyediakan peruntukan untuk menambah dan meningkatkan prasarana kepada
pelanggan,ruang pejabat dan kemudahan pelanggan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan
awam.Rakyat juga boleh memberi maklum balas kepada pihak kerajaan terhadap mutu
perkhidmatan awam melalui peti cadangan.Kemudahan infrastruktur yang berkualiti akan
meningkatkan imej tadbir urus dan keyakinan rakyat berurusan dengan pejabat kerajaan.
Kesimpulannya,perkhidmatan awam boleh ditingkatkan dengan melaksanakan
pelbagai program yang sesuai dan menepati matlamat tadbir urus baik agar dapat menjana
pendapatan negara dan merealisasikan status negara berpedapatan tinggi pada tahun 2020.
30
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 15 : Kemajuan sesebuah negara bukan hanya terletak kepada kemajuan fizikal
semata-mata tetapi juga diukur melalui aspek pembangunan insan. Hasrat ini boleh
dicapai melalui usaha-usaha pembangunan insan. Huraikan.(Jassper).
Kini, kita sering berhadapan dengan pelbagai gejala negatif sosial seperti keruntuhan
moral dan rasuah.Gejala negatif sosial ini boleh menggugat knegara jika langkah-langkah
pembendungan tidak diambil segera.
Usaha pembangunan insan ialah kerjasama yang erat dalam kalangan sektor
awam, swasta dan sukarela.Tanggungjawab membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu
padu bukan hanya terletak pada kerajaan semata-mata tetapi merupakan tanggungjawab
bersama antara sektor awam,swasta dan sukarela.Kerjasama di antara sektor ini dapat
menjamin perkhidmatan sosial yang berkualiti.Kerjasama di antara semua sektor ini perlu
terjalin untuk mengelakkan percanggahan pendapat.Kerjasama ini secara tidak langsung
boleh mengelakkan pertindihan peranan antara pelbagai agensi.
Usaha pembangunan insan ialah melalui pegangan agama. Agama memainkan
peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia.Dalam kontes masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menganuti agama masing-masing boleh
menggunakan pengaruh agama untuk membendung segala masalah sosial yang melanda pada
masa kini.Agama juga dapat menguatkan pegangan diri seseorang.Penerapan nilai-nilai
murni dari agama masing-masing dapat membantu seseorang itu untuk membezakan yang
salah dan betul.
Usaha pembangunan insan ialah melalui pembangunan kekeluargaan.Sistem
kekeluargaan menjadi paksi atau tunjang kepada kehidupan seseorang insan.Punca atau
penularan gejala sosial yang melibatkan golongan remaja turut dikenalpasti berpunca
daripada kepincangan institusi kekeluargaan.Ibu bapa harus mengimbangi kepentingan dunia
dengan tanggungjawab mendidik anak-anak.Misalnya, meluangkan masa berkualiti dengan
anak-anak.
Usaha pembangunan insan ialah menggalakkan perpaduan masyarakat dan
integrasi nasional dalam kalangan pelbagai kaum.Pemupukan perpaduan antara kaum
menjadi asas penting kepada negara yang aman damai.Misalnya, negara pernah berada dalam
zaman kucar kacir ekoran peristiwa 13 Mei sehingga menjejaskan hubungan di antara kaum
di Malaysia.Namun, selepas peristiwa itu kerajaan merangka pelbagai strategi untuk
31
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
mengelak peristiwa itu berulang.Pengenalan dasar pembangunan sosial berjaya membentuk
kembali perpaduan kaum yang sebelum ini pernah tergugat.
Usaha pembangunan insan ialah melalui pembangunan ilmu yang sistematik.
Penerapan ilmu yang seimbang dapat membantu melahirkan modal insan yang baik
.Penerapan ilmu agama, sains, teknologi, kesenian dan kebudayaan bangsa haruslah dianggap
sama penting agar dapat melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran yang
seimbang.Ilmu mampu menjadi benteng kepada manusia dari terjebak kepada unsur-unsur
negatif.Misalnya, unsur negatif seperti budaya kuning dari barat dapat dibendung jika
individu terbabit mempunyai pegangan agama yang baik.
Ketidakseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan rohaniah
akan mencetuskan pelbagai masalah yang akhirnya akan menjejas kestabilan negara.Oleh itu
keseimbangan ini perlu diwujudkan melalui perlaksanaan pelbagai dasar pembangunan sosial
yang berteraskan perlembangaan, Rukun negara dan Wawasan 2020 agar dapat melahirkan
modal insan yang seimbang dan berkualiti.
32
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 16: Perkembangan teknologi maklumat merupakan pemangkin kepada tadbir
urus yang cekap.Jelaskan.
Usaha mewujudkan tadbir urus baik sukar direalisasikan sekiranya masih
menggunakan cara lama mengurus perkhidmatan.Kerajaan berusaha untuk melaksanakan
perubahan dalam sistem penyampaian dengan mengaplikasikan TMK dalam sektor awam.
Teknologi maklumat dapat mewujudkan tadbir urus yang cekap dengan menjadikan
perkhidmatan lebih berkualiti.Teknologi maklumat dapat mewujudkan perkhidmatan atas
talian untuk kemudahan pentadbiran.Pelbagai urusan dipermudahkan dengan menggunakan
talian internet.Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat membina rangkaian sistem
penyampaian perkhidmatan awam.Rangkaian sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat
meningkatkan kecekapan operasi agensi kerajaan di semua peringkat.
Teknologi maklumat dapat mewujudkan tadbir urus yang cekap dengan
meningkatkan imej tadbir urus.Kemudahan perkhidmatan atas talian memudahkan orang
ramai berurusan dengan pihak kerajaan.Kecekapan tadbir urus baik akan memberi keyakinan
kepada pelanggan.Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu sektor awam untuk
mempunyai perkhidmatan dan hasil kerja yang setaraf dengan pihak swasta.Perkhidmatan
dan hasil kerja yang baik dapat membina imej baik serta melahirkan budaya kerja cemerlang
dan berkualiti.
Teknologi maklumat dapat mewujudkan tadbir urus yang cekap dengan
meningkatkan keyakinan rakyat.Penggunaan perkhidmatan atas talian dapat memudahkan
orang ramai berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan cepat.Kecekapan penjawat
awam mampu meningkatkan kepercayaan orang ramai kepada sistem penyampaian
perkhidmatan awam.Respon baik orang ramai mampu meningkatkan keyakinan berterusan
terhadap tadbir urus baik negara.
Teknologi maklumat dapat mewujudkan tadbir urus yang cekap dengan
menyelaraskan dasar perkhidmatan awam.Penggunaan teknologi maklumat dapat
membina portal dan perisian yang dapat membangun,menyelaras dan menyeragamkan semua
dasar negara secara bersepadu.Keseragaman ini membentuk visi dan misi setiap organisasi
sektor awam mengikut keperluan masing-masing.Teknologi maklumat dan komunikasi
mampu meningkatkan sekuriti awam dan mencapai hasrat kerajaan membangunkan sistem
33
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
kerajaan berelektronik iaitu e-gov.Rakyat akan dapat info dasar dan pembangunan negara
melalui laman sesawang sektor awam.
Teknologi maklumat dapat mewujudkan tadbir urus yang cekap dengan
meningkatkan pendapatan sektor awam.Aplikasi perkhidmatan atas talian memudahkan
urusan pembayaran orang ramai dengan menggunakan internet.Misalnya, semua urusan
pembayaran dengan pihak kerajaan boleh dibuat secara dalam talian dengan menggunakan
perbankan elektronik seperti Maybank2u dan RHBnow.Jumlah pembayaran secara talian juga
akan meningkat berbanding pembayaran yang dibuat di kaunter.Pembayaran secara dalam
talian dapat dibuat dengan pantas berbanding pembayaran di kaunter yang mengambil masa
yang terlalu lama kerana terpaksa beratur menunggu giliran.
Kesimpulannya, mengaplikasikan TMK dalam sektor awam akan dapat meningkatkan
mutu perkhidmatan dan penyampaian awam.Peningkatan mutu perkhidmatan dan
penyampaian dapat membaiki imej sektor awam kepada lebih berdaya saing dalam
menghadapi masalah dan cabaran.
34
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
Soalan 17: Antara cabaran dalam tadbir urus baik negara ialah memantapkan
integriti.Kerajaan harus mengatasi semua cabaran yang wujud untuk memastikan
sistem pentadbiran awam sentiasa cekap dan mengekalkan integriti yang tinggi.
Bincangkan.
Untuk mewujudkan ciri-ciri kepimpinan yang berintegriti ini terdapat beberapa
halangan dan cabaran.Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk
meningkatkan budaya kerja berintegriti.
Antara cabaran dalam tadbir urus baik negara dalam memantapkan integriti ialah
cabaran untuk membudayakan sikap integriti.Sukar untuk menerapkan budaya dan ciri
integriti dalam kalangan penjawat awam.Kesukaran ini disebabkan majoriti penjawat awam
sudah sebati dan tegar dengan cara lama atau budaya kerja yang mengamalkan nilai
negatif.Media massa pada masa kini juga banyak memaparkan bahawa masih wujud amalan
dan perilaku penjawat awam yang rendah moral dan merosakkan imej sektor awam.
Antara cabaran dalam tadbir urus baik negara dalam memantapkan integriti ialah
cabaran untuk mewujudkan imej tadbir urus yang mantap dan berkualiti.Budaya kerja
yang lapuk dan kurang motivasi memperlihatkan kelemahan tadbir urus.Kelemahan yang
ketara akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap sektor awam
seperti rasuah dan gangguan pihak tertentu dalam pentadbiran awam.Pengurusan yang lemah
dan kurang profesional juga menjejaskan kredibiliti sektor awam kepada rakyat dan negara-
negara lain.
Antara cabaran dalam tadbir urus baik negara dalam memantapkan integriti ialah
cabaran untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.Budaya kerja tradisi
yang kurang motivasi dan tidak telus akan merugikan negara.Proses Malaysia untuk menjadi
negara maju juga akan terbantut jika budaya kerja negatif ini dipraktikkan oleh penjawat
awam di negara ini.Pengutipan hasil cukai yang tidak telus juga boleh mengurangkan sumber
hasil negara dan menjejaskan hasrat kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.
Kerajaan boleh memastikan sistem pentadbiran awam sentiasa cekap dan
mengekalkan integriti yang tinggi dengan menerapkan kepimpinan melalui teladan.Ciri
kepimpinan yang unggul menjadi asas kepada kejayaan tadbir urus.Pemimpin yang
mengamalkan nilai integriti dalam pengurusan dan pentadbiran awam akan disegani
pekerja.Pemimpin yang berintegriti akan menjadi contoh kepada kakitangan dan pekerja
35
MODUL ESEI P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT
seperti bersifat telus,amanah dan akauntabiliti.Pekerja yang mengamalkan integriti semasa
menjalankan tugas tidak akan sesekali menyeleweng dan mengamalkan rasuah.
Kerajaan boleh memastikan sistem pentadbiran awam sentiasa cekap dan
mengekalkan integriti yang tinggi dengan menitikberatkan kecekapan pengurusan
sumber manusia.Organisasi awam perlu mengambil penjawat awam yang mengamalkan
nilai murni di dalam kehidupan mereka seperti jujur.Pengambilan penjawat awam yang
berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi dalam bidang kerja boleh menjadi contoh
kepada pekerja lain.Pengurusan organisasi yang teratur dan bersistem akan meningkatkan
kecekapan tadbir urus.Perkara ini secara tidak langsung boleh mengelak ketirisan dan amalan
negatif dalam organisasi awam.
Kesimpulannya,sesebuah organisasi perlu mempunyai ciri kepimpinan dan kakitangan
yang berintegriti agar sektor awam sentiasa dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan
rakyat
36