The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-93092032, 2021-09-04 00:50:25

5-MODUL SAINS DAN TEKNOLOGI 2020

5-MODUL SAINS DAN TEKNOLOGI 2020

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TEMA:

SAINS
DAN
TEKNOLOGI

Dibina oleh:
Puan Salmiah binti Ramli

(rasahati)

1|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TAHUN TEMA TAJUK

STPM SAINS DAN S22- Laman web rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster, My Space
2013/2014 TEKNOLOGI dan Twitter telah menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh
dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman web ini
STPM diharamkan penggunaannya. Bincangkan (3 + 2)
2015/2016
SAINS DAN S22- Teknologi Satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namun
STPM TEKNOLOGI kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan. Bincangkan (2+ 3)
2018/2019
SAINS DAN S22- Teknologi Hijau penting untuk diberi penekanan dalam pembangunan
STPM TEKNOLOGI negara dan pelbagai langkah dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia sebuah
2019/2020 negara yang mengamalkan teknologi tersebut. Huraikan. (3+ 2/ 2+3)

SAINS DAN S22- Teknologi digital yang berkembang pesat pada masa ini memberikan
TEKNOLOGI/ kesan kepada sistem politik sesebuah negara. Jelaskan. ( 5 + 0)

POLITIK

2|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

RINGKASAN NOTA

Kepentingan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang:

1. Dalam bidang perubatan
2. Tercipta peralatan komunikasi
3. Membantu manusia bergerak dari satu tempat ke tempat lain
4. Sebagai alat memajukan ekonomi
5. Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)

TEKNOLOGI MAKLUMAT (UMUM)

Kesan positif teknologi maklumat dan komunikasi untuk NEGARA:

1. Memperkukuh hubungan diplomatik
2. Meningkatkan hubungan dagangan
3. Sistem pentadbiran menjadi lebih cekap.

Kesan Negatif Teknologi maklumat dan komunikasi (UMUM) :-

1. Penipuan atau Jenayah perdagangan
2. Pengodaman laman web
3. Penyebaran budaya negatif
4. Pengguna mudah leka

Masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kalangan MASYARAKAT:

1. Jurang Digital
2. Kadar Literasi Komputer
3. Kos/ perbelanjaan yang tinggi
4. Penerimaan Masyarakat

Faedah perkembagan teknologi maklumat kepada EKONOMI:-

1. Mempergiat / meningkatkan aktiviti ekonomi negara.
2. Menggalakkan pemindahan teknologi
3. Menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
4. Meningkatkan kegiatan syarikat multinasional negara.
5. Meningkatkan daya saing negara.
6. Mempergiat industri hiliran.

Kesan negatif teknologi maklumat kepada EKONOMI negara:-

7. Pendominasian ekonomi oleh syarikat asing
8. Penghakisan dasar perlindungan.
9. Berlaku aliran buruh mahir.

3|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

MEDIA SOSIAL

Kesan positif pengaruh media sosial kepada masyarakat Malaysia
1. Mudah memperoleh pelbagai maklumat.
2. Memudahkan komunikasi/Memudahkan perhubungan.
3. Memudahkan aktiviti harian.
4. Menambahkan sumber pendapatan/Membuka peluang perniagaan.
5. Sumber hiburan.

Kesan-kesan negatif media sosial kepada remaja
1. Menjejaskan perkembangan pelajaran
2. Menjejaskan kesihatan
3. Menjejaskan interaksi sosial/Kurang interaksi sosial.
4. Pengaruh budaya negatif /Budaya barat yang negatif.
5. Penipuan mudah berlaku/Berlaku penipuan.

PERNIAGAAN ELEKTRONIK ATAU E-NIAGA

Manfaat perniagaan elektronik / E-niaga.

1. Dapat menjimatkan kos.
2. Kaedah transaksi tanpa sempadan
3. Pasaran barangan yang luas/Meningkatkan pasaran dalam dan luar negara.
4. Membuka peluang pekerjaan
5. Menambah / Menjana pendapatan.
6. Mudah Mendapat Maklumat.

Masalah yang dihadapi dalam Perniagaan elektronik atau E-niaga

1. Kerenah pelanggan yang pelbagai.
2. Berlaku penipuan/Penipuan mudah berlaku.
3. Menyebabkan berlakunya kos tambahan/ peningkatan kos.
4. Keselamatan maklumat pengguna tidak terjamin.
5. Sukar Mendapat Kepercayaan dan keyakinan dari Pelanggan.

Ciri-ciri e-dagang

1. Produk Fizikal
2. Produk Digital
3. Bentuk Perkhidmatan

Kebaikan kepada peniaga

1. Tidak ada Tempoh Masa
2. Menjimatkan Kos.
3. Boleh Dilakukan Secara Sepenuh Masa atau Sampingan

4|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK
Langkah meningkatkan e-dagang

1. Mempelbagaikan Pilihan Produk.

2. Mensasarkan pasaran ke luar negara.
3. Meningkatkan kesedaran Pelanggan
4. Tingkatkan Pemasaran/promosi.
5. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran.

Masalah kepada pengguna

1. Pengguna Tertipu/penipuan mudah berlaku.
2. Pembayaran Perlu Dibuat Terlebih Dahulu (Prabayar)
3. Tidak Dapat Bersemuka dengan Peniaga.

Kesan negatif perdagangan secara dalam talian / e-dagang / e-niaga

1. Wujudnya Penyelewangan
2. Pembeli atau Penjual Berisiko untuk Ditipu.
3. Ketidaktentuan Transaksi.
4. Monopoli Produk Negara luar.

Faktor e-niaga menjadi kegemaran generasi baharu

1. Menjimatkan Kos Peniaga dan Pembeli
2. Kaedah Transaksi Tanpa Sempadan.
3. Saiz Pasaran yang Lebih Luas
4. Pilihan Barangan dan Perkhidmatan yang Pelbagai dan Terkini
5. Memudahkan Pengeluar dan Pengguna Mendapatkan Maklumat yang Terkini
6. Fleksible.

Masalah/isu
1. Jurang Digital
2. Usia Pengguna
3. Keselamatan Transaksi
4. Masalah Penyelewengan

5|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

INOVASI

Manfaat inovasi untuk kehidupan manusia:

1. Memperoleh maklumat terkini dengan mudah
2. Menjana pendapatan individu/syarikat /negara
3. Memudahkan perhubungan/komunikasi
4. Memudahkan bidang pendidikan
5. Meningkatkan mutu bidang fotografi dan animasi/perfileman

PENYAKIT BERBAHAYA

Faktor penyakit berbahaya terus berlaku dalam kalangan penduduk di Malaysia.

1. Faktor amalan pemakanan
2. Kurang aktiviti riadah/ bersenam/ bersukan
3. Faktor persekitaran
4. Faktor amalan gaya hidup
5. Penularan virus berbahaya
6. Faktor genetik

Kesan Baik pandemik.

1. Berlaku tranfomasi dalampelaksanaan pembelajaran/Wujud aktiviti ekonomi baharu / altenatif
2. Tahap keselamatan negara meningkat
3. Perubahan corak sosial kehidupan
4. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan

Kesan buruk pandemik

1. Merjejaskan ekonomi negara
2. Kehilangan pekerjaan
3. Menjejaskan sektor utama negara
4. Wujud tekanan emosi Barisan hadapan yang berisiko tinggi dijangkiti

TEKNOLOGI SATELIT

Kepentingan teknologi satelit:

1. Penyelidikan sains angkasa
2. Kemajuan teknologi maklumat
3. Meningkatkan sistem pertahanan negara
4. Satelit digunakan untuk tujuan kaji cuaca
5. Satelit boleh menjagi alat penguasaan ekonomi

Cabaran yang dihadapi:

1. Keupayaan kewangan terbatas
2. Bilangan pakar terhad
3. Keupayaan teknologi yang terhad

6|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

4. Keperluan lain yang lebih utama
5. Kesan penyalahgunaan

TEKNOLOGI ANGKASA

Kepentingan penerokaan angkasa lepas:

1. Bidang telekomunikasi
2. Bidang pendidikan maya
3. Maklumat dalam meteorologi
4. Kajian topografi
5. Mengesan pencemaran alam
6. Pemangkin teknologi robotik
7. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang sains
8. Sistem pengangkutan

SEKTOR PERTANIAN

Sumbangan sektor pertanian kepada negara:

1. Membekalkan bekalan makanan
2. Mewujudkan peluang pekerjaan
3. Meningkatkan pendapatan negara
4. Membekalkan bahan mentah kepada industri / Industri Hiliran
5. Memajukan industri pelancongan ( Agro pelancongan )

Usaha mentransformasikan sektor pertanian:

1. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (perhutani)
2. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan pengguna
3. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam bidang pertanian.
4. Mewujudkan sektor pertumbuhan baharu
5. Penggunaan teknologi dan kaedah pertanian moden
6. Memberi nilai komersial kepada produk pertanian

Cabaran-cabaran sektor pelancongan:

1. Serangan wabak penyakit/pandemik.
2. Demonstrasi jalanan
3. Kemelesetan ekonomi dunia
4. Bencana alam
5. Keadaan politik/ ketidakstabilan politik.

Langkah-langkah kerajaan menghadapi cabaran:

1. Melonggarkan syarat kemasukan pelancong.
2. Mengadakan pelbagai festival.
3. Mempelbagaikan konsep pelancongan.
4. 10.Insentif kepada rakyat

11.Menambah destinasi penerbangan

7|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Punca import makanan

1. Bekalan makanan negara tidak mencukupi
2. Bentuk muka bumi dan iklim yang berbeza

Langkah mengurangkan import

1. Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pertanian
2. Penggunaan teknologi moden/ terkini secara menyeluruh.
3. Sistem pengairan yang sistematik.
4. Pemuliharaan tanah yang terbiar.

TEKNOLOGI PERUBATAN

Manfaat teknologi perubatan moden dalam meningkatkan kesihatan manusia:

1. Teknologi peralatan
2. Teknologi mengesan penyakit

Penjagaan kesihatan diri sendiri:

1. Pemakanan yang seimbang
2. Gaya hidup sihat.

TEKNOLOGI YANG MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Definisi teknologi Hijau:
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

 Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG)
yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan.

 Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
 Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharu

Penggunaan Teknologi Hijau dalam pelbagai bidang:

1. Sektor Tenaga
2. Sektor Bangunan
3. Sektor Air dan Pengurusan Sisa
4. Sektor Pengangkutan

Definisi pembangunan lestari:
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang mementingkan keseimbangan antara alam semula jadi
dengan pembangunan fizikal. Misalnya, pembinaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti kilang dan
rumah kediaman tidak meminggirkan aspek keindahan alam sekitar.

8|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Kepentingan PEMBANGUNAN LESTARI:

1. Memelihara ekologi
2. Mengekalkan fauna dan flora
3. Mengelakkan bencana alam
4. Mengekalkan Keindahan alam sekitar

Strategi mewujudkan pembangunan lestari

1. Menggunakan kaedah kerja yang betul
2. Melaksanakan teknologi hijau
3. Langkah memperkasa penguatkuasaan undang-undang
4. Pengindahan semula atau penanaman semula pokok

MAKANAN SEGERA

Faktor semakin digemari Maysrakat:

1. Memenuhi keperluan golongan berkerjaya/sibuk
2. Menjimatkan masa/ Mudah disediakan.
3. Restoran yang selesa dan lengkap
4. Rasanya yang sedap
5. Banyak pilihan
6. Promosi yang meluas
7. Dianggap gaya hidup mewah/ trend masa kini.

Kesan buruk amalan makanan segera

1. Menjejaskan Kesihatan
2. Tumbesaran terganggu
3. Menjejaskan hubungan kekeluargaan
4. Masakan tradisional semakin terpinggir/ pupus

Antara kesan positif kebebasan media massa ialah

1. Rakyat mudah memperoleh maklumat.
2. Pihak berkuasa menjadi prihatin dan peka dengan masalah rakyat.
3. Rakyat bebas memberi pendapat.

Kesan –kesan negatif kebebasan media massa

1. Media massa digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan fitnah.
2. Menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyaratkat.
3. Mengancam keselamatan negara.

9|Page

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TANAMAN UBAHSUAI GENETIK

Kesan positif tanaman ubah suai genetik
1. Tempoh Matang Hasil Pertanian
2. Meningkatkan Kajian dan Penyelidikan
3. Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hasil Pertanian
4. Memelihara Alam Sekitar daripada Pencemaran

Kesan negatif tanaman ubah suai genetik
1. Alahan / Keracunan Makanan
2. Penyakit
3. Nilai Khasiat Tanaman Berkurangan
4. Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

KITAR SEMULA

Rasional amalan kitar semula

1. Perkembangan Dalam Penghasilan Produk
2. Peningkatan Pendapatan Penduduk
3. Pertambahan Penduduk

Kesan sekiranya kitar semula tidak diamalkan
1. Berlakunya Proses Air Laut Resap dan Pelepasan Gas Metana di Tapak Pelupusan
2. Kemusnahan Sumber Alam

Manfaat program kitar semula kepada kehidupan manusia
1. Memulihara Alam Sekitar
2. Mengurangkan Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
3. Penyelidikan dan Pembangunan (PdP/RnD)
4. Penjimatan Bahan Mentah
5. Pengurangan Penebangan Pokok
6. Mengurangkan Masalah Pencemaran Alam Sekitar

Kebaikan amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan kepada alam sekitar
1. Pemeliharaan Alam Sekitar
2. Mengurangkan Penggunaan Bahan Mentah
3. Mengurangkan Masalah Pencemaran Alam
4. Menangani Masalah Kekurangan Tapak Pelupusan Sampah

Kebaikan amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan kepada kehidupan
manusia
1. Menambah Pendapatan
2. Penjimatan Kos Pembuatan
3. Mewujudkan Industri Baru

10 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TEKNOLOGI ROBOTIK

Kepentingan teknologi robotik kepada pembangunan negara:-
1. Alternatif Kepada Tenaga Manusia
2. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (PnP)
3. Meningkatkan Pengkormersialan
4. Membantu Bidang Perubatan
5. Membantu Bidang Perindustrian
6. Kegunaan Domestik
7. Kegunaan dalam Situasi Bahaya dan Kotor
8. Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti Produk / Mencapai Piawaian
9. Mengurangkan Kos

Keburukan teknologi robotik
1. Manusia Menjadi Malas, Kurang Berfikir dan Tidak Berinisiatif
2. Robot tidak Fleksibel
3. Menutup Peluang Pekerjaan
4. Kos yang Tinggi

Kebaikan teknologi robotik kepada kehidupan manusia
1. Menggantikan Tenaga Kerja Manusia
2. Membantu Memudahkan Urusan Harian
3. Mengurangkan Kesilapan / Kecuaian
4. Melakukan Kerja Berbahaya
5. Membantu Orang Kelainan Upaya (OKU)

Langkah menggalakkan teknologi robotik:-
1. Menjalankan Kerjasama dengan Negara Lain
2. Mengadakan Pertandingan Inovasi Robotik
3. Menawarkan Latihan dan Pendidikan
4. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (RnD/PnP)
5. Meningkatkan Kesedaran

11 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

ESEI PENUH

Kepentingan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang:

6. Dalam bidang perubatan
• Banyak peralatan dicipta, antaranya ialah mesin X-Ray, CT Scan dan mesin mencuci darah
• Mesin digunakan untuk mengesan pelbagai penyakit seperti kanser
• Mengkaji dan menghasilkan ubat seperti Paracetamol untuk ubat demam, dan Cloxacillin untuk
antibiotik
• Membantu memulihkan penyakit manusia

7. Tercipta peralatan komunikasi
• Seperti mesin faks, telefon, computer, Internet dan pelbagai kemudahan perhubungan maya
• Membantu manusia meningkatkan interaksi antarabangsa
• Membantu penyampaian maklumat ke seluruh dunia
• Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat minda kelas pertama boleh dicapai

8. Membantu manusia bergerak dari satu tempat ke tempat lain
• Beberapa peralatan telah dicipta seperti kereta api, pesawat, dan kapal laut
• Memudahkan penduduk dunia bergerak dari sebuah negara ke negara lain untuk pelbagai tujuan
• Mewujudkan interaksi dan hubungan silaturahim antara masyarakat dunia ke Malaysia
• Memudahkan manusia menjalankan pelbagai urusan harian mereka

9. Sebagai alat memajukan ekonomi
• Kekayaan negara Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun misalnya yang maju didorong daripada
kemajuan sains dan teknologi
• Malaysia juga memanipulasikan kemajuan sains dan teknologi dengan mencipta pelbagai produk
• Malaysia menghasilkan kereta tempatan dan dieksport ke luar negara
• Berlaku kemasukan wang asing akan meningkatkan pendapatan negara kita

10. Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
• Mencipta pelbagai variasi tanaman makanan
• Banyak sumber makanan yang diproses telah dihasilkan
• Antaranya ialah tanaman makanan seperti padi,nanas, buah betik serta tanaman komersial seperti
kelapa sawit dan getah
• Meningkatkan jumlah bekalan makanan negara

TEKNOLOGI MAKLUMAT (UMUM)

Kesan positif teknologi maklumat dan komunikasi untuk NEGARA:

4. Memperkukuh hubungan diplomatik
 Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain dapat diperkukuh.
 Hubungan yang erat dengan negara-negara laindapat mengukuhkan sistem pertahanan negara

Malaysia
 Hubungan yang erat juga dapat memberi faedah kepada bidang pendidikan, sukan, sosial,

perdagangan dan lain-lain

12 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

5. Meningkatkan hubungan dagangan
 Teknologi maklumat dan komunikasi telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan di seluruh dunia

melalui internet
 Pengguna dapat membeli barangan dari seluruh dunia tanpa mengira masa dan jarak
 Pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat

6. Sistem pentadbiran menjadi lebih cekap.
 Sistem pentadbiran kerajaan menjadi lebih cekap dan berdaya saing seiring dengan negara-negara

maju yang lain
 Setiap urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepat seperti e-pendaftaran, e-

kerajaan, e-perolehan, e-cukai, dan lain-lain
 Pengguna dapat mengakses malklumat dalam pelbagai cara

Kesan Negatif Teknologi maklumat dan komunikasi (UMUM) :-

5. Penipuan atau Jenayah perdagangan
 Penipuan kad kredit dengan mencuri identiti seseorang telah menyebabkan rakyat Malaysia kerugian

beratus juta ringgit setahun
 Jualan palsu juga telah menyebabkan banyak yang tertipu dengan menggunakan e-dagang
 Barangan yang dipesan melalui atas talian tidak diterima dan tidak menepati kualiti yang diiklankan
 Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.

6. Pengodaman laman web
 Pencerobohan masuk sistem organisasi seperti maklumat sulit negara dan sistem pertahanan akan

menjejaskan keselamatan negara
 Pencerobohan tersebut akan menyebabkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya.
 Maklumat peribadi dan akaun peribadi bank individu mudah digodam jika tidak berhati-hati hingga

menyebabkan kerugian yang besar.

7. Penyebaran budaya negatif
 ICT dianggap sebagai alat/ideologi baharu yang boleh merosakkan akhlak
 Kebanyakan rakyat tidak memanfaatkan ICT dengan betul hingga membawa impak yang negatif
 Penggunaan ICT dikatakan menyebabkan rakyat kurang berfikir, kurang inovasi dan kurang kreatif
 Penyalahgunaan ICT menyebabkan masyarakat terjebak dalam masalah salah laku, penyebaran fitnah

dan khabar angin
 Penyebaran fitnah akan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain
 Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara
 Amalan ini berleluasa kerana pengguna aplikasi siber bebas menulis dan menyalahgunakan media

elektronik
 Melayari laman web tidak bermoral seperti laman web lucah juga akan memberi kesan negatif kepada

perkembangan minda dan fizikal manusia terutama remaja.
 Laman-lama web tersebut akan menjadi pendorong kepada meningkatnya kejadian jenayah seksual

dalam kalangan remaja.
 Budaya barat yang negatif sebeperti hedonisme, budaya punk, skinhead juga akan mudah meresap

dalam kalangan masyarakat kerana mudah dicapai dalam pelbagai aplikasi seperti google search,
youtube dan laman media sosial lain.
 Penyebaran ideolisme yang negatif dan ekstrimis agama juga mudah meresap dan menjadi satu
amalan yang biasa dan kalangan masyarakat negara ini.

13 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

8. Pengguna mudah leka

 Pengguna akan leka menggunakan ICT sebagai hiburan seperti Laman Muka Buku (Facebook),
Instagram, Twitter dan sebagainya

 Para pelajar akan membuang masa melayari laman-laman ini dan mengabaikan pelajaran mereka dan
banyak membuang masa

 Masyarakat juga akan mengabaikan tugas-tugas mereka. Hal ini tentunya akan menjejaskan
produktiviti pekerja

Masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kalangan MASYARAKAT:

5. Jurang Digital
• Kawasan pedalaman masih kurang menerima capaian internet
• Kemudahan ICT masih kurang disebabkan oleh bentuk muka bumi yang sukar
• Penduduk di bandar lebih terdedah kepada ICT berbanding dengan penduduk luar bandar

6. Kadar Literasi Komputer
 Kadar literasi masih rendah
 Kadar yang rendah berpunca daripada kemampuan dan taraf hidup penduduk luar bandar
 Golongan tua tidak terdedah dengan komputer dan menjadi golongan paling rendah menguasai

komputer

7. Kos/ perbelanjaan yang tinggi
 Kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan komputer
 Kos yang tinggi juga diperlukan untuk penyelenggaraan komputer
 Kos memberi latihan, kursus dan pendedahan kepada warga tua dan generasi Y di luar bandar
 Keadaan ini melambatkan penguasaan rakyat terhadap penggunaan ICT

8. Penerimaan Masyarakat
 Masyarakat lebih mengutamakan keperluan harian
 Masyarakat menganggap ICT banyak membawa impak negatif
 ICT dianggap menjejaskan nilai-nilai murni masyarakat

Soalan:
Perkembangan teknologi maklumat telah mencetuskan era globalisasi yang membawa kepada pelbagai
faedah kepada ekonomi Malaysia. Namun demikian, tanpa persediaan yang mencukupi cabaran ini
membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.

Faedah perkembagan teknologi maklumat kepada EKONOMI:-

10. Mempergiat / meningkatkan aktiviti ekonomi negara.
 kemajuan telekomunikasi, telesidang dan e-dagang
 maklumat ekonomi dan disebarkan dengan cara meluas dan cepat
 perniagaan jual beli dalam internet dapat dilakukan
 pengguna mempunyai banyak pilihan
 meluaskan pasaran barangan

14 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

11. Menggalakkan pemindahan teknologi
 melalui globalisasi membawa masuk para pelabur yg berteknologi tinggi
 membawa masuk teknologi moden dan kepakaran
 penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran
 rakyat tempatan diberi latihan untuk pengendalian teknologi baru
 dapat menguasai kemahiran dan mencipta teknologi sendiri

12. Menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
 Aliran modal pelabur lebih mudah
 Mempercepat pertumbuhan ekonomi
 Pertukaran data maklumat / peluang pelaburann di internet.
 Promosi galakan pelaburan
 MATRADE, MITI.

13. Meningkatkan kegiatan syarikat multinasional negara.
 Maklumat / data tentang pelaburan luar dikongsi bersama
 syarikat multinasional negara berpeluang mengembangkan pelaburan / aktiviti ekonomi.
 Memperluas pasaran eksport Malaysia
 Memperkembangkan ekonomi Malaysia

14. Meningkatkan daya saing negara.
 Dapat ilmu /maklumat terkini drpd negara lain/neagra maju

15. Mempergiat industri hiliran.
 Menyokong industri utama.

Kesan negatif teknologi maklumat kepada EKONOMI negara:-

16. Pendominasian ekonomi oleh syarikat asing
 Syarikat multinasional mengambil alih syarikat tempatan
 Syarikat tempatan dikuasai oleh syarikat asing
 Keputusan ekonomi perlu mendapat persetujuan mereka
 Pengeksploitasian ekonomi oleh pelabur asing

17. Penghakisan dasar perlindungan.
 Berlaku persaingan barangan tempatan dengan produk luar negara
 Tidak dapat bersaing dengan produk dan menjadi ancaman kepada produk industri tempatan
 Import barangan dari luar akan terus meningkat
 Imbangan pembayaran semakin merosot
 Menjejaskan ekonomi negara

18. Berlaku aliran buruh mahir.
 Penghijrahan buruh tempatan ke luar negara
 Kerugian kepada kegiatan pengeluaran dalam negara
 Melambatkan pertumbuhan ekonomi tempatan
 Penghijrahan buruh asing ke negara ini
 Persaingan peluang pekerjaan dengan buruh tempatan
 Menjejaskan keluaran negara kasar
 Pendapatan upah buruh asing dihantar balik ke negara asing

15 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Soalan:
Pengaruh media sosial banyak memberi kesan positif kepada masyarakat Malaysia. Namun, kewujudan media
sosial ini turut membawa kesan negatif kepada golongan remaja. Huraikan.

(3 + 2/ 2 + 3)
Pengenalan: Kini, kewujudan media sosial banyak memberi kesan positif kepada masyarakat Malaysia. Namun
demikian, ia turut mebawa kesan negatif kepada remaja.

Idea Huraian
A. Kesan positif pengaruh media sosial kepada masyarakat Malaysia

1. Mudah memperoleh  Penggunaan media sosial memberi kemudahan dalam menyampaikan
pelbagai maklumat. pelbagai maklumat.

2. Memudahkan  Perkongsian maklumat daripada pelbagai sumber di media sosial
komunikasi/ dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Memudahkan
perhubungan.  Maklumat mudah sampai kepada masyarakat kerana masyarakat kini
amat dekat dengan penggunaan media sosial untuk berhubung.
3. Memudahkan aktiviti
harian.  Maklumat boleh dikongsi kepada ramai orang sekaligus walaupun
bukan daripada kenalan media sosial seseorang individu.
4. Menambahkan
sumber  Merapatkan hubungan mereka yang berjauhan.
pendapatan./
Membuka peluang  Meningkatkan kenalan di seluruh dunia.
perniagaan.  Media sosial juga merupakan salah satu medium yang amat popular

5. Sumber hiburan. pada masa kini untuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan
masyarakat dalam dan luar negara.

 Kemudahan yang disediakan dalam akaun media sosial seperti
meninggalkan mesej secara peribadi menjadi salah satu medium untuk
seseorang berhubung dengan orang lain.

 Media sosial mempunyai rangkaian komunikasi yang luas tanpa
mengira sempadan negara.

 Segala urusan sosial atau ekonomi boleh dijalankan melalui media
sosial.

 Boleh menjimatkan masa dan tenaga dalam mengedarkan maklumat
dan mudah dicapai.

 Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan telah membuat akaun media
sosial rasmi untuk memudahkan pengurusan jabatan masing-masing
untuk terus sampai kepada pelanggan iaitu rakyat.

 Masyarakat boleh menyuarakan pandangan atau sebarang persoalan
kepada jabatan-jabatan tertentu melalui media sosial tanpa perlu
mengisi borang di kaunter aduan jabatan.

 Media sosial juga dijadikan sebagai medium untuk menjana sumber
pendapatan masyarakat.

 Aktiviti jual beli dan mengiklankan produk turut dilakukan di laman
media sosial masing-masing.

 Seseorang individu tidak perlu mempunyai premis untuk menjual
barangan mereka kerana penggunaan media sosial secara maksimum
membolehkan iklan jualan mereka sampai kepada pelanggan dengan
mudah.

 Masyarakat juga boleh menonton drama atau sebarang hiburan
melalui penggunaan media sosial.

 Sumber hiburan membolehkan masyarakat menghilangkan tekanan.
 Tekanan yang hilang akan menyebabkan masyarakat lebih berfikiran

luas dan terbuka dalam menjalani kehidupan seharian.

16 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

B.  Selain itu, masyarakat bebas untuk berkongsi hobi dan minat masing-
6. Menjejaskan masing seperti berkongsi resepi masyarakat dan amalan gaya hidup
sihat.
perkembangan
pelajaran Kesan-kesan negatif media sosial kepada remaja

7. Menjejaskan  Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja boleh menjejaskan
kesihatan perkembangan pembelajaran mereka.

8. Menjejaskan  Gemar mengambil masa berjam-jam dan menghabiskan masa terluang
interaksi sosial/ bersama rakan-rakan dimedia sosial.
Kurang interaksi
sosial.  Remaja sepatutnya perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran,
namun pengaruh media sosial ini menjejaskan perhatian mereka
9. Pengaruh budaya akibat suka berborak-borak kosong dengan rakan di media sosial.
negatif /
Budaya barat yang  Hal ini menjadikan remaja terutama yang masih bersekolah menjadi
negatif. malas untuk belajar.

10. Penipuan mudah  Remaja yang kerap melayari media sosial melalui pelbagai peralatan
berlaku/ elektronik boleh menjejaskan kesihatan.
Berlaku penipuan.
 Contohnya, mereka akan kerap berjaga malam dan menganggu rutin
harian mereka.

 Mereka akan kurang tidur dan makan makanan yang berkhasiat.
 Skrin komputer, tab atau telefon bimbit juga akan merosakkan mata.
 Remaja akan kurang melakukan aktiviti luar dan seterusnya akan

menyebabkan obesiti.

 Remaja yang kerap melayari media sosial akan menyebabkan
hubungan interpersonal terjejas.

 Banyak masa dihabiskan dengan melayari media sosial berbanding
bergaul dengan orang di sekeliling mereka.

 Perkataan-perkataan kurang enak yang sering digunakan di media
sosial juga boleh merenggangkan hubungan remaja dengan orang
sekeliling mereka.

 Remaja akan mudah terdedah kepada budaya negatif.
 Remaja akan mudah terdedah kepada maklumat-maklumat palsu/

maklumat negatif termasuklah pornografi.
 Banyak pautan yang memungkinkan reaja terdedah kepada unsur-

unsur keganasan, tahyul, seram dan seks.
 Hal ini akan membentuk peribadi yang buruk kepada remaja jika tidak

dikawal.

 Kebanyakan remaja mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang
tersebar melalui media sosial.

 Sesetengah remaja selalunya tertipu dengan pembelian barang melalui
akaun media sosial kerana tidak terdedah dengan pengetahuan
pembelian barangan yang tiada jaminan.

 Hal ini akan menyebabkan kerugian yang besar dan risiko untuk
maklumat remaja terdedah kepada penjenayah.

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kelebihan penggunaan media sosial kepada masyarakat, kita
haruslah bersama-sama terutama ibu bapa dan penjaga untuk memantau pengunaan media sosial dalam
kalangan remaja agar penggunaannya tidak menjejaskan diri remaja tersebut.

17 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Perniagaan elektronik atau E-niaga telah memberi banyak manfaat kepada pengguna. Namun,
pelbagai masalah juga timbul melalui urusniaga ini. Bincangkan.

Pendahuluan: Perniagaan elektronik atau E-niaga adalah satu kaedah perniagaan yang
membolehkan seseorang berniaga melalui internet atau ICT. Perniagaan elektronik mempunyai
pelbagai manfaat kepada pengguna dan perniagaan ini juga boleh mendatangkan pelbagai masalah.

A. Manfaat perniagaan elektronik / E-niaga
1. Dapat
 Menjimatkan kos peniaga dan pembeli atau pengguna.
menjimatkan kos.
 Pihak peniaga tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk
2. Kaedah transaksi menyewa kedai atau tapak perniagaan.
tanpa sempadan
 Peniaga boleh menjimatkan kos pengiklanan barangan dengan
3. Pasaran barangan menggunakan kemudahan internet dan menjimatkan kos
yang meluas/ pengangkutan dan tenaga kerja untuk aktiviti promosi.
Meningkatkan
pasaran dalam dan  Pelanggan tidak perlu membuang masa dan kos yang lain untuk
luar negara. membuat tempahan di kedai dengan hanya tempahan melalui internet
sahaja.
4. Menambah peluang
pekerjaan  Sebagai satu kaedah perniagaan atau perkhidmatan transaksi tanpa
sempadan/ globalisasi.
5. Menambah /
Menjana  Perkhidmatan perniagaan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di
pendapatan mana jua.

6. Menjimatkan masa  Memberi kemudahan pilihan yang meluas tanpa had masa kepada
pengguna dan pengguna tidak terikat dengan urusan waktu pejabat
atau terpaksa beratur panjang di kaunter bayaran.

 Contoh urusan pembayaran boleh dilakukan sepanjang masa melalui
pelayan web seperti perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Click

 E-niaga juga mempunyai manfaat pasaran barangan yang meluas.

 Barangan boleh dipasarkan ke seluruh dunia melalui internet dan akan
boleh dilihat oleh masyarakat diseluruh dunia.

 Saiz pasaran yang lebih luas menjanjikan pelanggan yang lebih ramai
dan pulangan yang menguntungkan.

 Pasaran barangan boleh dibuat secara terbuka tanpa memerlukan
modal yang tinggi dan masa yang panjang.

 Individu yang tiada peluang pekerjaan boleh menjadikan E-niaga
sebagai kerjaya.

 Mereka boleh menjadi pengeluar, pengedar, pembungkusan, reka cipta
barangan, dan penjual menjadi sumber tenaga kerja utama.

 Boleh mengurangkan kadar pengangguran.

 E-niaga juga boleh menambah sumber pendapatan kepada individu dan
Negara.

 Pasaran yang terbuka dan meluas mendatangkan sumber pendapatan
yang lumayan kepada penjual/peniaga.

 Permintaan yang tinggi dan jumlah pelanggan yang meningkat.

 Kos pengendalian yang rendah dan menguntungkan.
 Penjualan produk ke peringkat antarabangsa menambah sumber

pendapatan Negara melalui pertukaran mata wang asing.

 E-niaga juga dapat menjimatkan masa khususnya kepada pembeli.

 Pembeli boleh membeli barangan yang ingin dipesan melalui atas talian
di mana-mana tempat pada bila-bila masa sahaja.

 Kadangkala pengguna menghadapi masalah untuk mencari barangan
yang diperlukan kerana kekangan masa atau waktu bekerja yang tidak
fleksibel.

 Oleh itu, E-niaga memudahkan pembeli untuk melakukan transaksi
dengan hanya sekelip mata tanpa perlu bergerak kemana-mana dan
menjimatkan masa pengguna.

18 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

B. Masalah yang dihadapi dalam Perniagaan elektronik atau E-niaga.

6. Kerenah pelanggan  Peniaga akan menghadapi masalah berhadapan dengan karenah
pelanggan.

 Karenah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk yang
dipaparkan dengan alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dalam

internet tidak sama dengan barangan yang diterima.

 Peniaga terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk

penghantaran barangan yang lain demi kepuasan pelanggan.

 Terdapat pengguna/pembeli yang tidak mahir menggunakan internet

dalam urusan E-niaga terutama dengan konsep bayar, terima dan guna
iaitu pembeli terpaksa membayar harga barangan tersebut terlebih

dahulu sebelum menghantar barangan.

7. Berlaku penipuan/  E-niaga juga berhadapan dengan unsur penipuan dalam urus niaga.

Penipuan mudah  Barangan yang diiklan dalam internet tidak menyamai kualiti apabila
berlaku. diterima pelanggan dari segi bahan, saiz, dan kualiti keberkesanan.

 Pengguna ditipu contoh dalam hasil produk kesihatan/kecantikan

produk membahayakan kesihatan.

 Penipuan dalam unsur pembayaran. Barangan yang dipesan tidak

dikirimkan kepada pengguna.

 Penipuan urus niaga elektronik dalam sektor pelancongan. Kebanyakan

pelanggan membuat aduan bahawa tempat-tempat percutian yang
ditempah melalui iklan internet tidak secantik sepertimana yang

ditunjukkan melalui iklan internet.

 Menjejaskan imej Negara dan sektor pelancongan Negara.

8. Menyebabkan  Urusan E-niaga mendatangkan masalah kepada pengguna apabila kos
berlakunya kos tambahan dikenakan.
tambahan
 Pengguna terpaksa membayar kos penghantaran barangan yang
dipesan. Kos ini membebankan pengguna kerana harga barangan yang
dipesan meningkat.

 Kos tambahan dikenakan lagi apabila berlaku kesilapan tertentu dari
segi penghantaran atau kesilapan pilihan barangan yang dipesan.

9. Keselamatan  Pengguna E-niaga menyebabkan pengguna mendedahkan maklumat-
maklumat maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor akaun bank
pengguna tidak pengguna.
terjamin.
 Pendedahan maklumat-maklumat tersebut boleh mendorong kepada
berlakunya kecurian wang melalui akaun bank pembeli.

 Pendedahan maklumat-maklumat tersebut juga boleh menyebabkan
pembeli kehilangan wang dalam akaun simpanan mereka tanpa mereka
sedari.

19 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

PENYAKIT BERBAHAYA

Faktor penyakit berbahaya terus berlaku dalam kalangan penduduk di Malaysia.

1. Faktor amalan pemakanan
 Penyakit berbahaya berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang
 Amalan pemakanan yang tidak seimbang :
a) Pengambilan gula berlebihan menyebabkan penyakit diabetis
b) Makanan laut yang berlebihan yang menghasilkan penyakit gout
c) Makanan berlemak dan berkolestrol tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan darah
tinggi.
 Amalan makanan segera dan ringan yang mengandungi pewarna yang tinggi (bahan pengawet)
dan bahan kimia. Contoh pengambilan monosodium glutamat MSG yang berlebihan akan
merosak anggota dalaman tubuh seperti buah pinggang dan penyakit kanser.
 Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan berlaku berat badan (masalah
obesiti) dan serangan jantung.

2. Kurang aktiviti riadah/ bersenam/ bersukan
 Penyakit berbahaya berpunca daripada kurang menjalankan aktiviti riadah.
 Aktiviti riadah dan bersenam kurang diberi perhatian menyebabkan pembakaran kalori dalam
badan menjadi kurang.
 Berat badan tidak menurun
 Serangan penyakit jantung, darah tinggi, dan obesiti akan berlaku

3. Faktor persekitaran
 Penyakit berbahaya juga berpunca daripada faktor persekitaran.
 Udara yang dicemari melalui jerebu atau pembakaran terbuka boleh mengganggu sistem
pernafasan penyebab penyakit kanser, dan alahan.
 Persekitaran yang kotor memudahkan penyakit merebak seperti longkang dan parit tersumbat
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan merebak penyakit demam denggi.
 Kawasan yang dicemari dengan sisa toksid memungkin penduduk disekitar diserang penyakit
kanser, alahan, gangguan pernafasan, dan kecacatan otak.

4. Faktor amalan gaya hidup
 Penyakit berbahaya berpunca daripada amalan gaya hidup yang negatif.
 Amalan merokok menyebabkan penyakit barah paru-paru akibat pelbagai kandungan bahan
kimia dalam rokok seperti kandungan nikotin.
 Amalan meminum minuman arak boleh menyebabkan penyakit kanser hati.
 Amalan hubungan seks bebas dan penagihan dadah menyebabkan penyakit AIDS dan penyakit
kelamin.

5. Penularan virus berbahaya
 Penyakit berbahaya berpunca daripada penularan virus berbahaya.
 Orang ramai terdedah kepada kawasan atau tempat penularan virus.
 Virus mudah tersebar dan menjangkiti tubuh badan yang berantibodi lemah
 Membahayakan kesihatan dan mengakibatkan kematian.
 Membuat lawatan ke negara yang memang terdedah dengan virus berjangkit.
 Bergaul dengan masyarakat di tempat terbuka.
 Ebola, Zika, H1N1, dan HRMD

20 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

6. Faktor genetik
 Penyakit berbahaya berpunca daripada faktor genetik individu.
 Individu yang mempunyai keturunan ibubapa yang punyai penyakit berbahaya seperti kanser,
diabetis, dan jantung turut berisiko diserang penyakit yang sama

 Seorang bayi yang ibunya berpenyakit AIDS juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit
tersebut

Soalan:
Penyakit berjangkit yang bersifat pendemik seperti Covid - 19 biasanya merebak melalui medium udara.
Pendemik ini telah mendatangkan pelbagai kesan. Bincangkan

Kesan Baik

1. Berlaku tranfomasi dalampelaksanaan pembelajaran
 Akibat pendemik ini pembelajaran secara atas talian semakin
 Meluas
 Dari pra sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi
 Kreativiti dan kaedah secara talian diperkembangkan semaksimun mungkin.

Wujud aktiviti ekonomi baharu / altenatif
 Semasa pandemik, pengeluaran lebih berfokus kepada industrimakanan dan kritikal sahaja
 Grab Food / Food Panda / sarung tangan / dan seumpamanya diteruskan beroperasi begitu juga
dengan industri penjagaan kesihatan
 Agensi penghantar makanan telah menjadi altenatif dalam memenuhi tuntutan norma baharu
kehidupan

Tahap keselamatan negara meningkat
 Kawalan sempadan yang dipertingkatkan mengelakkan
 kemasukan pendatang tanpa izin
 Sekatan jalanraya yang dilakukan turut mengurangkan aktiviti
 penyeludupan barangan dan imigran
 Peranan semua agensi keselamatan digerakkan

Perubahan corak sosial kehidupan
 Patuh dengan saranan norma baharu dan penjarakan fizikal
 Interaksi bersemuka agak terbatas dan lebih bertumpu di rumah`
 Amalan menjaga kebersihan diri diberi keutamaan
 Pembelian secara online semakin popular
 5 Peningkatan kemahiran ICT Hubungan melalui ICT semakin meluas
 Muat turun video Aps – Zoom, Meet dll
 Banyak digunakan dalam kehidupan norma baharu
 Cth: e-pay, e-bil, e-kesihatan

Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan
 Supaya Rakyat semakin peka terhadap isu penjagaan kesihatan
 Lebih memahami punca merebak suatu penyakit dan langkah

21 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Kesan buruk

Merjejaskan ekonomi negara
 Produktiviti kurang kerana kejatuhan permintaan
 Kegagalan meneruskan aktiviti ekonomi kerana ketiadaan
 pelanggan akibat sekatan pergerakan
 Sektor industri dan pembuatan tidak aktif menyebabkan
 eksport dan KDNK turut merosot

Kehilangan pekerjaan
 Majikan menghentikan sebilangan pekerja untuk mengurangkan
 kos operasi kerana pengeluaran produk dikurangkan
 Hal ini untuk memastikan operasi dapat diteruskan bagi
 mengelak syarikat ditutup

Menjejaskan sektor utama negara
 Antara industri yang terjejas teruk ialah industri perhotelan dan
 penerbangan
 Industri pembuatan dan perkilangan kekurangan bahan mentah
 dan sumber tenaga kerja kesan daripada penutupan sempadan
 negara

Wujud tekanan emosi Barisan hadapan yang berisiko tinggi dijangkiti
 Pelajar khususnya pelajar IPT yang gagal mencapai akses yang
 baik kepada internet
 Ibu bapa yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang
 terhad
 Pergerakan terbatas, aktiviti harian tidak lancar dan risiko
 jangkitan

22 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

INOVASI

Manfaat inovasi untuk kehidupan manusia:

1. Memperoleh maklumat terkini dengan mudah
• Maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan komputer riba yang boleh dibawa ke mana-
mana. Komputer riba dicipta untuk memudahkan pengguna mengakses internet melalui capaian
jalur lebar tanpa batasan waktu.
• Komputer riba kebanyakannya dilengkapi juga dengan kamera untuk memudahkan lagi maklumat
yang akan disampaikan.
• Pengguna juga boleh menggunakan internet melalui iphone untuk mengakses maklumat dengan
cepat dan pantas. Misalnya berita /peristiwa yang berlaku di seluruh pelusuk dunia dapat dilihat
atau dibaca dalam beberapa saat sahaja.

2. Menjana pendapatan individu/syarikat /negara
• Penggunaan Telekonferens telah memudahkan persidangan/mesyuarat antara ahli-ahli
perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan seluruh dunia.
• Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog
jualan boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan.
• Peniaga dapat menjimatkan masa dan seterusnya mengurangkan kos operasi. Keadaan ini
membolehkan peniaga bersaing dengan pengeluar lain dari segi harga.
• Seterusnya keuntungan syarikat individu dapat dimaksimumkan dan seterusnya pendapatan
negara meningkat

3. Memudahkan perhubungan/komunikasi
• Jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar telah dapat dikurangkan dengan adanya
pelbagai kemudahan peralatan sains dan teknologi.
• Misalnya, syarikat-syarikat komunikasi seperti CELCOM, MAXIS telah menyediakan capaian tanpa
wayar di kawasan luar bandar untuk memudahkan komunikasi.
• Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.

4. Memudahkan bidang pendidikan
• Selain itu, pelajar dan tenaga pengajar dapat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu bersua
muka. Segala permasalah dalam pengajaran dapat diatasi dengan segera. Penghantaran email lagi
memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak.
• Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk pendidikan dan boleh dilayari dengan mudah oleh
pelajar.
• Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan jelas apabila penggunaan bahan seperti LCD,video
dan dan sebagainya.
• Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar serta dapat menjimatkan masa.

5. Meningkatkan mutu bidang fotografi dan animasi/perfileman
• Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana setiap gambar yang diambil boleh diedit supaya
lebih menarik seperti bidang pengiklanan. Gambar-gambar dapat dipindahkan terus ke komputer
dalam bentuk digital tanpa menggunakan ‘USB’
• Bidang perfileman/animasi pula telah wujud pelbagai kaedah menarik seperti penggunaan 3D
dalam filem Avatar.
• Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih bermutu dan ‘real’
• Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dan pemindahan fail sekitar
400Mbps.Berdozen gigabait aplikasi, muzik,filem dapat dipindahkan dengan lebih pantas

23 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TEKNOLOGI SATELIT

(STPM 2015)

Kepentingan teknologi satelit:

1. Penyelidikan sains angkasa
 Satelit digunakan untuk menyelidik hidupan di ruang angkasa
 Digunakan untuk penyelidikan hidupan di ruang angkasa
 Menyelidik sistem cakerawala dan sistem suria seperti aktiviti atau perubahan yang terjadi di planet-

planet

2. Kemajuan teknologi maklumat
 Satelit menyediakan kemudahan penyiaran dan maklumat
 Manusia boleh mencapai maklumat dengan pantas atau secara langsung
 Pelancaran satelit Malaysia, MEASAT melalui perkhidmatan Syarikat Arianespace membolehkan

kemajuan maklumat dikuasai
 Contohnya, rakyat Malaysia boleh menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia

3. Meningkatkan sistem pertahanan negara
 Satelit boleh digunakan untuk memantau keselamatan sesebuah negara
 Mengambil gambar atau peta sesebuah negara
 Segala maklumat boleh dianalisis secara pantas
 Satelit boleh digunakan untuk memaklumkan dengan tepat kedudukan musuh dan serangan boleh

dilakukan dengan tepat

4. Satelit digunakan untuk tujuan kaji cuaca
 Satelit membantu manusia bersiap siaga terhadap ancaman rebut taufan dan putting beliung yang

boleh membawa kemusnahan
 Penduduk boleh berpindah dari kediaman bagi mengelakkan kejadian buruk
 Kapal terbang dan kapal laut boleh mengelak daripada melaui kawasan laluan ribut taufan
 Satelit juga bermanfaat dalam kegiatan pertanian

5. Satelit boleh menjagi alat penguasaan ekonomi
 Negara yang memiliki satelit boleh menjual perkhidmatan kepada pelanggan/negara lain.
 Boleh juga menjual satelit secara langsung kepada pelanggan
 Maklumat yang diperoleh secara langsung dapat digunakan untuk tindakan pihak yang terlibat

Cabaran yang dihadapi:

6. Keupayaan kewangan terbatas
 Kos perbelanjaan untuk memiliki dan menguruskan satelit adalah besar
 Kos penghantaran seorang angkasawan pertama adalah melebihi RM100 juta apatah lagi untuk

melancarkan dan memiliki sendiri. Untuk memiliki MEASAT-1, Binariang Berhad membelanjakan
RM300 juta
 Kos tersebut boleh digunakan untuk membiayai pendidikan atau perkhidmatan lain

24 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

7. Bilangan pakar terhad
 Negara masih kurang tenaga pakar dalam kejuruteraan angkasa dan kejuruteraan satelit
 Contohnya, Dr. Sheikh Muszaphar dilatih oleh pihak Angkasa Rusia
 MEASAT sendiri dibuat di luar Negara oleh Hughes Space and Communications Company di Amerika

Syarikat
 Pakar aeroangkasa masih terhad dari segi bilangan dan tahap kepakaran
 Ketidakupayaan mengendalikan sepenuhnya operasi satelit dan terpaksa mengimport pakar luar

merupakan suatu halangan

8. Keupayaan teknologi yang terhad
 Malaysia bukan negara pembuat tetapi pengguna
 Tiada teknologi kapal pengangkutan udara seperti Soyuz,Challenger dan Discovery
 Tiada usaha ke arah mencipta teknologi sendiri disebabkan tiada pengetahuan dan keterbatasan

kewangan

9. Keperluan lain yang lebih utama
 Malaysia masih boleh mendapatkan perkhidmatan dari negara asing dengan kos yang berpatutan
 Misalnya, Malaysia boleh menyewa satelit luar negara untuk mendapatkan pelbagai khidmat rujukan

seperti rujukan peta
 Rakyat lebih utamakan pembangunan social dan ekonomi berbanding perlumbaan menguasai angkasa

lepas

10. Kesan penyalahgunaan
 Kebimbangan satelit disalahgunakan untuk tujuan tidak baik seperti pengintipan
 Berlawanan dengan hasrat Malysia membentuk hubungan berbaik-baik dengan negara luar
 Bimbang jika digunakan untuk aktiviti ketenteraan dan peperangan

Kesimpulan
Keupayaan memiliki satelit merupakan suatu kemegahan kepada negara. Banyak kebaikan yang boleh
diperoleh, namun keupayaan yang terbatas menyebabkan kita masih ketinggalan dalam usaha ini.

TEKNOLOGI ANGKASA

Soalan:
Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang bidang sains
dan teknologi. Bincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas.

Kepentingan penerokaan angkasa lepas:

1. Bidang telekomunikasi
• Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya teknologi komunikasi
• Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili, televisyen dan telesidang video
• Satelit juga membolehkan internet berfungsi
• Boleh berhubung dengan masyaratkat luar menggunakan telefon bimbit
• Makumat/ berita dapat disebarkan dengan cepat/ secara langsung
• Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan

25 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

2. Bidang pendidikan maya
• Satelit membolehkan cara/ kaedah pendidikan terkini disebarkan
• Satelit siaran langsung membolehkan pelajar menerima siaran televisyen secara langsung,
membolehkan pelajar mengikuti Rancangan berbentuk pendidikan
• Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat dihubungi
• Membolehkan pelajar menggunakan peralatan multimedia di terutamanya di Sekolah Bestari
secara efektif
• Membolehkan operasi Pendidikan Jarak Jauh
• Membuka peluang pembelajaran yang lebih luas

3. Maklumat dalam meteorologi
• Cuaca dapat diramalkan dengan lebih tepat
• Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti banjir, rebut, taufan dapat dikesan lebih awal
melalui awan yang diambil
• Memudahkan orang ramai membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam
tersebut
• Satelit aeronautik membolehkan kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan
• Satelit merupakan ‘remote-sensing’ ; dapat memberi amaran bencana alam
• Sistem Laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan memberi bantuan segera

4. Kajian topografi
• Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat mengambil gambar bumi dengan tepat
• Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan tepat
• Makumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan

5. Mengesan pencemaran alam
• Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan
dirakam dari sudut
• membantu manusia merancang untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra
alam.
• Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat
• Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di Teluk Mexico, kebakaran hutan di
Australia

6. Pemangkin teknologi robotik
• Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi
dikawal oleh robot atau peranti kawalan.
• Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai
digunakan berbanding dengan manusia
• penggunaan robotik meningkat dengan begitu banyak.

7. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang sains
• kajian tentang kesan graviti terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek
ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.
• Penyelidikan dalam bidang perubatan
• Penyelidikan dalam bidang pertanian
• Penyelidikan dalam bidang sains secara keseluruhan

26 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

8. Sistem pengangkutan
• Pengunaan sistem radar secara meluas dalam industri pengangkutan spt kapal terbang, kapal laut
• Penggunaan ’GPS’ secara meluas

SEKTOR PERTANIAN

Soalan:
Sektor pertanian sememangnya memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Oleh itu, pelbagai
usaha perlu dilakukan untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden,
dinamik dan kompetetif. Bincangkan.

Sumbangan sektor pertanian kepada negara:

1. Membekalkan bekalan makanan
• Menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga
yang berpatutan.
• Keperluan makanan rakyat.
• Mengurangkan kebergantungan kepada makanan import seperti beras dan sayur-sayuran.

2. Mewujudkan peluang pekerjaan
• Meningkatkan kemahiran modal insan
• Meningkatkan taraf hidup
• Mengurangkan masalah pengangguran dan kemiskinan
• Sebagai petani moden atau pekerja di sektor perladangan atau penyelidik.

3. Meningkatkan hasil/pendapatan negara
• Meningkatkan jumlah pengeluaran eksport makanan tempatan ke luar negara.
• Mengurangkan import dan menambahkan pendapatan negara.
• Mengurangkan pengaliran keluar wang negara kerana kurang mengimport barang makanan dari
luar negara.

4. Membekalkan bahan mentah kepada industri / Industri Hiliran
• Pembekal utama bahan mentah yang murah kepada industri berasaskan sumber
• Bekalan dapat dibekalkan sepanjang tahun seperti sawit dan getah
• Bekalan bahan mentah pertanian yang diproses dan dijadikan bahan akhir untuk kegunaan
domestik dan eksport

5. Memajukan industri pelancongan ( Agro pelancongan )
• Menarik pelancong datang untuk menikmati hasil pertanian sambil melancong.
• Contoh : Cameron Highland

Usaha mentransformasikan sektor pertanian:

6. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (perhutani)
• Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas
• Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan
• Mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya tanah

27 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

• Penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri

7. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan pengguna
• Produk dan pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa
pengguna
• Contoh penanaman Tongkat Ali, hasil daripada susu kambing dan halia

8. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) dalam bidang pertanian.
• Penyelidikan berkaitan peningkatan hasil dan kualiti tanaman seperti input pertanian
• Penggunaan bioteknologi
• Kajian rintangan terhadap penyakit

9. Mewujudkan sektor pertumbuhan baharu
• Menggalakkan pertumbuhan industri berskala besar seperti perhutani, produk asli istimewa,
buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan.
• Agritourisme atau pelancongan tani
• Memajukan sektor hiliran berasaskan pertanian bagi menyokong pasaran yang terhad.

10. Penggunaan teknologi dan kaedah pertanian moden
• Penggunaan teknologi moden dan terkini secara intensif dan menyeluruh.
• Kaedah tanaman/penternakan moden
• Peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran
• Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian

11. Memberi nilai komersial kepada produk pertanian
• Pertanian sebagai satu perniagaan
• Menjenamakan produk pertanian seperti “Malaysia Best”
• Petani yang berpengetahuan dalam amalan –amalan pertanian moden.
• Berkeupayaan bersaing dengan produk luar.

Cabaran-cabaran sektor pelancongan:

1. Serangan wabak penyakit/pandemik.
 seperti H5N1, H1N1 dan Covid-19 (virus berbahaya)
 Wabak ini merebak melalui peredaran udara/pernafasan.
 Penyakit yang bersifat pandemik ini menakutkan pelancong untuk berada di kawasan
tumpuan ramai seperti di lapangan terbang.
 Risiko jangkitan penyakit berjangkit amat tinggi apabila berada di tempat berkenaan.
 negara terpaksa menutup pintu sempadan bagi mengelakkan jangkitan lebih meluas.

2. Demonstrasi jalanan
 Demonstrasi jalanan yang berlaku seperti di bandar raya Kuala Lumpur memberikan imej
buruk kepada Malaysia hingga mendatangkan kebimbangan dari segi keselamatan dan
keselesaan apabila rakyat negara asing berada di Malaysia. Apatah lagi kejadian tersebut diberi
gambaran buruk oleh media luar sehingga menimbulkan kebimbangan kepada pelancong.
 Keamanan dan kelancaran pergerakan trafik di ibu kota turut terjejas. Hal ini mewujudkan
keadaan yang tidak mesra dan menjejaskan keselesaan pelancong sama ada pelancong
tempatan atau luar.
 Situasi ini menjadi cabaran kepada kemajuan pelancongan negara.

28 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

3. Kemelesetan ekonomi dunia
 Kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sebagai contoh, telah mempengaruhi kehadiran
pelancong dari negara berkenaan.
 Kemelesetan ekonomi di sesebuah negara akan menurunkan kuasa membeli masyarakat di
negara tersebut menyebabkan mereka lebih selesa berada di negara sendiri.
 Kemelesetan ekonomi dunia menimbulkan cabaran terbesar kepada negara untuk
meningkatkan kehadiran pelancong, khususnya dari luar.

4. Bencana alam
 Bencana alam seperti letusan gunung berapi menyebabkan pengangkutan udara dan laut
tergendala kerana jarak pemandangan yang tidak selamat untuk terbang.
 Masalah jerebu yang melanda sesebuah negara menjejaskan/mengganggu aliran trafik udara
ke Malaysia. Jerebu juga mewujudkan kualiti udara yang tidak sihat dan turut mewujudkan
persepsi negatif dalam kalangan pelancong.
 Kejadian gempa bumi melanda negara jiran yang menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan
amaran tsunami turut menjejaskan kehadiran pelancong.
 Keadaan cuaca di luar jangkaan ini menjejaskan industri pelancongan negara.

5. Keadaan politik/ ketidakstabilan politik.
 Demonstrasi jalanan di Thailand telah mengganggu perjalanan pelancong. Banyak pelancong
yang terkandas di lapangan terbang termasuk pelancong yang hendak berlepas ke Malaysia.
 Serangan bom ke atas hotel di Indonesia, turut menyekat kehadiran pelancong luar secara
pakej ke beberapa buah negara berdekatan termasuk ke Malaysia.
 Keadaan politik yang berkait dengan isu keganasan menyebabkan kerajaan sesebuah negara
memberi amaran kepada rakyat mereka supaya tidak melancong ke negara yang bergolak.
Keadaan ini menimbulkan tempias dan cabaran kepada Malaysia.

Langkah-langkah kerajaan menghadapi cabaran:

6. Melonggarkan syarat kemasukan pelancong.
 Visa selepas ketibaan diberikan pelancong sesetengah negara seperti pelancong dari India.
Dengan memudahkan proses kemasukan pelancong ini, kehadiran pelancong telah meningkat.
 Pas lawatan sosial juga ditawarkan kepada pelancong dari luar seperti dari negara China. Pas
ini membenarkan pelancong masuk dengan proses yang lebih mudah bagi tempoh lawatan yang
singkat. Walaupun terdapat keburukan di sebalik usaha ini, namun kaedah ini telah menarik
pelancong yang banyak.

7. Mengadakan pelbagai festival.
 Festival makanan dan jualan produk Malaysia di luar negara menjadi agenda dalam kalendar
pelancongan negara.
 Festival Kuala Lumpur selama sebulan sepanjang bulan Julai, telah masuk tahun keenam
(2011). Festival yang menonjolkan unsur kebudayaan pelbagai kaum ini dianjurkan dengan
kolaborasi tiga buah kementerian, khususnya Kementerian Pelancongan Malaysia.
 Festival ini telah termaktub dalam kalendar pelancongan negara. Pakej yang disediakan telah
menjadi daya tarikan kepada pelancong, khususnya pelancong luar.

8. Mempelbagaikan konsep pelancongan.
 Pelancongan berasaskan kesihatan (pelancongan kesihatan) dan pelancongan sukan (golf)
telah meningkatkan keupayaan negara menawarkan lebih banyak pakej kepada pelancong.
 Pelancongan berasas alam semula jadi dan agropelancongan juga telah meningkatkan usaha
negara memelihara dan mengekalkan warisan alam. Kelebihan dan tarikan aktiviti
pelancongan kepada alam semula jadi telah menjadikan keindahan alam semula jadi Malaysia
semakin popular.

29 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

 Pakej melancong sambil menguruskan perniagaan juga telah menempatkan negara sebagai
destinasi pelancongan yang istimewa.

10.Insentif kepada rakyat

 Bimbingan dalam menyediakan dan menguruskan homestay (program inap desa) telah
menggalakkan lebih banyak rakyat yang terlibat dalam usaha membantu negara meningkatkan
industri pelancongan.

 Pemilik homestay yang berjaya juga semakin meningkat sebagai petanda kejayaan usaha ini.
 Memperkenalkan tempoh bekerja lima hari dalam seminggu juga telah menjadikan aktiviti

pelancongan dalam kalangan rakyat tempatan semakin meningkat.

11.Menambah destinasi penerbangan
 Menaikkan taraf lapangan terbang sama ada lapangan terbang utama negara atau lapangan

terbang negeri akan meningkatkan keupayaan pengendalian kemasukan dan persinggahan kapal
terbang yang menjadi laluan utama pelancong ke sesebuah negara.
 Dengan menambah destinasi penerbangan oleh syarikat pengangkutan udara negara dan syarikat
penerbangan tambang murah, iaitu AirAsia juga telah membantu meningkatkan kemasukan
pelancong.

Soalan:
Sektor pertanian di Malaysia telah berkembang pesat, namun bekalan makanan masih tidak lagi
mencukupi dan terpaksa diimport dari luar negara. Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi
masalah ini. Bincangkan.

Pengenalan
• Malaysia masih lagi mengimport makanan dari luar negara terutamanya daging, susu dan buah-buahan
• Langkah segera harus dilakukan untuk mengurangkan import tersebut

A. Punca import makanan

1. Bekalan makanan negara tidak mencukupi
 Bekalan beras masih tidak mencukupi untuk kegunaan penduduk
 Teknik dan teknologi masih lagi ketinggalan yang sudah maju dalam bidang pertanian seperti
Amerika Syarikat, Jepun malah jiran negara kita Thailand
 Mempelbagaikan bahan makanan negara supaya rakyat mempunyai banyak pilihan

2. Bentuk muka bumi dan iklim yang berbeza
 Tanaman seperti epal, anggur, oren dan gandum hanya sesuai untuk iklim sejuk
 Jenis tanah-tanih juga mempengaruhi jenis tanaman
 Bekalan susu, keju dan daging juga terpaksa diimport kerana pengeluaran domestic masih lagi tidak
mencukupi
 Tanaman dan haiwan tersebut sesuai di kawasan sejuk dan mempunyai padang ragut yang luas

B. Langkah mengurangkan import

3. Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pertanian
 Penyelidikan tentang penggunaan baka yang baik
 Penyelidikan tentang penggunaan baja dan racun serangga yang lebih mesra alam dan mampu

30 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian
 Penyelidikan juga dijalankan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam dan lain-lain

4. Penggunaan teknologi moden/ terkini secara menyeluruh.
 Penggunaan jentera moden dalam proses membajak, menanam, menuai dan sebagainya
 Kaedah moden digunakan secara besar-besaran seperti kaedah bioteknologi dan hidroponik
 Pakar-pakar pertanian harus memberi tunjuk ajar kepada petani
 Penggunaan jentera dan bimbingan pakar-pakar pertanian mampu meningkatkan produktiviti
pertanian negara.

5. Sistem pengairan yang sistematik.
 Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan hasil yang berkualiti
 Kekurangan air dan air yang berlebihan akan menjejaskan kuantiti dan kualiti hasil tanaman tersebut

6. Pemuliharaan tanah yang terbiar.
 Tanah yang tidak subur dan terbiar dapat dipulihkan dengan kaedah moden
 Nilai pH tanah akan dikaji dan akan ditanam dengan tanaman yang sesuai
 Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan dengan mencampurkan baja, kapur dan garam mengikut
keperluan tanah

TEKNOLOGI PERUBATAN

Soalan:
Walaupun teknologi perubatan moden berupaya meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan
kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan. Bincangkan

Manfaat teknologi perubatan moden dalam meningkatkan kesihatan manusia:

1. Teknologi peralatan
• Peralatan yang semakin lengkap mengurangkan risiko kegagalan.
• Pembedahan menggunakan kaedah lesar.
• Teknologi robotik pula digunakan dalam urologi dan kardiotorasik.

2. Teknologi mengesan penyakit
• Kaedah mengesan sesuatu penyakit lebih mudah dan berkesan.
• Penggunaan sinaran x, radiografi dan pengemejan molekul dapat mengesan jenis penyakit.
• Penyakit barah juga dapat dikesan lebih awal dan dirawat dengan baik.

Penjagaan kesihatan diri sendiri:

3. Pemakanan yang seimbang
• Makan mengikut kaedah piramid pemakanan
• Banyakkan makanan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi.
• Dapat mengawal kegemukan atau serangan penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan lemah
jantung.

4. Gaya hidup sihat.
• Tidak merokok atau meminum arak
• Tidak mengambil makanan yang diketahui boleh menjejaskan kesihatan.
• Tidak melakukan aktiviti seks rambang yang menjadi punca penyakit berjangkit.

31 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TEKNOLOGI YANG MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Definisi teknologi Hijau:
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

 Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG)
yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan.

 Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
 Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharu

Penggunaan Teknologi Hijau dalam pelbagai bidang:

1) Sektor Tenaga

 Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan
bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial;
dan

 Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan
dalam program pengurusan permintaan tenaga.

 Menggunakan sumber alam semulajadi seperti air, angin, cahaya matahari dan ombak untuk
menjana tenaga

2) Sektor Bangunan

 Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan
bangunan

 Mengetatkan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pembukaan penempatan baru serta
penerokaan tanah.

3) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

1. Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan
kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

2. Membudayakan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan

4) Sektor Pengangkutan

 Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya
biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

 Menggunakan sumber tenaga yang mengurang pencemaran alam sekitar seperti solar, hidrogen,
bateri, hibrid dan sebagainya. -

32 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Definisi pembangunan lestari:
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang mementingkan keseimbangan antara alam semula jadi
dengan pembangunan fizikal. Misalnya, pembinaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti kilang dan
rumah kediaman tidak meminggirkan aspek keindahan alam sekitar.

Kepentingan PEMBANGUNAN LESTARI diutamakan:

1. Memelihara ekologi
 Ekologi alam sekitar perlu dipelihara
 Mewujudkan alam sekitar yang selesa untuk kehidupan manusia
 Memastikan fungsi alam sekitar tidak berubah dengan ketara
 Suhu dan persekitaran yang masih semula jadi dan nyaman dapat dikekalkan

2. Mengekalkan fauna dan flora
 Fauna dan flora yang terdapat dalam lingkungan pembangunan masih terpelihara
 Fauna akan terus hidup kerana hutan masih menjadi habitat yang sesuai.
 Flora yang indah dan pelbagai masih dapat dikekalkan

3. Mengelakkan bencana alam
 Jika pembangunan fizikal dilakukan keterlaluan, masalah bencana seperti tanah runtuh mudah
berlaku
 Mengekalkan pokok-pokok pada masa pembangunan giat dijalankan boleh mengelakkan pelbagai
bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir
 Akar-akar pokok dapat mengikat struktur tanah dan dapat menyimpan air. Hal ini akan
menghalang tanah menjadi longgar yang boleh menyebabkan kejadian banjir lumpur seperti yang
pernah berlaku di Pos Dipang, Perak

4. Mengekalkan Keindahan alam sekitar
 Tindakan mengekalkan hutan akan melestarikan alam sekitar
 Kawasan tersebut akan menjadi taman rekreasi yang indah
 Generasi akan datang boleh mengetahui dan menikmati keistimewaan suatu tempat
 Kawasan aynag menerima pembangunan tersebut boleh dijadikan sumber ekonomi seperti Hutan
Taman Rekreasi Rimba Komanwel dan Rimba Kancing Templer yang menjadi destinasi
pelancongan alam semula jadi

Strategi mewujudkan pembangunan lestari

1. Menggunakan kaedah kerja yang betul
 Menggunakan kaedah pemugaran yang tidak banyak menjejaskan alam sekitar
 Misalnya, melakukan susunan kerja yang teratur ketika membangunkan sesuatu kawasan
 Hanya menebang pokok yang perlu sahaja, tidak menutup atau menganggu laluan air

2. Melaksanakan teknologi hijau
 Menggunakan jentera yang bersesuaian untuk kerja-kerja pemugaran
 Menggunakan komponen yang mesra alam. Sebagai contoh binaan lebuh raya yang menggunakan

komponen yang mesra alam dan mudah dilupuskan apabila kerja penggantian dilakukan
 Mengelakkan pencemaran persekitaran seperti pembuangan sampah sarap atau minyak kotor

33 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

3. Langkah memperkasa penguatkuasaan undang-undang
 Penguatkuasaan undang-undang boleh dijalankan dengan tegas kepada pemaju yang merosakkan

alam sekitar
 Misalnya boleh mendenda atau memberhentikan projek perumahan jika didapati pemaju melakukan

penarahan bukit secara salah
 Memantau kemajuan sesuatu projek
 Menyediakan garis panduan kepada pemaju mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar dan pemberian sijil

kelayakan Pematuhan Jabatan Alam Sekitar

4. Pengindahan semula atau penanaman semula pokok
 Jika penebangan pokok terpaksa dilakukan, langkah penanaman semula pokok perlu dilaksanankan
 Hal ini penting bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku seperti tanah runtuh dan pemanasan
 Menyediakan landskap baharu juga boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok yang menarik,

menyediakan taman air buatan dan sebagainya supaya keadaan yang lestari atau semula jadi dapat
diwujudkan semula

MAKANAN SEGERA

Soalan:
Makanan segera semakin di gemari rakyat Malaysia namun wujud kesan buruk daripada amalan ini.
Bincangkan.

Faktor semakin digemari Maysrakat:

1. Memenuhi keperluan golongan berkerjaya/sibuk

Kesibukan yang melingkari kehidupan kebanyakan anggota masyarakat zaman ini sebagai akibat
• hambatan tugas.
Kebanyakan anggota masyarakat memiliki kerjaya sendiri yang menjadikan mereka tidak
• mempunyai masa yang cukup untuk memasak sendiri.
• Apatah lagi kerja menyediakan makanan sendiri mengambil masa yang agak lama.
• Bagi golongan seperti ini, makanan segera lebih praktikal
• Malah seisi keluarga dapat menikmati makanan mereka dalam perjalanan balik ke rumah.
makanan ini menjadi pilihan suri-suri rumah pada masa sekarang disebabkan tidak perlu belajar
memasak kerana kebanyakan suri rumah pada masa sekarang kurang pandai memasak.

2. Menjimatkan masa/ Mudah disediakan.
• Bagi mereka yang sentiasa sibuk, mereka kesuntukan masa menyediakan makanan.
• Penyediaannya yang sangat ringkas.
• Kerana masa penyediaan hanya antara 10 minit hingga 30 minit.
• Bagi makanan yang dipesan tidak sampai lima minit.
• Makanan dalam tin boleh diambil tanpa dimasak.
• Harganya juga sederhana dan berpatutan, dan dengan yang demikian tidak begitu membebankan.
• makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana hanya perlu memanaskan
sahaja

3. Restoran yang selesa dan lengkap
• Restoran makanan segera juga menawarkan suasana yang selesa dan lengkap dengan pelbagai
kemudahan.
• Penyediaan penyaman udara serta susun atur meja yang kemas dan luas

34 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

• Menyediakan suasana yang santai dan sesuai untuk melapangkan fikiran.
• Layanan yang diberikan begitu istimewa dan dengan demikian pelanggan berasa diri mereka

dihargai.
• Pelbagai tawaran dan kemudahan permainan kanak-kanak juga disediakan. Restoran sedemikian

lazimnya terletak dalam kompleks belih-belah, maka para ibu bapa dapat membeli-belah dengan
meninggalkan anak mereka di situ.
• Kemudahan Wifi juga disediakan secara percuma bagi menarik golongan muda bersantai di
restoran.
• Kemudahan pandu lalu yang membolehkan para pelanggan tidak perlu turun dari kenderaan
masing-masing memudahkan pelanggan membeli.

4. Rasanya yang sedap
• Makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik masyarakat untuk mencubanya.
• rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya
terutama golongan kanak-kanak dan remaja.
• Terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu
produk makanan tersebut
• Contohnya, pelbagai jenis makanan dalam tin dan sejuk beku yang mudah didapati, berwarna-
warni dan menyelerakan.
• Contohnya, minuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna
kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat
tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya.

5. Banyak/ pelbagai pilihan
• Pelbagai jenis makanan dan menu disediakan.
• Memberikan banyak pilihan untuk memilih makanan kegemaran
• Terdapat pelbagai rasa dan bentuk yang menarik.
• Contoh, makan dalam tin, sejuk beku dan makanan ringan yang mudah di dapati dimana-mana.
• Restoran makanan segera juga banyak menghidangkan menu yang pelbagai dan menarik.

6. Promosi yang meluas
• pelbagai iklan telah di paparkan termasuk di dada- dada akhbar dan di kaca televisyen juga di
media-media sosial.
• Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik dan dewasa.
• Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati
dimana-mana.
• Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan
seperti ini.
• Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah mendapat
publisiti dan promosi yang meluas.
• Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

Kesan buruk amalan makanan segera

11. Menjejaskan Kesihatan
• Dapat menjejaskan dan memudaratkan kesihatan.
• Kandungan zat makanan yang tidak seimbang.
• Sedikit kalori sahaja dalam makanan ringan.

35 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

• Makanan yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna,
dan perisa yang digunakan dengan leluasa dalam menu makanan tersebut untuk memastikan
makanan itu menarik, lazat dan tahan lama.

• Golongan yang memakan makanan segera ini secara kerap memungkinkan mereka terdedah
kepada masalah obesiti dan diabetes

• Makanan segera juga punca kepada kegemukan kerana mengandungi banyak gula dan lemak yang
berlebihan.

12. Tumbesaran terganggu
• Banyak mengandungi bahan kimia, perisa, pewarna
• Makanan tidak seimbang mengganggu tumbesaran terutama kanak-kanak yang sedang membesar.
• Badan juga menjadi tidak sihat
• kajian merumuskan makanan segera boleh merosakkan fungsi otak.
• makanan segera mengandungi lebihan lemak yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap
ingatan.
• Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu
banyak boleh mengganggu peranan glukosa.
• Kajian juga menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang
tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai
untuk perkembangan otak manusia.

13. Menjejaskan hubungan kekeluargaan
• Kesan buruk yang paling ketara ialah amalan ini dapat meninggalkan semangat bantu-membantu
dan bekerjasama dalam keluarga.
• Hal ini kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada
melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan, mengemas, dan mencuci
pinggan mangkuk.
• Sebagai akibat daripada keadaan ini, akan lahirlah anak-anak yang individualistik, pemalas, dan
terlalu bergantung pada orang lain.

14. Masakan tradisional semakin terpinggir/ pupus
• Kemunculan budaya makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin
terpinggir.
• Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, dan ulam-ulaman
semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.
• Hal ini diburukkan lagi oleh nama makanan segera itu sendiri yang berciri kebaratan, seperti pizza,
burger, hotdog, dan fillet.
• Golongan muda lebih kenal akan nama tersebut berbanding dengan lempeng, apam balik, dan
lepat.
• Kecenderungan kebanyakkan keluarga untuk menyediakan makanan Barat itu bukan sahaja
menyebabkan makanan tradisional yang terbukti lebih segar dan berzat itu tidak popular malah
menghadapi risiko kepupusan.
• Generasi muda tidak mengenali makanan tradisional apalagi menyediakannya.

36 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Soalan:
Media elektronik merupakan saluran yang penting kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada
rakyat. namun, wujud salah laku sesetengah pihak yang menyalahguna saluran ini untuk kepentingan
sendirI

Antara kesan positif kebebasan media massa ialah

1. Rakyat mudah memperoleh maklumat.
• Hal ini demikian kerana pihak kerajaan telah menyalur pelbagai maklumat dalam pelbagai bidang
melalui media cetak dan elektronik.
• Seterusnya rakyat dapat mengakses pelbagai maklumat seperti perubatan, politik , sosial, dan isu
semasa dalam dan luar negara.

2. Pihak berkuasa menjadi prihatin dan peka dengan masalah rakyat.
• Hal ini dikatakan demikian kerana pihak berkuasa sentiasa memantau kebebasan media massa
dalam menyalurkan pelbagai maklumat sama ada yang positif atau negatif.
• Pelbagai rungutan dan kritikan yang terbuka akan menyebabkan kerajaan akan menyelesaikan
masalah tersebut dengan sebaik-baiknya.
• Oleh itu pihak berkuasa akan lebih prihatin dengan aduan yang diutarakan oleh rakyat telah
memberi mandat kepada mereka untuk mentadbir negara.

3. Rakyat bebas memberi pendapat.
• Hal ini demikian kerana kebebasan media massa telah memberi ruang yang lebih kepada rakyat
untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka tentang apa yang kerajaan laksanakan atau
• berkaitan dengan prosedur.
Oleh itu pandangan dan pendapat yang membina serta bernas akan diambil kira oleh kerajaan.

Kesan –kesan negatif kebebasan media massa

4. Media massa digunakan sebagai medium menyampaikan fitnah.
• yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh.
• Sejak akhir-akhir ini fitnah terhadap seseorang pemimpin terutamanya pemimpin kerajaan
berlaku secara berleluasa.

5. Menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyaratkat.
• Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat majalah yang memaparkan gambar-gambar yang
berunsurkan lucah dan menghairahkan yang menjadi tarikan untuk remaja membelinya.
• hal ini akan menyebabkan banyak golongan remaja cuba meniru terutamanyadari segi pakaian
mencolok mata, rambut yang pelbagai warna dan fesyen serta tingkah laku yang kurang sopan.

6. Mengancam keselamatan negara.
• Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai fitnah dan propaganda antikerajaan akan
mempengaruhi fikiran rakyat yang mungkin akan mencetuskan perasaan tidak puas hati rakyat
kepada kerajaan.
• Oleh hal yang demikian negara akan mengalami pelbagai masalah seperti rusuhan yang akhirnya
menyebabkan negara tidak aman.
• Perkara ini akan menyebabkan imej negara tercalar dan ianya akan menyebabkan para pelabur
asing tidak akan melabur di negara kita.

37 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

TANAMAN UBAH SUAI GENETIK

Kesan positif tanaman ubah suai genetik

• Tempoh Matang Hasil Pertanian
• Meningkatkan Kajian dan Penyelidikan
• Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Hasil Pertanian
• Memelihara Alam Sekitar daripada Pencemaran

Kesan negatif tanaman ubah suai genetik

• Alahan / Keracunan Makanan
• Penyakit
• Nilai Khasiat Tanaman Berkurangan
• Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

KITAR SEMULA

Rasional amalan kitar semula

4. Perkembangan Dalam Penghasilan Produk
5. Peningkatan Pendapatan Penduduk
6. Pertambahan Penduduk

Kesan sekiranya kitar semula tidak diamalkan

3. Berlakunya Proses Air Laut Resap dan Pelepasan Gas Metana di Tapak Pelupusan
4. Kemusnahan Sumber Alam

Manfaat program kitar semula kepada kehidupan manusia

7. Memulihara Alam Sekitar
8. Mengurangkan Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
9. Penyelidikan dan Pembangunan (PdP/RnD)
10. Penjimatan Bahan Mentah
11. Pengurangan Penebangan Pokok
12. Mengurangkan Masalah Pencemaran Alam Sekitar

Kebaikan amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan kepada alam sekitar

5. Pemeliharaan Alam Sekitar
6. Mengurangkan Penggunaan Bahan Mentah
7. Mengurangkan Masalah Pencemaran Alam
8. Menangani Masalah Kekurangan Tapak Pelupusan Sampah

38 | P a g e

NOTA SAINS DAN TEKNOLOGI SEM 1, 2020 SALMIAH RAMLI (RASAHATI) STK

Kebaikan amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan kepada kehidupan
manusia

4. Menambah Pendapatan
5. Penjimatan Kos Pembuatan
6. Mewujudkan Industri Baru

TEKNOLOGI ROBOTIK

Kepentingan teknologi robotik kepada pembangunan negara:-
2. Alternatif Kepada Tenaga Manusia
3. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (PnP)
4. Meningkatkan Pengkormersialan
5. Membantu Bidang Perubatan
6. Membantu Bidang Perindustrian
7. Kegunaan Domestik
8. Kegunaan dalam Situasi Bahaya dan Kotor
9. Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti Produk / Mencapai Piawaian
10. Mengurangkan Kos
11. Meningkatkan Industri Perfileman Negara

Keburukan teknologi robotik
5. Manusia Menjadi Malas, Kurang Berfikir dan Tidak Berinisiatif
6. Robot tidak Fleksibel
7. Menutup Peluang Pekerjaan
8. Kos yang Tinggi

Kebaikan teknologi robotik kepada kehidupan manusia
6. Menggantikan Tenaga Kerja Manusia
7. Membantu Memudahkan Urusan Harian
8. Mengurangkan Kesilapan / Kecuaian
9. Melakukan Kerja Berbahaya
10. Membantu Orang Kelainan Upaya (OKU)

Langkah menggalakkan teknologi robotik:-
6. Menjalankan Kerjasama dengan Negara Lain
7. Mengadakan Pertandingan Inovasi Robotik
8. Menawarkan Latihan dan Pendidikan
9. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (RnD/PnP)
10. Meningkatkan Kesedaran
11. Merningkatkan Kesedaran Ibu Bapa
12. Mewujudkan Bandar Robotik

39 | P a g e


Click to View FlipBook Version