The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jolinyien, 2022-03-18 22:38:01

BMMB1104 Tugasan1-已转档

BMMB1104 Tugasan1-已转档

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SJKC]

KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 (INDIVIDU): PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : JOLIN WONG SHIN YIEN

ANGKA GILIRAN : 2021022310148

NO. KAD PENGENALAN : 031022130482

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-6
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
: KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS

Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 3

2.1 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu 4

2.1.1 Prosa Tradisional 4

2.1.2 Puisi Traditional 5

2.1.3 Prosa Moden 8

2.1.4 Puisi Moden 8
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan 9

Masyarakat Melayu Tradisional 11
4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-Pantun Melayu 12
5.0 Rumusan 13
6.0 Rujukan

1.0 Pengenalan
Sastera merupakan medium untuk menyampaikan

maklumat atau mesej kepada khalayak. Sastera merupakan hasil
ciptaan manusia yang menggunakan bahasa indah dan bersifat
kreatif. Sastera mengekspresikan pemikiran, idea, perasaan dan
pengalaman para pengarang. Khalayak menghayati ajaran yang
terpapar dalam karya sastera untuk menjadi panduan dalam
kehidupan seharian.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
Asal usul perkataan kesusasteraan. Hashim Awang, et al.

(1985) mengatakan kesusasteraan merupakan "Ciptan seni yang
disampaikan melalui bahasa”. Beliau juga menyatakan bahawa
perkataan ‘kesusasteraan’ terbentuk daripada akar kata ‘susastera’
yang berasal daripada perkataan Sanskrit. Beliau menghuraikan
makna untuk setiap suku kata iaitu su bererti indah dan sastera
bererti buku. Apitan ke…an pada kata susastera membawa maksud
keseluruhan ialah kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan
isinya.

2.1 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu
2.1.1 Prosa Tradisional

Prosa tradisional dibahagikan kepada dua iaitu naratif dan
bukan naratif. Naratif pula dipecahkan kepada dua jenis iaitu naratif lisan
dan naratif tulisan. Naratif lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat. Corak
penyebaran sastera rakyat ialah melalui pertuturan. Satera rakyat dicipta
bersifat tradisional. Sastera merupakan hak milik bersama masyarakat
Melayu dan tidak mengetahui nama pencipta. Pada masa kini, sastera
lisan disebarkan melalui bahan tertulis.

Pertama sekali, naratif lisan dibahagikan kepada tiga iaitu Mitos,
Legenda, Cerita rakyat. Mitos berkaitan kepercayaan agama dan
membincang asal usul serta hal-hal dalam kehidupan. Legenda
menceritakan sejarah tempat dan tokoh. Cerita rakyat merangkumi cerita
penglipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita teladan.

Selain itu, naratif tulisan ialah dihasilkan menggunakan tulisan
jawi dan memenuhi kehendak golongan bangsawan.Terdapat lima jenis
naratif tulisan iaitu sastera sejarah, sastera hikayat, sastera sastera panji,
sastera kepahlawanan, sastera agama.

Di samping itu, prosa traditional bukan naratif mempunyai empat
jenis iaitu astera undang-undang, sastera kitab, dan sastera
ketatanegaraan.

2.1.2 Puisi Traditional
Puisi tradisional ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa
yang indah dan berbentuk terikat atau bebas (Saludin, M. R. ,2013).
Bentuk naratif

Syair Fungsi Berfungsi sebagai hiburan
Ciri dan digunakan untuk
menyampaikan pengajaran.

• Empat baris serangkap. Keempat-
empat baris ialah isi.

• Setiap baris tiga hingga lima patah
perkataan.

• Setiap baris lapan hingga dua
belas suku kata.

• Rima akhir a-a-a-a.
• Syair boleh berisi cerita, nasihat,

sindiran, agama dan sejarah.

Bentuk bukan naratif

Pantun Fungsi Berfungsi untuk menggambarkan nilai-nilai
Ciri masyarakat Melayu dan meluahkan berbagai-
bagai jenis perasaan (Abd Rahim Ismail &
Khairuddin Mohamad, 2017).
• Setiap baris empat hingga lima
patah perkataan.

• Setiap baris lapan hingga dua
belas suku kata.

• Pantun empat kerat. Dua ayat
pembayang dan dua ayat
maksud.

• Pembayang menggunakan unsur
alam.

• Setiap rangkap memiliki kesatuan
fikiran yang lengkap.

• Rima akhir a-b-a-b.

Fungsi Berfungsi untuk memberi nasihat.

Gurindam • Jumlah baris serangkap, perkataan, suku
kata dan rima akhir sebaris tidak tetap.
Ciri
• Lazimnya mempunyai 2 baris dalam
serangkap. Baris pertama ialah syarat dan
baris kedua ialah akibat.

Fungsi Berfungsi untuk mengkritik perlakuan
negatif manusia tanpa menyinggung
perasaan.

Seloka • Bentuk bebas.
• Jumlah baris, perkataan, suku kata dan
Ciri rima akhir tidak tetap.
• Sindiran disampaikan dalam rangkap

dijadikan panduan kepada masyarakat.

2.1.3 Prosa Moden

Pertamanya, cerpen merupakan akronim perkataan cerita dan
pendek. Panjang cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan.
Cerpen juga merupakan gabungan imaginasi dan pengalaman pengarang
(Dewan Bahasa Pustaka, 2017). Berfokus satu peristiwa.Bahasa tajam dan
menarik. Cerpen membawa persooalan yang boleh difikir oleh pembaca dan
menimbulkan kesan.

Seterusnya, drama boleh dilakonkan di atas pentas dan skrip boleh
dibaca secara individu. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan
melalui dialog pelakon. Sebuah skrip drama hanya memberi gambaran
umum dan mengandungi unsur dramatik.

Bukan itu sahaja, novel ialah menceritakan kisah yang panjang.
Jumlah kata dalam novel melebihi 35000 dan sekurang-kurangnya 100
halaman. Penggambaran situasi lebih teliti dan jalan cerita lebih kompleks.

2.1.4 Puisi Moden

Jenis-jenis puisi moden ialah puisi sinis, puisi elegi, puisi romantik,
puisi nasionalisme, puisi protes. Puisi moden berbentuk bebas dari segi
jumlah suku kata, baris,rangkap dan pembentukan rima. Puisi moden
membincangkan isu-isu semasa. Puisi moden juga dikenali sebagai sajak.
Struktur sajak terdiri daripada tema, persoalan, pengajaran dan gaya bahasa.

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan
Masyarakat Melayu Tradisional

Hiburan

Kesusateraan yang boleh membawa keseronokan
kepada pembaca. Kesusasteraan berfungsi mengisi masa lapang
dan dijadikan hobi. Pada zaman dahulu, cerita rakyat disampaikan
pada waktu malam untuk menghilangkan kebosanan dan
kepenatan bekerja. Contoh, cerita “Pak Pandir membeli lembu”.

Pendidikan

Kesusasteraan berperanan menyampaikan pendidikan
moral, nasihat dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.
Kesusateraan dapat membina pemikiran dan sahsiah manusia
yang sempurna (Haji Omar, A., 2014). Contohnya, pengajaran
cerita “Sang Kancil dengan Buaya”ialah kita haruslah berani
menghadapi masalah.

Dakwah

Dakwah ialah proses penyampaian ajaran agama kepada
manusia. Dakwah menyeru manusia agar beriman dengan Allah dan
mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci serta berakhlak mulia.
Contohnya, Syair Perahu.

Kritikan Sosial

Kesusateraan yang mengkritik golongan berkuasa bersikap
zalim dan mementingkan diri sendiri. Kesusateraan yang
mencerminkan sifat manusia. Contohnya, cerita Mat Jenim berkaitan
orang yang suka berangan-angan tidak akan berjaya. Pengajaran
ialah kita perlu berusaha supaya angan-angan menjadi pernyataan.

4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-Pantun Melayu

Jenis pantun-pantun Melayu ialah pantun peribahasa. Rangkap pertama
ialah baik dibawa resmi padi, semakin berisi semakin tunduk bermaksud
seseorang yang berilmu dan berpangkat tinggi perlu mengamalkan sifat
rendah diri. Merendah diri merupakan sifat terpuji. Orang yang merendah
diri lebih dihormati, disukai dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Oleh itu,
kita haruslah menghidari sikap sombong dan tidak mementingkan diri
sendiri. Kita perlu berbuat baik dengan sentiasa membantu orang yang
memerlukan pertolongan.

Selain itu, rangkap kedua ialah indah tampan kerana budi, tinggi bangsa
kerana bahasa bermaksud orang yang berbudi sentiasa dipandang mulia
oleh masyarakat dan memartabatkan bangsa dari segi bahasa dan tutur
kata. Kita haruslah bersopan santun dan menghormati orang lain agar dapat
membentuk imej peribadi yang baik. Kita hendaklah menguasai dan
menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dalam kehidupan
harian. Kita tidak harus terlalu mementingkan bahasa asing seperti inggeris
dan mengenepikan bahasa Melayu. Kita mestilah mengamalkan kesantunan
berbahasa dengan mengelakkan penggunaan bahasa rojak, kata kesat,
penggunaan panggilan yang tidak hormat dan penggunaan tatabahasa yang
salah.

Di samping itu, rangkap ketiga ialah berguru kepalang ajar, bagai
bunga kembang tak jadi bermaksud jika kita menuntut ilmu di tempat
yang betul iaitu guru yang baik dan bertanggungjaawab, maka kita boleh
mencapai kejayaan. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu
pengetahuan, guru juga menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak
murid. Tidak dinafikan bahawa pengorbanan guru amat besar untuk
mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dan mencorak masa
depan generasi muda.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu semakin dipinggirkan oleh
masyarakat. Oleh itu, kita sebagai bakal guru bahasa Melayu harus
mendalami ilmu tentang kesusasteraan Melayu. Dengan ini kita
menyampaikan ilmu ini supaya generasi muda mengenali dan
menghayati kesusasteraan Melayu.

(1000 patah perkataan)

6.0 Rujukan

Abd Rahim Ismail & Khairuddin Mohamad (2017). Kesusasteraan Melayu.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017).
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111.

Haji Omar, A. (2014). Pendidikan sastera remaja di Malaysia dalam membina
generasi Unggul berasaskan falsafah pendidikan negara. PENDETA, 5,
1-22. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1174.

Hashim Awang et.al., 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3227/2212/.

Terima
Kasih


Click to View FlipBook Version