Kata Perintah
Definisi Kata perintah:
Digunakan untuk memberikan
suatu arahan.
Kata perintah ada 3 jenis:
1. Meminta
2. Menjemput
3. Melarang
Kata perintah meminta:
• Harap
-Meminta supaya terjadi sesuatu perkara
• Minta
-Mahu akan sesuatu
• Tolong
-Meminta bantuan
Contoh Ayat
• Harap
-Harap kita akan berjumpa lagi.
• Minta
-Minta murid-murid berkumpul di padang.
• Tolong
-Tolong hantar buku latihan esok.
Kata perintah menjemput:
• Sila
-Meminta dengan hormat supaya melakukan
sesuatu
• Jemput
-Mengajak
Contoh Ayat
• Sila
-Silah masuk ke dalam rumah
• Jemput
-Jemputlah makan hidangan ini.
Kata perintah melarang:
• Usah
-Jangan melakukan sesuatu
• Jangan
-Melarang melakukan sesuatu
Contoh Ayat
• Usah
-Usahlah pergi ke pantai dalam hujan hujan yang lebat
ini.
• Jangan
-Jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Terima Kasih