MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
KAJIAN GUNA TANAH PETEMPATAN DI
TAMAN MERBAU
NAMA: NURIN AINI BINTI AHMAD ROSLAN
KELAS: 3 HASANAH
NAMA GURU: PUAN ASIAH BINTI ASMUNI
ISI KANDUNGAN
Bil. Isi kandungan Halaman
1. Jadual kerja 2
2. Penghargaan 3
3. Pendahuluan 4
4. Objektif kajian 5
5. Kaedah kajian 6
6. Kawasan kajian, peta lakar 7-8
7. Hasil kajian 9-10
8. Rumusan 11
12
9. Rujukan 13
10. Lampiran
JADUAL KERJA
Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 7/9/2021 Menerima tugasan bertajuk Sewaktu PDPR
kajian guna tanah petempatan .
2. 9/9/2021
3. 10/9/2021 Taklimat daripada guru
4. 14/9/2021 matapelajaran geografi.
5. 22/10/2021
6. 23/10/2021 Mencari maklumat guna tanah di Luar waktu PDPr
7. 29/10/2021 internet.
8. 5/11/2021 Mula merangka isi Luar waktu PDPR
kandungan,penghargaan dan
pendahuluan.
Merangka objektif kajian dan Luar waktu PDPR
kaedah kajian.
Mengumpul maklumat dan Luar waktu PDPR
menulis tentang kawasan kajian
serta melukis peta lakar.
Menentukan dan membuat hasil Luar waktu PDPR
kajian.
Menyediakan rumusan dan Luar waktu PDPR
menyatakan rujukan yang telah
digunakan serta menyediakan
lampiran.
Menghantar kerja lapangan. Luar waktu PDPR
PENGHARGAAN
Saya Nurin Aini Binti Ahmad Roslan ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pengetua, Puan Zaitun Binti Ismail yang
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru
geografi saya, Puan Asiah Binti Asmuni yang telah telah
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini
dapat diselesaikan dengan jayanya.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan
dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka
untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada
rakan-rakan saya terutamanya Najla dan Nauratul kerana telah
memberi saya banyak pendapat dan idea.
Tanpa sokongan semua pihak memungkinkan saya menyiapkan
kajian seperti ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan
ini memerlukan motivasi,usaha,buah fikiran dan wang ringgit
3
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang
ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab
Mahmud Alor Setar. Saya telah memilih tajuk kajian saya iaitu
guna tanah.
Antara sebab utama saya memilih kawasan Taman Merbau
sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan berdekatan
dengan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan urusan saya
untuk membuat kajian. Selain itu saya juga mahir dengan
kawasan ini dan memudahkan saya mendapatkan data-data
yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan
dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus
ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian guna tanah di
kawasan Taman Merbau, saya telah menemuramah beberapa
responden bertujuan untuk mendapatkan data data yang tepat.
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua
responden memberi kerjasama yang baik dan saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberi.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah beberapa objektif kajian yang perlu dicapai
dalam kerja lapangan ini iaitu:
1. Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
2. Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah
yang terdapat di Taman Merbau, Alor Setar, Kedah.
3. Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan
kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna
tanah tersebut.
4. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah
terhadap alam sekitar di kawasan Taman Merbau, Alor
Setar, Kedah
5. Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah jenis petempatan
5
KAEDAH KAJIAN
Untuk menjalankan tugasan kerja lapangan ini, saya telah
memilih kaedah kajian seperti berikut:
1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan
kajian untuk mengenalpasti guna tanah yang terdapat di
kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu dapat
membantu saya melukis dan melakar peta lakar guna
tanah.
2. Rujukan
Kaedah rujukan juga telah saya gunakan dengan maklumat
beberapa rujukan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya
telah merujuk buku teks dan beberapa buah buku rujukan
subjek Geografi. Selain itu, internet juga merupakan salah
satu sumber rujukan saya dalam proses mengumpul
maklumat tentang guna tanah.
6
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Taman Merbau sebagai kawasan kajian
saya.Rasionalnya ialah kawasan ini merupakan tempat tinggal
saya.Oleh itu,ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Taman Merbau terletak di mukim Derga dalam daerah Kota Setar.
Terdapat latar belakang Alor Setar.
Alor Setar ialah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya
terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur
melalui lebuhraya. Bandar raya Alor Setar ditadbir oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat
pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor
Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh
lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang
merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar juga merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang ke empat dan
yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.
Petempatan di kawasan ini mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Terdapat juga guna tanah di kawasan ini seperti pertanian sawah padi.
Faktor pertanian di kawasan ini dapat dikaitkan juga dari unsur muka
bumi, saliran yang baik dan jenis tanah yang sesuai atau subur yang
membolehkan kawasan di Derga ini mempunyai sektor pertanian di
7
sini. Terdapat ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya. Antaranya
ialah tanah pamah. Manakala ciri budaya yang terdapat di sekitar
kawasan kajian saya adalah masjid, kubur dan taman
perumahan.Terdapat juga jaringan jalan raya yang memudahkan
perhubungan antara satu destinasi ke destinasi yang lain.
8
HASIL KAJIAN
Mengenalpasti jenis guna tanah
- Jenis guna tanah: petempatan
3 faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan
- bentuk muka bumi
- infrastruktur
- keselamatan
3 kesan guna tanah jenis petempatan:
1. Peningkatan suhu
- disebabkan pembebasan gas karbon monoksida oleh
kenderaan bermotor yang mempunyai daya serap haba yang
tinggi, kekurangan kawasan hijau untuk menyerap gas karbon
dioksida.
2. Banjir kilat
- faktor yang menyumbang kepada banjir kilat seperti
pembuangan sampah sarap oleh penduduk menyebabkan
sistem saliran tersumbat.
3. Pencemaran udara
- pencemaran udara di petempatan berpunca daripada
pelepasan asap kenderaan, pembangunan industri dan
penggunaan bahan api yang tidak mesra alam.
9
3 cadangan mengatasi kesan guna tanah petempatan :
- aktiviti gotong royong
- menaik taraf infrastruktur
- membuat perumahan hijau yang terancang.
10
RUMUSAN
Sepanjang menjalankan kajian guna tanah di kawasan Taman Merbau,
saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan. Saya dapat
mengenalpasti jenis guna tanah di kawasan saya.Saya juga dapat
menyatakan faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah jenis
petempatan.Selain itu,saya juga dapat mengesan kesan-kesan yang
mempengaruhi jenis tanah petempatan serta dapat menyatakan
cadangan untuk mengatasi kesan kesan tersebut.
Di samping itu,saya telah mempelajari daripada hasil kajian ini adalah
bagaimana cara-cara mengumpul data dan maklumat untuk
menjadikan ia sesuatu maklumat yang berguna.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam keadaan tempat
tinggal saya di Malaysia secara umum. Tambahan pula,saya juga dapat
menjaga alam sekitar dan menanam semangat dalam diri untuk lebih
cintakan alam sekitar.Saya juga dapat mempelajari faktor yang dapat
menyebabkan alam sekitar itu tercemar.
11
RUJUKAN
a. Buku teks/buku rujukan
Abd Rahim Md Nor (2004). Geografi Tingkatan 3. Shah
Alam:Cerdik Publication Sdn Bhd.
Aw , S.W, Chong,Y.C, Kang,C.Y. & Nik Idris pelangi Nik Muhamed.
(2017) Focus PT3 Geografi Tingkatan 1,2&3. Bangi : Penerbitan
Sdn.Bhd.
b. Orang sumber
Shabariah Binti Mahmud , 40 tahun , No 15 , Taman Merbau ,
Jalan Merbau 4 , Jalan Datuk Kumbar , 05300 , Alor Setar , Kedah.
C. Internet
https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-guna-tanah.html
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar
https://www.permohonan.my/kerja-kursus-geografi-pt3-2018-contoh-
jawapan
12
LAMPIRAN
1.Restoran berdekatan Taman Merbau
2.Georgetown berdekatan Taman Merbau
13