ISU KESANTUNAN BERBAHASA NOR AQILAH BINTI MOHD NAZRI TUGASAN 2
1.0 PENDAHULUAN
PENDAHULUAN Amalan kesantunan berbahasa merupakan perkara asas bagi sesebuah komunikasi dengan bertujuan menggambarkan aturan sosial dalam kelompok masyarakat serta menjadi prasyarat kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Adat santun dan sopan masyarakat Melayu bukan sahaja terletak pada pakaian serta adatnya, malah juga pada tutur kata, bahasa juga bicaranya. Berbicara atau berkomunikasi kini telah terbahagi kepada dua jenis, iaitu komunikasi secara bersemuka serta komunikasi secara dalam talian.
2.0 KOMUNIKASI DALAM DUNIA DIGITAL
DUNIA TANPA SEMPADAN Dalam era globalisasi ini, masyarakat berdepan dengan konsep dunia tanpa sempadan atau borderless world apabila komunikasi secara digital atau komunikasi dalam talian telah berkembang seiring kemajuan dunia dan kini tidak memerlukan sebarang kebenaran dan penghadan bagi mengetahui perihal yang terjadi di negara lain. Walaupun jarak beribu batu, tetapi dengan adanya teknologi, dunia semakin kecil, maklumat dihujung jari.
JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL Tahun demi tahun, kian bertambah aplikasi-aplikasi yang wujud dan boleh diakses oleh masyarakat serata dunia, tanpa pengecualian oleh Malaysia, yang juga turut menikmati penggunaan teknologi sebagai wadah perhubungan dalam negara serta luar negara atau lebih tepatnya sebagai perhubungan antarabangsa seluruh dunia. Dalam kepelbagaian aplikasi yang tersedia, sering diguna pakai oleh masyarakat kini dalam komunikasi digital, terdapat beberapa aplikasi yang popular dan sering berlaku kontroversi dalam dunia teknologi, antaranya adalah Tiktok, Whatsapp, Twitter, Instagram, Facebook dan Telegram.
3.0 ISU KESANTUNAN BERBAHASA
ISU BAHASA murtabak martabak teh tarek teh tarik mee mi
ISU BUDAYA
ISU SOSIAL
4.0 JUSTIFIKASI ISU
KETIDAKPATUHAN ASPEK BAHASA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai tempat menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara. DBP telah menghasilkan beberapa edisi kamus Dewan iaitu kamus bahasa Melayu serta kamus Dewan Perdana yang menjadi sumber rujukan kata bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan serta ejaan bahasa Melayu yang betul. DBP sebagai Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang masih tidak mahu menggunakannya sebagai satu rujukan. Dapat dilihat pada tangkap layar ini, beberapa ejaan yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian, namun masih melakukan kesalahan ejaan.
Salah satu cara untuk memelihara warisan budaya secara digital adalah dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai pengupaya. Pada bulan Jun 2022, kecoh di aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berkaitan satu perayaan yang dirayakan oleh penganut agama Buddha di Jepun, iaitu perayaan Bon Odori. Perkataan “Odori” merupakan bahasa Jepun yang membawa maksud tarian tradisional Jepun. Manakala “Bon” pula membawa maksud nama kepada Perayaan Hantu Lapar iaitu satu amalan dalam keagamaan Buddha. Falsafah dan sejarah di sebalik perayaan Bon ini adalah berasaskan kepada kepercayaan agama yang wujud dalam agama Buddha. KETIDAKPATUHAN ASPEK BUDAYA
Masyarakat Jepun yang beragama Buddha percaya pada hari Bon tersebut, roh nenek moyang akan berkeliaran menziarah kembali ke rumah. Perayaan Bon ini telah dirayakan di Jepun selama lebih dari 500 tahun dan secara tradisional termasuk tarian yang dikenali sebagai Bon Odori. Pesta Bon Odori ini telah diadakan di Malaysia sejak tahun 1977. Perkara ini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan adalah kerana perayaan ini menjadi kekeliruan sama ada merupakan perayaan budaya mahupun perayaan agama. Namun sudah jelas pada sejarahya bahawa perayaan Bon Odori merupakan perayaan agama yang haram diraikan oleh masyarakat beragama Islam. KETIDAKPATUHAN ASPEK BUDAYA
Buli siber adalah buli maya, buli yang berlaku secara dalam talian, sama ada melalui teks, imej atau video, sama ada memalukan, mengugut, memaki atau menjatuhkan air muka seseorang. Di Malaysia sendiri, sudah banyak terjadi kes pembunuhan diri sendiri akibat tekanan yang diperoleh kerana dibuli melalui komunikasi digital. Dapat dilihat bahawa, apa pun bentuk buli yang diterima mangsa, pasti menyakitkan dan akan berakhir dengan tragedi. Kini, buli siber telah menjadi satu budaya dan kebiasan yang dilakukan pengguna media sosial atau lebih dikenali sebagai netizen. KETIDAKPATUHAN ASPEK SOSIAL
5.0 CADANGAN MENANGANI ISU
PERANAN IBU BAPA Sudah pasti ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan budaya santun dalam berbahasa. Mereka yang lebih dekat dan banyak menghabiskan masa lebih mudah untuk memantau penggunaan teknologi atau penggunaan gajet anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah tidak membiarkan anak-anak mereka menggunakan media sosial atau gajet tanpa pengawasan orang tua. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka menggunakan gajet sesuka hati mereka dan menyangka anak-anak mereka akan menggunakannya dengan berhemah. Langkah penjagaan harus diambil sebelum menyesal.
PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN Setiap institusi pendidikan, masih punya tanggungjawab dan peranan bagi meningkatkan kesantunan berbahasa dalam diri setiap murid dan para pelajar. Sebagai contoh, minggu bahasa Melayu boleh diadakan satu minggu setiap bulan bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain itu, mereka juga harus didedahkan dengan aspek kesantunan berbahasa, perkara sebegini seeloknya mendapat pendedahan awal sejak kecil di bangku sekolah agar mereka mudah faham dan menerima perkara yang baik dan buruk supaya tidak dilakukan pada masa akan datang. Mereka perlu tahu tentang buli siber dan kesannya terhadap mangsa buli. Sebagai seorang murid dan pelajar, mereka tidak seharusnya menggunakan kata-kata kesat sama ada dengan orang yang mereka kenali ataupun tidak.
PERANAN KERAJAAN Kerajaan perlu menunjukkan contoh yang baik dan bijak dalam menangani setiap isu selain tangkas dan pantas. Mereka juga patut menegur dengan tegas setiap isu dan pergaduhan yang terjadi dan mengambil cakna tentang kesihatan rakyat. Sebagai contoh, isu perayaan Bon Odori yang hangat diperkatakan, kerajaan tidak begitu tegas dan menerangkannya dengan lebih mendalam sehinggakan masih menjadi pergaduhan sesama pengguna media sosial. Kerajaan harus lebih cekap dalam mewujudkan kesantunan berbahasa dalam diri setiap pengguna.
PERANAN MEDIA MASSA Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh media massa dalam usaha meningkatkan kesantunan berbahasa setiap masyarakat dalam dunia komunikasi tanpa mengira umur dan kaum. Sebagai contoh, satu hari, satu nasihat atau tip dalam komunikasi dunia digital, serta satu hari, satu kata dari Kamus Dewan. Perkongsian di radio, televisyen serta aplikasi-aplikasi seperti Instagram dan Facebook. Usaha ini dapat dilihat sekarang oleh DBP yang aktif berkongsi tentang bahasa Melayu di Telegram dan Instagram.
6.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, pelbagai impak negatif akibat kurangnya kesantunan berbahasa dalam diri setiap individu. Namun perkara ini boleh diatasi jika setiap pihak mengambil serius hal ini. Oleh itu, setiap pihak wajib mengambil tanggungjawab sendiri dengan memainkan peranan penting dan memggunakan strategi yang berkesan. Isu-isu yang menjadi perbualan dalam komunikasi digital, harus dilihat dan dipandang serius oleh pelbagai pihak.
RUJUKAN Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi. (2015, Mei 1). Dalam Berita Harian Online. Remaja Terpengaruh Media Sosial. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/ remaja-terpengaruh-media-sosial Abdul Hadi Abd Rashid. (207, Ogos 02). Dalam Laman Portal Universiti Putra Malaysia. Bahasa Melayu : Cabaran dan Dugaan Dunia Tanpa Sempadan. https://kc.upm.edu.my/artikel/ Bahasa_melayu_cabaran_dan_dugaan_dunia_tanpa_sempadan-32766 Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fakiradmin. (2019, Julai 22). Bon Odori, Adakah Ia Perayaan Agama?. Dalam FakirIlmu. https://fakirilmu.com/2019/07/22/bon-odori-adakah-ia-perayaan-agama/ Klik Dengan Bijak. (2020). Dalam Klik Dengan Bijak. Buli Siber. https://klikdenganbijak.my/bm/ buli_siber.php#!
SEKIAN, TERIMA KASIH.