The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashliza liza, 2020-01-30 03:17:21

SMKAMH 1-68

SMKAMH 1-68

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 1

2 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Isi Kandungan

1 PROLOG
2 MUTIARA KATA AYAHANDA
3 ISI KANDUNGAN
4-5 SIDANG REDAKSI GURU DAN MURID
6-12 KATA ALU-ALUAN
13-15 SEJARAH MAHISS/LOGO SEKOLAH/VISI,
MISI,MOTO & LAGU SEKOLAH
16 BARISAN PENTADBIR
17-22 GURU ,GKMP,& STAF
23-26 BADAN KEPIMPINAN
27-32 PENCAPAIAN KURIKULUM

& KOKURIKULUM
33-38 PENCAPAIAN KOKURIKULUM
39-66 BADAN UNIFORM/KELAB & PERSATUAN/
SUKAN &PERMAINAN/RUMAH SUKAN
67-68 TAKWIN
69-98 SOROTAN PERISTIWA
99-115 ALBUM KELAS
116-127 KARYA
128 #TWITER DAN INSTAGRAM
129-130 GAMBAR BATCH TINGKATAN 6 DAN

ALMITY
131-143 POSTO PELAJAR SPM DAN STPM 2019
144 SIDANG REDAKSI

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 3

4 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 5

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Sekalung tahniah saya hadiahkan buat Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menernbitkan
majalah sekolah bagi tahun 2019. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala jerih payah dan
sumbangan dalam menerbitkan majalah merupakan usaha yang dihargai kerana ia satu usaha murni dalam
merakamkan sejarah bangsa dari segenap sudut.
Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif kearah melahirkan generasi yang cemerlang
dan terdidik bagi menjana rakyat dan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Sebarang usaha
penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara kita
setanding dengan pendidikan negara –negara maju.
Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri seseorang
murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar seharusnya dilengkapi ilmu dan
akhlak untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada agama, bangsa
dan tanah air. Ilmu semata-mata tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan karakter yang dinamik tidak cukup
unuk menjadikan seseorang itu berjaya dan berguna kepada masyarakat.
Perpaduan adalah teras kepada pembentukan Negara dan telah menjadi agenda pendidikan sejak
Penyata Razak 1956 lagi. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk perpaduan
nasional melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Inggeris tidak kurang pentingnya kerana
ia memperlihatkan kematangan pemikiran pelajar dalam menerima ilmu sekali gus menempatkan warga
Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
Dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program penerbitan majalah sekolah ini,
Kementerian berharap usaha ini telah mencapai matlamatnya iaitu untuk melahirkan generasi Malaysia
yang mempunyai identiti nasional yang kukuh serta dapat menerima, menghormati dan menghayati
keunikan kepelbagaian kaum negara ini. Saya berharap agar suasana pembelajaran dan pengajaran di
sekolah akan dipenuhi dengan budaya kasih sayang, kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah berusaha
gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini.
Selamat Maju Jaya.
“PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN SALING HORMAT-
MENGHORMATI”

(DR. MASZLEE BIN MALIK)
6 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

DATUK DR. AMIN BIN SENIN
KETUA PENGARAH PELAJARAN

MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah
sekolah pada kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang
sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu dapat dirakamkan dan menjadi
sumber rujukan dalam sejarah pendidikan. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada
warga sekolah telah menatijahkan penerbitan majalah yang dapat kita tatapi.
Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia maju berteraskan semangat bersatu padu,
progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Pendidikan bertekad untuk
terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan serta memberi fokus kepada keberhasilan murid. Aspek
akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu, semua guru perlu beranjak
daripada pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan
bagi menyokong usaha ke arah melahirkan murid yang berjaya secara holistik.
Para guru dituntut agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih bermakna. Pengetahuan dan kemahiran terkini dalam menghadapi cabaran abad
ke-21 perlu diperkukuhkan. Pada masa yang sama, sekolah dan para guru akan sentiasa diberi sokongan
profesional daripada pembimbing yang pakar dan pengurusan yang mantap.
Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pernimpin sekolah, guru, ibu bapa, pihak berkepentingan
dan agensi swasta untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.
SELAMAT MAJU JAYA!

DATUK Dr. AMIN BIN SENIN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 7

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

DR MARANOM BT MAT SAM

PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi rasa dan idea mencoretkan sepatah
dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
AL-MUSTAQIM SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada
pihak sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah bagi edisi ke- 34 tahun 2019. Penerbitan majalah
sekolah amat signifikan dan merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat merakamkan
segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu sebagai sumber rujukan dalam usaha membangunkan
pendidikan di peringkat sekolah.
Biarpun dekad demi dekad berlalu, namun ibu bapa dan masyarakat masih menaruh sepenuh harapan
terhadap keupayaan dan kebolehan kaum guru untuk mendidik anak-anak yang sedang mekar di sekolah
menjadi insan yang berguna. Guru adalah sebagai arkitek dan penyelamat kepada masa depan anak bangsa.
Mereka diharap memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi menyediakan generasi muda hari ini
menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Hasrat ini menuntut kaum guru agar lebih peka tentang isu-isu
persekolahan supaya kita berupaya menangani segala permasalahan ini dengan lebih bijaksana.
Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kaum guru yang bergelar pendidik janganlah mudah berputus
asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah, keimanan yang mantap serta nilai akhlak
yang terpuji. Inilah benteng utama yang perlu dihayati dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga
usaha bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan menyokong penuh usaha warga sekolah yang telah berjaya
menerbitkan majalah sekolah ini. Semoga majalah ini berfokus kepada maklumat dan kegiatan sekolah
yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru dan pembaca. Semoga ia menjadi tatapan dan rujukan yang
berguna bagi semua warga pendidik dan warga sekolah. Akhirnya, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor mendoakan SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG akan terus berusaha merealisasikan slogan
JPN Selangor Terbilang.
Sekian, terima kasih.

(DR MARANOM BT MAT SAM)
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

8 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

ISHAK BIN ABDULLAH
PENGARAH PENDIDIKAN

HULU LANGAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Maahad Hamidiah, terutamanya Redaksi Majalah AL MUSTAQIM kerana berjaya menerbitkan majalah
sekolah bagi kali ke-34 tahun 2019. Usaha dan komitmen yang telah dicurahkan untuk menerbitkan majalah
ini adalah satu kejayaan besar yang dapat memaparkan aktiviti serta pencapaian sekolah sepanjang tahun.
Modal insan yang berkualiti merupakan aset utama negara. Merekalah yang akan menentukan masa depan
negara dan bangsa. Bagi memastikan kita dapat mengoptimumkan modal insan ini, usaha perlu digembleng
secara menyeluruh daripada semua pihak terutama guru, ibu bapa dan komuniti. Pendidikan yang cemerlang
ialah kunci kepada pembentukan masyarakat yang berilmu. Justeru dengan itu, kita perlu sensitif terhadap
perkembangan terbaru serta kehendak dunia pendidikan peringkat global agar generasi yang dilahirkan
mampu bersaing dalam era globalisasi ini.
Adalah menjadi harapan saya agar majalah ini akan menjadi satu landasan yang tepat kepada kita sebagai
warga pendidik dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu panduan dalam kita
menempuh cabaran baru dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar dalam memastikan kemenjadian
pelajar kita.
Para murid perlu mengambil peluang yang telah disediakan secara bersungguh-sungguh dengan tekad dan
keazaman yang tinggi supaya segala cita-cita akan dapat dicapai dengan cemerlang. Ini selaras dengan Naratif
Baharu Amalan Pendidikan, iaitu dalam Sub Naratif 1, yang menuntut penglibatan murid secara aktif dalam
proses pembelajaran di sekolah.
Akhir kata saya berharap warga MAHISS dapat meningkatkan komitmen dan semangat kerjasama agar
dapat menjana kejayaan yang unggul dan cemerlang. Semoga visi sekolah Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik Negara Sejahtera akan terus tercapai. Sekian terima kasih.

ISHAK BIN ABDULLAH
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 9

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

MD YUSOF BIN RAHIM
PENGETUA SMKA

MAAHAD HAMIDIAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas penerbitan majalah AL–MUSTAQIM edisi ke-34
tahun 2019. Kejayaan dalam penerbitan ini merupakan hasil gemblengan tenaga dan komitmen yang tidak
berbelah bahagi daripada pihak sidang redaksi AL-MUSTAQIM edisi ke-34.
Majalah AL-MUSTAQIM sememangnya menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai
aktiviti dan pencapaian yang dicapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Justeru, majalah ini juga
menjadi medan untuk murid-murid dan guru-guru merakamkan bakat terpendam mereka untuk tatapan
warga sekolah.
Harapan saya, majalah ini akan membuka ruang yang luas kepada anak-anak didik untuk mengetengahkan
bakat yang ada apabila berada di luar sekolah nanti. Semoga anak-anak didik SMKA MAAHAD HAMIDIAH
dapat menongkah arus dalam membina kehidupan sebenar setelah menamatkan persekolahan.
Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan. Pada
hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru atau murid, malah ibu bapa seharusnya
cakna dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak akan
terus dimantapkan. Dasar pendidikan melalui KSSR dan KSSM pada masa ini menekankan bukan sahaja
pencapaian dari segi pengetahuan, malahan aspek kemahiran, sahsiah serta nilai budi pekerti diambil kira
bagi melahirkan murid-murid yang berketerampilan dalam semua aspek.
Oleh hal yang demikian, saya berharap agar peluang dan ruang yang ada di SMKA MAAHAD HAMIDIAH
ini digunakan sepenuhnya oleh murid-murid agar dapat menjadi insan kamil dan pencetus kegemilangan
negara pada masa hadapan. Teruskan mara ke hadapan, agar keunggulan menerajui kecemerlangan.
LIHAT SEBELUM ORANG LAIN NAMPAK, CAKAP SEBELUM ORANG LAIN SEBUT, AMBIL SEBELUM
ORANG LAIN KUTIP, BERI SEBELUM ORANG LAIN MINTA.
Terima kasih

MD. YUSOF RAHIM
Pengetua SMKA Maahad Hamidiah

10 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, majalah
Al-Mustaqim bagi edisi ke-34 tahun 2019 dapat diterbitkan dengan jayanya. Sekalung
syabas dan tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus lumus bagi
menghasilkan majalah ini dengan penuh komited.

Dalam era pendidikan yang semakin mencabar saban tahun, kecemerlangan pencapaian para YDP PIBG
pelajar di sesebuah sekolah bukan sahaja terletak kepada usaha gigih para pendidiknya, malah
peranan ibu bapa juga amatlah penting bagi mendidik pelajar-pelajar dan memberi sokongan
kepada guru-guru melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak
sekolah. Kecemerlangan sekolah lazimnya juga akan terserlah sekiranya wujud hubungan
yang mantap dan jitu antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Oleh itu, kecemerlangan
sekolah akan sentiasa dipertingkatkan melalui permuafakatan dan perkongsian oleh semua
pihak termasuk komuniti setempat bagi menangani masalah-masalah yang wujud.

Peranan ibu bapa amatlah penting untuk membimbing anak-anak supaya mempunyai hala tuju ke arah kecemerlangan dalam apa-
apa jua bidang yang diceburi oleh mereka di sekolah, terutamanya dalam bidang akademik, kokurikulum dan program kerohanian.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, kebejatan disiplin dan segala kegiatan sosial yang tidak baik dapat dibendung dengan lebih
awal dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Akhir kata, saya bagi pihak PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru kerana telah mencurahkan segala usaha dalam mendidik putera dan puteri
soleh pintar MAHISS.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.

PROF. DR. MOHD SHAHRIR BIN MOHAMED SAID
YDP PIBG SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia, 1 Ummah, menjana transformasi
Alhmadulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan hanya buat Allah yang Maha Berkuasa
bagi tiap-tiap sesuatu,jua selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, contoh
kepimpinan terbaik.

Beradanya majalah Mustaqim edisi yang ke-34 ini di tangan pembaca,bermakna terukirlah
himpunan-himpunan memori SMKA Maahad Hamidiah Kajang sepanjang tahun 2019.
Sesungguhnya,majalah ini dapat disiapkan dengan titik peluh dan usaha berterusan oleh
krew-krew redaksi yang bersedia mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan majalah
ini berada di tangan warga SMKA Maahad Hamidiah Kajang tepat seperti yang dijadualkan.
Syabas dan tahniah buat semua krew redaksi sekalian.

KETUA EDITOR Sesungguhnya,majalah Mustaqim mengharungi pelbagai transformasi dan revolusi saban
GURU tahun bagi membawa Mustaqim ke arah yang lebih terkini,telus dan tuntas sejajar dengan
peredaran zam,an yang memacu kea lam globalisasi dan era teknologi maklumat.

Lantaran itu,saya percaya dan yakin bahawa pihak Krew Redaksi dengan bimbingan guru-guru penasihat berusaha melahirkan Majalah
Mustaqim yang terbaik setiap tahun sebagai menyedari peranan Mustaqim sebagai tempat bagi mengukir 1001 kenangan,mencatat
detik-detik bersejarah sepanjang tahun dan memotret seribu wajah-wajah yang ceria daripada warga Smka Maahad Hamidiah Kajang.

Di samping itu,kejayaan yang dicapai selangkah demi selangkah demi selangkah oleh warga SMKA Maahad Hamidiah Kajang
dapat menggambarkan komitmen dan semangat yang jitu telah wujud dalam diri warga SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Dengan
komitmen dan semangat inilah telah membawa SMKA Maahad Hamidiah Kajang memperolehpelbagai kejayaan dari segi kurikulum
dan kokorikulum bagi setiap tahun.

Semoga SMKA Maahad Hamidiah Kajang terus gah di arena persada negara mahupun antarabangsa sebagai sebuah sekolah harian
yang terulung serta disanjung. Sekian.

PUAN HASHLIZA BINTI ABDUL AZIZ
KETUA EDITOR GURU MUSTAQIM KE 34

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 11

Kata Alu-Aluan

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Assalamualaikum WBT.

Salam Sejahtera, Salam Penyayang, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Pemuda Inspirasi Harapan
Bangsa.

Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas sifat
kesempurnaannya. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kita ucapkan.
Dengan rahmat dan berkat-NYA telah memberikan kekuatan serta semangat kepada kita.
Maka, dapatlah kita mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tahun 2019 demi menjadikan
SMKA Maahad Hamidiah sebagai sekolah yang kekal terbilang di mata dunia.

KETUA UMUM. Pada kesempatan yang julung kali ini, saya selaku Ketua Umum sesi 2018/2019 SMKA
Maahad Hamidiah ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan sidang redaksi
kerana memberikan saya peluang untuk mencoret sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Ucapan sekalung tahniah seharusnya diberikan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya
menyiapkan majalah AL-MUSTAQIM ini dengan jayanya. Sesungguhnya ahli sidang redaksi
wajar diberikan penghargaan atas segala usaha mereka menyatukan sebuah majalah yang
dianggap tradisi penuh memori bagi SMKA Maahad Hamidiah pada setiap tahun.

Mewakili para pelajar SMKA Maahad, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus
membantu kami melakar kejayaan daripada hasrat yang penuh impian. Tanpa jasa yang dicurahkan oleh mereka, kami pasti tidak
dapat menjadi insan-insan yang bakal melakar sejarah negara pada masa akan datang. Tidak dilupakan juga kepada semua ibu
bapa dan warga SMKA Maahad Hamidiah yang sentiasa berusaha untuk menggiatkan segala perancangan yang menjadi visi serta
misi utama pihak sekolah demi merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM 2015-2025) yang bertujuan untuk
membangunkan modal insan yang penuh jati diri. Sesungguhnya setiap individu dalam institusi MAHISS ini memainkan peranan
yang amat penting dalam menjadikan MAHISS sebuah sekolah yang gemilang, terbilang dan cemerlang di mata dunia. Semoga
pelajar-pelajar yang kini berada di bangku persekolahan, bakal menjadi pemimpin yang hebat dan penuh wawasan.

Akhir kalam, saya berharap agar semua warga SMKA Maahad Hamidiah sentiasa bersatu dalam menaikkan nama sekolah. Calon
PT3, SPM dan STPM 2019 seharusnya menjalankan tanggungjawab sebagai pencetus kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelbagai
aspek. Saya selaku Ketua Umum mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan yang telah kami
lakukan. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum,
Ketua Umum.
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya sidang
redaksi dapat menyempurnakan majalah Al-Mustaqim edisi ke-34. Penghasilan
majalah ini telah membuktikan kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu daripada
kami dalam usaha mendokumentasikan segala peristiwa yang berlaku sepanjang tahun
2019.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru KETUA EDITOR
penasihat sidang redaksi yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna
kepada kami. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli
sidang redaksi yang banyak memberi kerjasama sama ada secara langsung mahupun
tidak.

Saya mewakili sidang redaksi menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat salah silap sepanjang
proses penerbitan majalah ini. Segala cabaran dan dugaan perlu kami hadapi untuk menghasilkan majalah ini. Namun,
setiap sokongan daripada warga SMKA Maahad Hamidiah telah menjadikan kami kental untuk menyiapkannya.
Diharapkan majalah Al-Mustaqim ini akan menjadi kenangan yang bermakna dan dikongsi bersama-sama untuk kita
semua.

Akhir kalam, saya mengharapkan seluruh warga SMKA Maahad Hamidiah terus memberi sokongan kepada sidang
redaksi akan datang untuk terus menghasilkan majalah sekolah yang berkualiti. Saya juga berharap sidang redaksi pada
tahun hadapan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik lagi. Semoga SMKA Maahad Hamidiah
terus gemilang hingga ke puncak dunia. Amin.

Sekian, Wassalam

Ahmad Danish Bin Mohamad Imran
Ketua Editor SMKA Maahad Hamidiah

12 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 13

14 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 15

16 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 17

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

18 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Barisan Guru

BARIS 1 (DEPAN) : EN.MOHD KAMARULZAMAN, PN.HASHLIZA, PN.MAHANI, PN.RUHAYU, PN.MAHANI BT OTHMAN, DATIN ROSNI, PN.ROHAYATI,
PN.LAILI FAIRUZ (PK KO), PN.MAZITA (PKP), TUAN MD. YUSOF (PENGETUA), EN.HUSNUN ALSHA’RI (PK HEM), EN.SHAHARUDDIN (PK T6), EN.MOHD
AZANI, EN.MOHD SAUDI, EN.MOHD ZAINAPHI, EN.KAMARULZAMAN, EN.AHMAD, EN.RUSLI, EN.MOHD NAZMI, EN.JAMALUDDIN
BARIS 2 (TENGAH) : PN.KAMARUL HAZANI, PN.ANISAH, PN.ZAIDAH, PN. SITI SALWA, PN.NORHAYATI, PN.NORAZIAH, PN.FASYA NADYA, PN.RUZITHA,
PN.RUSNANI, PN.NORHAYATI, PN.ZURIYANI, PN.SITI FATIMAH, PN.NOR AMIRA, PN.NAHARI, PN.NOORZILA, DATIN THURAIYA, PN.SITI DZARI,
PN.HALIJAH, PN.ASNAH, PN.RABIATUL ADAWIYAH, PN.MARINA, PN.SALINA, PN.RAHANI, PN.ARINA, PN.ZALIZAN, PN.HAZMINI
BARIS 3 (BELAKANG) : PN. SITI NOOR, PN.SALIMAH, PN.NOORASIAH, PN.FAUZIAH, PN.ZANISHAR, PN.NURUL AIN ARFAH, PN.NORHASHIMAH,
PN.MASHITAH, CIK.SOPHIA, PN.RASHIDAH, PN.NORSHEIKA, PN.NUR DIYANA, PN.HAMIDAH, PN.EMILDA, CIK.FARINI, PN.NOOR RASHIDAH,
PN.WIJAYANTI, PN.NORASMAHANI, PN.ZURAKINTAN, PN.MARYAM, CIK.NOORHUDA.

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

Kurikulum

Kokurikulum

Hal Ehwal Murid

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 19

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

Guru Tingkatan 6

Staf Sokongan

Warden

20 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

Pendidikan Islam

Sains & Matematik

Bidang Bahasa

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 21

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

Teknik & Vokasional

Kemanusiaan

22 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 23
Pengawas Sekolah KETUA PENGAWAS - MAkhyar Bin Saudi
PEN KETUA PENGAWAS - Nur Amirah Binti Azhar
SETIAUSAHA - Muhd Amir Nadir Bin Mohd Rizal
PEN SETIAUSAHA - Illy Syakira Binti Ahmad Zainal
BENDAHARI - Muhd Nurhafiz Bin Juheiri
PEN. BENDAHARI - Nurul Izz Aina Binti Mohd Arpandi

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

24 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badar KETUA BADAR - Muhammad Izrin Bin Mazlan
PEN KETUA BADAR - Nik Nurhafizah Binti Mahdy
SETIAUSAHA - Muhammad Firdaus Bin Zainal
PEN SETIAUSAHA - Wafaa Binti Mohd Nor Abadi
BENDAHARI - Muhammad Syahmi Bin Muhammad Bahar
PEN. BENDAHARI - Alieya Bushra Binti Abdul Rahman

AL-MUSTAQIMKETUA ASRAMA-
EDISI 34PEN KETUA ASRAMA-
SETIAUSAHA -
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 25PEN SETIAUSAHA -
Pengawas Exco Asrama BENDAHARI - Adam Ismail Bin Abdul Aziz
PEN. BENDAHARI - Syahirah Fadilah Binti Basri
Mohd Fakhrudin Bin Kamal
Nurin Aida Binti Mohd Azli
Faizudin Bin Ismail
Shaza Raihana Binti Sharifudin

AL-MUSTAQIM
EDISI 34

26 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KETUA PRS - Ayub Bin Abu Hanifah
PEN KETUA PRS - Nur Fatin Farhanis
SETIAUSAHA - Muhammad A-Mukhlis
Pengawas PRS PEN SETIAUSAHA - Siti Nor Jalilah
BENDAHARI - Amirul Asyraf
PEN. BENDAHARI - Nadia Fitri

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 27

28 SMKA MAAHAD HAMIDIAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
NEGERI SELANGOR
ANALISIS MATAPELAJARAN SPM

PENCAPAIAN AKADEMIK

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

EDISI
34

EDISI PENCAPAIAN PT3
34
SMKA MAAHAD HAMIDIAH

ANALISIS MATA PELAJARAN 
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 ( PT3 )

TAHUN 2018

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 29

PENCAPAIAN SPM EDISI
34
SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2018

BIL NAMA PELAJAR KEPUTUSAN KELAS 2018
11A 9A+, 2A 5 IBNU SINA
1 IRFAN AZHAN BIN MOHD AZIDAN 11A 9A+, 2A 5 IBNU SINA
2 MAISARAH BINTI IBRAHIM 11A 8A+, 2A, 1A- 5 IBNU SINA
3 RAHIL SAJIDAH BINTI MOHD KHAIROL
11A 7A+, 3A, 1A- 5 KHAWARIZMI
NIZAM
4 FATIMAH ROBBANIYYAH BINTI MUSTAFA 11A 6A+, 5A 5 IBNU SINA
11A 6A+, 5A 5 IBNU SINA
KAMAL 11A 6A+, 4A, 1A- 5 IBNU SINA
5 MUHAMMAD AMEERUL BIN ABDUL HADI 11A 6A+, 4A, 1A- 5 IBNU SINA
6 NUR ATIKAH BINTI MOHD NOOR FAISAL 11A 6A+, 3A, 2A- 5 IBNU SINA
7 MARYAM BINTI ZULKARNAIN 11A 6A+, 3A, 2A- 5 IBNU SINA
8 MUHAMMAD HAZIQ BIN HASSIM 11A 5A+, 6A 5 IBNU SINA
9 NUR HAZIQAH BINTI MOHD RAZIP 11A 5A+, 4A, 2A- 5 IBNU SINA
10 NURUL HANI BINTI MUHAMMAD AKMAL 11A 5A+, 3A, 3A- 5 KHAWARIZMI
11 SITI NAZATUL NAJIHA BINTI JAMAL KHAIL 11A 5A+, 2A, 4A- 5 IBNU SINA
12 INTAN NURQAISARAH BINTI SAHARUDIN 11A 4A+, 5A, 2A- 5 IBNU SINA
13 NUR AYU RAIHANAH BINTI MD HALIM 11A 4A+, 4A, 3A- 5 IBNU SINA
14 AMNEE YUSOH 11A 4A+, 4A, 3A- 5 IBNU SINA
15 AMIRUL IMRAN BIN MASRUR 11A 4A+, 3A, 4A- 5 IBNU SINA
16 MUHAMMAD UMAR BIN ABDUL KHALIK 11A 3A+, 7A, 1A- 5 IBNU SINA
17 YASMEEN SIDI 11A 3A+, 5A, 3A- 5 IBNU SINA
18 NURIN ZULAIKHA BINTI ROSLI 11A 1A+, 8A, 2A- 5 IBNU SINA
19 NURIN NAZIFA BINTI REZA SHAHREZ
20 MUHAMMAD IMRAN BIN ABD LATIF
21 'ABBAD BIN LUQMAN

30 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

EDISI PENCAPAIAN STPM
34
SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 31

32 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

IRFAN AZHAN BIN MOHD AZIDAN MAISARAH BINTI IBRAHIM FATIMAH ROBBANIYYAH BINTI SMKA MAAHAD HAMIDIAHPELAJAR TERBAIK SPM & STPM EDISI

(9A + ,2A) (9A+,2A) MUSTAFA KAMAL

ALIRAN SAINS TULIN AGAMA ALIRAN SAINS TULIN AGAMA (7A +, 3A, 1A-)

ALIRAN AGAMA IKHTISAS

NUR AINA NAJWA BINTI ABD RAHMAN SITI KHADIJAH BINTI ABD RASHID WAN AMZAR IMRAN BIN WAN AMIR HASHIM 34

(PNGK 3.75) (PNGK 3.75) (PNGK 3.75)

EDISI TOKOH KOKURIKULUM
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

P
U
T
E
R
I

NUR JASMIN AQILAH BINTI AHMAD ZUHDI

P
U
T
E
R
A

AIZACC EZHAM PUTRA BIN AZRULADELY

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 33

34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

EDISI PENCAPAIAN TAHUNAN
34 KEBANGSAAN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KOMPONEN KELAB PERSATUAN

KOMPONEN UNIT BERUNIFORM

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 35

PENCAPAIAN TAHUNAN EDISI
SMKAKMEBAAANHGASDAAHNAMIDIAH 34

KOMPONEN SUKAN PERMAINAN

36 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

EDISI PENCAPAIAN MEMANAH
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 37

PENCAPAIAN MEMANAH EDISI
34
SMKA MAAHAD HAMIDIAH

38 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 39

EDISI Badan Beruniform
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KADET POLIS (PUTERA)

Pengerusi : Muhd Afiq b Mazhalimi Bendahari : Muhd Ammar b Othman
Naib Pengerusi : Muhd Alif b Mohd Suhaili Pen Bendahari : M. Adam Iskandar b Mohd Azly
Setiausaha : Muhd Zikri b. Zulkapli
Pen Setiausaha : Muhd Faheem b Mahidin

KADET POLIS (PUTERI)

Pengerusi : Izzan Afiqah bt Mohd Nor Shahizan Bendahari : Syahirah Fadhilah bt Basri
Pen Bendahari : Anis Najihah bt Muhd. Najib
Naib Pengerusi : Ain bt Abd Muthalib

Setiausaha : Nur Ayuni Firdaus bt Mohd Ibrahim

Pen Setiausaha: Nurin Najwa bt Ahmad Rojamuddin

40 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badan Beruniform EDISI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 34

BOMBA (PUTERA)

Pengerusi : Ahmad Asyraf b. Azahar Bendahari: Muhd. Rofi b. Azmi Murad

Naib pengerusi : Muhd. Amin Akram b. Muhd Rozita Pen Bendahari: Muhd. Syahir Hazique
b. Azahari
Setiausaha: Muhd Ammar Zarfan b Mazlan

Pen. Setiausaha: Muhd. Faiz b Mustapha

BOMBA (PUTERI)

Pengerusi : Siti Nur Aqilah bt Muhd Fadzli Bendahari: Aini Hafizah bt Junaidi
Naib pengerusi : Nur Irdina Anis bt Zahari Pen Bendahari: Nur Maisarah bt Hamzah

Setiausaha: Leia Susannah bt Hairunizam

Pen. Setiausaha: Nur Batrisyia Laiyinah bt Ahmad Daud

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 41

EDISI Badan Beruniform
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KASPA (PUTERA)

Pengerusi: Ammar Affan b Nadzory Bendahari: Adam Ismail b Abd Aziz
Naib Pengerusi: Harith Haikal b Jamal Pen Bendahari: Hadif Ikmal b Khairul Nisak
Setiausaha: Arif Hanafi b Mohamadiah
Pen Setiausaha: Abdullah Alwafi b Mohd Aminuddin

KASPA (PUTERI) Bendahari: Nur Farah Dini bt Mohd Khairi
Pen Bendahari: Aisyah Najihah bt Rosfaizi
Pengerusi: Nurul Izz Aina bt Mohd Arpandi
Naib Pengerusi: Ai’syah Safiyah bt Mohd Saifu
Setiausaha: Anisha Alia bt Shaiful Bahrin
Pen Setiausaha: Alia Batrisyia bt Arshad

42 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badan Beruniform EDISI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 34

KRS (PUTERA) Bendahari: Muhd. Zaim Mukhsin b. Romzani
Pen Bendahari: Izz Azraie Izzuddin b. Nazri
Pengerusi : Ayub b. Abu Hanifah
Naib pengerusi : Muhammad Haikal b. azmi
Setiausaha: Muhd. Furqaan Naasif b. Rohaizat
Pen. Setiausaha: Muhd. Alif Izzuddin b. Azmale

KRS (PUTERI) Bendahari: Husnul Arbain
Pen Bendahari: Batrisyia Insyirah
Pengerusi : Hanee Sofea
Naib pengerusi : Nur Zafirah SMKA MAAHAD HAMIDIAH 43
Setiausaha: Yasmin
Pen. Setiausaha: Nur Farihah

EDISI Badan Beruniform
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

BSMM (PUTERA) Bendahari : Mohd Faiz b Abd Razak
Pen Bendahari: Ahmad Zharfan b Zaily
Pengerusi: Luqman Hakim b Md Saat
Naib Pengerusi: Razif Hakimi b Ramli
Setiausaha: Muhd. Lutfil Khaliq b Mohd Yusry
Pen Setiausaha: Ahmad Ukashah b Mohd Ridhuan

BSMM (PUTERI) Bendahari: Nurul Fatihah bt Azhar
Pen Bendahari: Hanis Hazirah bt Borhan
Pengerusi: Nur Hazimah bt Jasni
Naib Pengerusi: Nur Hidayah bt Ismail
Setiausaha: Nur Aliya Fatihah bt Omar
Pen Setiausaha: Nursufya bt Azahari

44 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badan Beruniform EDISI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 34

PENGAKAP (PUTERA) Bendahari: Asyraf b. Arrifin
Pen Bendahari: Naqib Naqiuddin
Pengerusi: Aizat Nazmi b. Mohd Nodri
Naib Pengerusi: Muhd Afiq b. Hairuzam b Shaharuddin
Setiausaha: Muhd Adham b Mohamad Ares
Pen Setiausaha: Azib b. Hasim

PENGAKAP (PUTERI)

Pengerusi: Alieya Busyra bt Abd Rahman Bendahari: Puteri Arisha Nabila bt Norazhari

Naib Pengerusi: Nur Wahidah bt Ahmad Nizam Pen Bendahari: Fatimah Syifaa bt

Setiausaha: Farah Izzah Wong bt Abdul Rahman Wong Muhamad Fadzli

Pen Setiausaha: Siti Syafiqah bt Mohd. Rozalhaslee

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 45

EDISI Badan Beruniform
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

PANDU PUTERI

Pengerusi: Nur Fatin Farhanis bt Mazlan Bendahari: Nur Suhana Syahima bt Saad
Naib Pengerusi: Amira Nur Iman bt Herman Pen Bendahari: Assyifaa bt Azman
Setiausaha: Nur Izzah Diyana bt Zol Amri

Pen Setiausaha: Nur Fatinisya Amira bt Ahmad Surani

PUTERI ISLAM Bendahari: Wardina Hannani bt Abd Wahab
Pen Bendahari: Fatin Azmina bt Khairul Azman
Pengerusi: Siti Noor Jalilah bt Shamsudin
Naib Pengerusi: Wan Aini Sofea bt Wan Kamal
Setiausaha: Faiezzatul Huda bt Abdul Fairuz
Pen Setiausaha: Nur Elysha Farhana bt Romzi

46 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badan Beruniform EDISI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 34

PBSM TINGKATAN 6

Pengerusi: Muhammad Amirul Bin Habibi Bendahari: Ahmad Izzat Bin Sabri
Naib Pengerusi: Norfarisha Binti Romzi Pen.Bendahari: Anis Nabilah Binti Othman

Setiausaha: Nur Fathiah Binti Mohd Faudzir

Pen. Setiausaha: Muhammad Zuhair Bin Zainuzzamin

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 47

EDISI Badan Beruniform
34 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

TAEKWONDO Bendahari: Muhd. Adam Mirza b. Hesri Faizal
Pen Bendahari: Nur Nadwa bt Muhd Jailani
Pengerusi : Siti Aisyah bt Zainal
Naib pengerusi : Nurul ‘Aqilah bt Mohd Nazri
Setiausaha: Nur Ilyana Azwa bt Zaidi
Pen. Setiausaha: Nureen Najwa bt Suhaimi

48 SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Badan Beruniform EDISI
SMKA MAAHAD HAMIDIAH 34

SILAT OLAHRAGA Bendahari: Muhammad Afiq b Ahmad ‘Adlan
Pen Bendahari: Nur Syafina bt Mohd Nazir
Pengerusi: Ibrohim Hakimi b Zawawi
Naib Pengerusi: Muhd Isyraf b Mohd Isham
Setiausaha: Adriana Uzma bt Abdul Kadir
Pen Setiausaha: Fatin Najihah bt Mohd Nazir

SMKA MAAHAD HAMIDIAH 49

50 SMKA MAAHAD HAMIDIAH


Click to View FlipBook Version