The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSARAAN PN MUNA BT IMAM SUPAAT DAN PN RASHIDAH BT BAHAROM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashliza liza, 2020-02-26 01:08:19

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

PERSARAAN PN MUNA BT IMAM SUPAAT DAN PN RASHIDAH BT BAHAROM

Majlis Lambain kasih
Sanjungan budi

pada Sempena Persaraan
Yang diraikan :

Pn Mun a Bt Imam Supaat
&

Pn Rashidah Bt Baharom

bertempat di

Pada tarikh 30 Oktober 1964, kira-kira 56 yang lalu, anak sulung daripada 12 adik-beradik ini telah
dilahirkan. Momen manis ini sudah barang tentu membahagiakan hati pasangan Tn Hj Imam Supaat bin
Abdul Rahman dan Pn Hjh Masijah binti Abdul Kadir. Menelusuri kehidupan berkeluarga, figura ini
mengikat tali kasih dalam ikatan perkahwinan bahagia bersama-sama Encik Abdul Latiff bin Munir.
Keindahan dunia rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran lima orang permata keluarga.

Sosok ini memulakan latar pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Kajang dari tahun 1971 hingga
1976 lantas meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Kajang dari 1977 hingga
1981. Sebaik menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau terus gigih meneroka dunia ilmu
di peringkat universiti. Kecemerlangan membawa beliau meluaskan atmosfera ilmu hingga ke Amerika
Syarikat. West Texas State University menjadi saksi gadis remaja kelahiran tanah ibunda ini berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Finance. Sekembalinya ke tanah air, beliau menyambung
pengajian di Maktab Perguruan Pendidikan Khas sehingga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan.

Membelek album perjalanan kerjaya guru berwajah tenang ini, beliau memulakan khidmat sebagai
seorang muallim, murrobbi, mursyid, muddaris dan muaddib di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Tasik pada tahun 1989 sebagai guru sandaran. Seterusnya, beliau meneruskan kembara sebagai guru
tetap di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang bermula 1991 hingga 1997. Lalu…perjalanan itu
sampai di sini…di taman ilmu ini…di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah sejak ta-
hun 1998 hingga 2020…22 tahun di sini…suatu perjalanan menabur bakti dan budi …yang amat panjang.
Di Maahad ini, beliau sangat akrab dengan jalur pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Sungguh, saat be-
liau membisikkan bakal berangkat meninggalkan bumi tarbiah ini, kita pasti terasa kehilangan
seorang insan yang telah banyak menabur jasa di sekolah ini. Tatkala diajukan apakah yang bakal
mengisi wadah musim persaraan, katanya …akan menggunakan masa yang ada untuk mengisi raga ilmu
dan amal, mengembara melihat akan kebesaran Yang Maha Esa dan juga melibatkan diri dengan kerja
kebajikan.

Saujana luasnya lautan pengalaman beliau dalam dunia pendidikan, sudah barang tentu bukan sedikit
yang boleh rakan-rakan guru teladani. Maka, pesannya buat rakan-rakan guru yang masih berada di
bumi Hamidiah ini…”kita sangat bertuah berada di bumi Maahad yang barokah ini. Teruskan usaha
kalian membimbing anak bangsa demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Allah pasti membalas
segala pengorbananmu”. Dan…buat anak-anak pintar soleh Maahad Hamidiah…ini lah pesanan Cikgu
Muna…”Hargailah pengorbanan ibu bapa dan guru, hormatilah orang yang lebih tua, sayangilah orang
yang lebih muda dan…sentiasa permudahkan urusan orang lain”. Buat kita yang masih di sini…di
bumi Hamidiah ini, pesan Cikgu Muna;

Sahabat guru dan anak-anakku…

Menuntut ilmu adalah taqwa

Menyampaikan ilmu adalah ibadah

Mengulang ilmu adalah zikir

Dilahirkan kepada pasangan Tn Hj Baharom Bin Md Don dan Pn Hjh Teek Binti Abdullah
pada tarikh 15 Ogos 1962 bersamaan 14 Rabiul Awal 1382 Hijrah di Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak tunggal kepada pasangan ini. Memperoleh pendidikan awal di Tengku Mariam
Girls School dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Lalu meneruskan pendidikan menengah di Te-
menggung Ibrahim Girls School dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Pada tahun 1983, buat pertama kali meninggalkan daerah kelahirannya di Batu Pahat un-
tuk menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim. Setelah 3 tahun
menggikuti pengajian Bahasa Inggeris Pendidikan Awal Kanak-kanak, beliau telah dilantik
sebagai guru di SK Bukit Dinding, Jerantut Pahang pada 1 Januari 1986. Tanggal 20 Jun 1987
merupakan momen indah dalam kehidupannya kerana saat dan detik inilah beliau telah dii-
jabkabulkan dengan lelaki pilihan yang mencintainya iaitu Abdul Rasid bin Jamian.
Perkahwinan ini membawa kembara khidmat beliau seterusnya ke SK(F) Tementi, Triang Pa-
hang. Kemudiannya pada 1.1.1991, berpindah semula ke Batu Pahat di SK Kota Dalam, Ayer
Hitam. Pada 1 Januari 1995 beliau telah berpindah ke SK Monfort, Batu Pahat dan berkhidmat
selama 4 tahun mendidik pelajar lelaki yang 60% adalah berbangsa Cina. Pada masa yang sa-
ma, beliau telah menyambung pengajian secara jarak jauh di Universiti Putra Malaysia dan
bergraduat pada tahun 2001.

Perjalanan perkhidmatan berubah senario apabila suami tercinta memulakan
perkhidmatan sebagai pensyarah di UPM pada tahun 1999. Bermula 1.1.2000, keluarga
kecil ini telah berhijrah ke Kajang, Selangor dan mula mengajar di SK Jalan Tiga, Ban-
dar Baru Bangi. Pada 01.09.2002, telah dilantik sebagai guru siswazah di SMKA Maahad
Hamidiah sehingga ke tarikh keramat 01.03.2020 bakal menyaksikan beliau menamatkan
perkhidmatan sebagai seorang pendidik.

Menelusuri kehidupan berkeluarga, ikatan perkahwinan bahagia bersama-sama
Prof Dr Hj Abdul Rasid bin Jamian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dis-
erikan dengan kehadiran dua orang putera iaitu Azzarul Syazwan dan Azzarul Syazmir
dan seorang puteri bernama Azzareena Syahirah. Kehadiran anak menantu iaitu Izzani
binti Hashim dan Syajaratuldur binti Muhaiyuddin telah menambah aroma bahagia
keluarga ini. Kehidupan beliau sebagai “Tok Ma” sungguh bermakna saat menyebut nama
cucunda sulung beliau…. Razien Firas Shah bin Azzarul Syazmir. Bakal mengisi relung
persaraan dengan menambah ilmu agama sebagai persiapan ke negeri abadi di samping
menjelajah dunia dengan suami tercinta, sudah barang tentu Firas bakal memenuhkan
lensa kenangan seorang Tok Ma.

Kembara pengalaman beliau dalam dunia pendidikan, sesuatu yang wajar rakan-
rakan guru teladani. Lapan belas tahun menitiskan bakti di bumi Hamidiah ini,
mengetuai Unit Peperiksaan dan Penilaian Sekolah sekian lamanya, beliau berpegung
teguh pada prinsip, “Aku adalah guru biasa yang berusaha melahirkan anak murid yang
luar biasa”.

Maka, pesannya buat rakan-rakan guru yang masih berada di bumi Hamidiah ini, beliau menaruh
gug.usan harapan agar kita meneruskan legasi kecemerlangan SMKA Maahad Hamidiah agar terus

mengusung sejarah manis buat warganya. Buat kita yang masih di sini…di bumi Hamidiah ini, be-

liau menitipkan pesanan ini…. Sahabat guruku…

Hidup hanya sekali, dari itu biarlah bererti

Kurangkan kerut, banyakkan senyum

Kurangkan cakap, banyakkan dengar

Kurangkan sungut, banyakkan sahut

Kurangkan benci, banyakkan sayang

Kurangkan menghukum, banyakkan maaf

Kurangkan komplen, banyakkan menghargai

Kurangkan cari salah,banyakkan mengalah.

dan anak-anakku…

Sungguh, kehidupan ini seperti pelangi

Pelbagai rona warna dan tamsilnya

Maka, apapun warna yang menjadi mimpimu

Adalah lebih baik jika kalian meraikan kejayaan

Namun, adalah lebih penting jika kalian belajar dari kegagalan.

Untuk itu, selamat bersara sahabat, selamat berehat kekanda leluhur kesayangan warga Ha-
midiah….terima kasih Puan Hajah Rashidah Baharom……….

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Click to View FlipBook Version