Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL MANTIK (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
1. Mantik dalam Tradisi Ilmu Islam 1. Berikan pengertian ilmu mantik menurut ahli mantik. [2] U2014 (1a)
1.1 Takrif Ilmu Mantik 2. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu mantik?. [2] 2018 (1a)
Jawapan:
Ilmu mantik ialah ilmu yang menyusun pemikiran manusia dengan meletakkan peraturan
yang boleh memelihara seseorang daripada tersalah dalam berfikir.
1.2 Sejarah kemunculan dan 1. Huraikan perkembangan ilmu mantik dalam tradisi ilmu Islam. [10] 2013
perkembangan Ilmu Mantik
(1a)
Jawapan:
Sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu mantik dalam tradisi ilmu Islam:
(10 isi x 1m = 10m)
Mantik adalah salah satu disiplin ilmu asing yang berasal dari Greek Yunani dan diserap
masuk ke dalam dunia Islam. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan ini iaitu faktor agama Islam dan pergaulan orang Islam dengan penganut
agama lain serta sokongan kuat pemerintah terhadap aktiviti penterjemahan karya-karya
asing.
Perkembangan ilmu mantik dalam tradisi Islam bermula dengan perutusan Nabi
Muhammad SAW. Melalui hadis baginda,terdapat pertuturan yang sememangnya
menggunakan kaedah mantik, meskipun ilmu tersebut belum diperkenalkan lagi.
Pada abad kedua hijrah, muncul ulama mujtahid dalam kalangan al-Tabi’in dan Tabi’ al-
Tabi’in yang menggunakan kaedah qiyas dalam bidang Usul Fiqh seperti al-Ghazzali.
Imam al-Syafe’i juga telah menggunakan kaedah istiqra’ untuk memahami tempoh haid
wanita.
Dalam tradisi Islam, ilmu mantik hanya berkembang pesat di zaman pemerintahan
dinasti Abbasiyyah khasnya pada zaman pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur dan al-
Makmun yang pernah dikenali sebagai zaman gilang-gemilang penulisan buku-buku
ilmiah. Khalifah pada ketika itu, telah memberi ganjaran yang lumayan kepada para
penulis buku dan penterjermah buku-buku asing. Justeru, banyak buku-buku telah
diterjemahkan termasuk buku-buku mantik. Buku-buku karangan Aristotle yang ditulis
dalam Bahasa Yunani telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Abdullah bin al-
Muqaffa’ pada zaman pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur mengarahkan penterjemahan
karya-karya mantik adalah untuk manfaat umat Islam bagi mempertahankan akidah
Islam melaui pengaplikasian qiyas-qiyas mantik bagi menghadapi musuh-musuh Islam
yang turut menggunakan kaedah tersebut. Usaha penterjemahan menjadi semakin
rancak dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan al-Makmun. Beliau
memainkan peranan penting menyerapkan disiplin mantik, Falsafah dan semua disiplin
ilmu Greek ke dalm masyarakat Islam melaui penterjemahna karya-karya asing dari
kepulauan Cyprus.
Gerakan penterjemahan yang bermula pada kurun ke-2 hijrah berterusan hingga kurun
ke-4 hijrah. Ia bergerak secara aktif pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah sahaja. Gerakan ini
berakhir pada zaman al-Mutawakkil yang tidak berminat dengan disiplin ilmu asing.
2. Jelaskan empat punca kemunculan ilmu mantik dalam dunia Islam. [8] 2014
(1a)
Jawapan:
Empat punca kemunculan ilmu mantik dalam dunia Islam: (4isi x 2m =8m)
1. Al-Quran telah menerapkan metode pemikiran yang berasaskan logik akal dengan
menyeru mereka berfikir dan membina hujah yang menyakinkan khususnya dalam
perkara yang berkaitan dengan akidah.
2. Sebarang berita dan maklumat hendaklah berasaskan dalil yang benar.Oleh itu al-
Quran memerintah supaya berfikir dan melihat berulangkali untuk mendapat kepastian
yang benar.
3. Galakan daripada Rasulullah SAW sendiri supaya umat islam menggunakan akal dan
menggunakan qiyas serta tamthil. Ini pastinya mendorong umat Islam berfikir.
4. Gerakan penterjemahan yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk memindahkan
1
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
kitab-kitab Yunani ke dalam bahasa Arab.
5. Percampuran secara langsung antara umat Islam dengan warga asing yang
mempunyai saqafah dan pemikiran yang berbeza.
3. Huraikan empat peringkat sejarah kemunculan ilmu mantik. [12] 2014 (1b)
Jawapan:
Empat peringkat sejarah kemunculan ilmu mantik: (12m)
1.Marhalah sebelum pemikiran Greek Yunani. (2m)
2.Mahalah pemikiran Greek Yunani. (4m)
3.Marhalah dalam dunia Islam. (4m)
4.Marhalah zaman moden. (2m)
4. Huraikan sejarah kemunculan ilmu mantik pada zaman Islam. [4] 2017 (1a)
Jawapan:
Sejarah kemunculan ilmu mantik pada zaman Islam: (4 isi X 1M)
1. Kemunculan ilmu mantik bermula pada zaman Bani Umayyah dan
pemantapannya pada zaman Bani Abbasiyah. Kemunculan ilmu mantik ini
seiring dengan kemasukan pemikiran falsafah / perutusan Nabi.
2. Sebahagian sejarahwan mengatakan bahwa ilmu mantik mulai masuk ke
dalam pemikiran Arab atau dunia Islam pada abad ke-7 Masihi ketika
pemerintahan khalifah Abbasiyah, Ma’mun.
3. Pada zaman kekuasaan khalifah Abbasiyah ini dan selepasnya, banyak karya-
karya ilmiah Greek dan lain-lainnya diterjemahkan dalam bahasa Arab
sehingga waktu-waktu tersebut digelar sebagai Abad Terjemahan.
4. Pada waktu inilah karya yang menjadi sumber kepada ilmu mantik seperti
Logica, Analytica, Categorias, Pario Hermenais karya Aristoteles, Eisagoge
karya Porphyry dan lain-lainnya diterjemahkan. Antara penterjemah yang
terkenal ketika itu ialah Ibnu Muqaffa’ dan Hunain bin Ishaq.
5.Bincangkan peranan ilmuwan Islam dalam perkembangan ilmu mantik. [10]
2018 (1c)
Jawapan:
Menterjemah karya ilmu mantik seperti Logika, Eisagoge, dll.
Meringkas dan mengharmonikan karya ilmu mantik
Mengkritik karya mantik Aristotle
Menulis karya-karya yang membincangkan ilmu Mantik seperti al-Isharat wa
al-Tanbihat karya Ibn Sina dan Mi ‘yar al-‘Ilm fi ‘Ilm al-Mantiq karya al-Ghazali.
Mengajar ilmu mantik
Menaplikasi kaedah-kaedah mantik dalam perdebatan
6. 6. Jelaskan sejarah perkembangan ilmu mantik di Malaysia. [10] 2019 (1a)
1.3 Peranan dan kepentingan Ilmu 1. Bincangkan empat kepentingan ilmu mantik dalam bidang Usuluddin. [10]
Mantik dalam:
(i) Falsafah 2013 (1b)
(ii) Usuluddin
(iii) Usul Fiqah Jawapan:
(iv) Ilmu Bahasa Kepentingan ilmu mantik dalam bidang Usuluddin ialah: (4 isi x 2m = 8m /
Kesimpulan = 2m)
1. Ilmu mantik dapat membantu untuk mencapai hujah yang yakin mengenai kewujudan
Allah. Akal akan memainkan peranan dalam menilai dan membuat keputusan
berdasarkan bukti yang nyata.
2. Mampu memmberikan hujah akal yang yakin mengenai keesaan Allah. Melalui ilmu
mantik, seseorang mampu memandu dan mengarah akala untuk berfikir secara tepat
berpandukan bukti-bukti yang nyata.
3. Dapat meningkatkan keupayaan ulama Islam untuk menolak syubhat golongan
mulhid.
4. Melalui mantik, seseorang dapat mengelakkan diri daripada falasi dan ralat dalam
berfikir dalam bidang Usuluddin.
5. Dapat membantu seseorang untuk mengenal dan membezakan antara hak dan batil
2
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
1.4 Polemik tentang Ilmu Mantik melalui pemerhatian, uji kaji dan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu mantik.
Kesimpulannya, ilmu mantik mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam bidang
Usuluddin. Tanpa ilmu mantik, manusia tidak dpat membuat penilaian dan keputusan
yang benar tentang aspek ketuhanan dan pegangan akidah.
2. Jelaskan lima kepentingan ilmu mantik dalam ilmu bahasa Arab. [10] U2013
(1a)
3. Bincangkan empat peranan ilmu mantik dalam bidang falsafah. [10] U2013
(1b) / Huraikan empat kepentingan ilmu Mantik dalam ilmu falsafah. [8] 2016
(1a)
Jawapan:
Empat kepentingan ilmu Mantik dalam ilmu falsafah: (4 isi X 2M)
1. Memastikan perbincangan mengenai ilmu falsafah itu tepat.
2. Menjadikan segala kesimpulan mengenai ilmu falsafah itu tepat.
3. Penting dalam melatih ahli falsafah tentang kemahiran berhujah dan
berbahas.
4. Penting dalam memastikan ahli falsafah dapat membezakan antara perkara
yang betul dengan perkara yang salah.
4. Jelaskan empat peranan ilmu mantik dalam pengajian Usuluddin. [10] U2014
(1b)
5. Huraikan peranan ilmu mantik dalam bidang ilmu bahasa. [8] U2015 (1a)
6. Jelaskan empat peranan ilmu mantik dalam Usul Fiqh. [4] 2017 (1b)
Jawapan:
1) Pentarjih hukum
2) Pembeza kepada istilah seperti lafaz al-‘Am dan al-Khas
3) Pembentuk konsep perbincangan dalam Usul al-Fiqh
4) Penentu takriif yang tepat
7. “Terdapat pandangan yang menafikan peranan ilmu mantik dalam pengajian
Usuluddin.” Berikan hujah anda untuk menyangkal pandangan tersebut. [8]
2017 (1c)
Jawapan:
Hujah untuk menyangkal pernyataan: (4 isi X 2M)
1. Akidah atau Usuluddin adalah perkara utama dalam Islam yang perlu
dipelajari, difahami, diyakini, diikuti dan dipertahankan. Oleh itu, ia
memerlukan ilmu mantik dalam memudahkan pemahaman tersebut.
2. Mantik adalah mukadimah atau alat utama dalam penghujahan. Al-Ghazali
menyebutkan: “Siapa yang tidak mempunyai pengetahuan dengan ilmu Mantik
maka ilmunya tidak boleh dipercayai”.
3. Penghujahan logik dan kebenarannya yang terhasil daripada kaedah ilmu
mantik dapat diterima oleh semua lapisan manusia sama ada yang cenderung
untuk beragama atau tidak (ateis).
4. Ilmu Kalam merupakan bukti penerimaan para ulama terhadap hujah-hujah
akli bersama dalil-dalil naqli. Ilmu Kalam merupakan ilmu yang kukuh lagi utuh
dalam berhadapan pelbagai aliran pemikiran Islam dan penganut pelbagai
agama.
8. 8. Bincangkan peranan ilmu mantik dalam bidang Usuluddin. [10] 2019 (1b)
1. Bincangkan akibat penolakan ilmu mantik dalam pengajian Usuluddin. [10]
U2014 (1c)
2. Bincangkan pandangan ulama tentang hukum mempelajari ilmu mantik. [12]
2015 (1b)
Jawapan:
Pandangan ulama tentang hukum mempelajari ilmu mantik:
Terdapat tiga pandangan ulama tentang hukum mempelajari ilmu Mantik, iaitu haram,
harus dan harus bersyarat.
3
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
1.5 Ilmu Mantik di Malaysia 3. Bincangkan pandangan Imam al-Ghazali dan Imam al-Shafie tentang ilmu
mantik. [12] U2015 (1b)
2. Kaedah-kaedah Ilmu Mantik 4. Bincangkan tiga pandangan ulama yang menolak ilmu Mantik. [12] 2016
2.1 Dilālah (Indikasi) (1b)
Jawapan:
Tiga pandangan ulama yang menolak ilmu Mantik: (3 isi X 4M)
1. Ibn Solah: menyatakan bahawa ilmu mantik bercampur aduk dengan unsur
khurafat. Beliau menilai berdasarkan suasana yang berlaku pada zaman
beliau yang pegangan akidah mereka tidak teguh.
2. Imam Nawawi: berpendapat ilmu mantik bercanggah dengan al-Quran dan al-
Hadis. Ini kerana masyarakat pada zaman beliau tidak mendalami ilmu al-
Quran dan al-Hadis dengan baik.
3. Imam al-Syafie: berpendapat ilmu mantik boleh membawa kepada perpecahan
dan manusia akan jahil kerana menerima fahaman Aristotle.
5.Huraikan empat hujah ulama yang berpandangan bahawa hukum mempelajari
mantik ialah harus. [8] 2018 (1b)
Jawapan:
Ilmu mantik diperlukan untuk mematahkan hujah golongan bida‘ah.
Ilmu mantik perlu untuk mempertahankan akidah Islam yang sahih.
Ilmu mantik mampu mengawal manusia dari melakukan kesalahan dalam
berfikir.
Ilmu mantik tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis
Ilmu mantik tidak mengandungi unsur bid‘ah dan khurafat.
1. Perihalkan perkembangan pengajian ilmu mantik di Malaysia. [8] 2015 (1a)
Jawapan:
Perkembangan pengajian ilmu Mantik di Malaysia:
Pengajian ilmu Mantik bermula seiring dengan kedatangan Islam di Melaka.
Para pedagang Islam telah mula mengembangkan ilmu Islam termasuk ilmu
Mantik.
Kemudian ilmu Mantik terus berkembang dengan kemunculan sistem pondok
dan mantik diajar secara tidak formal.
Selepas itu, ilmu mantik mula diajar menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) melalui mata pelajaran Matematik.
Seterusnya, ilmu Mantik diajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Kemudian, ilmu Mantik telah diajarkan di peringkat universiti dan telah
dimajukan lagi dengan perkembangan ilmu Barat sehingga Mantik
digabungkan dengan pemikiran kritis.
2. Jelaskan sejarah perkembangan ilmu mantik di Malaysia. [10] 2019 (1a)
1. Berikan takrif dilalah berserta contoh. [4] 2013 (2a)
Jawapan:
Takrif dilalah beserta contoh: .(Takrif=2m + Contoh 2X1M)
Pengertian dilalah dari sudut bahasa Arab adalah hidayah.
Menurut istilah ulama mantik: sesuatu perkara yang difahamkan daripadanya sesuatu
yang lain atau memahami sesuatu perkara daripada suatu perkara yang lain. Contohnya
kita mengetahui kewujudan Allah dengan melihat kepada alam. Alam adalah (dal) dan
wujud Allah adalah madlul.
Contoh kedua ialah: Dal ialah lampu isyarat merah di jalan raya. Madlulnya ialah bahaya
dan tidak boleh bergerak dan lain-lain.
Al-Dilalah dalam contoh di atas adalah yang tidak berlafaz. Di samping itu, ada juga
yang menunjukkan kepada sesuatu secara berlafaz, contohnya lafaz, حيوان الناطقmaka
ia menunjukkkan insan atau manusia.
4
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
2.1.1 Bahagian dilālah 2.Berikan maksud dilalah lafziyyah berserta contohnya. [2] U2014 (2b)
3. Berikan maksud al-dilalah al-lafziyyah al-‘aqliyyah dan al-dilalah al-
lafziyyah al-wad‘iyyah berserta contohnya. [4] 2015 (2a)
Jawapan:
Maksud al-dilalah al-lafziyyah al-‘aqliyyah dan al-dilalah al-lafziyyah al-wad‘iyyah
berserta contohnya: (Takrif 2X1M, Contoh 2X1M)
al-dilalah al-lafziyyah al-‘aqliyyah merupakan petunjuk yang dapat difahami oleh akal
fikiran dari suara penutur tersebut. Contohnya, bunyi suara seseorang yang melaungkan
“tolong!” di dalam timbunan runtuhan menunjukkan bahawa dia masih hidup.
al-dilalah al-lafziyyah al-wad‘iyyah pula merujuk kepada petunjuk yang dapat difahami
dari setiap perkataan dalam penggunaan bahasa yang menunjukkan makna tertentu.
Contohnya, perkataan “manusia” yang bermaksud haiwan bertamadun yang berfikir.
4. “Hubungan antara al-mafhum dengan al-masadiq adalah berbentuk
‘aksiyyah.” Jelaskan pernyataan tersebut berserta contoh. [6] 2015 (2b)
Jawapan:
Apabila pengertian al-mafhum (al-takrif) itu jelas dan terperinci maka lingkungan unit
yang menerima erti al-mafhum (al-masadiq) semakin mengecil dan begitulah sebaliknya,
iaitu apabila al-mafhum (al-takrif) itu kabur dan umum maka lingkungan unit yang
menerima erti al-mafhum (al-masadiq) tersebut semakin besar.
1. Jelaskan bahagian dilalah lafziyyah yang diguna pakai dalam ilmu mantik
berserta contoh. [6] 2013 (2b)
Jawapan:
Pembahagian dilalah lafziyyah beserta contoh: (3 isi x 2m= 6m)
Dilalah yang digunapakai dalam ilmu Matik ialah Dilalah Lafziyyah Wad’iyyah. Dilalah
Lafziyyah Wad’iyyah ialah Istilah tertentu yang dicipta oleh para ilmuwan, khususnya ahli
mantik seperti buah epal, kepada buah yang dikenali, sembahyang akan mengandungi
makna khusus kepada amalan tersebut.
Dilalah Lafziyyah Wad’iyyah terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Dilālah Muṭābiqīyyah:
Muṭābiqīyyah bererti “kongruen, berpadanan, bersesuaian, selari, atau selaras”. Oleh
itu, dilālah muṭābiqīyyah atau indikasi lafaz yang sempurna ialah indikasi yang lafaznya
menunjukkan seluruh maknanya (Dilālat’ul-Lafẓi bi Tamāmi Ma‘nāhu). Hal ini bermakna
bahawa madlūl (perkara yang ditunjukkan) adalah berpadanan, bersesuaian, selari, atau
selaras dengan makna lafaz yang digunakan untuk merujuk atau menunjukkannya.
Contohnya:
Lafaz “manusia” secara peristilahannya digunakan untuk menunjukkan makna
“keseluruhan suatu hidupan yang boleh bercakap dan berfikir.
2. Dilālah Taḍammunīyyah:
Taḍammunīyyah bererti “implikasi, mencakupi atau mengandungi”. Oleh itu, dilālah
taḍammunīyyah atau indikasi lafaz juzuk ke atas maknanya yang sempurna ialah
indikasi yang lafaznya menunjukkan sebahagian daripada maknanya (Dilālat’ul-Lafẓi ‘alā
Juz’i Ma‘nāhu). Hal ini bermakna bahawa madlūl (perkara yang ditunjukkan) adalah
mengandungi sebahagian daripada makna lafaz yang digunakan untuk merujuk atau
menunjukkannya. Contohnya:
Lafaz “rumah”. Jika anda menyuruh tukang memperbaiki rumah maka yang anda
maksudkan bukanlah seluruh rumah, tetapi bahagian-bahagiannya yang rosak sahaja.
3. Dilālah Iltizāmīyyah
Iltizāmīyyah bererti “kemestian atau kelaziman”. Oleh itu, dilālah iltizāmīyyah atau
indikasi lafaz yang tidak lazim ke atas maknanya yang sempurna ialah indikasi yang
lafaznya menunjukkan sesuatu yang di luar daripada maknanya yang lazim (Dilālat’ul-
Lafẓi ‘alā Amrin Khārijīyyin ‘an Ma‘nāhu Lāzimin Lahu). Hal ini bermakna bahawa madlūl
(perkara yang ditunjukkan) tidak mengandungi makna yang sama dengan makna lafaz
yang digunakan untuk merujuk atau menunjukkannya tetapi merupakan kelaziman yang
tidak dapat dipisahkan dari lafaz tersebut. Contohnya:
Lafaz “makan nasi”. Jika seseorang itu mengajak anda “makan nasi”, maka maksudnya
ialah “makan nasi bersama lauk dan sayur”.
5
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
Pembahagian dilalah lafziyyah beserta contoh: (3 isi x 2m= 6m)
1) Dilalah Lafziyyah Aqliyyah
Dilalah yang menunjukkan kepadanya itu dapat ditanggapi atau difahami
melalui akal fikiran seperti suara orang yang didengar dari bawah timbunan
rumah yang runtuh menunjukkan bahawa ada orang yang hidup.
2) Dilalah Lafziyyah Tabi’iyyah
Petunjuk yang menujukkan kepadanya merupakan gejala tabiat semula jadi
yang berlaku di alam ini, seperti kedengaran suara ahh! Ahh! Ahh! Mengerang
– menunjukkan ia sakit dan lain-lain.
3) Dilalah Lafziyyah Wad’iyyah
Bahagian ini mempunyai pembahagian seperti Mutabaqiyyah, tadhamuniyyah
dan iltizamiyyah (tetapi tidak perlu dijelaskan dalam soalan ini). Istilah tertentu
yang dicipta oleh para ilmuwan, khususnya ahli mantik seperti buah epal,
kepada buah yang dikenali, sembahyang akan mengandungi makna khusus
kepada amalan tersebut.
2. Huraikan dua pembahagian dilalah lafziyyah dan contohnya. [8] U2014 (2b)
3. Mengapakah dilalah lafziyyah wad‘iyyah sahaja yang diguna pakai dalam
ilmu mantik? [10] U2014 (2c)
4. Al-Dilalah
Al-Ta‘rif
Manusia Haiwan yang berfikir
Manusia Haiwan semata-mata
Rumah Pintu dan dinding sahaja
Rumah Kediaman yang mempunyai atap, dinding,
pintu, dan keperluan asas kehidupan.
Berdasarkan jadual di atas, kategorikan contoh al-dilalah al-lafziyyah al-
wad‘iyyah mengikut bahagiannya dan huraikan setiap kategori tersebut. [10]
2015 (2c)
Jawapan: Al-Dilalah Kategori
Haiwan yang berfikir Mutabaqiyyah
Al-Ta‘rif Haiwan semata-mata Tadammuniyyah
Manusia
Manusia
Rumah Pintu dan dinding sahaja Tadammuniyyah
Rumah Kediaman yang mempunyai atap, dinding, Mutabaqiyyah
pintu, dan keperluan asas kehidupan.
Mutabaqiyyah: Hubungan antara al-takrif dengan al-dilalah bersifat mantap dan
sempurna. Semua unit terangkum dalam takrif yang dimaksudkan.
Tadammuniyah: Hubungan antara al-takrif dengan al-dilalah bersifat sebahagian dan
tidak mencakupi semua ciri dan elemen unit yang dimaksudkan.
5.Jelaskan dua perkara yang membentuk dilalah. [4] 2018 (2a)
Jawapan:
Dua perkara yang membentuk dilalah ialah dal dan madlul.
6. Kategorikan setiap contoh dilalah yang berikut: [6] 2018 (2b)
i) Manusia ialah haiwan yang berfikir. [1] – Dilalah Lafziyyah Wad‘iyyah
ii) Aduh! Aduh!. [1] - Dilalah Lafziyyah Tabi‘iyyah
iii) Asap yang keluar daripada rumah. [1] - Dilalah Ghayr Lafziyyah ‘Aqliyyah
iv) Azan Asar telah berkumandang. [1] - Dilalah Lafziyyah Wad‘iyyah
v) Lampu isyarat berwarna merah. [1] - Dilalah Ghayr Lafziyyah Wad‘iyyah
vi) Air mata mengalir. [1] - Dilalah Ghayr Lafziyyah Tabi‘iyyah
1. Dilalah dan al-takrif mempunyai hubungan dalam ilmu mantik. Bincangkan
hubungan tersebut. [10] 2013 (2c)
Jawapan:
6
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
1) Setiap pentakrifan adalah bergantung kepada dilalah lafziyyah yang
digunakan.
2) Dilalah lafziyyah mempunyai makna Kully atau juziyy yang dikenali sebagai
kulliyyat al-khamsah.
3) Setiap pentakrifan yang sempurna hendaklah terdiri daripada dua lafaz yang
menunjukkan kepada hakikat zat, maka ia dinamakan takrif dengan had.
4) Sementara takrif dengan rasm terdiri daripada takrif yang menggunakan dua
lafaz yang bersifat ‘aradi atau luaran dari hakikat sesuatu zat.
5) Pentakrifan tidak akan sempurna jika seseorang tidak memahami dilalah
mantiqiyyah sama ada lafaz itu kulliy atau juz’iy.
6) Takrif sesuatu tidak akan tepat bila salah memilih lafaz yang mempunyai
dilalah yang berbeza.
7) Oleh itu, membuat takrif dengan majaz dan lafaz mushtarak tidak dibenarkan.
8) Takrif dan dilalah mempunyai hubungan rapat kerana melalui dilalah sesuatu
makna dan pemikiran dapat disampaikan antara satu sama lain.
Kesimpulannya, dilalah dan al-takrif mempunyai hubungan yang sangat rapat. Dilalah
dan takrif tidak dapat berdiri dengan sendirinya.
2.2 Al-Ta‘rīf (Definisi) 2. Bincangkan hubungan antara dilalah dengan al-ta‘rif. [10] 2018 (2c)
2.2.1 Pengenalan al-Ta‘rīf Jawapan:
Kesilapan dalam pembentukan takrif menyebabkan al-ta‘rif menjadi samar
Pembentukan ta‘rif bi had tam perlu menggunakan dilalah wad‘iyyah lafziyyah
mutabaqiyyah
pembentukan ta ‘rif bi rasm perlu menggunakan dilalah wad‘iyyah lafziyyah
iltizamiyyah
Dilalah merupakan komponen utama dalam pembentukan al-ta‘rif.
1. Berikan pengertian al-Ta‘rīf. [2] 2016 (2a)
Jawapan:
Pengertian al-Ta‘rīf: (2M)
Sesuatu ungkapan untuk mencapai makna dan kehendak sesuatu yang kabur dan tidak
diketahui.
2.2.2 Kullīyyāt khamsah: jins, naw‘, 1. Dengan memberikan contoh, jelaskan empat bahagian kulliyat khamsah. [8]
faṣl, khāṣṣah, ‘arḍ ʻāmm
2013 (3a)
Jawapan:
Empat bahagian Kulliyyat khamsah dan contoh: (4 isi x 2m =8m)
Al-Jins adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak tetapi
berlainan hakikatnya seperti lafaz Haiwan yang merangkumi manusia,
binatang dan lain-lain.
Naw’ adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak dan
sama hakikatnya seperti lafaz insan atau manusia yang merangkumi Ahmad,
Musa dan lain-lain.
Fasl adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak yang
sama hakikatnya untuk menjawab soalan yang membezakan jenis haiwan
antara manusia dan lembu.
Al-Khassah adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak
untuk menjawab soalan yang membezakan dengan yang lain dari sudut
sifatnya atau ‘aradnya seperti suka, kagum, terpelajar dan lain-lain.
Al-‘Ard al-‘Am adalah lafaz umum yang keluar dari lafaz umum yang keluar
dari hakikat sesuatu dan dikatakan kepada berbagai mahiyyah seperti
berjalan digunakan sifat itu kepada kuda dan manusia dan lain-lain.
1. Huraikan bahagian naw‘ dan jins dalam ilmu mantik. [12] 2013 (3b)
Jawapan:
7
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
2.2.3 Bahagian dan syarat al-Ta‘rīf Al-jins adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak tetapi berlainan
hakikatnya seperti lafaz Haiwan yang merangkumi manusia dan binatang.
Jins terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Jin ‘ali (tinggi) iaitu mafhum yang paling tinggi, yang tidak ada jins yang lain di
atasnya, seperti Jawhar.
2. Jins mutawasit atau pertengahan iaitu di atasnya ada mafhum yang lebih
tinggi dan di bawahnya ada mafhum yang lebih rendah seperti jisim terletak di
bawah kategori jawhar dan di bawahnya terdiri jisim hidup dan jisim beku.
3. Jin qarib iaitu jins yang di bawahnya terdapat naw’ seperti haiwan di bawahnya
naw’ iaitu insan, kuda dan lain-lain.
Naw’ adalah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak dan sama
hakikatnya seperti lafaz insan atau manusia yang merangkumi Ahmad, Musa dan lain-
lain.
Naw’ terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:
1. Naw’ ‘ali (tinggi) iaitu naw’ yang berada di bawah jins ‘ali seperti jisim.
2. Naw’ mutawassit (pertengahan) yang menjadi naw’ jika dinisbahkan kepada
yang berada di atasnya dan menjadi jins jika dinisbahkan kepada yang berada
di bawahnya, seperti (jisim hidup) ia naw’ kepada makan jisim dan ia jisim dan
ia jins bagi berbagai naw’ di bawahnya.
3. Naw’ qarib atau naw’ hakiki iaitu di atasnya jins dan di bawahnya afrad seperti
manusia di atasnya haiwan dan di bawahnya afrad iaitu Ali, Musa dan lain-lain.
3.
“Lafaz umum yang merangkumi unit-unit makna
sesuatu secara menyeluruh.”
Apakah istilah yang sesuai bagi pernyataan di atas? [1] U2015 (2ai)
Berikan tiga contoh bagi istilah yang diberikan dalam jawapan (i) di atas. [3]
U2015 (2aii)
4. Jelaskan setiap kulli yang terdapat dalam kulliyat khamsah. [10] U2015 (2b)
5. Berikan perbezaan antara al-‘Ard al-‘Am dengan al-Khassah berserta contoh.
[6] U2015 (2c)
6. Bezakan jins dengan naw‘ beserta contoh. [8] 2016 (2b)
Jawapan:
Perbezaan antara jins dengan naw‘ beserta contoh:
Jins ialah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatu yang banyak tetapi berlainan
hakikatnya, seperti lafaz haiwan yang merangkumi manusia dan haiwan. Manakala,
naw‘ ialah lafaz umum yang dikatakan kepada sesuatuyang banyak dan sama
hakikatnya, seperti lafaz insan yang merangkumi Ahmad, Musa, dan Aminah.
(Beza-2X2M + Contoh-2X2M)
7. Bezakan fasl dengan khassah berserta dengan contoh. [6] 2019 (2b)
1. Terangkan empat syarat al-ta‘rif. [8] U2013 (2a)
2. Dengan memberikan satu contoh pentakrifan, tunjukkan syarat al-ta ‘rif yang
telah dipenuhi. [10] 2016 (2c)
3. Nyatakan empat jenis takrif ghayr mantiqi. [4] 2017 (2a)
Jawapan:
Empat jenis takrif ghayr mantiqi: (4 isi X 1M)
(1) Takrif bi al-Isyarah (2)Takrif bi al-Muradif (3) Takrif bi al-Amthilah (4) Takrif bi al-Salb
(5) Takrif al-Duwar (6) Takrif bi Nafsihi (7) Takrif bi al-Majaz.
3.
(i) Encik X menunjukkan ke arah kereta apabila anaknya bertanya
apakah itu kereta ?
(ii) Berani ialah tidak takut.
(iii) Zulaikha ialah bulan purnama.
(iv) Nasi ialah rice, manakala rice ialah al-aruz.
8
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
Berdasarkan contoh di atas, jelaskan jenis takrifnya. [8] 2017 (2b)
Jawapan:
Jenis takrif bagi setiap contoh: (4 isi X 2M)
(i) Encik X menggunakan takrif bi al-Isyarah iaitu mendefinisikan sesuatu dengan cara
menunjukkan ke arah makna yang ingin digunakan dalam definisinya.
(ii) Definisi di atas ialah takrif bi al-Salb iaitu mendefinisikan sesuatu dengan
menggunakan kata nafi, takut ialah tidak berani. Maknanya dilihat betul tapi sebenarnya
pada ilmu mantik ianya salah.
(iii) Definisi itu ialah takrif bi al-Majaz, Zulaikha disamakan dengan bulan purnama
adalah dalam bentuk majazi sahaja kerana dia bukan bulan dan bulan bukan dia. Takrif
ini tidak diterima dalam ilmu mantik.
(iv) Definisi itu ialah takrif bi al-Muradif / al-Duwar kerana makna perkataan nasi dalam
bahasa Inggeris ialah rice, manakala dalam bahasa Arab ialah al-Aruz. Namun takrif
nasi masih belum diberikan lagi.
4. Bina takrif bil had tam bagi perkara berikut: 2017 (1c)
(i) Kereta [2]
(ii) Rumah [2]
(iii) Sekolah [2]
(iv) Ilmu [2]
5. Manusia ialah haiwan yang ketawa.
Berdasarkan takrif di atas, nyatakan jenis takrif tersebut dan senaraikan kulliyat
khamsah yang digunakan. [4] 2019 (2a)
2.2.4 Aplikasi al-Ta‘rīf dalam disiplin 1. Huraikan kepentingan al-ta‘rif dalam disiplin ilmu dan kehidupan. [12]
ilmu dan kehidupan U2013 (2b)
2.3 Istidlāl (Argumentasi) 2. Bincangkan kepentingan al-ta‘rif dalam kehidupan. [10] 2019 (2c)
2.3.1 Qaḍīyyah (Penyataan)
1. Dengan memberikan contoh, huraikan empat bahagian al-taqabul bayn al-
qadaya. [12] 2013 (4b)
Jawapan:
Empat bahagian Al-Taqabul Bayn al-Qadaya: (4 isi x 3m = 12m)
1. Al-Tanaqud iaitu taqabul yang berlaku antara dua qadiyyah yang berlainan dari sudut
al-kam dan al-al-kayf. (kuliyyah mujabah – juziyyah salibah) kuliyyah salibah – juziyyah
mujabah). Seperti: setiap pelajar FPI UKM Muslim-sebilangan pelajar FPI UKM bukan
Muslim.
2. Al-Tadad iaitu, Taqabul antara dua qadiyyah yang kulliyyah dan berlainan dari sudut
al-kayf. (kuliyyah mujabah-kuliyyah salibah) (kuliyyah salibah-kuliyyah mujabah).
Seperti: setiap manusia itu adalah doktor – tiada seorang pun manusia menjadi doktor.
3. Dukhul tahta al-Tadad iaitu taqabul antara dua qadiyyah juziyyah yang berlainan dari
sudut al-kayf. (juziyyah mujabah-juziyyah salibah atau sebaliknya). Seperti: sebahagian
galian itu emas-sebahagian galian bukan emas.
4. Al-Tadakhul iaitu taqabul antara dua qadiyyah yang sama dari sudut al-kayf tetapi
berlainan dari sudut al-Kam. (kuliyyah mujabah-juziyyah mujabah) (kuliyyah salibah-
juziyyat salibah). Contohnya: setiap haiwan itu manusia-sebilangan haiwan manusia)
2. Dengan memberikan contoh, jelaskan bahagian qadiyyah. [8] U2013 (3a)
3. Dengan memberikan contoh, bincangkan bahagian qadiyyah hamliyyah
dalam ilmu mantik. [12] U2013 (3b)
4. Nyatakan dua perbezaan antara qadiyyah hamliyyah dengan qadiyyah
shartiyyah. [4] 2018 (3a)
Jawapan:
Qadiyyah hamliyyah tidak mempunyai kata syarat, manakala qadiyyah
syartiyyah menggunakan kata syarat.
Qadiyyah hamliyyah berperanan untuk mensabitkan hukum atau menafikan
hukum sesuatu perkara, manakala qadiyyah syartiyyah mensabitkan kaitan
9
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
2.3.2 Bahagian istidlāl antara dua perkara.
Komponen utama qadiyyah hamliyyah dipanggil mawdu‘ dan mahmul,
manakala komponen utama qadiyyah syartiyyah dipanggil muqaddam dan tali.
Qadiyyah hamliyyah mempunyai rabitah, manakala qadiyyah syartiyyah
mempunyai syarat dan jawab syarat.
1. Terangkan pengertian istidlal dan jelaskan bahagiannya. [8] 2013 (4a)
Jawapan:
Pengertian istidlal: (1 isi x 2m = 2m)
Istidal adalah mengeluarkan hukum tasdiqi yang majhul melalui hukum tasdiqi yang
maklum.
Bahagian Istidlal terbahagi kepada 2: (2 isi x 3m= 6m)
1. Mubashir akal dapat berpindah secara langsung untuk mengetahui benar atau salah
qadiyyah kepada benar atau salah qadiyyah yang lain. Ia terbahagi kepada tiga iaitu
Taqabul, ‘Aks Mustawa dan Talazum bayn al-Shartiyyat (akas dengan naqid mahmul).
2.Istidlal tidak Mubashir adalah qiyas.
2. Bezakan istidlal mubashir dengan istidlal ghayr mubashir. [3] U2014 (3a)
3. Huraikan empat syarat al-tanaqud berserta contohnya. [8] U2014 (3b)
4.
(i) Kulliyah mujabah + Kulliyah salibah
(ii) Juz’iyyah mujabah + Juz’iyyah salibah
(iii) Kulliyah mujabah + Juz’iyyah mujabah
Berdasarkan rumus di atas, nyatakan jenis istidlal dan huraikan hukumnya. [9]
U2014 (3c)
5. Berikan naqid bagi qadiyyah yang berikut: 2017 (3a)
(i) Semua pelajar hadir ke sekolah. [1]
(ii) Sebahagian guru ialah lulusan universiti. [1]
(iii) Sebahagian askar tidak menghadiri latihan. [1]
(iv) Semua madu bukan racun. [1]
Jawapan:
Naqid (lawan) bagi qadiyyah berikut: (4X1M)
(i) Semua pelajar hadir ke sekolah.
Naqid: Sebahagian pelajar tidak hadir ke sekolah.
(ii) Sebahagian guru ialah lulusan universiti.
Naqid: Semua guru bukan lulusan universiti.
(iii) Sebahagian askar tidak menghadiri latihan.
Naqid: Semua askar hadir latihan.
(iv) Semua madu bukan racun.
Naqid: Sebahagian madu ialah racun.
6.
Antara bahagian al-istidlal al-mubashir ialah al-taqabul bi al-
tudad.Al-taqabul bi al-tudad bermaksud pertembungan antara
qadiyyah kulliyah mujabah dengan qadiyyah kulliyah salibah.
Berdasarkan pernyataan di atas, 2017 (2b)
(i) Huraikan hukum al-tudad. [4]
(ii) Berikan contoh al-tudad. [2]
Jawapan (i):
Hukum al-Tudad:
Kedua-dua kulliyah itu bila bertembung maka hanya salah satu qadiyyah yang benar,
atau kedua-dua qadiyyah tersebut salah. (4M)
Jawapan (ii):
Contoh al-Tudad:
Semua pelajar hadir, lawannya semua pelajar tidak hadir. (1M)
Semua banduan baik, lawannya semua banduan tidak baik. Kenyataan itu kedua-
duanya tidak benar. (1M)
10
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
7. Berikan ‘akas bagi qadiyyah yang berikut berserta huraian. 2017 (2c)
(i)
(ii) Semua ahli perniagaan ialah orang yang kaya. [2]
(iii) Semua pekerja syarikat tidak mengkhianati [2]
(iv)
(v) majikannya.
Sebahagian guru ialah ustaz. [2]
Tidak semua orang kaya bahagia. [2]
Sebahagian murid sekolah adalah baik. [2]
Jawapan: [2]
‘Akas bagi qadiyyah beserta huraian: [2]
(i) Semua ahli perniagaan ialah orang yang kaya. [2]
-‘Akas: Sebahagian orang kaya itu ahli perniagaaan. [2]
-Huraian: KM akas JM [2]
(ii) Semua pekerja syarikat tidak mengkhianati
majikannya.
-‘Akas: Semua yang mengkhianati majikan itu bukan pekerja
syarikat.
-Huraian: KS akas KS
(iii) Sebahagian guru ialah ustaz.
-‘Akas: Sebahagian ustaz adalah guru.
-Huraian: JM akas JM
(iv) Tidak semua orang kaya bahagia.
-‘Akas: Tiada akas.
-Huraian: JS
(v) Sebahagian murid sekolah adalah baik.
-‘Akas: Sebahagian orang baik adalah murid sekolah.
-Huraian: JM akas JM.
2.3.3 Qiyās (Deduksi) 1. Berikan dua syarat umum qiyas dalam ilmu mantik. [2] 2014 (2a)
Jawapan:
Dua syarat umum qiyas dalam ilmu mantik. (2 isi x 1m =2m)
1. Qiyas perlu mempunyai tiga mukaddimah sahaja (Kaedah tarkib)
2. Had al-Awsat pelu meliputi dalam kedua-dua mukaddimah atau sekurang-kurangnya
dalam satu mukaddimah (Kaedah Istighraq)
3. Wajib salah satu mukaddimah bersifat mujabah, kerana dua mukaddimah yang
salibah tidak akan megeluarkan natijah.(Kaedah al-Kayf)
2. Berdasarkan contoh qiyas, jelaskan tiga had qiyas. [8] 2014 (2b)
Jawapan:
Contoh Qiyas: (1 isi x 2m = 2m)
Alam ini berubah-ubah
Setiap yang berubah-ubah adalah baharu
Alam ini baharu
Tiga had qiyas:(3 isi x 2m = 6m)
1.Al-Had al-Asghar iaitu sesuatu yang`menjadi mawdu’ kepada natijah (Alam)
2.Al-Had al-Akhbar iaitu sesuatu yang menjadi mahmul kepada natijah(Baharu)
3.Al-Had al-Awsat iaitu sesuatuyang diulang-ulang dalam kedua-dua
kenyataan.(Berubah)
3. Berdasarkan takrif qiyas, berikan dua elemen asas qiyas. [2] U2015 (3a)
4. Terangkan tiga bahagian qiyas hamli. [6] U2015 (3b)
5.
Setiap manusia ialah haiwan,
Sebahagian haiwan ialah kuda,
Sebilangan manusia ialah kuda.
11
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
Berdasarkan contoh qiyas di atas, nilaikan. [12] U2015 (3c)
6.
Semua murid yang rajin disayangi oleh guru
Mereka yang disayangi oleh guru akan mendapat doa daripada guru
Maka, semua murid yang rajin akan mendapat doa daripada guru mereka.
(a) Berdasarkan qiyas di atas,
(i) Jelaskan had yang terdapat dalam qiyas tersebut. [3]
2016 (3ai)
Jawapan:
Had yang terdapat dalam qiyas tersebut ialah:
Had al-Asghar, had al-akbar dan had al-awsat
(ii) Ubah suaikannya kepada dua jenis shakl yang lain
berserta huraian. [8] 2016 (3aii)
(b) Bincangkan syarat umum qiyas hamli. [9] 2016 (3b)
Jawapan:
1. Al-Tarkib (Struktur)
2. Al-Istighraq (Cakupan/Rangkuman)
3. Al-Kayf (Mujabah/Salibah)
7.Bina dua contoh qiyas yang berkaitan ketuhanan. [6] 2018 (3c)
Jawapan:(Contoh sahaja. Jika ada contoh lain yang sesuai boleh
diterima)
Alam ini baharu.
Setiap yang baharu ada penciptanya
Maka, alam ini ada penciptanya.
Alam ini indah ciptaannya
Setiap yang indah dicipta oleh Yang Berkuasa
Maka, alam ini dicipta oleh Tuhan Yang Berkuasa.
2.3.4 Penggunaan qiyās dalam karya 1. Bincangkan bagaimanakah metode qiyas digunakan dalam bidang Usuluddin.
Usuluddin
[10] 2014 (2c) / Bincangkan penggunaan qiyas dalam bidang Usuluddin. [10]
2018 (3c)
Jawapan:
Penggunaan metode qiyas dalam bidang Usuluddin: (4isi x 2m = 8m / K=2m)
1.Qiyas merupakan hujah atau dalil logik yang boleh mematahkan hujah dan pendapat
golongan yang menyeleweng dari Ali Sunnah wal Jamaah.
2.Ulama menggunakan kaedah Qiyas ini dalam penulisan karya-karya supaya mudah
difahami oleh pembaca dengan menggunakan kekuatan dalil akal.
3.Qiyas juga digunakan untuk mempertahankan hujah yang benar terutama dalam isu
akidah supaya umat Islam tidak mudah terpengaruh.
4. membuktikan kebenaran akidah Islam.
5.Kebanyakan dalil Usuluddin adalah bersumberkan kepada dalil akal mengikut kaedah
mantik. Ia merupakan dalil yang kuat selepas wahyu. Oleh itu Qiyas digunakan sebagai
perantara untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pembaca atau
pendengar.
6.Ia juga digunakan sebagai medium dalam membantu penyebaran dakwah.
Kesimpulannya : Kaedah Qiyas digunakan secara meluas dan ia mampu
membantu pendakwah dan umat Islam dalam usaha memantapkan akidah dan
menegakkan akidah Islam yang sebenar / sahih.
2.3.5 Istiqrā’ (Induksi) 1. Huraikan pembahagian istiqra’. [4] 2014 (3)
2.3.5.1 Istiqrā’: takrif, bahagian dan
syarat Jawapan:
Pembahagian Istiqra’: (2 isi x 2m = 4m)
12
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
2.3.5.2 Metode istiqrā’: 1.Istiqra’ Tam iaitu kajian secara keseluruhan juz’ie, satu persatu, dan membuat
(i) mulāḥaẓah keputusan secara kulli umum. Ia lebih tepat dan diyakini kebenaran dan keputusannya.
(ii) tajribah 2.Istiqra’ Naqis iaitu kajian yang dilakukan terhadap sebahagian daripada juz’ie yang
(iii) farḍ al-furūḍ terletak di bawah sesuatu kulli, kemudian mengeluarkan hukum atau keputusan
(iv) taḥqīq al-furūḍ daripada penyelidikan juz’ie yang berada di bawah kulli dengan meliputi juz’ie yang lain.
(v) ta‘mīm al-Ḥukm 2. Nyatakan proses penyelidikan yang perlu dilakukan oleh seseorang
penyelidik. [4] U2015 (4a)
3. Jelaskan pengertian istiqra’. [2] 2018 (4a)
Jawapan:
Pengertian istiqra’ ialah membuat kesimpulan umum daripada dalil yang khusus.
4.Huraikan bahagian istiqra’ berserta contoh. [8] 2018 (4b)
Jawapan:
Istiqra’ terbahagi kepada dua, iaitu istiqra’ tam dan istiqra’ naqis. Istiqra’ tam
ialah suatu penyelidikan yang dijalankan terhadap seluruh juz’i yang
membentuk kulli dan seterusnya membuat hukum ke atas kulli tersebut.
Contohnya kajian terhadap kebolehan membaca dan menulis bagi pelajar dalam
satu kelas dan kajian dilakukan ke atas semua pelajar di dalam kelas tersebut.
Kemudian keputusan akan dibuat ke atas semua sampel yang dikaji.
Istiqra’ naqis pula ialah penyelidikan yang dijalankan terhadap sebahagian juz’i
yang terletak di bawah kulli. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Imam
Shafie terhadap wanita bagi menetapkan tempoh haid yang paling singkat dan
paling Panjang. Beliau membuat kajian terhadap sebahagian wanita dan
membuat keputusan terhadap semua wanita yang dikaji dan tidak dikaji.
1. Huraikan lima proses istiqra’ dalam penyelidikan ilmiah. [10] U2013 (4a)
2. Jelaskan empat syarat mulahazah. [8] 2014 (3b)
Jawapan:
Empat syarat mulahazah: (4 isi x 2m =8m)
1.Al-Syumul – iaitu pemerhatian yang dilakukan semasa melakukan kajian perlu dilihat
secara menyeluruh. Ia amat perlu untuk mendapatkan natijah yang benar-benar tepat.
2.Al-Tikrar - pengulangan juga amat penting supaya keputusan yang diperoleh bersifat
kekal.
3.Penggunaan alat moden – penggunaan alat moden perlu dalam membantu
kelangsungan sesuatu kajian. Dengan adanya alat ini, ia akan menjadikan kajiannlebih
bersifat praktikal.
4.Tidak tergesa-gesa – semasa melakukan uji kaj, pengkaji pelu mengelakkan dii
daripada bersikap tergesa-gesa kerana ditakuti akan mengundang kepada kesalahan
semasa mmembuat keputusan.
5.Ada objektif – sesuatu kajian atau penyelidikanyang dilakukan perlu mempunyai
objektif supaya keputusan yang diperoleh benar-benar menggambarkan apa yang ingin
dikaji.
6.Membuat penilaian – setelah selesai melakukan kajian, pengkaji pelu membuat
penilaian terhadap kajian yang dilaksanakan. Ini amat pelu untuk memastikan kajian
yang dilakukan itu membuahkan hasil atau perlu kepada penambahbaikan.
3. Mengapakah mulahazah penting dalam penyelidikan Islam? [8] 2014 (3c)
Jawapan:
Mulahazah penting dalam penyelidikan Islam: (4 isi X 2M)
1. Islam sangat mengambil berat berkaitan penyelidik ilmiah kerana setiap perkara yang
dilakukan oleh seseorang Muslim perlu sah dari sudut syarak dan tidak bertentangan
dengan realiti. Oleh itu, mulahazah membantu penyelidik untuk melakukan penyelidikan
dengan mengikut etika yang dituntut oleh Islam.
2. Mulahazah penting dalam menyahut seruan dan gesaan Allah untuk sentiasa
melakukan pemerhatian terhadap alam nyata. Apabila berlakunya mulahazah, ia akan
memberikan idea baru kepada pengkaji atau penyelidik untuk melakukan penyelidikan
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
13
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
3. Melalui kaedah mulahazah juga boleh membantu pengkaji Islam dalam melahirkan
satu kesimpulan dengan lebih tepat dan benar. Ini kerana mulahazah memerlukan
pengkaji untuk memberikan tumpuan yang mendalam terhadap perkara yang ingin
dikaji.
4. Konsep mulahazah yang dipraktikkan oleh pengkaji Islam mampu memberi semangat
dan dorongan kepada pengkaji Islam yang lain untuk melahirkan lebih banyak kajian.
Oleh itu, lebih banyak kajian bermutu dapat dihasilkan.
1. Berdasarkan pengertian mulahazah, berikan tiga unsur penting mulahazah. [3]
2016 (3a)
Jawapan:
Tiga unsur penting mulahazah:
1. Pemerhatian
2. Fokus
3. Objek / Fenomena
4. Hukum
5.Huraikan empat langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang saintis yang ingin
memahami fenomena banjir besar dengan menggunakan metode mulahazah. [8] 2016
(4b)
Jawapan:
Empat langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang saintis yang ingin memahami
fenomena banjir besar dengan menggunakan metode mulahazah ialah:
1. Memilih objek atau fenomena kajian
2. Menumpukan perhatian kepada objek atau fenomena yang dipilih sahaja
3. Mengumpul semua data berkaitan dengan fenomena banjir besar
4. Membuat kesimpulan atau hukum yang saling berkait antara sebab dengan
akibat
6. Antara syarat mulahazah:
(i) al-tikrar
(ii) al-tasjil
(iii)Penggunaaan alat moden
Terangkan syarat (i), (ii), dan (iii) di atas berserta contohnya. [9] 2016 (4c)
7.Bincangkan empat syarat tajribah. [10] 2018 (4c)
Jawapan:
Empat syarat tajribah:
Menyeluruh (al-syumul)
Pemusatan (al-tarkiz)
Penggunaan alat moden
Pengulangan (al-tikrar)
Tidak gopoh / tergesa-gesa
8. Apakah yang dimaksudkan dengan fard al-furud? [2] U2014 (4a)
9. Huraikan kepentingan proses fard al-furud dalam sesebuah kajian ilmiah. [8]
U2014 (4b)
10. Bincangkan kelemahan yang wujud dalam proses fard al-furud. [10] U2014
(4c)
11. Apakah yang dimaksudkan dengan tahqiq al-furud? [2] 2015 (4a)
Jawapan:
Maksud tahqiq al-furud ialah proses mengenal pasti kebenaran fard al-furud atau
hipotesis yang telah dibuat.
12. Terangkan maksud fard al-furud. [2] 2019 (3a)
13. Jelaskan empat syarat fard al-furud dalam kajian ilmiah. [8] 2019 (3b)
14. Bincangkan kepentingan fard al-furud dalam bidang pengajian Islam. [10]
14
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
2019 (3c)
15. Jelaskan tariqah al-ittifaq dan tariqah al-ikhtilaf dalam proses tahqiq al-
furud berserta contoh. [8] 2015 (4b)
Jawapan:
Tariqah al-ittifaq (Method of Agreement) ialah metode yang merumuskan
bahawa setiap sebab itu ada akibat.
Tariqah al-ikhtilaf pula ialah metode yang merumuskan bahawa apabila
tidak berlaku atau tiada sebab maka tidak wujud akibat atau kejadian.
16. Bincangkan kepentingan tahqiq al-furud dalam pengajian Islam. [10] 2015
(4c) / Bincangkan kepentingan tahqiq al-furud dalam penyelidikan ilmiah. [10]
2017 (4c)
Jawapan:
Kepentingan tahqiq al-furud dalam pengajian Islam:
Mengetahui kebenaran sesuatu hipotesis
Mengembangkan minda dan ilmu pengkaji
Mengesahkan kebenaran sesuatu hipotesis
Membantu perkembangan penyelidikan dalam pengajian Islam
17. Huraikan tiga syarat ta‘mim al-hukm. [6] U2015 (4b)
18. Jelaskan dua metode dalam melaksanakan tahqiq al-furud. [4] 2017 (4a)
Jawapan:
Dua metode dalam melaksanakan tahqiq al-furud: (2 isi X.2M)
1) Tahqiq al-Mubashir
Metode ini digunakan oleh pengkaji dengan membuat eksperimen (tajribah) secara
langsung.
2) Tariq Ghayr al-Mubashir
Metode ini digunakan untuk perkara yang tidak boleh dilakukan melalui eksperimen
(tajribah). Metode ini digunakan oleh ahli astronomi.
19. Huraikan tiga kaedah yang disusun oleh John Stuart Mill dalam proses
tahqiq al-furud. [6] 2017 (4b)
Jawapan:
Tiga kaedah yang disusun oleh John Stuart Mill dalam proses tahqiq al-
furud: (3 X 2M)
1)Talazum fi Wuqu‘ / al-Ittifaq
2). Talazum fi Takhalluf/ al-Ikhtilaf
3)Talazum fi Taghayyur / Taghyir al-Nisbi
4) al-Bawaqi
(Mana-mana 3 kaedah berserta huraian)
20. Berikan maksud ta‘mim al-hukm. [2] 2015 (3a)
Jawapan:
Maksud ta‘mim al-hukm:
Generalisasi hukum berdasarkan pemerhatian dan eksperimen ilmiah yang dibuat dan
hukum yang dikeluarkan itu meliputi sampel yang dikaji dan yang tidak dikaji.
21. Huraikan empat ciri ta‘mim al-hukm.[8] 2015 (3b)
Jawapan:
Empat ciri ta‘mim al-hukm: (4 isi X 4M)
Terdapat sighah yang tepat
Teori yang dilahirkan tidak terjejas dengan perubahan masa dan tempat
Teori yang dikeluarkan meliputi sampel yang dikaji dan sampel yang tidak
dikaji
Teori yang dihasilkan tidak bertentangan dengan prinsip ilmu.
22. Bincangkan kepentingan ta‘mim al-hukm dalam kajian ilmiah. [10] 2015
(3c)
15
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
Jawapan:
Kepentingan ta‘mim al-hukm dalam kajian ilmiah:
(4 isi X 2M + Rumusan 2M)
Membolehkan pengkaji mengeluarkan hukum umum berdasarkan
penelitiannya terhadap sampel yang dikaji dan tidak dikaji
Pelaksanaan proses ini akan mendedahkan kepada manusia bahawa setiap
unit atau perkara yang memiliki tabiat yang sama akan melahirkan perkara
yang sama
Akan melahirkan teori-teori baru dalam bidang ilmu dll
2.3.5.3 Kepentingan istiqrā’ dalam 1. Jelaskan lima kepentingan istiqra’ dalam pengajian Islam dan penyelidikan
pengajian Islam dan penyelidikan ilmiah. [10] U2013 (4b)
ilmiah 2. Bincangkan kepentingan istiqra’ dalam pengajian Islam. [10] U2015 (4c)
2.3.6 Ralat dan Falasi 1. Apakah yang dimaksudkan dengan falasi dalam ilmu mantik? [2] 2014 (4a)
2.3.6.1 Konsep ralat dan falasi
Jawapan:
Maksud Falasi ialah hujah yang lemah, iaitu premis-premisnya tidak cukup kuat untuk
menyokong kesimpulan. (2m)
2. Jelaskan pengertian ralat. [2] 2019 (4a)
2.3.6.2 Ralat dalam Mantik Klasik 1. Jelaskan empat faktor berlakunya ralat dalam al-takrif. [8] 2014 (4b)
Jawapan:
Empat faktor berlakunya ralat dalam al-takrif: (4 isi x 2m = 8m)
1.Takrif menggunakan lafaz yang lebih umum. Contohnya mentakrifkan manusia
sebagai haiwan.
2.Melakukan pentakrifan dengan menggunakan lafaz yang lebih khusus seperti
mentakrifkan manusia sebagai haiwan yang pergi ke sekolah.
3.Mentakrifkan sesuatu dengan perkara yang sama, seperti mentakrifkan bising dengan
tidak diam.
4.Mentakrifkan sesuatu dengan perkara yang lebih samar, seperti mentakrifkan cahaya
sebagai suatu yang menyerupai wujud.
5.Mentakrifkan sesuatu dengan takrifan yang bersifat daur atau cycle, seperti
mentakrifkan matahari sebagai cakarewala yang naik pada waktu siang.
6.Mentakrifkan sesuatu dengan takrifan yang sama, seperti mentakrifkan singa dengan
al-Asad
2. Huraikan ralat yang terdapat dalam takrif seperti berikut: 2019 (4b)
i. Kereta ialah Proton Saga. [2]
ii. Berani ialah tidak takut, takut ialah tidak berani. [2]
iii. Sekolah ialah tempat orang berkumpul. [2]
iv. Berkat ialah keberkatan. [2]
2.3.6.3 Falasi dalam pemikiran kritis 1. Bincangkan sebab berlakunya falasi dalam berhujah. [10] 2014 (4c)
Jawapan:
Sebab berlakunya falasi dalam berhujah: (4 isi x 2m = 8m)
1.Paksaan – paksaan merujuk kepada terpaksa mengeluarkan hujah yang tidak betul.
Pengkaji atau penyelidik tidak dapat memberikan hujah yang benar dan jitu kerana telah
dipaksa oleh pihak lain untuk mengeluarkan hujah sebegitu.
2.Kejahilan – apabila pengkaji tidak menguasai ilmu yang perlu dikuasai, dia akan
menghasilkan hujah yang tidak tepat.
3.Falasi hujah peribadi – ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai tujuan tertentu
sepert ingin menjatuhkan pihak lawan. Oleh itu, dia menggunakan hujah yang salah
unyuk mempengaruhi pemikiran orang ramai.
4.Generalisasi secara terburu-buru – apabila seorang pengkaji melakukan generalisasi
secara tergesa-gesa, maka keputusan yang didapati juga tidak tepat. Apabila dia
mengeluarkan hujah berdasarkan kajian tersebut, maka ternyata ia salah.
16
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
3. Tokoh-tokoh Ilmu Mantik 5.Kesimpulan tidak betul – apabila kesimpulanyang diberikan tiada kena mengena
3.1 Ibn Sīnā dengan isu yang dikaji akan menyebabkan berlakunya falasi dalam berhujah.
6.kesamaran kata – pemilihan kata atau bahasa juga mempengaruhi berlakunya falasi
ini. Pemilhan kata yang tidak sesuai menyebabkan sesuatu perkara tidak dapat
dihasilkan dengan baik.
Kesimpulannya : Seseorang pengkaji pelu memiliki ilmu yang cukup dalam
melakukan kajian supaya apabila berhujah, tiada falasi yang akan berlaku.
2.
Mukadimah kubra: Semua manusia ialah haiwan.
Mukadimah sughra: Sebahagian haiwan mempunyai dua sayap.
Natijah: Sebahagian manusia mempunyai dua sayap.
Qiyas di atas ialah sebahagian bentuk falasi yang berlaku dalam Mantik Klasik.
(a) Kenal pasti falasi yang terdapat dalam qiyas di atas. [2] 2016 (5a)
Jawapan:
Tidak wujud Istighraq pada had al-awsat.
(b) Berdasarkan qiyas di atas, huraikan empat sebab berlakunya falasi
dalam berfikir. [8] 2016 (5b)
Jawapan:
Empat sebab berlakunya falasi dalam berfikir:
1. Tidak memahami dan menguasai kaedah mantik dengan betul.
2. Terlalu cepat dan gopoh dalam membuat keputusan.
3. Tidak cermat dan tidak teliti dalam menggunakan akal.
4. Berpegang kepada kenyataan yang masyhur.
(c) Mengapakah ralat boleh berlaku dalam memberikan takrif terhadap
sesuatu perkara?[10] 2016 (5c)
Jawapan:
Ralat boleh berlaku dalam memberikan takrif terhadap sesuatu perkara
kerana:
1. Takrif kabur.
2. Takrif tidak jami‘ dan mani‘
3. Takrif berbentuk negatif
4. Takrif berbentuk majaz.
5. Takrif dengan perkataan seerti
6. Takrif menggunakan lafaz mushtarak (homonim)
3. Bincangkan faktor berlakunya falasi dalam berhujah. [10] 2019 (4c)
1. “Ibn Sina merupakan tokoh ilmu mantik yang sangat hebat”. Jelaskan
pernyataan tersebut. [8] 2013 (5a)
Jawapan:
Latar belakang Ibn Sina sebagai seorang tokoh ahli mantik: (Latar belakang Ibn
Sina 2 markah) + (Ketokohan Ibn Sina 6 markah)
1. Nama sebenar Ibn Sina ialah al-Hussain bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin
Sina.
2. Beliau dilahirkan pada tahun 370 H/980 M di Afsyanah, Bukhara, Pakistan.
3. Beliau meninggal dunia pada tahun 428H/1036M.
4. Mula mempelajari al-Quran semenjak umur lima tahun dan menghafaz al-
Quran ketika berusia 10 tahun.
5. Beliau mempelajari ilmu mantik dari ahli falsafah yang terkenal yang bernama
Abdullah al-Natili di Bukhara. Beliau akhirnya Berjaya menguasai ilmu disiplin
mantik dengan baik dan mengatasi keilmuan yang dimiliki gurunya dalam
bidang tersebut.
6. Beliau banyak menelaah sendiri karya-karya mantik Aristotle yang tedapat di
17
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
zamannya dan dapat memahaminya dengan baik, termasuk kitab Isagoge,
karangan Porphry.
7. Ibn Sina Berjaya menguasai bidang mantik dengan baik sebelum umurnya
mencecah 20 tahun.
8. Ibn Sina banyak memberi syarahan karya-karya mantik, khususnya Aristotle
untuk memudahkan umat Islam memahami perkaedahan mantik Greek.
9. Ibn Sina telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan disiplin
mantik di dunia Islam selepas kematian al-Farabi. Oleh itu, beliau digelar
dengan al-syaikh al-ra’is.
10. Banyak menghasilkan karya-karya ilmiah dalam bidang mantik, antaranya
ialah:
i. Al-Shifa’ (bahagian mantik)
ii. Al-Najat
iii. Al-Isyarat wa al-Tanbihat
iv. Al-Munjiz, al-Mukhtasar al-Aswat
v. Risalah fi al-Hudud
vi. Risalah fi Anwa’ al-Qadaya dll.
2. Bincangkan pandangan Ibn Sina terhadap ilmu mantik dalam kitab al-Isharat
wa al-Tanbihat. [12] 2013 (5b) / Bincangkan idea utama Ibn Sina dalam kitab
al-Isharat wa al-Tanbihat. [12] 2017 (5b)
Jawapan:
Pandangan Ibn Sina tentang ilmu mantik dalam kitab al-Isharat Wa al-Tanbihat: (4
isi x 2m = 8m / Kesimpulan = 2m)
1. Ibn Sina berpendapat bahawa mantik adalah suatu medium berfikir untuk
mengawasi pemikiran manusia daripada tersilap dalam kegiatan berfikir.
2. Ibn Sina melihat mantik sebagai alat intelektual yang sesuai untuk digunakan
bagi membahaskan ilmu-ilmu bersifat teoretis (al-ulum al-Nazariyyah) kerana
ia mengandungi panduan yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat
tentang ilmu-ilmu yang belum belum diketahui oleh manusia.
3. Ibn Sina mengumpamakan kedudukan mantik sebagai alat bagi menilai
ketepatan fikiran manusia, sama seperti kedudukan ilmu nahu yang dianggap
sebagai alat bagi menilai pernyataan-pernyataan Bahasa atau sama dengan
kedudukan ilmu ‘arud yang seterusnya adalah alat bagi menilai syair-syair
Arab.
4. Umumnya manusia perlu kepada ilmu mantik kerana fotrah manusia semata-
mata tidak mampu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan dalam hal-
hal yang menyentuh pernyataan al-tasawwarut dan al-tasdiqat kecuali
kalangan yang diberi anugerah kenabian dan kerasulan oleh Allah S.W.T.
5. Ilmu mantik amat diperlukan bagi melengkapkan ilmu pengetahuan yang
terdapat pada individu yang tidak dianugerahkan keistimewaan-keistimewaan
peribadi tertentu dalam ilmu pengetahuan (contohnya para nabi dan para wali
Allah.
3. Jelaskan kehebatan Ibn Sina sebagai seorang tokoh ilmu mantik. [8] U2014
(5a)
4. Bincangkan pemikiran mantik Ibn Sina. [12] U2014 (5b)
5. Berdasarkan biodata Ibn Sina, jelaskan ketokohan beliau dalam ilmu mantik.
[8] 2017 (5a)
Jawapan:
Ketokohan Ibn Sina dalam ilmu mantik: (4 isi X 2M)
1. Beliau mempelajari ilmu mantik dari ahli falsafah yang terkenal yang bernama
Abdullah al-Natili di Bukhara.
2. Beliau akhirnya berjaya menguasai disiplin mantik dengan baik dan mengatasi
keilmuan yang dimiliki gurunya dalam bidang tersebut.
18
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
3.2 Al-Ghazālī 3. Beliau banyak menelaah sendiri karya-karya mantik Aristotle yang terdapat pada
zamannya.
4. Beliau dapat memahaminya dengan baik, termasuk kitab Isagoge karangan Porphry.
5. Beliau Berjaya menguasai bidang mantik dengan baik sebelum umurnya mencecah
20 tahun.
6. Bincangkan idea utama Ibn Sina dalam kitab al-Isharat wa al-Tanbihat. [12]
2017 (5b)
Jawapan:
Idea utama Ibn Sina dalam kitab al-Isharat wa al-Tanbihat: (3 isi X 3M +
Rumusan=3M)
1. Ibn Sina berpendapat bahawa mantik adalah suatu alat berupa pengkaedahan berfikir
untuk mengawasi pemikiran manusia dari tersilap dalam kegiatan berfikir.
2. Ibn Sina melihat mantik sebagai alat intelektual yang sesuai untuk digunakan bagi
membahaskan ilmu-ilmu bersifat teoritis (al-‘Ulum al-Nazariyyah) kerana ia
mengandungi prinsip-prinsip yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat tentang ilmu-
ilmu yang belum diketahui oleh manusia.
3. Ibn Sina mengumpamakan kedudukan mantik sebagai alat bagi menilai ketepatan
fikiran manusia, sama seperti kedudukan ilmu nahu yang dianggap sebagai alat bagi
menilai pernyataan-pernyataan bahasa atau sama dengan kedudukan ilmu ‘arud yang
statusnya adalah alat bagi menilai syair-syair Arab.
Rumusan: (analisis berkaitan dengan isi yang ditulis)
1. Terangkan biodata Imam al-Ghazaliyy sebagai tokoh ilmu mantik. [8] U2013
(5a)
2. Bincangkan sumbangan Imam al-Ghazaliyy dalam perkembangan ilmu
mantik. [12] U2013(5b) / Bincangkan sumbangan al-Ghazaliyy dalam ilmu
mantik. [10] 2018(5c)
Jawapan:
Membuat ulasan dan mengkritik ilmu mantik yang bercanggah dengan ajaran
Islam.
Membuktikan bahawa qiyas mantik digunakan dalam al-Quran.
Memudahkan perbincangan ilmu mantik.
Menghasilkan karya dalam bidang ilmu mantik yang menjadi rujukan sehingga
masa kini.
Menjadikan mantik sebagai satu disiplin ilmu Islam dengan penemuan yang
baharu.
Memurnikan ilmu mantik Yunani/ Greek menjadi mantik murni Islam.
3. “Al-Ghazaliyy merupakan seorang tokoh ilmu mantik yang sangat hebat.”
Jelaskan pernyataan tersebut. [10] 2015 (5a)
Jawapan:
Beliau membuktikan qiyas mantik digunakan dalam al-Quran
Beliau bejaya memudahkan perbincangan ilmu mantik
Beliau menghasilkan banyak karya dalam bidang mantik
Beliau menetapkan setiap pemikiran perlu dinilai dengan mantik.
4.Bincangkan pemikiran mantik al-Ghazaliyy dalam kitab Mi‘yar al-‘Ilm fi ‘ilm
al-Mantiq. [10] 2015 (5b)
Jawapan:
Beliau menolak beberapa pandangan ahli falsafah yang tidak selari dengan
Islam
Beliau melihat mantik sebagai neraca yang berperanan mengukur pandangan
yang benar dan menyeleweng
Beliau menerangkan perbezaan pemikiran yang membawa pemikiran yang
salah dan samar.
5.Nyatakan dua buah kitab ilmu mantik yang dihasilkan oleh al-Ghazaliyy. [2]
19
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
3.3 Ibn Haytham 2018 (5a)
Jawapan: Mihakk al-Nazar fi al-Mantiq, al-Qistas al-Mustaqim dan Maqasid al-
Falasifah. (atau lain-lain buku yang sesuai)
6.Jelaskan pemikiran al-Ghazaliyy yang berkaitan dengan ilmu mantik. [8] 2018
(5b)
Jawapan:
Menjadikan ilmu mantik sebagai neraca pengukur kepada ilmu pengetahuan
yang lain.
Menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami persoalan
ketuhanan.
Meletakkan mantik sebagai ilmu yang tidak terpisah daripada falsafah.
Mengharuskan pembelajaran mantik bagi mematahkan hujah musuh-musuh
Islam.
1. Jelaskan latar belakang Ibn Haytham sebagai seorang tokoh ilmu mantik. [8]
2014 (5a)
Jawapan:
Latar belakang Ibn Haytham sebagai seorang tokoh ilmu mantik: (8 isi x1m)
1. Nama penuh : Abu Ali al-Hasan bin al-Haytham al-Basri al-Misri.Dikenali di Eropah
sebagai al-Hazen.
2. Lahir di Basrah pada tahun 354 H bersamaan 965 Masihi
3. Meninggal dunia di Kaherah pada tahun 430 H bersamaan 1039 M.
4. Merupakan tokoh matematik dan sains tabii’,astronomi,perubatan,biologi,fizik dan
optic.
5. Berpindah ke Mesir dan berkhidmat di bawah pemerintahan khalifah Fatimiyah iaitu
Raja al-Hakim yang memerintah Mesir dari 996 -1020 M.
6. Melakukan beberapa kerja penyelidikan tentang aliran dan saliran Sungai Nil.
7. Merupakan orang pertama menemui tarikan graviti sebelum Issac Newton
menemuinya.
8. Menurut Prof Mustafa Nezif, pandangan Ibn Haytham amat original dan
sewajarnya tambah beliau sanjungan yang diberikan kepada tokoh barat Roger Bacon
ditukar kepada Ibn Haytham menyentuh keilmuan sains tulen.
2. Bincangkan sumbangan Ibn Haytham dalam ilmu mantik. [12] 2014 (5b)
Jawapan:
Sumbangan Ibn Haytham dalam lmu mantik: (6 isi x 2m = 12m)
1.Sumbangan beliau dalam penulisan buku-buku mantik seperti Kitab al-Manazir,
Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah dan lain-lain.
2.Pengasas Manhaj al-Istiqrai
3.Melakukan kajian terhadap sesuatu gejala atau fenomena menerusi pemerhatian deria
dan penelitian terhadap semua unsur juz’iyyat mengguna alat canggih, membezakan
sesuatu yang tetap daripada sesuatu yang berubah-ubah dan sentiasa berjaga-jaga
dengan tipu daya deria (mulahazah).
4.Melakukan uji kaji secara terperinci dan bersistematik dan mengambil kira segala
faktor dan fenomena yang terbentuk sewaktu mengkaji dan melakukan
pemerhatian(Tajibah).
5. Beliau mengulangi dan mempelbagaikan kajian menerusi pelbagai metode yang
sesuai cara ini dapat menghasilkan keputusan atau dapatan yang lebih tepat dan konkrit
(al-Tanwi’ wa al-Tikrar).
6.Melakukan kajian yang bebas dari sebarang unsur negatif yang mungkin
mempengaruhi dapatan kajian seperti hawa nafsu dan keinginan individu pengkaji (al-
Mawdu’iyyah wa al-nazahiyyah).
7.Menghasilkan kajian dengan penuh keyakinan dan kebenaran ilmiah. Matlamat kajian
untuk memperoleh kebenaran sehingga dapat diterima umum, tanpa ada keraguan dan
pertikaian. Jadi taraf ilmu itu ialah taraf yakin pasti (al-yakin al-“ilmi).
3. Perihalkan biodata Ibn Haytham. [8] U2015 (5a)
20
Koleksi Soalan Mantik (931/3) STPM
TAJUK SOALAN
4. “Ibn Haytham telah memberikan banyak sumbangan terhadap ilmu mantik.”
Bincangkan. [12] U2015 (5b)
5. Perihalkan biodata Ibn Haytham sebagai tokoh ilmu mantik. [8]
6. Bincangkan sumbangan Ibn Haytham dalam ilmu mantik. [12]
21