Majlis Lambain kasih
Sanjungan budi
pada Sempena Persaraan
Yang diraikan :
Pn Mun a Bt Imam Supaat
&
Pn Rashidah Bt Baharom
bertempat di
Pada tarikh 30 Oktober 1964, kira-kira 56 yang lalu, anak sulung daripada 12 adik-beradik ini
telah dilahirkan. Momen manis ini sudah barang tentu membahagiakan hati pasangan Tn Hj Imam
Supaat bin Abdul Rahman dan Pn Hjh Masijah binti Abdul Kadir. Menelusuri kehidupan berkeluarga,
figura ini mengikat tali kasih dalam ikatan perkahwinan bahagia bersama-sama Encik Abdul Latiff
bin Munir. Keindahan dunia rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran lima orang permata
keluarga.
Sosok ini memulakan latar pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Kajang dari tahun 1971
hingga 1976 lantas meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Kajang dari
1977 hingga 1981. Sebaik menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau terus gigih men-
eroka dunia ilmu di peringkat universiti. Kecemerlangan membawa beliau meluaskan atmosfera
ilmu hingga ke Amerika Syarikat. West Texas State University menjadi saksi gadis remaja kelahiran
tanah ibunda ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Finance. Sekembalinya ke
tanah air, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Pendidikan Khas sehingga berjaya
memperoleh Diploma Pendidikan.
Membelek album perjalanan kerjaya guru berwajah tenang ini, beliau memulakan khidmat se-
bagai seorang muallim, murrobbi, mursyid, muddaris dan muaddib di Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Tasik pada tahun 1989 sebagai guru sandaran. Seterusnya, beliau meneruskan kembara se-
bagai guru tetap di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang bermula 1991 hingga 1997. Lalu…
perjalanan itu sampai di sini…di taman ilmu ini…di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad
Hamidiah sejak tahun 1998 hingga 2020…22 tahun di sini…suatu perjalanan menabur bakti dan budi …
yang amat panjang. Di Maahad ini, beliau sangat akrab dengan jalur pengurusan Pusat Sumber
Sekolah. Sungguh, saat beliau membisikkan bakal berangkat meninggalkan bumi tarbiah ini, kita
pasti terasa kehilangan seorang insan yang telah banyak menabur jasa di sekolah ini. Tatkala di-
ajukan apakah yang bakal mengisi wadah musim persaraan, katanya …akan menggunakan masa yang
ada untuk mengisi raga ilmu dan amal, mengembara melihat akan kebesaran Yang Maha Esa dan juga
melibatkan diri dengan kerja kebajikan.
Saujana luasnya lautan pengalaman beliau dalam dunia pendidikan, sudah barang tentu bukan
sedikit yang boleh rakan-rakan guru teladani. Maka, pesannya buat rakan-rakan guru yang masih
berada di bumi Hamidiah ini…”kita sangat bertuah berada di bumi Maahad yang barokah ini. Terus-
kan usaha kalian membimbing anak bangsa demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Allah pasti
membalas segala pengorbananmu”. Dan…buat anak-anak pintar soleh Maahad Hamidiah…ini lah pe-
sanan Cikgu Muna…”Hargailah pengorbanan ibu bapa dan guru, hormatilah orang yang lebih tua, sa-
yangilah orang yang lebih muda dan…sentiasa permudahkan urusan orang lain”. Buat kita yang
masih di sini…di bumi Hamidiah ini, pesan Cikgu Muna;
Sahabat guru dan anak-anakku…
Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad
Dilahirkan kepada pasangan Tn Hj Baharom Bin Md Don dan Pn Hjh Teek Binti Abdullah
pada tarikh 15 Ogos 1962 bersamaan 14 Rabiul Awal 1382 Hijrah di Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak tunggal kepada pasangan ini. Memperoleh pendidikan awal di Tengku
Mariam Girls School dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Lalu meneruskan pendidikan menengah
di Temenggung Ibrahim Girls School dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
Pada tahun 1983, buat pertama kali meninggalkan daerah kelahirannya di Batu Pahat
untuk menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim. Setelah 3
tahun menggikuti pengajian Bahasa Inggeris Pendidikan Awal Kanak-kanak, beliau telah
dilantik sebagai guru di SK Bukit Dinding, Jerantut Pahang pada 1 Januari 1986. Tanggal 20
Jun 1987 merupakan momen indah dalam kehidupannya kerana saat dan detik inilah beliau
telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan yang mencintainya iaitu Abdul Rasid bin Ja-
mian. Perkahwinan ini membawa kembara khidmat beliau seterusnya ke SK(F) Tementi, Tri-
ang Pahang. Kemudiannya pada 1.1.1991, berpindah semula ke Batu Pahat di SK Kota Dalam,
Ayer Hitam. Pada 1 Januari 1995 beliau telah berpindah ke SK Monfort, Batu Pahat dan
berkhidmat selama 4 tahun mendidik pelajar lelaki yang 60% adalah berbangsa Cina. Pada
masa yang sama, beliau telah menyambung pengajian secara jarak jauh di Universiti Putra
Malaysia dan bergraduat pada tahun 2001.
Perjalanan perkhidmatan berubah senario apabila suami tercinta memulakan
perkhidmatan sebagai pensyarah di UPM pada tahun 1999. Bermula 1.1.2000, keluarga
kecil ini telah berhijrah ke Kajang, Selangor dan mula mengajar di SK Jalan Tiga, Ban-
dar Baru Bangi. Pada 01.09.2002, telah dilantik sebagai guru siswazah di SMKA Maahad
Hamidiah sehingga ke tarikh keramat 01.03.2020 bakal menyaksikan beliau menamatkan
perkhidmatan sebagai seorang pendidik.
Menelusuri kehidupan berkeluarga, ikatan perkahwinan bahagia bersama-sama Prof
Dr Hj Abdul Rasid bin Jamian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diserikan
dengan kehadiran dua orang putera iaitu Azzarul Syazwan dan Azzarul Syazmir dan
seorang puteri bernama Azzareena Syahirah. Kehadiran anak menantu iaitu Izzani binti
Hashim dan Syajaratuldur binti Muhaiyuddin telah menambah aroma bahagia keluarga
ini. Kehidupan beliau sebagai “Tok Ma” sungguh bermakna saat menyebut nama cucunda
sulung beliau…. Razien Firas Shah bin Azzarul Syazmir. Bakal mengisi relung persaraan
dengan menambah ilmu agama sebagai persiapan ke negeri abadi di samping menjelajah
dunia dengan suami tercinta, sudah barang tentu Firas bakal memenuhkan lensa ke-
nangan seorang Tok Ma.
Kembara pengalaman beliau dalam dunia pendidikan, sesuatu yang wajar rakan-
rakan guru teladani. Lapan belas tahun menitiskan bakti di bumi Hamidiah ini,
mengetuai Unit Peperiksaan dan Penilaian Sekolah sekian lamanya, beliau berpegung
teguh pada prinsip, “Aku adalah guru biasa yang berusaha melahirkan anak murid yang
luar biasa”.
Maka, pesannya buat rakan-rakan guru yang masih berada di bumi Hamidiah ini, beliau menaruh
gug.usan harapan agar kita meneruskan legasi kecemerlangan SMKA Maahad Hamidiah agar terus
mengusung sejarah manis buat warganya. Buat kita yang masih di sini…di bumi Hamidiah ini, be-
liau menitipkan pesanan ini…. Sahabat guruku…
Hidup hanya sekali, dari itu biarlah bererti
Kurangkan kerut, banyakkan senyum
Kurangkan cakap, banyakkan dengar
Kurangkan sungut, banyakkan sahut
Kurangkan benci, banyakkan sayang
Kurangkan menghukum, banyakkan maaf
Kurangkan komplen, banyakkan menghargai
Kurangkan cari salah,banyakkan mengalah.
dan anak-anakku…
Sungguh, kehidupan ini seperti pelangi
Pelbagai rona warna dan tamsilnya
Maka, apapun warna yang menjadi mimpimu
Adalah lebih baik jika kalian meraikan kejayaan
Namun, adalah lebih penting jika kalian belajar dari kegagalan.
Untuk itu, selamat bersara sahabat, selamat berehat kekanda leluhur kesayangan warga Ha-
midiah….terima kasih Puan Hajah Rashidah Baharom……….
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan