JABATAN
PERDAGANGAN
PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
MPU21032
ENCIK YUSNIZAM
BIN YAHAYA
RUKUN NEGARA
AHLI KUMPULAN :
ROSLINDA BINTI ROSLEN
06DPR21F2009
PEMBAHAGIAN TUGAS :
GRAFIK EDITOR
(HALAMAN 4,7,11-12)
NURUL IFFAH BINTI MOHD FAIZAL
06DPR21F2018
PEMBAHAGIAN TUGAS :
PENGUMPULAN ISI
(HALAMAN 5,6,10)
NURUL ADANI RAHWANI BINTI
SUHAIMI
06DPR21F2064
PEMBAHAGIAN TUGAS :
SLIDE EDITOR
(HALAMAN 3,8-9)
MUQADDIMAH
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana
telah memberikan kami kesihatan dan
kesempatan masa untuk menyiapkan tugasan
ini. Kami juga sangat bersyukur kerana segala
usaha untuk melaksanakan tugasan ini dapat
berjalan dengan lancar sehingga kami mampu
menyelesaikannya dalam tempoh masa yang
diberikan.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pensyarah kami, Encik Yusnizam Bin
Yahaya yang banyak membantu, membimbing
dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses
menyiapkan kerja ini. Beliau telah memberi
tunjuk ajar yang jelas dan lengkap kepada kami.
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
5
RUKUN NEGARA 6
LATAR BELAKANG RUKUN
NEGARA 7
TUJUAN UTAMA RUKUN
NEGARA 8
MAKSUD RUKUN NEGARA 10
11
CADANGAN PROGRAM IPT
PENGAJARAN KEPADA RUKUN
NEGARA
RUKUN NEGARA
TERDAPAT 5 RUKUN NEGARA MALAYSIA
IAITU :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG – UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA
Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada
berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ideologi ini digubal semasa negara
sedang berada di bawah pimpinan Majlis Gerakan Negara. Kata sepakat untuk
mencipta ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama Majlis
Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Pengarah Mageran pada 27
Januari 1970.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong
ke-4 iaitu Tunku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke – 13. Setiap rakyat Malaysia mestilah
menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
Rukun Negara juga dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu,
demokratik dan juga adil tanpa mengira bangsa dan juga agama
TUJUAN UTAMA RUKUN NEGARA
Tujuan utama rukun negara terbentuk adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan masyarakat Malaysia agar kemakmuran negara terjamin dan
berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan negatif antara satu
sama lain dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, keharmonian negara
adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan
mempunyai semangat perpaduan cinta akan negara yang disemai sejak dahulu lagi.
Selain itu, adalah untuk melahirkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
pada hari ini supaya mereka dapat merasai betapa pentingnya rukun negara dalam
negara kita. Malah, untuk membina sesebuah masyarakat yang progresif dan adanya
ilmu sains dan teknologi – teknologi yang moden.
MAKSUD RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA MAKSUD
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip kehidupan berasaskan agama
penting kepada rakyat di negara kita.
Keluhuran perlembagaan Ini adalah kerana agama menjadi
unsur penting dalam membentuk
Kedaulatan undang - undang rohani masyarakat kita. Penduduk di
negara Malaysia bebas beragama
mengikut kepercayaan masing –
masing.
Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan Raja
berpelembagaan yang digelar Seri
Paduka Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara. Raja
merupakan lambang perpaduan
kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia
perlu taat setia, jujur dan tidak
memperlekehkan institusi diraja.
Keluhuran berpelembagaan Malaysia
terletak pada kedudukannya sebagai
undang – undang tertinggi yang
menjadi sumber dan rujukan kepada
semua undang – undang yang lain.
Perlembagaan memberi perlindungan
kepada negara ini akan hak dan
keistimewaan sebagai warganegara.
Setiap negara mempunyai undang –
undang untuk mengawal dan
mewujudkan masyarakat yang aman,
stabil dan makmur. Kedaulatan
undang – undang bermaksud setiap
rakyat mempunyai kedudukan yang
sama di sisi undang – undang negara
tanpa sebarang diskriminasi kaum
mahupun kedudukan.
MAKSUD RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA MAKSUD
Kesopanan dan kesusilaan
Sikap bersopan santun dan bersusila
amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam anggota
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Prinsip ini menjadi perpaduan supaya
seluruh masyarakat sentiasa bertindak
berasaskan keperibadian bangsa dan
nilai – nilai murni. Setiap kaum
sewajarnya menghormati orang lain
dengan tidak membangkitkan persoalan –
persoalan sensitif kepada kaum lain.
CADANGAN PROGRAM DI
IPT- KEMPEN
PENGHAYATAN RUKUN
NEGARA
Kempen tersebut boleh di isi dengan aktiviti yang
berfaedah seperti pembacaan ikrar Rukun Negara,
pertandingan pidato atau debat Rukun Negara,
pertandingan video pendek serta pertandingan menulis
esei Rukun Negara
KESIMPULAN DARI KEMPEN INI- IPT boleh
menyuburkan Rukun Negara ke dalam diri setiap
mahasiswa, kita mampu melahirkan sebuah generasi yang
akan menjadi warganegara yang sayang dan cintakan
agama, bangsa dan negara. Hal ini sangat signifikan
kerana mahasiswa ini tidak lama lagi akan keluar dari
dunia kampus dan mula memasuki dunia kehidupan
yang sebenar. Pada ketika itulah kita mengharapkan
mereka akan berpaut kuat kepada lima prinsip Rukun
Negara ini sebagai panduan kehidupan mereka di negara
ini.
PENGAJARAN KEPADA RUKUN NEGARA
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada kelima-
lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara seperti tercatat dalam
Perlembagaan Negara kita. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan
keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini dan berkekalan
sehingga ke generasi yang akan datang. Selain itu, ianya dapat
memperkukuhkan lagi perpaduan kaum yang terbentuk selama ini untuk
mengelakkan berlakunya peristiwa hitam yang terpalit pada catatan sejarah
negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menunjukkan kerapuhan perpaduan
antara masyarakat Malaysia pada masa itu. Perkara tersebut terjadi apabila
masyarakat saling bersangka buruk di antara kaum sehingga menyebabkan
nyawa yang tidak bersalah tergadai begitu sahaja.
Rukun Negara juga menitikberatkan konsep-konsep keharmonian terhadap
Tuhan. Selain itu, menyentuh aspek-aspek menghormati undang-undang yang
ada di Malaysia serta memupuk semangat sopan santun dan berbudi bahasa di
kalangan Masyarakat Malaysia. Seterusnya, nilai-nilai murni di antara kaum dapat
tersemat dalam diri kita. Berdasarkan hal-hal ini, Rukun Negara seharusnya
menjadi pegangan yang kukuh bagi setiap masyarakat Malaysia ini demi menjaga
keamanan dan kemakmuran di bumi yang bertuah ini.
Kesimpulannya adalah, perpaduan kaum adalah amat penting yang ingin dicapai
oleh semua negara didunia termasuk Malaysia. Ianya penting kerana tanpa
perpaduan dalam sesebuah negara, maka negara itu akan mudah digugat oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Dengan mengamalkan Rukun Negara
ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara dan tanah air serta
dapat bersatu padu untuk bekerjasama. Kita tidak seharusnya menjadi seperti
kacang lupakan kulit iaitu melupakan asal usul negara ini setelah sekian lama
negara ini mengecapi keamanan. Melalui perpaduan yang kukuh, ianya dapat
membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan
ekonomi, menegakkan lagi kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang bersifat liberal dan demokratik.
TAK ADA BATASAN MEMBACA BUKU,
MESKI UMUR SUDAH TUA,
SEKIAN SUDAH UNTUK SISWAKU,
SEMOGA BERGUNA UNTUK SEMUA.
SEKIAN…