KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN
PERINDUSTRIAN
DASAR UTAMA
LATAR BELAKANG
Kementerian ini ditubuhkan pada Oktober 1971 dan telah melalui beberapa perubahan
nama sejak ia ditubuhkan seperti yang berikut :-
❖ 1971 - Kementerian Pembangunan Perusahaan
❖ 1976 - Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar
❖ 1989 - Kementerian Pembangunan Perindustrian
❖ 2018 - Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
❖ 2020 - Kementerian Pembangunan Perindustrian
VISI Ke arah mewujudkan sebuah
negeri perindustrian menjelang
tahun 2040.
Kementerian Pembangunan Perindustrian
MISI
❖ Membangunkan sektor perindustrian yang dinamik dan mapan melalui promosi
pelaburan, pembangunan keusahawanaan dan infrastruktur perindustrian.
❖ Meningkatkan sumbangan sektor perindustrian kepada KDNK negeri Sabah secara
berperingkat seperti yang berikut:-
(i) Tahun 2025 = RM10 Billion;
(ii) Tahun 2030 = RM15 Billion;
(iii) Tahun 2035 = RM20 Billion;
(iv) Tahun 2040 = RM30 Billion;
❖ Mempertingkatkan keupayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai industri
sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.
Bertanggungjawab ke atas :-
OBJEKTIF
KEMENTERIAN ✓ Pembangunan Perindustrian;
✓ Pembangunan Keusahawanan;
✓ Pembangunan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah;
✓ Pembangunan Industri Hiliran;
✓ Pembangunan Industri berasaskan petroleum dan gas;
✓ Pembangunan Industri berasaskan Kelapa Sawit; dan
✓ Memperkasa Pelaburan Perindustrian.
Kementerian Pembangunan Perindustrian
FUNGSI
❖ Menggubal, merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar, program serta strategi
pembangunan perindustrian negeri Sabah.
❖ Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan
perindustrian.
❖ Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau semua aktiviti dan program-
program yang berkaitan dengan kepentingan negeri dalam perdagangan dan industri.
❖ Menggubal, merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar, program serta strategi
pembangunan keusahawanan negeri Sabah.
FUNGSI
❖ Menggubal, merancang dan menyelaras pelaksanaan program dan dasar serta strategi
pembangunan ekonomi bumiputera negeri Sabah.
❖ Menggubal, merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar, program serta strategi
pembangunan industri hiliran khususnya, industri yang berasaskan petroleum dan gas,
minyak kelapa sawit dan perkayuan.
❖ Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian yang berdaya maju.
❖ Merancang dan menyelaras program-program ekonomi digital terutamanya
Pembangunan platform e-Dagang.
AGENSI-AGENSI
DI BAWAH ❖ Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan
(DIDR);
KEMENTERIAN ❖ Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah
(SEDCO);
❖ Kota Kinabalu Industrial Park Sdn. Bhd. (K.K.I.P Sdn.
Bhd.);
❖ POIC Sabah Sdn. Bhd.;
❖ Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd.
(SOGDC);
❖ Invest Sabah Bhd. (ISB);
Kementerian Pembangunan Perindustrian
❖ Sabah Trade & Tourism Office, (STTO) Singapura.
Matlamat
MAKLUMAT ❖ Menjadikan sektor pembuatan sebagai pemangkin pertumbuhan
DASAR ekonomi Sabah agar terus berkembang pesat.
❖ Menggalakan aktiviti pemprosesan hiliran serta kegiatan
perkilangan nilai ditambah.
❖ Menggalakkan pewujudan sektor pembuatan yang berasaskan
Dasar Perindustrian Sabah sumber asli secara terancang dan berkekalan.
Mempercepatkan proses
industrialisasi sektor pembuatan ❖ Menggalak dan mempertingkatkan 30% penglibatan kaum
bumiputera dalam aktiviti perdagangan dan perindustrian.
agar menjadi nadi utama
pertumbuhan ekonomi negeri ❖ Menggalakkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai industri
melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang sokongan dan pemangkin utama kepada sektor pembuatan di
dipelbagaikan dan bernilai tambah Sabah.
tinggi.
❖ Menggalakkan penggunaan digital dalam kegiatan pengeluaran
dan pemasaran produk-produk industri besar dan IKS.
STRATEGI
✓ Industri Pembuatan Berasaskan Sumber
Untuk memaksimumkan penggunaan sumber asli dalam bidang pembuatan di Sabah dan
mempertingkatkan nilai ditambah.
✓ Industri Bukan Berasaskan Sumber
Untuk menggalakkan industri pembuatan bukan berasaskan sumber dan kepelbagaian aktiviti.
✓ Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
Sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.
✓ Industri Berorientasikan Eksport
Menggalakkan industri-industri pembuatan yang mengeluarkan barangan eksport.
STRATEGI
✓ Industri Penggantian Import
Menggalakkan pertumbuhan industri pembuatan bagi menggantikan atau mengurangkan
penggunaan barangan import.
✓ Industri Untuk Kawasan Luar Bandar
Menggalakkan pengagihan pertumbuhan industri ke luar bandar bagi meningkatkan taraf sosio-
ekonomi masyarakat setempat.
✓ Pembangunan dan Penyertaan Bumiputera
Mempercepatkan pewujudan Masyarakat Perdagagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
di Sabah.
PROGRAM
❖ Perancangan Perindustrian Dan Penyelidikan
Menjalankan kajian-kajian untuk mempercepatkan proses industrialisasi di Sabah serta
melaksanakan program-program penyelidikan bagi mengenal pasti sektor-sektor yang
berpotensi untuk dimajukan.
❖ Misi Perdagangan Dan Promosi Pelaburan
Mengadakan misi perdagangan dan promosi peluang-peluang pelaburan yang terdapat
di Sabah bagi menarik pelaburan asing dan tempatan serta memperluaskan jaringan
pasaran bagi barangan keluaran tempatan.
PROGRAM
❖ Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana
Membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ke arah mewujudkan industri
sokongan dan asas perindustrian yang kukuh serta pemangkin utama kepada sektor
perindustrian di Sabah.
❖ Pembangunan Estet Dan Taman Perindustrian
Sebagai galakan dan kemudahan kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri
untuk mendirikan kilang-kilang pembuatan, menjalankan aktiviti perdagangan dan
sebagainya. Kerajaan juga menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam
pembangunan estet dan taman perindustrian.
PROGRAM
❖ Industri Berkelompok Berasaskan Kelapa Sawit (Palm Oil Industrial Cluster (POIC))
Menyediakan kemudahan infrastruktur bagi pembangunan industri berasaskan kelapa
sawit yang dilaksanakan secara berkelompok.
❖ Pembangunan Usahawan Bumiputera
Meningkatkan pembangunan guna tenaga dan usahawan bumiputera melalui skim
latihan dan pembangunan usahawan serta penyediaan kemudahan perniagaan kepada
golongan bumiputera.
PROGRAM
❖ Ekspo Dan Seminar Perindustrian
Untuk mempromosikan pelaburan dan pemasaran demi menggalakkan pengeluaran
barangan pembuatan di Sabah.
❖ Majlis Perindustrian Sabah (Sabah Industrial Council)
Menjadi medan forum bagi wakil-wakil sektor awam dan swasta untuk bercambah fikiran
dan pendapat bagi menpercepatkan pembangunan perindustrian di Sabah.
PROGRAM
❖ Penerbitan Risalah Dan Maklumat
Wadah penyebaran maklumat berkaitan dengan kegiatan Kementerian dan semua
aspek berkaitan dengan sektor pembuatan di Sabah melalui media cetak dan elektronik.
❖ Dialog Perdagangan Dan Perindustrian
Sebagai forum perbincangan dua hala di antara Kerajaan dan pekilang-pekilang
berhubung dengan permasalahan dan keperluan-keperluan semasa dalam sektor
pembuatan.
PROGRAM
❖ BIMP-EAGA Dan SOSEK MALINDO
Menggalak dan mempertingkatkan perdagangan, pemasaran dan pelaburan dalam
regim BIMP-EAGA dan Sosek Malindo.
❖ Pembangunan Vendor
Membantu membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai pengilang dan
pembekal komponen-komponen yang kompetitif kepada syarikat-syarikat multinational
(MNC) dan industri berat bagi pasaran tempatan dan luar negeri melalui rantaian
industri.
PROGRAM
❖ Pengezonan Tanah-Tanah Perindustrian
Mengenal pasti dan membantu dalam pengezonan tanah-tanah perindustrian.
❖ Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian
Untuk memudahkan proses pemberian kelulusan bagi mendirikan kilang-kilang
pembuatan di Sabah.
❖ Blueprint Sektor Perkayuan
Memastikan bekalan sumber bahan mentah berkekalan dengan menggalakkan
perhutanan semula dan menggalakkan pemerosesan hiliran sumber-sumber hutan.
PROGRAM
❖ Kerjasama Dengan Institusi-Institusi Dan Agensi-Agensi Kerajaan Dan Persekutuan
Menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor pembuatan
meliputi aspek penyediaan maklumat, menjalankan kajian-kajian, pembangunan sumber
manusia, kewangan, perlesenan, teknologi dan sebagainya untuk kepentingan bersama.
❖ Pembangunan Platform Pemasaran Produk Dan Perkhidmatan
Memberi bantuan kepada usahawan dalam pembangunan platform pemasaran dan
perkhidmatan serta membantu usahawan untuk menceburi e-Dagang sehingga ke
peringkat global.
Terima Kasih