SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH SELAMAT DATANG
PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN PROGRAM TRANSISI 2024 / 2025 SKBPJ ISNIN 4 MAC 2024
OBJEKTIF Membantu murid membina keyakinan diri dan menyesuaikan diri terhadap perubahan pendidikan yang lebih formal. Memberi suntikan kepada murid agar bersedia menempuh alam persekolahan yang sebenar serta memupuk sikap berdikari. Memberi penekanan dalam aspek sosio emosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya, guru-guru serta warga skbpj. Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak serta menjalin kerjasama dan hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan bersama.
TARIKH PENDAFTARAN : 4 MAC 2024 (ISNIN) MASA : 8.00 PAGI MINGGU TRANSISI : 11 MAC 2024 HINGGA 11 APRIL 2024 TEMPAT : DEWAN WARISAN PERMATA DAN KELAS TAHUN SATU
BARISAN PENTADBIR SKBPJ GURU BESAR ROSLI BIN SAMAN@ MOHAMAD ZAMAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SUHAINI BINTI HUD@ ABD RAZAK PENOLONG KANAN HEM MUHAMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL SHUKER PENOLONG KANAN KOKURIKULUM FAUZIAH BINTI ZAINUL PENOLONG KANAN PETANG ZURIDA BINTI NGAH ABDUL RASHID
ATUCARA MAJLIS MASA ACARA 8.00-8.10 pg Ketibaan waris di sekolah Waris menghantar anak ke kelas untuk menduduki Ujian Pengesanan 3M. Waris terus menuju ke dewan untuk mendengar taklimat hari pendaftaran. 8.30-10.00 pg Taklimat disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Murid-murid tahun 1 memulakan Ujian Pengesanan 3M mengikut kumpulan di kelas dan diawasi oleh guru pendamping tahun 1. 10.00 -12.00 tgh Waris ke kaunter pendaftaran masing-masing mengikut kumpulan di dewan. Waris yang selesai urusan pendaftaran, boleh menjemput anak di kelas dan pulang. Waris juga boleh ke kedai buku untuk menguruskan hal pembelian seperti fail oren dan sebagainya.
SENARAI GURU KELAS Kumpulan A Norhayati bt Ariffin Kumpulan B Zakiyah bt Abdullah Kumpulan C Norazela bt Samsuri Kumpulan D Surina bt Ahmad Kumpulan E Nurul Farishah bt Othman Kumpulan F Suhaiza bt Ahmad Kumpulan G Jamaliah bt Rejab Kumpulan H Nur Maiza bt Abdul Hamid Kumpulan I Siti Zaleha bt Abd Hamid Kumpulan J Siti Zuryani bt Mohd Rusok Kumpulan K Hafizah bt Othman
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI Fasa Penyesuaian Dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan. Penekanan kepada aspek sosioemosi perlu diberi kepada semua murid bagi meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial. Fasa Kesediaan Dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan untuk memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya. 1 2
PENUTUP Hari pendaftaran dan minggu transisi ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid yang akan memulakan alam persekolahan formal. Semoga murid-murid tahun 1 sesi 2024/ 2025 ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah yang besar serta dapat mengikut peraturan dan menjaga disiplin semasa berada di sekolah.
IMBAS UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT MURID TAHUN SATU
SELAMAT DATANG KE ALAM PERSEKOLAHAN