KUMPULAN 4
INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
HMW3023
URUS TADBIR GOVENAN, INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH
KUMPULAN A (SEMESTER 2 2020/2021)
PENSYARAH:
DR. MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI
AHLI KUMPULAN:
SITI SARAH BINTI CHE AKIL (D20192091381) V PIRASANAKUMAR A/L VIJAIYAN (D20192091392)
TERA ZENDA ANAK MORGAN (D20192091394) MUHAMAD FAIZATUFIKRI BIN ALIAS (D20192091396)
NUR ZARIFA BINTI MOHAMAD ZAHIR (D20192091400)
ISI KANDUNGAN
1.takrifan integriti perkhidmatan
awam.........................1-3
2. faktor menjejaskan integriti perkhidmatan
awam..........4-8
3. aktiviti pengukuhan............................9
4. contoh - contoh integriti perkhidmatan
awam..................10-23
5. aktiviti pengukuhan.....................24
6. langkah-langkah integriti perkhidmatan
awam............25-35
7. aktiviti pengukuhan.................36
8. rujukan...................................37
TAKRIF INTEGRITI
Perkhidmatan
Awam
TAKRIFAN
1. Integriti
Integriti adalah amalan bersikap jujur dan
menunjukkan kepatuhan yang tanpa
kompromi terhadap prinsip dan nilai moral
serta etika yang kuat.
Integriti dianggap sebagai kejujuran dan
kebenaran atau ketepatan tindakan
seseorang.
Integriti mungkin bertentangan dengan
kemunafikan bahawa menilai dengan
standard integriti melibatkan mengenai
konsistensi dalaman sebagai sifat murni,
dan menyarankan agar pihak-pihak yang
memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam
diri mereka harus mempertimbangkan
perbezaan atau mengubah kepercayaan
mereka.
Perkataan integriti berkembang daripada
perkataan integer iaitu kata sifat Latin,
yang bermaksud keseluruhan atau lengkap.
1
2. PERKHIDMATAN AWAM
Gordon dan Milakovich (1995:6),
mendefinisikan perkhidmatan atau
pentadbiranawam adalah segala proses,
organisasi atau individu yang terlibat dalam
pelaksanaan undang-undang dan peraturan
yang diputuskan oleh badan perundangan,
eksekutif dan kehakiman.
Suatu institusi masyarakat dan negara yang
membekalkan perkhidmatan kepada orang
ramai
Matlamatnya mewujudkan kesejahteraan
social berasaskan masyarakat madani (civil
society) dan keadilan social (social justice).
2
3. INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan demi kepentingan
awam.
Tidak boleh salah guna kuasa untuk diri
keluarga dan rakan.
Tidak boleh menerima atau memberi upah
atau dorongaan untuk diri seseorang untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan
Menurut YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia “setiap dari
kita, mempunyai peranan yang perlu
dilaksanakan bagi membangunkan negara ini.
Walau apa jua bidang yang kita ceburi,
laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh
tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti.
Kita haruslah sentiasa berusaha untuk
mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul
sebagai yang terbaik agar dunia menghormati
kita”
3
FAKTOR MENJEJASKAN INTEGRITI
Perkhidmatan
Awam
4
Faktor
Kemerosotan Integriti
Individu
Lemah didikan agama,
akhlak dan moral
menyebabkan individu
terdedah dengan perkara
yang tidak berintegriti
seperti :
°Rasuah
°Penyelewengan
°Salah guna kuasa
5
Faktor
Kemerosotan Integriti
Kepimpinan
Pemimpin tidak mematuhi
undang-undang, prosedur dan
peraturan yang ditetapkan.
Hal ini sudah tentu
menjejaskan integriti.
iltizam yang lemah, pemimpin
tidak menunjukkan teladan
yang baik, “cakap tidak serupa
bikin” dan “bikin".
6
Faktor
Kemerosotan Integriti
Kelemahan sistem,
prosedur, garis panduan
dalam perlaksanaan tugas
Wujud ketidakcekapan,
kecelaruan, dan perselisihan
pendapat di kalangan petugas.
Kurang penyelarasan,
pemantauan dan penilaian
mengenai keberkesanan
sesuatu strategi atau program.
Kurang ketelusan dalam
urusan yang melibatkan
kepentingan awam.
7
Faktor
Kemerosotan Integriti
Budaya
Budaya dipengaruhi oleh faktor
sejarah dan tradisi, nilai agama,
kelompok sesuatu bangsa,
persekitaran, proses sosialisasi,
world view serta perkembangan
semasa.
Budaya negatif akan mewujudkan
kepincangan dalam organisasi
dan masyarakat.
Budaya seperti suka mengkritik
setiap aktiviti yang dijalankan
oleh sesetengah pihak boleh
menjadikan nilai integriti
merosot.
8
AKTIVITI
PENGUKUHAN
SOALAN
L APAKAH FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN INTEGRITI
TERHADAP INDIVIDU, BUDAYA DAN KEPIMPINAN
BENTUKKAN 3 KUMPULAN DAN SETIAP KUMPULAN
TERSEBUT PERLU MEMILIH SATU SAHAJA SAMAADA
TERHADAP INDIVIDU ATAU BUDAYA ATAU
KEPIMPINAN
1.PEMBENTANGAN HASIL KERJA KUMPULAN
Pelajar membuat pembentangan untuk
mempersembahkan hasil dapatan kepada
keseluruhan kelas
Boleh dilaksanakan dengan dengan pelbagai
cara dan bahan
Mengunakan bahan ict atau bukan ict
9
CONTOH-CONTOH INTEGRITI
PERKHIDMATAN
AWAM
10
GANGGUAN SEKSUAL
Definisi bagi gangguan seksual adalah perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata,
isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang-
ulang.
KATEGORI GANGGUAN
SEKSUAL
GANGGUAN SECARA LISAN GANGGUAN SECARA ISYARAT
(BUKAN LISAN)
Penggunaan bahasa lucah
melalui perbualan berjenaka, Dipamerkan melalui sikap atau
membuat bunyi-bunyian , perlakuan yang memberi
memberi kritikan, pujian atau maksud atau gambaran
mengajukan soalan berunsur keinginan yang berunsurkan
seksual ke atas penampilan, seksual seperti menjeling,
pakaian, tingkah laku, tubuh menggoda, merunung, mengintai,
badan atau aktiviti seksual. menjilat bibir atau menggunakan
bahasa isyarat lain.
GANGGUAN SEKSUAL SECARA
VISUAL
Perlakuan menghantar nota,
surat, e-mel, sms, mms, gambar,
poster, objek atau bahan bacaan
yang berunsur seksual melalui
penggunaan media, peralatan
elektronik, atau peralatan
komunikasi
11
GANGGUAN SECARA FIZIKAL GANGGUAN SECARA PSIKOLOGI
Mendekati orang lain dalam Perbuatan cuba merapati secara
jarak yang terlalu dekat seksual, mendorong, mendesak,
sehingga orang tersebut berasa mengugut atau memujuk rayu bagi
kurang selesa. Sebagai contoh memenuhi keinginan seksual
memegang, memeluk, menepuk, sama ada melalui surat, telefon, e-
menggosok, mencubit, mencium mel atau sebarang bentuk
atau meraba sehingga mangsa peralatan komunikasi yang
berasa tersinggung atau terhina. menimbulkan tekanan emosi dan
mental
Apakah Tindak Seterusnya
Jika Mengalami Gangguan
Seksual
Berani Bersuara Dapat Sokongan
Catatkan Butiran Kejadian
Membuat Laporan Kepada
Pihak Berkenanan
12
KESAN GANGGUANG SEKSUAL
Gangguan seksual yang berlaku dapat memberi
kesan kepada mangsa dari segi fizikal dan mental.
Kesan-kesan ini seperti dari segi kerjaya, peribadi
dan juga persekitaran sekeliling. Dari segi
kerjaya, mangsa lebih gemar mengasingkan diri
dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri
dari hadir ke pejabat. Ini akan menjejaskan
prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan
tersebut.
Seterusnya kesan kepada peribadi pula di
mana mangsa akan mengalami gejala ssperti
sakit keplada, gangguan tidur, hilang selera
makan dan emosi yang tidak stabil. Mangsa
juga merasa malu untuk berhadapan dan
bergaul dengan orang sekeliling. Rasa ini
akan timbul apabila mangsa merasa rendah
diri dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak berharga
dan terhina.
13
Mangsa juga akan merasa takut dan curiga
terhadap keadaan sekeliling. Mereka merasa
bimbang dan sentiasa berada dalam keadaan yang
tidak stabil jika terlihat orang tertentu, bayangan
orang atau bentuk tubuh dan juga tempat tertentu.
Mangsa juga akan menjadi ‘paranoid’ kepada
setiap pergerakkan sekelilingnya dan juga orang
asing. Mangsa juga akan mengalami trauma akibat
daripada kejadian tersebut. mangsa suka untuk melupakan peristiwa tersebut dan ini akan
menggangu ketenangan, penumpuan dan juga kestabilan mental serta emosi mangsa.
Gangguan Mental Bagi Mangsa akan mengalami masalah fizikal
Mangsa Gangguan iaitu mengalami gangguan tidur, lesu
Seksual tubuh badan, serangan panik dan mimpi
ngeri.
Mangsa akan mengalami gangguan mental
iaitu fobia, depersi, kemurungan, kegelisahan,
ketakutan, hilang keyakinan dri dan
sebagainya.
14
PECAH AMANAH
Secara umumya, pecah amanah merupakan suatu jenayah dan perbuatan yang
mengetepikan peraturan yang telah ditetapkan, demi mencapai kehendak peribadi dan
mengorbankan kepentingan awam. Pecah amanah hari ini banyak berkaitan dengan
penyalahgunaan kuasa, rasuah dan salah guna kewangan.
Maksud amanah merupakan suatu nilai yang dipandang tinggi
apabila dimiliki oleh seseorang terutamanya apabila menjawat
sesuatu jawatan.
Apa itu pecah Pecah amanah ialah melanggar amanah yang diberikan
amanah atau dipikul dan dengan sebab perlanggaran ini
menyebabkan berlakunya tindakan yang prejudis atau
merugikan kepada pihak atau orang lain.
Perbuatan rasuah dan pecah amanah saling berkait.
Seseorang yang dituduh atas kesalahan rasuah turut juga
dituduh melakukan pecah amanah
15
PUNCA-PUNCA PECAH AMANAH
di setiap tempat dan juga. Kesalahan pecah amanah boleh berlaku di setiap tempat
Hukuman bagi dan juga boleh terjadi terhadap sesiapa juga tetapi lebih
pecah amanah
melibatkan golongan yang profesional dan mempunyai
jawatan yang tinggi. Terdapat pelbagai faktor seseorang itu
melakukan kes pecah amanah ini antaranya adalah
disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prinsip hidup.
Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk
dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan
mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama
untukdiselesaikan. Kesalahan pecah amanah boleh berlaku
Mengikut undang-undang, jenayah pecah amanah ini
telah diperuntukkan di bawah Seksyen 405 Kanun
Keseksaan yang mana perkataan amanah dalam
peruntukkan ini merujuk kepada semua kejadian yang
mana seseorang telah diamanahkan itu telah
menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti
kepunyaan sendiri.
Manakala jenaya bersubahat dalam kes pecah amanah
ini diperuntukkan dalam akta lain iaitu Seksyen 7(1)
Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu jika melibatkan
penipuan dalam penjualan nombor kad kreadit.
Hukuman dikenakan terhdap kesalahan pecah amanah
ini berbeza mengikut jumlah wang dan kesalahan
yang dilakukan.
16
PENYALAHGUNAAN KUASA
Salah guna kuasa atau lebih dikenali sebagai penyalahgunaan kuasa merupakan satu
jenayah dalam bentuk “salah laku di pejabat” atau “salah laku pegawai”. Perbuatan ini
dikategorikan sebagai pelakuan perbuatan yang menyalahi undang-undang, dilakukan sambil
menjawat jawatan rasmi, yang mempengaruhi keputusan ketika melakukan tugas-tugas yang
diberi. Salah laku di pejabat sering menjadi alasan sebab penyingkiran pegawai yang dipilih oleh
pilihan raya semula. Antara faktor salah guna kuasa adalah berkaitan dengan rasuah, kepetingan
diri, keluarga dan juga kronisme.
Maksud Lain Bagi Salah Salah guna kuasa juga dikenali sebagai salah guna
Guna Kuasa kedudukan atau jawatan. Pegawai badan awam
menggunakan kedudukanya dalam membuat keputusan
atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan
sesutau perkara di mana dia, saudara atau kekutunya
mempunyai kepentingan
KESAN PENYALAHGUNAAN KUASA
Reputasi jatuh dan KEPADA INDIVIDU Hidup tertekan dan haru
dipandang hina oleh rakan biru
sekerja dan masyarakat
Hilang keluarga dan rakan
Hilang kepercayaan rakan
dan taulan 17
Melindungi aktiviti Kesan Kepada Mengahsilkan pembangunan
jenayah dan mafia Keselamatan dan infrastruktur yang tidak
bermutu serta membahayakan
Negara
Kegiatan penyeludupan seperti senjata Boleh menyebabkan berlakunya
api, dadah, judi, pelacuran dan ansir pergolakkan sosial dan rusuhan akibat
subversif yang serius. rakyat tidak puas hati dengan kerajaan
Hukuman bagi salah guna kuasa
Penjaran tidak lebih 20 tahun DAN
5 kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 mana
yang lebih tinggi.
18
APA ITU RASUAH ?
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan uang berkaitan dengan tugas rasmi. suapan
terdiri daripada wang ringgit, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun dan
sebagainya.
Sebagai contoh, seorang kontraktor
telah menghadiahkan sutas jam
tangan kepada seorang pegawai
kerajaan kerana telah meluluskan
projek kepada syarikat milik
kntraktor berkenaan.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694):
1. Meminta atau menerima rasuah akan dikenakan hukuman dibawah seksyen berikut iaitu
[seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
2. Menawar atau memberi suapan akan dikenakan hukuman dibawah sekseyn [ seksyen
17(b) Akta SPRM 2009]
3. Mengemukakan tuntutan palsu juga akan dikenakan hukuman dibawah seksyen [seksyen
18 Akta SPRM 2009]
4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam turut
dikenakan hukuman yang sama iaitu dibawah seksyen [ Seksyen 23 Akta SPRM 2009)
19
Bagi mereka yang turut bersubahat juga akan dikenakan hukuman jika mereka gagal melaporkan
kegiatan rasuah.
Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25(1) dan (2)
Akta SPRM 2009.
1. DENDA : Tidak melebihi RM100,00.
2. PENJARA : Tidak lebih 10 Tahun atau kedua-duanya sekali.
Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25(3) dan (4)
Akta SPRM 2009.
1. DENDA : Tidak melebihi RM10.000.
2. PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab
kepada negara, mereka tidak perlu gentar untuk membantu
membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan
kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI
MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh
diendahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua
keadaan.
PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah
berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
20
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor mengapa isu rasuah ini semakin berleluasa di
negara. Berikut adalah beberapa contoh faktor-faktor terjadi gejala buruk rasuah.
Kelemahan peribadi seseorang Kelemahan kepimpinan
(kurangnya didikan agama)
Faktor perkembangan Faktor sosial dan budaya
modenisasi
21
Kesan-kesan buruk rasuah akan menjejaskan kecekapan dan intergrinti pentadbiran, di
samping boleh menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselematan. Ia juga memberi
kesan kepada individu itu sendiri seperti kehilangan pekerjaan dan kejatuhan moral atau maruah.
Kesan Buruk Gejala
Rasuah Kepada Negara
Melumpuhkan fungsi
perjalanan sesuatu
organisasi
Menjejaskan imej dan
kredibiliti negara
Menyebabkan pentadbiran Menjejaskan kualiti
negara menjadi lemah dan huru- infrastruktur atau program
hara
Pembangunan tidak
seimbang dan saksama
Melahirkan pegawai yang tidak
amanah dan gagal dalam pelaksanaan.
22
USAHA MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA
Jenayah rasuah telah wujud sejak berzaman. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani
gejala rasuah samada dalam aspek agama, undang-undang, pencegahan dan hukuman. Namun
realitinya usaha tersebut belum menampakkan hasil ianya dapat dihapuskan. Antara usaha
tersebut ialah:
AGAMA Menurut hukum Islam terhadap pemberi rasuah dan
penerima rasuah adalah jelas iaitu haram.
Dikenali sebagai Akta Mencegah Rasuah 1961 AKTA MENCEGAH RASUAH
(Akta 57). Hukuman bagi pesalah rasuah yang
disabitkan ialah denda tidak lebih RM 10,000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya
sekali.
BADAN PENCEGAH RASUAH Agensi ini bertanggungjawab sepenuhnya
untuk membendung dan menangani rasuah.
Bertujuan untuk mendidik dan membenteng diri PERATURAN KEADA PEGAWAI
penjawat awam daripada jenayah rasuah. Melalui AWAM
integrinti dan akauntabiliti yang cuba diwujudkan dan
secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah.
23
AKTIVITI
PENGUKUHAN
1. DEKLAMASI SAJAK
SOALAN
SECARA INDIVIDU, BINA SATU SAJAK YANG
BERTEMAKAN “GEJALA RASUAH PEMUSNAH
HIDUPKU” DAN PERSEMBAHKAN DI HADAPAN
KELAS.
Murid dibenarkan membuat
persediaan
Tajuk diberikan
Murid boleh mengubahsuai mengikut
kreativiti dan kesesuaian
Murid membuat persembahan di
depan kelas
24
LANGKAH
KERAJAAN
MENINGKATKAN
IN T E G R I T I
Perkhidmatan
Awam
25
PENGENALAN
Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset
penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah,
telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam
merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain
integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar
penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja
sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua
ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai
manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam akan
mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi.
Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap masalah integriti dalam
kalangan kakitangan awam untuk membangunkan negara secara seimbang.
Antara langkah kerajaan yang disenaraikan bagi meningkatkan Integriti
Perkhidmatan Awam ialah:
melalui institusi iaitu menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM)
melalui budaya dengan melaksanakan Dasar Penerapan Nilai Islam dalam
Pentadbiran
menerusi arahan seperti Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009:
Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia.
26
Ketua:
Tan Sri Mohd Zuki Ali
Ditubuhkan pada 4 Mac 2004.
Objektif untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Pada Januari 2019, PIN digantikan dengan Rancangan Pencegahan Rasuah Nasional (NACP).
NACP dikembangkan oleh Pusat Nasional Tadbir Urus, Integriti dan Pencegahan Rasuah (GIACC).
Objektif utama agar setiap institusi awam dan swasta di negara ini melaksanakan inisiatif bagi
mengatasi masalah pemerintahan, integriti dan rasuah selama 5 tahun ke depan.
Visi NACP - untuk mewujudkan negara yang bebas korupsi melalui tiga tujuan khusus iaitu
Akauntabiliti dan Kredibiliti Badan Kehakiman, Pendakwaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang;
Kecekapan dan Responsif dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam, dan Integriti dalam
Perniagaan.
IIM adalah badan operasi GIACC dengan tujuan untuk mengembangkan kemampuan dan kecekapan
sektor awam dan swasta dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan, integriti dan anti-
rasuah, yang akhirnya bertujuan untuk menjadikan Malaysia terkenal dengan integriti dan bukan
rasuah.
IIM menyediakan perundingan, instrumen penilaian dan perkhidmatan latihan kepada agensi
kerajaan, organisasi swasta dan juga perusahaan kecil yang merangkumi Sistem Pengurusan Anti
Rasuah, ABMS, Pembangunan Rancangan Anti-Rasuah Organisasi (OACP), Profil Integriti Individu
(IIP), Integriti Alat Penilaian (IAT), Pembangunan Integriti Komuniti (CIB) dan Etika dan Program
Latihan Integriti.
VISI IIM
Menjadi institusi terkemuka dalam mengembangkan budaya integriti.
MISI IIM
Meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor awam, GLC dan syarikat berkaitan dengan
pemerintahan, integriti dan anti-rasuah.
Memberi penyelesaian untuk masalah yang berkaitan dengan pemerintahan, integriti dan anti2-7
rasuah.
OBJEKTIF DITUBUHKAN
Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani
oleh masyarakat lain.
Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'.
Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Dasar ini ditubuhkan bukan untuk mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam
tetapi bermatlamat untuk memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak kerana
agama-agama lain juga menitikberatkan nilai-nilai seperti itu.
Hanya 11 daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai
tersebut adalah tanggungjawab, ikhlas, amanah, tekun, bersih, dedikasi, sederhana, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Antara 5 yang utama termasuklah:-
TANGGUNGJAWAB 28
Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap
Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.
Melaksanakan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi
baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur.
Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila
sahaja diperlukan.
Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan
organisasi/institusi awam dalam menjalankan tugas.
Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
AMANAH
Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri daripada mengatasi
kepentingan tugas.
Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.
Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.
TEKUN
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan.
Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
untuk membaiki cara bekerja.
Berusaha gigih bagi menghasilkan kerja yang memuaskan
pihak-pihak yang berharap kepadanya.
Berusaha gigih untuk memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.
29
BERDISIPLIN
Mengetahui prioriti dan mengutamakan yang lebih
utama.
Menilai tinggi masa dan janji.
Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
BEKERJASAMA 30
Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan
kerja.
Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan
semangat kerjasama.
Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat
kerja daripada kepentingan peribadi.
Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara
kepentingan bersama.
Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi -
mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan
kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
TUJUAN
Untuk memperkukuhkan lagi struktur sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan
Malaysia di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan
Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Pelaksanaannya adalah melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus
(JKTU) di peringkat persekutuan dan negeri sebagai pengukuhan kepada
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang telah digerakkan semenjak
tahun 1998.
Gerakan ini memberi fokus kepada pengukuhan kualiti sistem penyampaian
Perkhidmatan Awam berteraskan aspek integriti merangkumi tujuh (7) terma
rujukan. Usaha ini adalah sebagai kesinambungan strategi dan pendekatan
secara menyeluruh kepada usaha-usaha penghayatan nilai-nilai murni,
pemantapan integriti, pembanterasan gejala rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa dalam kalangan pegawai badan awam.
Arahan ini juga bertujuan untuk menterjemahkan aspirasi dan komitmen
kepimpinan negara berlandaskan Konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” dalam pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan
awam kepada masyarakat umum.
Ancaman rasuah dan penyelewengan merupakan gejala sosiopolitik yang
semakin rumit, berangkai dan berbahaya kepada keutuhan, kestabilan dan
keselamatan negara. Kajian oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia [mulai
1 Januari 2009 dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM)] dalam tahun 1995-1996 mendapati bahawa tahap ancaman rasuah
dalam tempoh 20 tahun (1976-1995), semakin meningkat dan telah menular ke
dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam
Perkhidmatan Awam.
31
Umum mengetahui dan menyedari bahawa rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa boleh menggugat sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik,
keselamatan awam dan kestabilan negara. Gejala rasuah membebankan rakyat,
menimbulkan ketidakadilan dan keresahan sosial. Ini semua boleh berlaku
natijah kerakusan dan pengkhianatan amanah oleh mereka yang berpengaruh
dan berkuasa.
Oleh itu, permasalahan ini perlu ditangani secara lebih menyeluruh, bersepadu,
terancang dan berterusan, serta merangkumi bukan sahaja aspek pencegahan
dan pembanterasan rasuah, tetapi juga aspek kecekapan, ketelusan, integriti dan
akauntabiliti dalam pentadbiran Kerajaan.
Perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan, khususnya
bagi mempermudah prosedur yang rumit dan panjang, mengelakkan kerenah
birokrasi, serta memberi perkhidmatan mesra pelanggan. Dalam hal ini,
penekanan dibuat kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti
dengan amalan yang telus, cepat, cekap, berkesan dan tepat pada masanya.
Selaras dengan gagasan dan hasrat tersebut, beberapa gerakan telah
diperkenalkan dan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam. Antara mekanisme
utama yang telah diperkenalkan adalah:
Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Di Peringkat
Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Penubuhan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi.
Mempertingkatkan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) Dalam Sektor
Awam.
32
PENUBUHAN JAWATANKUASA KEUTUHAN PENGURUSAN (JKP) DI
PERINGKAT PERSEKUTUAN, NEGERI DAN DAERAH
1.Penubuhan JKP bertujuan memantapkan keutuhan sistem pentadbiran
Kerajaan supaya usaha-usaha pembanterasan rasuah, penyelewengan dan
salah guna kuasa dalam kalangan pegawai awam untuk terus
dipertingkatkan.
2. Dikuatkuasakan melalui Arahan YAB Perdana Menteri Bil. 1 Tahun 1998 yang
telah dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Januari 1998.
PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS BAGI MENGURANGKAN KERENAH
BIROKRASI
1.Bertujuan memastikan pelaksanaan usaha-usaha penambahbaikan sistem
dan prosedur kerja yang diguna pakai di kementerian dan agensi di
bawahnya bagi memastikan wujudnya perkhidmatan yang cepat dan cekap
kepada pelanggan.
2. Pada masa yang sama, usaha juga diambil untuk mengkaji dan mengenal
pasti undang-undang dan peraturan yang usang, mengkaji semula Piagam
Pelanggan dan memperakukan penambahbaikan melalui maklum balas
pelanggan, serta mengkaji dan menentukan sistem dan aplikasi Information
and Communication Technology (ICT) yang boleh meningkatkan tahap
perkhidmatan.
3. Dikuatkuasakan melalui surat KSN PMS(S) Bil. 18114 bertarikh 17 Disember
2003.
33
MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS TERBAIK (GOOD GOVERNANCE)
DALAM SEKTOR AWAM
1.Sektor awam merupakan jentera pentadbiran, perkhidmatan dan penggerak
ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian,
pemantapan tadbir urus terbaik atau good governance dalam sektor awam
diberi keutamaan.
2. Bertujuan untuk menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus yang terbaik
dalam sektor awam agar dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan
keupayaan ke arah mencapai matlamat Misi Nasional dan Wawasan 2020.
3. Konsep tadbir urus secara menyeluruh termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia dan prinsip-prinsip Islam Hadhari yang menitikberatkan tuntutan
tadbir urus terbaik. Antara prinsip tersebut termasuklah:
Kerajaan yang Adil dan Beramanah
Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti untuk Semua Rakyat
Keutuhan Budaya dan Moral
Memelihara Alam Semula Jadi
4. Pelaksanaan tadbir urus ini dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa
Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam berdasarkan surat KSN PM(S) Bil.
17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007.
34
Kesimpulan
Konklusinya, terdapat banyak langkah yang telah dibuat oleh kerajaan bagi
meningkatkan Integriti Perkhidmatan Awam seperti menubuhkan Institusi
Integriti Malaysia (IIM), melaksanakan Dasar Penerapan Nilai Islam dalam
Pentadbiran dan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009: Gerakan
Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia.
Integriti membawa erti kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan
padu dalam individu dan organisasi. Integriti mempunyai kaitan erat
dengan etika, ianya adalah berlandaskan etika dalam tindakan seharian.
Manakala etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai
bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Budaya kerja pula
merujuk kepada nilai, kepercayaan, sikap, kepercayaan dan sikap pekerja
terhadap pekerjaannya.
Dalam konteks integriti ianya bukan hanya berfokus kepada isu-isu rasuah
sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar seperti
melibatkan juga amalan budaya kerja yang menuntut amalan berintegriti
seperti integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan
maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam
berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja, masyarakat dan juga
kakitangan sokongan.
35
AKTIVITI
PENGUKUHAN
1.PENGHASILAN POSTER
SOALAN ; TUBUHKAN 4 KUMPULAN DAN BINA
POSTER DENGAN TAJUK YANG DIBERIKAN
KUMPULAN 1- KEPENTINGAN PENUBUHAN INSTITUSI
INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
KUMPULAN 2- 4 OBJEKTIF DALAM PENUBUHAN
DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN
KUMPULAN 3- TUJUAN PENUBUHAN GERAKAN
PEMANTAPAN KEUTUHAN SISTEM PENGURUSAN
PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA
KUMPULAN 4 - OBJEKTIF PENUBUHAN
JAWATANKUASA KEUTUHAN PENGURUSAN (JKP)
DIPERINGKAT PERSEKUTUAN, NEGERI DAN DAERAH.
36
RUJUKAN
Apa itu gangguan seksual. Portal Kementerian Kemanusiaan. Diperoleh daripada
https://www.mohr.gov.my/psikologi/pdf/APA_ITU_GANGGUAN_SEKSUAL. pdf
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Diperoleh daripada
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/10DASAR_PENERAPAN_NILAI.pdf
.
Megat Ayob Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika
kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society
and Space, 12(9), 138-149. Diperoleh daripada file:///C:/Users/User/Downloads/17740-
50499-1-SM%20(1).pdf.
Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus. (2009). Diperoleh daripada
daripada
http://reg.upm.edu.my/reg/etc/JKTadbirUrus.pdf.
Portal rasmi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Diperoleh
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478
Zakaria Ismail, Abdul Malek Habeeb Mohd dan Malani Achro. Gangguan seksual di tempat
kerja. UUM Repository. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/reader/12116300
Siti Normala Hamzah, Mohammad Saleeh Rahamad dan Md Azalanshah Ms Syed. (2020).
Rasuah dan salah guna kuasa. Forum komunikasi, 15(2), 25-50. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/348444840_Rasuah_dan_Salah_Guna_Ku
asa_Protes_Sosial_Rahim_Razali_dalam_Matinya_Seorang_Patriot
37
38