The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (KUMPULAN 4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizatulfikri48, 2021-05-28 12:29:03

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (KUMPULAN 4)

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (KUMPULAN 4)

KUMPULAN 4

INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

HMW3023
URUS TADBIR GOVENAN, INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH

KUMPULAN A (SEMESTER 2 2020/2021)

PENSYARAH:
DR. MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI

AHLI KUMPULAN:
SITI SARAH BINTI CHE AKIL (D20192091381) V PIRASANAKUMAR A/L VIJAIYAN (D20192091392)
TERA ZENDA ANAK MORGAN (D20192091394) MUHAMAD FAIZATUFIKRI BIN ALIAS (D20192091396)

NUR ZARIFA BINTI MOHAMAD ZAHIR (D20192091400)

ISI KANDUNGAN

1.takrifan integriti perkhidmatan
awam.........................1-3

2. faktor menjejaskan integriti perkhidmatan
awam..........4-8

3. aktiviti pengukuhan............................9
4. contoh isu integriti perkhidmatan
awam..................10-23

5. aktiviti pengukuhan.....................24
6. langkah-langkah integriti perkhidmatan

awam............25-35
7. aktiviti pengukuhan.................36
8. rujukan...................................37

TAKRIF INTEGRITI

Perkhidmatan
Awam

TAKRIFAN

1. Integriti

Integriti adalah amalan bersikap jujur dan

menunjukkan kepatuhan yang tanpa

kompromi terhadap prinsip dan nilai moral

serta etika yang kuat.

Integriti dianggap sebagai kejujuran dan

kebenaran atau ketepatan tindakan

seseorang.

Integriti mungkin bertentangan dengan

kemunafikan bahawa menilai dengan

standard integriti melibatkan mengenai

konsistensi dalaman sebagai sifat murni,

dan menyarankan agar pihak-pihak yang

memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam

diri mereka harus mempertimbangkan

perbezaan atau mengubah kepercayaan

mereka.

Perkataan integriti berkembang daripada

perkataan integer iaitu kata sifat Latin,

yang bermaksud keseluruhan atau lengkap.

1

2. PERKHIDMATAN AWAM

Gordon dan Milakovich (1995:6),

mendefinisikan perkhidmatan atau

pentadbiranawam adalah segala proses,

organisasi atau individu yang terlibat dalam

pelaksanaan undang-undang dan peraturan

yang diputuskan oleh badan perundangan,

eksekutif dan kehakiman.

Suatu institusi masyarakat dan negara yang
membekalkan perkhidmatan kepada orang
ramai

Matlamatnya mewujudkan kesejahteraan
social berasaskan masyarakat madani (civil
society) dan keadilan social (social justice).

2

3. INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan demi kepentingan
awam.

Tidak boleh salah guna kuasa untuk diri
keluarga dan rakan.

Tidak boleh menerima atau memberi upah
atau dorongaan untuk diri seseorang untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan

Menurut YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia “setiap dari

kita, mempunyai peranan yang perlu
dilaksanakan bagi membangunkan negara ini.

Walau apa jua bidang yang kita ceburi,
laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh

tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti.
Kita haruslah sentiasa berusaha untuk

mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul
sebagai yang terbaik agar dunia menghormati

kita”

3

FAKTOR MENJEJASKAN INTEGRITI

Perkhidmatan
Awam

4

Faktor
Kemerosotan Integriti

Individu

Lemah didikan agama,
akhlak dan moral

menyebabkan individu
terdedah dengan perkara

yang tidak berintegriti
seperti :
°Rasuah

°Penyelewengan
°Salah guna kuasa

5

Faktor
Kemerosotan Integriti

Kepimpinan

Pemimpin tidak mematuhi
undang-undang, prosedur dan
peraturan yang ditetapkan.
Hal ini sudah tentu
menjejaskan integriti.
iltizam yang lemah, pemimpin
tidak menunjukkan teladan
yang baik, “cakap tidak serupa
bikin” dan “bikin".

6

Faktor
Kemerosotan Integriti

Kelemahan sistem,
prosedur, garis panduan
dalam perlaksanaan tugas

Wujud ketidakcekapan,
kecelaruan, dan perselisihan
pendapat di kalangan petugas.
Kurang penyelarasan,
pemantauan dan penilaian
mengenai keberkesanan
sesuatu strategi atau program.
Kurang ketelusan dalam
urusan yang melibatkan
kepentingan awam.

7

Faktor
Kemerosotan Integriti

Budaya

Budaya dipengaruhi oleh faktor
sejarah dan tradisi, nilai agama,
kelompok sesuatu bangsa,
persekitaran, proses sosialisasi,
world view serta perkembangan
semasa.
Budaya negatif akan mewujudkan
kepincangan dalam organisasi
dan masyarakat.
Budaya seperti suka mengkritik
setiap aktiviti yang dijalankan
oleh sesetengah pihak boleh
menjadikan nilai integriti
merosot.

8

AKTIVITI
PENGUKUHAN

SOALAN
L APAKAH FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN INTEGRITI
TERHADAP INDIVIDU, BUDAYA DAN KEPIMPINAN

BENTUKKAN 3 KUMPULAN DAN SETIAP KUMPULAN
TERSEBUT PERLU MEMILIH SATU SAHAJA SAMAADA
TERHADAP INDIVIDU ATAU BUDAYA ATAU
KEPIMPINAN

1.PEMBENTANGAN HASIL KERJA KUMPULAN

Pelajar membuat pembentangan untuk
mempersembahkan hasil dapatan kepada

keseluruhan kelas

Boleh dilaksanakan dengan dengan pelbagai
cara dan bahan

Mengunakan bahan ict atau bukan ict

9

CONTOH-CONTOH ISU INTEGRITI

PERKHIDMATAN
AWAM

10

APA ITU RASUAH ?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan uang berkaitan
dengan tugas rasmi. suapan terdiri daripada wang ringgit, hadiah, bonus, undi,
perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun dan sebagainya.

Sebagai contoh, seorang

kontraktor telah

menghadiahkan sutas jam

tangan kepada seorang

pegawai kerajaan kerana telah

meluluskan projek kepada syarikat milik kntraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694):

1. Meminta atau menerima rasuah akan dikenakan hukuman dibawah seksyen berikut iaitu
[seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]

2. Menawar atau memberi suapan akan dikenakan hukuman dibawah sekseyn [ seksyen
17(b) Akta SPRM 2009]

3. Mengemukakan tuntutan palsu juga akan dikenakan hukuman dibawah seksyen [seksyen
18 Akta SPRM 2009]

4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam turut
dikenakan hukuman yang sama iaitu dibawah seksyen [ Seksyen 23 Akta SPRM 2009)

11

Bagi mereka yang turut bersubahat juga akan dikenakan hukuman jika mereka
gagal melaporkan kegiatan rasuah.

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25(1)
dan (2) Akta SPRM 2009.

1. DENDA : Tidak melebihi RM100,00.
2. PENJARA : Tidak lebih 10 Tahun atau kedua-duanya sekali.

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25(3)
dan (4) Akta SPRM 2009.

1. DENDA : Tidak melebihi RM10.000.
2. PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab
kepada negara, mereka tidak perlu gentar untuk membantu
membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan
kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI
MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh
diendahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah
berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.

12

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor mengapa isu rasuah ini semakin
berleluasa di negara. Berikut adalah beberapa contoh faktor-faktor terjadi gejala
buruk rasuah.

Kelemahan peribadi Kelemahan
seseorang kepimpinan

(kurangnya didikan
agama)

Faktor Faktor sosial
perkembangan dan budaya

modenisasi 13

Kesan-kesan buruk rasuah akan menjejaskan kecekapan dan intergrinti
pentadbiran, di samping boleh menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan
keselematan. Ia juga memberi kesan kepada individu itu sendiri seperti kehilangan
pekerjaan dan kejatuhan moral atau maruah.

Kesan Buruk Gejala
Rasuah Kepada

Melumpuhkan Menjejaskan imej
fungsi perjalanan dan kredibiliti negara
sesuatu organisasi

Menyebabkan pentadbiran Menjejaskan kualiti
negara menjadi lemah dan infrastruktur atau
program
huru-hara

Pembangunan tidak
seimbang dan saksama

Melahirkan pegawai yang tidak
amanah dan gagal dalam
pelaksanaan.

14

USAHA MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA

Jenayah rasuah telah wujud sejak berzaman. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani
gejala rasuah samada dalam aspek agama, undang-undang, pencegahan dan hukuman. Namun
realitinya usaha tersebut belum menampakkan hasil ianya dapat dihapuskan. Antara usaha
tersebut ialah:

AGAMA Menurut hukum Islam terhadap pemberi rasuah dan
penerima rasuah adalah jelas iaitu haram.

Dikenali sebagai Akta Mencegah Rasuah 1961 AKTA MENCEGAH RASUAH
(Akta 57). Hukuman bagi pesalah rasuah yang
disabitkan ialah denda tidak lebih RM 10,000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya
sekali.

BADAN PENCEGAH RASUAH Agensi ini bertanggungjawab sepenuhnya
untuk membendung dan menangani rasuah.

Bertujuan untuk mendidik dan membenteng diri PERATURAN KEADA PEGAWAI
penjawat awam daripada jenayah rasuah. Melalui AWAM
integrinti dan akauntabiliti yang cuba diwujudkan dan
secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah.

15

GANGGUAN SEKSUAL

Definisi bagi gangguan seksual adalah perlakuan yang kurang disenangi melalui
kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang
biasanya dilakukan berulang-ulang.

KATEGORI GANGGUAN
SEKSUAL

GANGGUAN SECARA LISAN GANGGUAN SECARA ISYARAT (BUKAN
LISAN)
Penggunaan bahasa lucah
melalui perbualan berjenaka, Dipamerkan melalui sikap atau
membuat bunyi-bunyian , perlakuan yang memberi maksud
memberi kritikan, pujian atau atau gambaran keinginan yang
mengajukan soalan berunsur berunsurkan seksual seperti
seksual ke atas penampilan, menjeling, menggoda, merunung,
pakaian, tingkah laku, tubuh mengintai, menjilat bibir atau
badan atau aktiviti seksual. menggunakan bahasa isyarat lain.

GANGGUAN SEKSUAL SECARA VISUAL

Perlakuan menghantar nota, surat,
e-mel, sms, mms, gambar, poster,
objek atau bahan bacaan yang
berunsur seksual melalui
penggunaan media, peralatan
elektronik, atau peralatan
komunikasi

16

GANGGUAN SECARA FIZIKAL GANGGUAN SECARA PSIKOLOGI

Mendekati orang lain dalam Perbuatan cuba merapati
jarak yang terlalu dekat secara seksual, mendorong,
sehingga orang tersebut berasa mendesak, mengugut atau
kurang selesa. Sebagai contoh memujuk rayu bagi memenuhi
memegang, memeluk, menepuk, keinginan seksual sama ada
menggosok, mencubit, mencium melalui surat, telefon, e-mel atau
atau meraba sehingga mangsa sebarang bentuk peralatan
berasa tersinggung atau terhina. komunikasi yang menimbulkan
tekanan emosi dan mental

Apakah Tindak
Seterusnya Jika
Mengalami Gangguan

Seksual

Berani Bersuara Dapat Sokongan

Membuat Laporan Kepada Catatkan Butiran
Pihak Berkenanan Kejadian

17

KESAN GANGGUANG SEKSUAL

Gangguan seksual yang berlaku dapat
memberi kesan kepada mangsa dari segi
fizikal dan mental. Kesan-kesan ini seperti
dari segi kerjaya, peribadi dan juga
persekitaran sekeliling. Dari segi kerjaya,
mangsa lebih gemar mengasingkan diri
dari rakan sekerja dan juga cuba mengelakkan diri dari hadir ke pejabat. Ini akan
menjejaskan prestasi kerja dan juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka
kehilangan pekerjaan tersebut.

Seterusnya kesan kepada peribadi pula
di mana mangsa akan mengalami
gejala ssperti sakit keplada, gangguan
tidur, hilang selera makan dan emosi
yang tidak stabil. Mangsa juga merasa
malu untuk berhadapan dan bergaul
dengan orang sekeliling. Rasa ini akan timbul apabila mangsa merasa rendah diri
dan tidak layak berada bersama-sama orang lain kerana merasakan dirinya tidak
berharga dan terhina.

18

Mangsa juga akan merasa takut dan curiga
terhadap keadaan sekeliling. Mereka
merasa bimbang dan sentiasa berada dalam
keadaan yang tidak stabil jika terlihat orang
tertentu, bayangan orang atau bentuk tubuh
dan juga tempat tertentu. Mangsa juga akan
menjadi ‘paranoid’ kepada setiap
pergerakkan sekelilingnya dan juga orang asing. Mangsa juga akan mengalami
trauma akibat daripada kejadian tersebut. mangsa suka untuk melupakan peristiwa
tersebut dan ini akan menggangu ketenangan, penumpuan dan juga kestabilan
mental serta emosi mangsa.

Gangguan Mental Bagi Mangsa akan mengalami masalah fizikal
Mangsa Gangguan iaitu mengalami gangguan tidur, lesu
Seksual tubuh badan, serangan panik dan mimpi
ngeri.

Mangsa akan mengalami gangguan mental
iaitu fobia, depersi, kemurungan, kegelisahan,
ketakutan, hilang keyakinan dri dan
sebagainya.

19

PECAH AMANAH

Secara umumya, pecah amanah merupakan suatu jenayah dan perbuatan
yang mengetepikan peraturan yang telah ditetapkan, demi mencapai kehendak
peribadi dan mengorbankan kepentingan awam. Pecah amanah hari ini banyak
berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan salah guna kewangan.

Maksud amanah merupakan suatu nilai yang dipandang
tinggi apabila dimiliki oleh seseorang terutamanya
apabila menjawat sesuatu jawatan.

Apa itu Pecah amanah ialah melanggar amanah yang
pecah diberikan atau dipikul dan dengan sebab
amanah perlanggaran ini menyebabkan berlakunya

tindakan yang prejudis atau merugikan kepada
pihak atau orang lain.

Perbuatan rasuah dan pecah amanah saling
berkait. Seseorang yang dituduh atas kesalahan

rasuah turut juga dituduh melakukan pecah
amanah

20

PUNCA-PUNCA PECAH AMANAH

Kesalahan pecah amanah boleh berlaku di setiap tempat
dan juga boleh terjadi terhadap sesiapa juga tetapi lebih
melibatkan golongan yang profesional dan mempunyai
jawatan yang tinggi. Terdapat pelbagai faktor seseorang itu
melakukan kes pecah amanah ini antaranya adalah
disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prinsip hidup.
Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk
dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan
mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama
untukdiselesaikan. Kesalahan pecah amanah boleh berlaku

di setiap tempat dan juga. Mengikut undang-undang, jenayah pecah amanah ini
telah diperuntukkan di bawah Seksyen 405 Kanun
Hukuman bagi Keseksaan yang mana perkataan amanah dalam
pecah amanah peruntukkan ini merujuk kepada semua kejadian yang
mana seseorang telah diamanahkan itu telah
menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti
kepunyaan sendiri.

Manakala jenaya bersubahat dalam kes pecah amanah

ini diperuntukkan dalam akta lain iaitu Seksyen 7(1)

Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu jika melibatkan

penipuan dalam penjualan nombor kad kreadit.

Hukuman dikenakan terhdap kesalahan pecah amanah

ini berbeza mengikut jumlah wang dan kesalahan 21
yang dilakukan.

PENYALAHGUNAAN KUASA

Salah guna kuasa atau lebih dikenali sebagai penyalahgunaan kuasa
merupakan satu jenayah dalam bentuk “salah laku di pejabat” atau “salah laku
pegawai”. Perbuatan ini dikategorikan sebagai pelakuan perbuatan yang menyalahi
undang-undang, dilakukan sambil menjawat jawatan rasmi, yang mempengaruhi
keputusan ketika melakukan tugas-tugas yang diberi. Salah laku di pejabat sering
menjadi alasan sebab penyingkiran pegawai yang dipilih oleh pilihan raya semula.
Antara faktor salah guna kuasa adalah berkaitan dengan rasuah, kepetingan diri,
keluarga dan juga kronisme.

Maksud Lain Bagi Salah guna kuasa juga dikenali sebagai salah guna
Salah Guna Kuasa kedudukan atau jawatan. Pegawai badan awam
menggunakan kedudukanya dalam membuat
keputusan atau mengambil apa-apa tindakan
berhubung dengan sesutau perkara di mana dia,
saudara atau kekutunya mempunyai kepentingan

KESAN PENYALAHGUNAAN KUASA

Reputasi jatuh dan Hidup tertekan
dipandang hina oleh dan haru biru
rakan sekerja dan
masyarakat

KEPADA INDIVIDU

Hilang kepercayaan Hilang keluarga 22
rakan dan taulan dan rakan

Melindungi Kesan Kepada Mengahsilkan
aktiviti jenayah Keselamatan pembangunan dan
dan mafia infrastruktur yang tidak
Negara
bermutu serta
Kegiatan penyeludupan membahayakan

seperti senjata api, dadah, Boleh menyebabkan berlakunya
pergolakkan sosial dan rusuhan
judi, pelacuran dan ansir akibat rakyat tidak puas hati
dengan kerajaan
subversif yang serius.

Hukuman bagi salah guna
kuasa

Penjaran tidak lebih 20 tahun DAN

5 kali ganda nilai suapan atau RM 10,000
mana yang lebih tinggi.

23

AKTIVITI
PENGUKUHAN

1. DEKLAMASI SAJAK

SOALAN
SECARA INDIVIDU, BINA SATU SAJAK YANG
BERTEMAKAN “GEJALA RASUAH PEMUSNAH
HIDUPKU” DAN PERSEMBAHKAN DI HADAPAN
KELAS.

Murid dibenarkan membuat
persediaan

Tajuk diberikan
Murid boleh mengubahsuai mengikut

kreativiti dan kesesuaian
Murid membuat persembahan di

depan kelas

24

LANGKAH
KERAJAAN
MENINGKATKAN
IN T E G R I T I

Perkhidmatan
Awam

25

PENGENALAN

Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset
penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah,
telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam
merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain
integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar
penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja
sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua
ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai
manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam akan
mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi.

Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap masalah integriti dalam
kalangan kakitangan awam untuk membangunkan negara secara seimbang.

Antara langkah kerajaan yang disenaraikan bagi meningkatkan Integriti
Perkhidmatan Awam ialah:

melalui institusi iaitu menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM)
melalui budaya dengan melaksanakan Dasar Penerapan Nilai Islam dalam
Pentadbiran
menerusi arahan seperti Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009:
Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia.

26

Ketua:
Tan Sri Mohd Zuki Ali

Ditubuhkan pada 4 Mac 2004.
Objektif untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Pada Januari 2019, PIN digantikan dengan Rancangan Pencegahan Rasuah Nasional (NACP).
NACP dikembangkan oleh Pusat Nasional Tadbir Urus, Integriti dan Pencegahan Rasuah (GIACC).
Objektif utama agar setiap institusi awam dan swasta di negara ini melaksanakan inisiatif bagi
mengatasi masalah pemerintahan, integriti dan rasuah selama 5 tahun ke depan.

Visi NACP - untuk mewujudkan negara yang bebas korupsi melalui tiga tujuan khusus iaitu
Akauntabiliti dan Kredibiliti Badan Kehakiman, Pendakwaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang;
Kecekapan dan Responsif dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam, dan Integriti dalam
Perniagaan.
IIM adalah badan operasi GIACC dengan tujuan untuk mengembangkan kemampuan dan kecekapan
sektor awam dan swasta dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan, integriti dan anti-
rasuah, yang akhirnya bertujuan untuk menjadikan Malaysia terkenal dengan integriti dan bukan
rasuah.
IIM menyediakan perundingan, instrumen penilaian dan perkhidmatan latihan kepada agensi
kerajaan, organisasi swasta dan juga perusahaan kecil yang merangkumi Sistem Pengurusan Anti
Rasuah, ABMS, Pembangunan Rancangan Anti-Rasuah Organisasi (OACP), Profil Integriti Individu
(IIP), Integriti Alat Penilaian (IAT), Pembangunan Integriti Komuniti (CIB) dan Etika dan Program
Latihan Integriti.

VISI IIM

Menjadi institusi terkemuka dalam mengembangkan budaya integriti.

MISI IIM

Meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor awam, GLC dan syarikat berkaitan dengan
pemerintahan, integriti dan anti-rasuah.

Memberi penyelesaian untuk masalah yang berkaitan dengan pemerintahan, integriti dan anti2-7
rasuah.

OBJEKTIF DITUBUHKAN

Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani
oleh masyarakat lain.
Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'.

Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Dasar ini ditubuhkan bukan untuk mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam
tetapi bermatlamat untuk memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak kerana
agama-agama lain juga menitikberatkan nilai-nilai seperti itu.

Hanya 11 daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai
tersebut adalah tanggungjawab, ikhlas, amanah, tekun, bersih, dedikasi, sederhana, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Antara 5 yang utama termasuklah:-

TANGGUNGJAWAB 28

Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap
Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.

Melaksanakan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi
baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur.

Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila
sahaja diperlukan.

Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan
organisasi/institusi awam dalam menjalankan tugas.

Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

AMANAH

Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri daripada mengatasi
kepentingan tugas.

Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

TEKUN

Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan.

Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.

Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
untuk membaiki cara bekerja.

Berusaha gigih bagi menghasilkan kerja yang memuaskan
pihak-pihak yang berharap kepadanya.

Berusaha gigih untuk memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.

29

BERDISIPLIN

Mengetahui prioriti dan mengutamakan yang lebih
utama.

Menilai tinggi masa dan janji.

Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.

Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

BEKERJASAMA 30

Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan
kerja.

Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan
semangat kerjasama.

Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat
kerja daripada kepentingan peribadi.

Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara
kepentingan bersama.

Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi -
mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan
kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

TUJUAN

Untuk memperkukuhkan lagi struktur sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan
Malaysia di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan
Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Pelaksanaannya adalah melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus
(JKTU) di peringkat persekutuan dan negeri sebagai pengukuhan kepada
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang telah digerakkan semenjak
tahun 1998.

Gerakan ini memberi fokus kepada pengukuhan kualiti sistem penyampaian
Perkhidmatan Awam berteraskan aspek integriti merangkumi tujuh (7) terma
rujukan. Usaha ini adalah sebagai kesinambungan strategi dan pendekatan
secara menyeluruh kepada usaha-usaha penghayatan nilai-nilai murni,
pemantapan integriti, pembanterasan gejala rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa dalam kalangan pegawai badan awam.

Arahan ini juga bertujuan untuk menterjemahkan aspirasi dan komitmen
kepimpinan negara berlandaskan Konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” dalam pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan
awam kepada masyarakat umum.

Ancaman rasuah dan penyelewengan merupakan gejala sosiopolitik yang
semakin rumit, berangkai dan berbahaya kepada keutuhan, kestabilan dan
keselamatan negara. Kajian oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia [mulai
1 Januari 2009 dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM)] dalam tahun 1995-1996 mendapati bahawa tahap ancaman rasuah
dalam tempoh 20 tahun (1976-1995), semakin meningkat dan telah menular ke
dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam
Perkhidmatan Awam.

31

Umum mengetahui dan menyedari bahawa rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa boleh menggugat sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik,
keselamatan awam dan kestabilan negara. Gejala rasuah membebankan rakyat,
menimbulkan ketidakadilan dan keresahan sosial. Ini semua boleh berlaku
natijah kerakusan dan pengkhianatan amanah oleh mereka yang berpengaruh
dan berkuasa.

Oleh itu, permasalahan ini perlu ditangani secara lebih menyeluruh, bersepadu,
terancang dan berterusan, serta merangkumi bukan sahaja aspek pencegahan
dan pembanterasan rasuah, tetapi juga aspek kecekapan, ketelusan, integriti dan
akauntabiliti dalam pentadbiran Kerajaan.

Perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan, khususnya
bagi mempermudah prosedur yang rumit dan panjang, mengelakkan kerenah
birokrasi, serta memberi perkhidmatan mesra pelanggan. Dalam hal ini,
penekanan dibuat kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti
dengan amalan yang telus, cepat, cekap, berkesan dan tepat pada masanya.

Selaras dengan gagasan dan hasrat tersebut, beberapa gerakan telah
diperkenalkan dan dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam. Antara mekanisme
utama yang telah diperkenalkan adalah:

Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Di Peringkat
Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Penubuhan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Kerenah Birokrasi.
Mempertingkatkan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) Dalam Sektor
Awam.

32

PENUBUHAN JAWATANKUASA KEUTUHAN PENGURUSAN (JKP) DI
PERINGKAT PERSEKUTUAN, NEGERI DAN DAERAH

1.Penubuhan JKP bertujuan memantapkan keutuhan sistem pentadbiran
Kerajaan supaya usaha-usaha pembanterasan rasuah, penyelewengan dan
salah guna kuasa dalam kalangan pegawai awam untuk terus
dipertingkatkan.

2. Dikuatkuasakan melalui Arahan YAB Perdana Menteri Bil. 1 Tahun 1998 yang
telah dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Januari 1998.

PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS BAGI MENGURANGKAN KERENAH
BIROKRASI

1.Bertujuan memastikan pelaksanaan usaha-usaha penambahbaikan sistem
dan prosedur kerja yang diguna pakai di kementerian dan agensi di
bawahnya bagi memastikan wujudnya perkhidmatan yang cepat dan cekap
kepada pelanggan.

2. Pada masa yang sama, usaha juga diambil untuk mengkaji dan mengenal
pasti undang-undang dan peraturan yang usang, mengkaji semula Piagam
Pelanggan dan memperakukan penambahbaikan melalui maklum balas
pelanggan, serta mengkaji dan menentukan sistem dan aplikasi Information
and Communication Technology (ICT) yang boleh meningkatkan tahap
perkhidmatan.

3. Dikuatkuasakan melalui surat KSN PMS(S) Bil. 18114 bertarikh 17 Disember
2003.

33

MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS TERBAIK (GOOD GOVERNANCE)
DALAM SEKTOR AWAM

1.Sektor awam merupakan jentera pentadbiran, perkhidmatan dan penggerak
ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian,
pemantapan tadbir urus terbaik atau good governance dalam sektor awam
diberi keutamaan.

2. Bertujuan untuk menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus yang terbaik
dalam sektor awam agar dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan
keupayaan ke arah mencapai matlamat Misi Nasional dan Wawasan 2020.

3. Konsep tadbir urus secara menyeluruh termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia dan prinsip-prinsip Islam Hadhari yang menitikberatkan tuntutan
tadbir urus terbaik. Antara prinsip tersebut termasuklah:
Kerajaan yang Adil dan Beramanah
Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti untuk Semua Rakyat
Keutuhan Budaya dan Moral
Memelihara Alam Semula Jadi

4. Pelaksanaan tadbir urus ini dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa
Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam berdasarkan surat KSN PM(S) Bil.
17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007.

34

Kesimpulan

Konklusinya, terdapat banyak langkah yang telah dibuat oleh kerajaan bagi
meningkatkan Integriti Perkhidmatan Awam seperti menubuhkan Institusi
Integriti Malaysia (IIM), melaksanakan Dasar Penerapan Nilai Islam dalam
Pentadbiran dan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009: Gerakan
Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan
Malaysia.

Integriti membawa erti kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan
padu dalam individu dan organisasi. Integriti mempunyai kaitan erat
dengan etika, ianya adalah berlandaskan etika dalam tindakan seharian.
Manakala etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai
bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Budaya kerja pula
merujuk kepada nilai, kepercayaan, sikap, kepercayaan dan sikap pekerja
terhadap pekerjaannya.

Dalam konteks integriti ianya bukan hanya berfokus kepada isu-isu rasuah
sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar seperti
melibatkan juga amalan budaya kerja yang menuntut amalan berintegriti
seperti integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan
maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam
berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja, masyarakat dan juga
kakitangan sokongan.

35

AKTIVITI
PENGUKUHAN

1.PENGHASILAN POSTER

SOALAN ; TUBUHKAN 4 KUMPULAN DAN BINA
POSTER DENGAN TAJUK YANG DIBERIKAN

KUMPULAN 1- KEPENTINGAN PENUBUHAN INSTITUSI
INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

KUMPULAN 2- 4 OBJEKTIF DALAM PENUBUHAN
DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN

KUMPULAN 3- TUJUAN PENUBUHAN GERAKAN
PEMANTAPAN KEUTUHAN SISTEM PENGURUSAN
PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

KUMPULAN 4 - OBJEKTIF PENUBUHAN
JAWATANKUASA KEUTUHAN PENGURUSAN (JKP)
DIPERINGKAT PERSEKUTUAN, NEGERI DAN DAERAH.

36

RUJUKAN

Apa itu gangguan seksual. Portal Kementerian Kemanusiaan. Diperoleh daripada
https://www.mohr.gov.my/psikologi/pdf/APA_ITU_GANGGUAN_SEKSUAL. pdf

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Diperoleh daripada
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/10DASAR_PENERAPAN_NILAI.pdf.

Megat Ayob Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja
dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society and Space,
12(9), 138-149. Diperoleh daripada file:///C:/Users/User/Downloads/17740-50499-1-
SM%20(1).pdf.

Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus. (2009). Diperoleh daripada
http://reg.upm.edu.my/reg/etc/JKTadbirUrus.pdf.

Portal rasmi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Diperoleh daripada
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478

Siti Normala Hamzah, Mohammad Saleeh Rahamad dan Md Azalanshah Ms Syed. (2020).
Rasuah dan salah guna kuasa. Forum komunikasi, 15(2), 25-50. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/348444840_Rasuah_dan_Salah_Guna_Ku
asa_Protes_Sosial_Rahim_Razali_dalam_Matinya_Seorang_Patriot

Zakaria Ismail, Abdul Malek Habeeb Mohd dan Malani Achro. Gangguan seksual di tempat
kerja. UUM Repository. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/reader/12116300

37

38


Click to View FlipBook Version